ANTARA DUA GOTONG-ROYONG
>> Saturday, June 22, 2013
ANTARA DUA GOTONG-ROYONG
Gotong royong adalah berpakat-pakat, bekerjasama atau berganding bahu dalam
mengerjakan sesuatu amalan, biasanya untuk tujuan kebaikan.
Gotong-royong untuk baiki rumah
Gotong-royong Dua
Gotong-royong untuk apa ni?
Amalan gotong-royong ini memang terkenal dalam masyarakat Melayu tradisi pada masa-masa yang lalu, terutama kepada mereka yang tinggal di kampung-kampung.
Gotong-royong Dua
Gotong-royong untuk apa ni?
Amalan gotong-royong ini memang terkenal dalam masyarakat Melayu tradisi pada masa-masa yang lalu, terutama kepada mereka yang tinggal di kampung-kampung.
Amalan ini amalan yang terpuji dan mulia dan wajar dipupukkan walaupun di
zaman kini di mana manusia terlalu mengejar masa dan penuh dengan kesibukan,
lebih-lebih lagi dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakt majmuk seperti
Malaysia ini.
Pada masa yang lalu dalam masyarakat tradisi kita ada berbagai-bagai
perkara kebaikan yang dikerjakan secara gotong-royong.
Antara berbagai-bagai kerja gotong-royong tradisi ialah membina jalan-jalan
kampung, membina dan membaiki rumah-rumah anggota masyarakat terutama yang
tidak berkemampuan, membina sekolah-sekolah, membina dan membaiki madrasah, surau
dan masjid, menggali telaga, menjuai padi terutama untuk membantu golongan-golongan
yang kurang upaya, bergotong-royong membersih tanah perkuburan dan sebagainya dari
kerja-kerja yang baik dan mulia.
Dan satu lagi gotong-royong yang populer pada suatu ketika dahulu ialah
bergotong-royong untuk membantu mana-mana anggota masyarakat yang hendak
mengadakan majlis perkahwinan atau khenduri-kandara. Beberapa hari sebelum tiba
hari letak kerja, penduduk-pendudkk kampung telah bergotong-royong membersih kawasan
persekitaran rumah, mendirikan bangku-bangku sementara dan tempat-tempat berteduh
untuk para tamu menikmati jamunan, dan sebagainya mengikut keperluan sewaktu.
Tapi hari ini amalan gotong-royong kian menipis dalam masyarakat kita, di
mana wang ringgit telah memainkan peranan yang lebih penting untuk dijadikan
asas kerja, bermula dari membersih kawasan, mendirikan khemah, dan segala perlatannya
serta makanan untuk jamuan yang dibuat secara tempahan. Sedangkan pada masa dahulu
semuanya itu dilakukan secara gotong-royong belaka.
Tapi hari ini dasar gotong-royong adalah wang dan ringgit, tiada duit tiada sumbangan, banyak duit, lagi banyak dan lebih baik sumbangan. Bukan
gotong-royong, tapi gotong-niaga, cari untung untuk penuh kantung.
Di samping kerja-kerja gotong-royong untuk kebaikan itu ada pula sejenis
gotong-royong yang bejat atau buruk atau tidak berakhlak, seperti gotong-royong
membina pentas-pentas untuk lelaki dan wanita berjoget, membina dewan tari-menari,
membina bong-bong tempat berjudi, membina gelanggang tempat ayam bersambung atau
tempat lembu berlaga, membina tempat-tempat untuk melakukan maksiat-maksiat dan
segala perbuatan-perbuatan yang keji dan terkutuk.
Selain itu ada lagi satu bentuk gotong-royong yang bukan berupa
kebendaan atau fizkial dan tidak dapat dilihat, iaitu gotong-royong dari segi mental
atau kerohanian, dimana setiap anggota msyarakat yang perihatin untuk membina
dan menegak sesuatu pendapat atau buah fikiran yang mulia dan membina. Seperti
bagaiaman caranya untuk membina sebuah pemerintahan yang bersih dari rasuah dan
telus perjalanannya, bagaimana untuk membina sebuah institusi yang adil dan
sebagainya, atau bagaimana untuk membina sebuah masyarakat prihatin dengan
jenayah dan aman damai. Untuk membina semuanyanya anggota-anggota masyarakat
yang perihatin berebut-rebut untuk menyumbangkan bukan sahaja tenaga, harta
benda, tapi juga idea-idea mereka yang bernas bernilai.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berpakat dan bergotong-royong untuk tujuan yang baik
dan mulia dan sesuai dengan nilai-nilai agama, dan marilah kita berpakat
mengeluarkan usaha-usaha dan idea-idea yang bernas, jitu dan jujur dan
parktikal untuk melakasanakan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada agama,
bangsa dan neagra.
0 comments:
Post a Comment