DOA di Padang Arafah Allahyarham Tuan Guru Hj. Muhammad Noor

>> Friday, October 8, 2010


SEMOGA Dikurnia Haji Mabrur

Seperti biasa setiap tahun musim haji tiba lagi untuk mengundang umat Islam di seluruh dunia berkunjung ke Makkah untuk menunaikan ibadat yang penting itu. Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia akan berada di Makkah untuk tujuan yang mulia itu, dan mereka dijadualkan berada di tanah suci itu selama 42 hari.

Allah berfirman,"Dan Allah mewajibkan manusia mengrjakan ibadat haji, dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya". S:Al-Imran:97.

Ibadat haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima, di mana mereka yang ingin melaksanakannya kena pergi ke tanah suci Makkah utuk mengerjakan perkara-perkara tertentu dan di masa-masa yang tertentu yang telah ditetapkan oleh syara'.

Wukuf di Arafah adalah salah satu daripada enam rukun haji. Lima rukun lagi ialah niat berihram selepas brpakaian ihram, tawaf di Baitullah, Sa'ei, bercukur dan tertib.

Ibadat haji ini telah disyariatkan pada tahun keenam Hijriah. Baginda Rasulullah saw. kerana sebab-sebab tertentu telah naik haji pada tahun ke-10 bersama-sama dengan seluruh umat Islam. Haji itu dikenali dengan "Haji Widak" yang bermaksud haji perpisahan.

Lapan puluh dua hari selepas menunaikan "Haji Widak", Baginda Rasulullah saw. pun wafat.

Sempena dengan musim haji tahun ini, kita dengan rendah hati menyiarkan sebuah doa di Padang Arafahwarisan daripada Allahyarham Tuan Guru Hj.Muhammad Noor yang telah diterjemahkan oleh Dato' Yusuff Zaky Yaacob dan diberi kata aluan oleh beliau dengan harapan memberi manfaat kepada para jemaah haji sekaliannya.

Sekian terimakasih dan diringi dengan doa semoga semua bakal-bakal haji dikurniakan haji mabrur yang amat besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Amin
















xxxxxxxxxx

Renungilah:

-"Sesungguhnya ilmu hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman pula hanya didapati dengan mendalaminya, sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan pada dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam di dalam urusan agama". HR:Al-Thabrani.

-"Jadilah kamu orang-orang yang memelihara ilmu dan janganlah kamu menjadi tukang riwayat". HR:Abu Nu'aim.

Bisik Pondok Rahmat

Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP