Misteri Kejadian Roh Mengikut Syeikh Mahmud Shaltut?
>> Friday, June 14, 2013
Kita
hidup dengan roh. Kalau kita tidak ada roh kita tidak mungkin hidup. Itulah
sebabnya bila roh berpisah daripada badan kita, bererti kita telah mati.
Tapi
apakh roh itu? Di manakah duduknya roh sebelum ia memasuki ke alam jasad
seseorang?
Dan ke mana pula perginya pula roh itu selepas keluar dari jasad seseorang?
Adakah ia masih berada di alam kita ini atau di mana?
Rencana pendek ini memberi jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan tersebut. Ia adalah pendapat Syeikh Mahmud Shaltut, bekas Syeikh Azahar, seorang tokoh pembaharuan besar dalam abad dua puluh. Ia disaring oleh Allahyarham Datok Yusuff Zaacob dan diserahkan kepada saya pada bulan November 1966.

Apakah
Roh?
Mengikut
Sheikh al-Azhar, almarhum Mahmud Shaltut, roh adalah daya yang mencetuskan
hidup pada makhluk-makhluk hidup, seperti tumbuh-tumbuhan, binatang dan
manusia. Ia biasa dipakai kepada kejadian-kejadian yang mempunyai kegiatan rasa
dan gerak mempunyai akal dan fikiran, dan dipakai kepada binatang dan manusia.
Di dalam
agama tidak terdapat suatu nash yang jelas dan tegas yang memperincikan hakikat
roh dan memberi batas-batas wujudnya. Roh dalam pandangan agama Islam sama
seperti hakikat-hakikat kejadian yang lain, iaitu ditinggalkan kepada daya
usaha manusia untuk menyelidikinya samada betul atau salah.
Hakikat
roh ini telah pun dibincangkan oleh manusia dahulu dan sekarang, secara agama
dan tidak secara agama. Berbagai-bagai pendapat telah dinukilkan dari mereka.
Al-Imam Al-Wasi telah menyatakan bahawa pendapat-pendapat mengenai roh ini terdapat kira-kira seribu banyaknya. Kemudian beliau menegaskan pula bahawa pendapat yang dipegang oleh pakar-pakar ialah dua sahaja, dan beliau sendiri memilih satu sahaja, iaitu “Roh itu satu jisim nurani yang lohor dan hidup, yang berbeza dari jisim yang dapat dirabakan ini. Ia meresap dalam jisim manusia, seperti meresapnya air di dalam kembang mawar, ia tidak boleh melarut atau meluluh hancur dan tidak pula boleh dicaing-caing atau dicerai-cerai, ia memberi hidup kepada jisim selama jisim dapat menerimanya.

Pendapat
ini diskokong oleh Ibnu Qayyim yang berkata, “Inilah satu-satunya pendapat yang
betul yang sesuai dengan keterangan-keterangan al-Quraan, Hadis, ijmak
[pendapat sepakat] sahabat-sahabat dan dan bukti-bukti akal dan kejadian”.
Kemudian
beliau membawa lebih dari seratus pembuktian [dalil].
“Walaupun
demikian, menurut hemat saya, pendapat tadi tidak juga memperincikan hakikat
roh, malah hanya menyentuh beberapa sifat dan watak-watak roh yang
kebanyakannya berupa sifat-sifat negatif
yang tidak mecermin hakikat atau realitinya yang sebenar”.
Berselisih
Pendapat
Di
samping itu ulama-ulama juga telah berselisih
adakah roh itu kejadian yang baru atau sedia kala? Dan di manakah
tempatnya sebelum ia bersambung dengan jisim-jisim itu?
Ulama yang mengatakan roh itu kejadian baru telah berselisih pula bilakah masa barunya itu? Adakah ia terjadi sebelum terjadinya jisim atau selepas terjadinya jisim?
Keterangan dari nash-nash tidak lebih dari menyatakan bahawa roh itu ditiup di dalam jisim sebelum terbentuknya jisim itu, dan yang dimaksudkan dengan tiupan roh ke dalam jisim itu ialah memperlakukan kesan-kesan roh kepada jisim.

