PERANGKAP-PERANGKAP GHAIB YANG MENUMPASKAN PENJENAYAH
>> Tuesday, June 18, 2013
UNTUK
MELAKUKAN JENAYAH, mungkin tidak sepayah untuk meluluskan diri daripada memikul
tanggungjawab selepas berjaya
melakukannya, kerana tangan undang-undang dan keadilan akan sentiasa
mengintip dan memburu di mana-mana
sahaja penjenayah itu berada.
Biasanya
setiap orang yang melakukan kejahatan dengan harapan penuh untuk melepaskan
diri dari undang-undang. Sungguh pun ada yang dapat meluluskan diri dari terjebak
di dalamnya, namun ramai pula yang terperangkap dalam keadilan undang-undang, kerana
sebab-sebab tertentu.
Walaupun
ada sesetengah kes jenayah yang sulit tidak dapat diselesaikan oleh pehak yang
berwajib, atau memakan masa yang lama untuk, membongakr rahsia-rahsianya. Tapi ada
pula kes-kes jenayah yang sangat-sangat sulit, tanpa diduga dapat diselesaikan
dengan mudah, kerana sebab-sebab tertentu yantg tidak diduga sama sekali.
Sungguhpun
kejadian seperti ini jarang berlaku, mungkin satu dalam seribu, tapi ia mungkin
berlaku, malah pernah berlaku, menyebabkan rahsia-rahsia sulit yang
menyelubungi sesuatu kes jenayah itu dapat diselesaikan dentgan gampang tanpa
dungaan sama sekali.
Oleh itu
berfikirlah banyak kali sebelum melakukan seusatu kejahatan atau jenayah.
Kesah-kesah yang tercatat di bawah ini, bukanlah cerita rekaan, tapi
benar-benar berlaku.
Kesah Pertama
Peristiwa
ini berlaku di Jerman. Seorang lelaki membunuh seorang buruh dengan selaras
senapang di sebatang jalan yang sunyi
dan menyamun wang gajinya. Tidak ada orang di jalan itu, di sekelilingnya
padang yang kosong dan lengang. Nampaknya pembunuh itu Aldais Antal dapat
meluluskan dirinya dengan gampang.
Tapi
nasibnya tidaklah sebaik yang dijangka, dia dapat ditangkap, dibicara dan
dijatuhkan hukuman bunuh. Saksinya ialah seorang yang tidak pernah ditemuinya
dan berada jauh daripada tempat pembunuhan semasa kejadian itu berlaku.
Saksinya
ialah seorang pekerja sebuah kilang. Dia terlihat peristiwa pembunuhan itu dengan
tidak sengaja, iaitu semasa dia mencuba menggunakan sebuah teropongnya yang
baru. Masa itulah dengan kebetulan dia terpandang pembunuhan di jalan yang
sunyi lengang itu.
Itu
adalah merupakan perkara satu dalam seribu, tapi ia benar-benar berlaku dan perkara
semacam inilah yang ditakuti oleh setiap
pembunuh.
Kes Dua
Peristiwa
ini berlaku di kota New York. Seorang gadis mati terbunuh ditolak jatuh dari
sebuah jendela pencakar langit. Polis percaya pembunuhan itu dilakukan kerana
cemburu.
Selepas
beberapa jam pembunuhan itu berlaku, polis datang menemui kekasihnya, Eleks
Rins yang disyaki melakukan pembnuhan itu. Dia dengan tegas memberitahu polis
bahawa semasa kejadian itu berlaku dia berada dalam perjalanan atas sebuah
kereta api.
Dia
memberitahu polis, “Saya bercakap dengan penjual buah-buahan di kedai itu. Dan
anda juga boleh memeriksa tiket kereta api saya”.
Polis
itu memerhatinya dengan teliti dan berkata, “Awak mesti berjalan dengan pantas
untuk keluar dan balik semula ke bandar ini dalam masa yang begitu singkat”.
“Sudah tentu”, balasnya. “Kereta api itu laju
dan.....”. Kemudian tanpa kata polis itu menunjukkan kepadanya sebuah akhbar,
yang melaporkan bahawa oleh sebab kerosakan jalan kereta api, maka semua
perjalanan kereta api pada hari itu terpaksa dibatalkan.
Perkara
ini telah menjatuhkan lelaki itu ke dalam perangkap polis.
