Perempuan Yang Gagah Perkasa
>> Thursday, June 6, 2013
Siapa
kata wanita tidak kuat dan perkasa? Siapa kata wanita tidak dapat menandingi
kekuatan lelaki dalam semua bidang? Baik dalam intelek atau kekuatan fizikal?
Ada
seorang wanita dilaporkan pernah hidup di dunia ini, mempunyai kekuataan yang amat luar biasa yang
dapat mengatasi kekuatan lelaki dari segi fizikalnya. Wanita itu namanya Katty.
Demikian
menurut laporan seorang penulis Amerika, C. V. Tench. Namun begitu beliau tidak
menyebut asal usul wanita itu dengan jelas.
C. V.
Tench menegaskan bahwa ukuran badan Katty ketika berusia 25 tahun ialah 43, 29
dan 42. Katanya, Ktty adalah seorang
wanita yang paling gagah, malah mungkin seorang manusia yang paling gagah dalam
dunia.
Setiap
pagi, sebelum sarapan, dia berlatih menganggkat suaminya yang beratnya 154 paund
ke atas kepalanya sebanyak enam kali dengan bergilir-gilir tangan kiri dan
kanan.
Salah
satu perkara yang menarik dan mengkagumkan yang pernah dilakukan oleh Katty ialah tidur telentang di atas paku-paku dan dengan besi
seberat 200 paund terletak di atas
dadanya. Beberapa orang lelaki penonton pertunjukan itu memukul besi di atas
dadanya itu dengan tukul yang besar.
Dengan
menegangkan urat-urat belakangnya yang keras membesi itu, dia dapat menghalang
paku-paku itu daripada menembusi kulitnya dan melukakan badannya.
Tiga
dekad sebelum itu, Katty dikatakan telah berjaya menumpaskan seorang lelaki
bernama Sandow dalam satu peraduan menganggkat berat.
Wanita
ini terkenal di seluruh dunia bukan sahaja kerana kekuatan fizikalnya yang luar
biasa itu, tapi juga kerana wajahnya yang jelita. Sungguh pun fizikalnya kuat,
tapi badannya tidaklah gemuk gedempol sebagaimana yang mungkin dibayangkan.
Malah menurut C.V. Tench dia adalah
seorang jelitawan, menarik dan mempunyai ukuran badan yang menggiurkan.
Tinggi 6 kaki 1 inci dan beratnya 205 paund.
Malah
pada permulaan hidupnya, dia pernah menjdi pergawati menunjukan keindahan dengan memakai pakaian sebagai hakim, orang Colombia, Jerman
dan sebagainya.
Dari
sejak kecil lagi, Katty telah kembara mengelilingi negara Perancis dan Jerman
bersama-sama dengan orangtuanya ahli sirkas. Ketika berusia dua tahun, dia
dapat berdiri kepala ke bawah di atas kedua belah tapak tangannya.
Waktu
Katty berusia 16 tahun, ayahnya memberi tawaran sebanyak 100 dolar kepada
sesiapa sahaja yang dapat menjatuhkannya dalam perlawanan gusti. Ramai orang yang
telah mencuba, tapi tidak ada seorang pun yang berjaya.
Kesah
cinta Ketty juga cukup menarik. Ia bermula di atas pentas pertarungan gusti. Di
Saxony seorang pemuda berusia sembilan belas tahun, bernama Max Heyman menyahut
cabaran bergusti dengannya. Tapi beberapa detik sahaja selepas pertaruangan dimulakan, pemuda itu telah
berjaya dijatuhkan oleh Katty, tanpa bergerak-gerak lagi.
Katty
merasa bimbang, kalau-kalau dia telah mencederaparahkan pemuda itu, lalu dengan
dada berdebar, dia membongkokkan badannya ke arah pemuda itu. Tapi pemuda itu
lalu membukakan matanya sambil berbisik, “Saya cintakan anda. Sudikah anda
menajadi isteri saya?”.
Katty merenung
pemuda itu, dengan muka memerah, kemudian berkata lonak, “Buat pura-pura anda
tidak boleh bangkit”. Lalu Katty mendokong pemuda itu keluar gelanggang.
Kemudian dia memberitahu kawan-kawannya. “Saya tewaskan dia, kemudian saya
dokong dia dengan tangan saya. Tengok lelaki yang kerdil ini, 5 kaki, 5 inci
sahaja. Kemudian saya jatuh cinta kepadanya”.
Kemudian
kedua-dua merpati itu melarikan diri ke Norway dan mereka berkahwin di sana.
Perkahwinan yang menelan umur setengah abad.
Katty pernah
menunjukkan kebolehannya di hadapan raja, permasisuri, seri maharaja dan
presiden. Orang ramai di seluruh dunia memandang jelitawan yang gagah ini
dengan rasa takjub dan kagum.
Terry Gold Ahli Gusti Wanita Yang Terkenal Hari Ini. Foto Hanya hiasan.
Walaupun sedang mengandung, Katty masih boleh mengadakan pertunjukan seperti biasa. Pada suatu malam dalam tahun 1919, selepas mengadakan dua pertunjukkan, Katty terpaksa pulang ke rumah untuk melahirkan anak. Kemudian tidak sampai seminggu lepas itu, dia sudah boleh menganggkat berat lagi.
Walaupun sedang mengandung, Katty masih boleh mengadakan pertunjukan seperti biasa. Pada suatu malam dalam tahun 1919, selepas mengadakan dua pertunjukkan, Katty terpaksa pulang ke rumah untuk melahirkan anak. Kemudian tidak sampai seminggu lepas itu, dia sudah boleh menganggkat berat lagi.
Kekuatan
Katty kian bertambah luar biasa dan sukar untuk dipercayai. Dia boleh memikul
meriam seberat 1,200 paund atas dua belah bahunya. Dia boleh memikul jambatan
yang di atasnya terletak 40 orang mansuia dan 2 ekor kuda.
Dia
dapat menampung tiga orang wanita, dua berdiri di atas tangga dan seorang lagi
memegang tangga itu yang semuanya terletak di atas tali pinggang kulit yang
diikat di pinggangnya.
Katty
meninggal dunia dalam tahun 1952. Mungkin satu penghormatan yang paling tinggi
kepadanya ialah kata-kata sanjungan, “Badanya kuat seperti 10 orang lelaki
biasa, tapi kejelitaannya seperti kejelitaan 10 orang wanita biasa”.
Demikianlah
Allah itu Maha Kuat dan Maha Berkuasa. Dia boleh melakukan apa sahaja yang Dia
kehendaki, baik yang biasa ataupun luar biasa. Kuasanya tidak terbatas. Tidak
bertepi. Tidak berhujung. “Jadi” kata-Nya, maka jadilah.
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment