Bila Ayam Jantan Berkokok....
>> Thursday, October 14, 2010
BILA Ayam Jantan Berkokok............
Setiap orang tentu pernah melihat ayam, dan mengenali pula mana ayam betina dan mana ayam jantan. Malah setiap orang tentu pernah makan daging ayam, kecuali orang-orang berpantang makan daging ayam kerana alahan penyakit atau sebab-sebab lain.
Kalau kita perhatikan ayam jantan ada mempunyai berbagai-bagai warna, seperti hitam, merah, putih, bertapung-tapung dengan beberapa warna dan juga berbintik-bintik.
Biasanya ayam jantan lebih hebat daripada orang lelaki, kerana kebiasaanya ia mempunyai lebih dari seekor dewan atau isteri dalam satu masa, bukan sahaja, dua atau tiga, malah berekor-ekor dalam satu masa.
Namun begitu ia tidak mempunyai kemampuan untuk menjaga kesemua isteri-isterinya dengan sebaik-baiknya, kecuali untuk seekor sahaja dalam satu-satu masa, iaitu yang sedang mengeram telur.
Lagaknya megah dan sombong memiliki ramai betina, tapi kemampuannya tidak ada. Itulah dikatakan, sehingga dikatakan “sombong seperti ayam jantan”.
Namun begitu ayam jantan sangat prihatin dengan kedaulatan wilayah kekuasaannya. Justeru ia sangat menjaga wilayah takluknya daripada diceroboh oleh ayam-ayam jantan yang lain.
Sebab itulah di siang hari kita sering melihat ayam-ayam jantan suka duduk bertengek di tempat-tempat agak tinggi, 4 atau 5 kaki dari tanah, seperti di atas galang-galang kayu atau pagar untuk memerhati atau mengawasi sekelilingnya takut-takut dicerobohi oleh petanding-pentandingnya yang ingin merampas wilayahnya itu.
Di samping itu ia juga mengawasi kedatangan musuh-musuh yang membahayakan mereka, seperti biawak-biawak atau ular-ular yang ingin memangsakan mereka, terutama anak-anak ayam.
Jika ada penceroboh-penceroboh seperti itu, ia akan segera memberi amaran kepada anak-anak buahnya supaya segera mencari perlindungan atau menyelamatkan diri dari ancaman bahaya.
Di samping itu ayam jantan itu juga akan berkokok dengan megahnya untuk memberitahu bahawa kawasan itu adalah merupakan wilayah perlindungannya, dan jangan diceroboh jika tidak ingin ditentang.
Walau bagaimanapun, kalau kita tinggal di kampung-kampung kita sering mendengar ayam jantan berkokok pada waktu malam, menjelang waktu subuh.
Pada masa dahulu, kokok ayam ini dijadikan tanda waktu, terutama ketibaan waktu untuk bersahur dalam bulan Ramadan dan untuk solat subuh setiap hari.
Kadang-kadang ketika mendengar ayam berkokok, saya akan teringat kampung halaman saya berpuluh-puluh tahun yang lampau. Pada masa itu setiap rumah ada memelihara ayam yang biasanya dilepas berkeliaran mencari makan dalam semak-semak dan di sekitar rumah.
Hanya rumah saya tidak pernah memelihara ayam, kecuali hanya untuk beberapa hari sahaja sebelum disembelih, kerana kami tidak raksi untuk memeliahara ayam. Selalunya ayam yang kami pelihara itu akan mati kerana sebab-sebab tertentu. Sampai hari ini saya masih tidak berkebolehan untuk memelihara ayam.
Di waktu siang hari, ayam jantan boleh berkokok bila-bila masa sahaja jika ia mahu. Ada sesetengah ayam berkokok beberapa kali sahaja dalam sehari, dan ada pula yang berkokok berulang-ulang kali dalam sehari mengikut suka hatinya.
Kekerapan sesekor ayam jantan berkokok tergantung kepada peribadi ayam itu, dan ia juga tergantung kepada baka atau keturunannya. Kalau ia berasal dari jenis baka yang suka berkokok, maka jadilah seekor ayam jantan yang gemar berkokok, demikianlah sebaliknya.
Bunyi suara kokokan itu pula berbeza-beza, ada yang kuat yang dapat didengar dengan lantang dalam jarak yang jauh dan sebaliknya ada yang kokokannya kedengaran perlahan sahaja.