Kes
Tiga
Peristiwa
ini berlaku di kota London. Seorang lelaki membunuh seorang gadis yang sesat
jalan di pejabatnya sendiri. Dia percaya seratus peratus pembunuhan itu berhasil
dan dia dengan gampang dapat meluluskan dirinya dari tangan polis. Dia yakin
keadaan keliling tidak cukup bagi dijadikan bukti untuk menahannya sekali pun.
Namanya
John Robinson dan nama gadis yang dibunhnya itu ialah Matty Bonaty. Selepas
gadis itu dibunuh, mayat gadis itu disiang-siang, dibungkus dengan pakaian
gadis itu, dan mayat yang selebihnya dimasukkan ke dalam sebuah peti dan
ditinggalkan di suatu tempat melalui jalan yang bersimpang siur melintasi kota
London.
Seandainya
ada tukang dobi yang dapat mengenali gadis yang dibunuh itu melalui tanda dobi
pada pakaiannya sekali pun, itu tidak menjadi apa-apa, kerana dia sendiri,
pembunuh itu tidak pun mengenali apakah nama gadis itu yang sebenarnya. Di masa
pemandu dan kandaktur bas membawa polis ke tempat peti itu terletak sekali pun,
John Robinson masih tersenyum simpol.
Dia
tidak sedikit pun gugup bila polis memereksa pejabatnya dan dia dengan pantas
berjaya memberi jawapan yang palsu kepada polis ketika disoal.
Kemudian
polis menemui sebatang puntung macis api yang separuh terbakar dan berlumuran
dengan darah di dasar sebuah bakul sampah di pejabatnya. Mereka mengambil
puntung mancis itu dan membawa ke pejabat mereka untuk disiasat.
Sungguh
pun polis mengenali tuan punya baju itu menerusi tandanya, tapi mereka tidak menemui sebarang kesan jari pada baju untuk bertindak, kerana pembunuhnya
memakai sarung tangan. Penjual peti yang digunakan untuk mengisi mayat itupun
tidak dapat memberi gambaran yang jelas siapakah orang membeli peti itu
daripadanya.
Justeru
itu, kata Supritandan Polis, Kopar kalau tidak kerana batang mancis yang berlumuran
darah itu, Robinson mungkin akan terlepas dari hukuman.
Kes
Empat
Satu
pembunuhan yang dapat diselesaikan dengan luar biasa, hanya terdapat dalam buku-buku
fiksin, iaitu menerusi mimpi, tapi perkara ini memang benar-benar berlaku dalam
alam yang nyata, bila Erek Thumbi lesap tanpa meninggalkan sebarang kesan.
Dia sebenarnya
dibunuh oleh seorang rakan sejawatnya dalam perniagaan. Mayatnya disembunyikan
dalam sebuah telaga yang dalam di kawasan sebuah rumah yang ditinggalkan.
Tempatnya memang selamat. Polis menemui jalan buntu.
Tapi
ayah Thumbi, seorang paderi mendapat satu mimpi yang realistik. Dia bermimpi
mayat anaknya terlantar di dasar sebuah telaga, dengan badan separuh tersumbat dalam sebuah lubang. Pada keesokan harinya
dia memberitahu mimpinya itu kepada mata-mata gelap yang menjalankan
penyiasatan terhadap kehilangan anaknya itu.
Tapi,
mata-mata gelap mana boleh percayakan mimpi? Walau bagaimanapun dengan tujuan utamanya
untuk mengambil hati orang tua itu, beberapa orang mata-mata gelap telah ditugaskan
untuk menyiasat kawasan rumah yang ditinggalkan itu yang terletak tidak
berarapa jauh dari rumah orang tua itu.
Di luar
dugaan sama sekali, pada mula-mulanya mereka menemui tiga buah telaga yang
keadaannya serupa dengan mimpi orang tua itu. Bila sampah sarap dalam telaga
itu dibersihkan, mereka pun menemui sisa-sisa mayat itu yang masih tinggal.
Daripada
liang luka bekas kena tembak pada mayat itu, dan tanda-tanda lain, mata-mata
gelap telah berjaya memberkas pembunuhnya dan dibicarakan untuk dijatuhkan hukuman
yang setempal.
Demikianlah
tertangkapnya seorang pembunuh, kerana mimpi seorang tua.
0 comments:
Post a Comment