Seterusnya
mereka juga berselisih tentang kemusnahan roh dan keabadiannya dan di mana
tempatnya bila ia bercerai dari badan?
Nash-nash
agama hanya menerangkan bahawa kematian akan berlaku apabila roh itu sudah meninggalkan
badan manusia, tetapi roh itu kekal dan mempunyai daya-daya sedar dan mengerti, ia boleh mendengar orang yang
memberi salam kepadanya dan mengenali siapa sahaja yang melawat kuburan
tuan-tuannya, dia boleh merasa kelazatan kenikamtan dan kepedihan keseksaan.
Sedangkan tempat duduknya roh ini selepas bercerai dengan badan-badan itu
adalah berbeza-beza menurut berbeza-bezanya darjah roh-roh itu di sisi Allah.
Pintu
Penyiasatan Sentiasa Terbuka
Walau
bagaimanapun namun hakikat roh itu masih lagi di dalam alam ghaib yang belum
dibongkar oleh Allah kepada manusia.
Dalam segi ini roh sama juga
seperti kebanyakan benda-benda yang manusia dapat mengambil faedah dari
kekuatan-kekuatannya tanpa mengetahui hakikatnya.
Pintu
penyiasatan terhadap hakikat roh adalah
sedia terbuka dan tidak ada satu nash pun yang menghalanginya.
Orang-orang
yang melarangkan usaha-usaha penyiasatan roh ini tidak boleh membuat alasan
dengan firman Allah, “Mereka bertanya dari hal roh, jawablah bahawa roh itu dari urusan Tuhanku”. [Ayat 85 Surah
Al-Isra’], kerana sesetengah ulamak telah mengesahkan bahawa tujuan kata-kata
“roh” di dalam ayat itu adalah “al-Quran
sendiri”, sebab Allah telah menamakan al-Quran itu sebagai “roh” di dalam ayat
itu, "Demikianlah Kami telah wahyukan roh [al-Quraan] kepadamu dari urusan
Kami”. Ayat Asy-Syura:52.
{Jadi
menurut pendapat ini erti ayat itu tadi ialah, “Mereka bertanyamu darihal
al-Quran, jawablah bahawa al-Quran itu dari urusan Tuhanku. Allah menamakan
al-Quran itu sebagai roh, kerana al-Quran mengandungi pengajaran yang hidup dan
dinamis- Yusuf Zaky].
Ayat
yang dahulu dan ayat yang kemudian membuktikan bahawa pendapat ini adalah
betul. Dari itu tidaklah termesti bahawa kata-kata “roh” di dalam ayat itu
dimaksdukan dengan roh hidup. Katakanlah bahawa “roh” yang dimaksudkan dalam
ayat itu tadi ialah roh hidup juga, maka maksud ayat itu adalah
semata-mata untuk menyatakan bahawa urusan roh itu adalah urusan Allah
dan ini tidak bererti melarang mengadakan penyiasatan-penyiasatan yang
berhubung dengannya.
Ilmu
Memanggil Roh Orang Mati
Sebagaimana
tidak ada nash-nash yang menerangkan hakikat roh itu, maka di sana tidak ada
juga nash-nash yang menerangkan bahawa roh-roh boleh dipanggil dan dikuasai
oleh manusia. Begitu juga soal memanggil roh ini belum lagi dapat dibuktikan
dengan penyaksian pancaindera yang dapat dipegangi atau dapat dibuktikan dengan
satu ujian yang benar-benar. Apa yang kita dengar mengenai ilmu memanggil roh
itu tidak lebih dari gejala-gejala mengeliru dan fantasi-fantasi palsu yang
tidak lama kemudian terbuka tembelangnya.
Dari itu
kita adalah bebas menolak ilmu itu sehingga kita mempunyai bukti-bukti yang
cukup.
Manusia
yang sebenar beriman ialah orang yang menerima apa sahaja yang diberitakan oleh
Allah dan Rasul dan tidak seharusnya memaksa dirinya menerima pendapat atau
fikiran yang tidak menajadi asas kepada keutuhan
iman.
keimanannya.
iman.
keimanannya.
0 comments:
Post a Comment