Jika diperhatikan ayam jantan juga boleh berketok seperti ayam betina jika ia bertemu dengan makanan-makanan dan menjemput ayam isteri atau gewannya untuk menikmati makanan itu bersama.
Sebenarnya kokokan ayam jantan ini ada mempunyai rahsia yang tersendiri. Seperti juga dengan sesetengah binatang yang lain juga, ayam jantan dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan tertentu dalam sesebuah masyarakat tradisi.
Kebanyakan masyarakat tradisional di dunia, percaya ayam jantan juga boleh bertelur seperti ayam betina. Bezanya telur ayam jantan dikatakan tidak mempunyai telur kuning, kerana itu tidak boleh menetaskan anak, seperti telur ayam betina.
Justeru itu, sesetegnah masyarakat pula percaya, jika telur ayam jantan itu menetas, ia memberi alamat yang buruk, kerana yang ditetas itu bukannya anak ayam, tapi seekor raksaksa yang menakutkan, kerana renungan matanya sahaja boleh menyebabkan berlaku kematian.
Mengikut kepercayaan tersebut untuk mengelaknya daripada berlaku, telur ayam jantan itu hendaklah dibaling melewati bumbung rumah pemeliharanya, dan terus jatuh dan pecah di belakang rumah tanpa mengenai rumah itu.
Biasanya ayam dipelihara untuk dimakan dagingnya, namun begitu ada juga ayam jantan yang dipelihara bukan untuk dimakan dagingnya tapi untuk dijadikan ayam sabung atau ayam laga.
Ayam jantan ketika berlaga bukan sahaja menggunakan paruhnya yang tajam itu, tapi juga menggunakan taji atau susuh yang tersedia di kakinya sebagai senjata asli untuk mempertahankan dirinya.
Ayam laga ini bukan sebarangan ayam, tapi diperolehi daripada baka yang khusus, dipanggil “ayam baik”, justeru itu diperlihara dengan istimewa, kerana itu harganya pun mahal, ada seekor ayam jantan yang harganya mencecah beribu-ribu ringgit.
Biasanya berlaga ayam ini diadakan di gelangangnya yang khas di mana orang ramai boleh menontonnya. Biasanya pula mereka yang mengikuti laga ayam akan berjudi, dengan meletakkan pertaruhan masing-masing.
Di negara-negara yang mengharam laga ayam dan juga mengharamkan perjudian, pelaga-pelaga ayam akan melagakan ayam mereka di gelanggang-gelanggang bergerak, di dalam semak-semak di pinggir kampung yang disertai oleh golongan mereka sahaja.
Tidak jarang pula mereka diserbu polis dan mana-mana yang dapat diberkas didawa ke mahkamah untuk pendakwaan dan jika didapati bersaslah dijatuhkan hukman.
Ada sebuah kesah yang malang mengenai seorang pelaga ayam. Setiap kali ayamnya kalah laga, dia naik radang, lalu menangkap ayamnya itu, menghempaskannya berulang-ulang kali ke bumi kemudian mengoyak-ngoyaknya hidup-hidup hingga ayam itu tercaing-caing anggotanya dan tidak bergerak lagi menjadi bangkai.
Biasanya mereka memilih masa tertentu untuk berlaga ayam iaitu waktu yang mereka fikir selamat dari serbuan pehak berkuasa, iaitu di waktu orang sedang solat Jumaat.
Yang trajisnya mengikut cerita si pelaga ayam tersebut mati dalam keadaan yang amat merawankan hati yang dikaitkan orang kampung dengan sikapnya yang ganas dan kejam terhadap ayamnya itu. Wallahu’aklam.
Pada akhir-akhir ini dalam bidang lagaan ayampun tidak terlepas daripada bahana penggunaan dadah. Mereka menyuntik terlebih dahulu ayam-ayam laga itu sebelum dimasukkan ke gelanggang dengan dadah-dadah tertentu untuk menguatkan semangat dan tenaganya dengan jalan memekatkan darahnya supaya muncul menjadi juara di gelanggang nanti.
Pada masa dahulu, mereka meletakan racun-racun tertentu pada taji ayam itu, dan bila tertikam pada lawannya boleh menyabkan ayam lawan itu menjadi lemah atau mati keracunan.
Justeru itu pada masa yang lalu, tidak jarang acara perlagaan ayam ini boleh mencetus perseteruan, pergaduhan malah juga pembunhan yang amat dikesali dan merugikan.
Pada masa dahulu yang dijadikan pertaruhan itu bukan sahaja wang ringgit, tapi mungkin juga harta benda dan anak dan isteri dijadikan taruhan. Di kalangan raja-raja zaman dahulu pula ada mempertaruhkan negara masing-masing di dalam sesuaut perlagaan ayam.
Saya teringat sebuah pantun di zaman kanak-kanak bila mendengar ayam jantan berkokok, pantun itu berbunyi:
Kok kerek kok
Ayam balung mas,
Nanti dulu datok
Nak minta gelang emas.
Pantun ini berupa sebuah doa, tapi yang dimintanya benda rendah, harta dunia, iaitu gelang emas, sedangkan yang patut diminta ialah benda-benda yang lebih bernilai, ilmu pengetahuan, keimanan, taufik, hidayat keselamatan dunia dan akhirat, dan sebagainya dari benda-benda yang lebih bernilai.
Ini sejajar dengan sabda Baginda saw. yang meminta umatnya berdoa kepada Allah memohon rahmat kepada Allah SWT bila mendengar ayam berkokok.
Sabda Baginda saw, “Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka pohonlah rahmat daripada Allah, kerana sesungguhnya ia telah melihat malaikat. Apabila kamu mendengar suara himar, maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan kerana sesunguhnya ia telah melihat syaitan”.HR:Bukhari & Muslim.
Demikianlah kalau kita perhatikan sesetengah lagak ayam jantan itu tidak jauh bezanya dengan lagak orang lelaki, seperti bersikap sombong, ingin menguasai dan suka berbini banyak dan suka menguasai seberapa banyak perempuan yang boleh. Jangan ikut tabiat ayam jantan seperti itu. Nanti susah. Dan jangan ikut tabiat ayam jantan mengawan, tak tahan lama, hingga timbul ibarat, makan “curi ayam”, hanya sekejap sahaja, nanti timbul masalah yang tidak diingini di antara suami dan isteri.
Dan jangan sama sekali mencari makan buat kerja haram menjadi “bapak ayam” yang hidup dengan memakan hasil melacurkan kaum wanita yang malang. Haram dan berdosa. Tidak selamat hidup dunia dan akhirat.
xxxxxxxxxxxxxxxx
Renungilah:
-“Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, Allah memberi kepada orang yang lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang kasar dan tidak akan diberikan kepada orang yang lainnya”. HR:Muslim.
-“Barang siapa yang tidak bersikap lemah lembut maka bererti ia tidak berbuat baik”.HR:Muslim,
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Imam.Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni

2 comments:
salam..jiran saya suka sgt laga ayam..rumahtangganya selalu goyah dek kerana suaminya kedekut duit ringgit.bila kalah anak isterinya jadi mangsa dgn tempik jeritnya marahkan anak isterinya.sudah 20 tahun kami melihat dan menDengar keadaan ini.tetapi tiada apa2 tindakan pun yg dapat di ambil oleh jiran2 atau keluarga sebelah isterinya.suaminya seorang pegawai kerajaan,bagaimana utk mengatasinya?Perlukah kami masuk campur dlm hal ini?Kami cuma niat nak tolong,bukan niat untuk campuri rumahtangga org.kasihannya kami pada anak2 dan isterinya.
Wassalam Perlawanan melagakan ayam jantan adalah satu perjudian dan perbuatan kejam ,maka dia telah melakukan 2 jenis dosa - berjudi dan menyeksa haiwan Akibat sampingannya ,dia telah menyusah isteri dan anak2nya ,satu dosa lagi!Cara paling baik ialah utk menasihatinya Dalam hadiths nabi Muhammad saw ,menyebut ayam jantan berkokok apabila melihat malaikat dan kita berdoa minta rahmat Allah Ayam berkokok khasnya masuk waktu subuh dan lewat malam waktu salat tahajjud Pada waktu subuh dan asar ,malaikat2 bergilir tugas ,ada yg naik ke langit dn ada yg turun ,mencatat amalan2 manusia Oleh itu kita d saran sayangilah haiwan seperti burung yg bertawakkal pada Allah Ayam adalah termasuk spesi burung
Post a Comment