Kembara Ilmu-Kursus Kepimpinan Pengawas

>> Saturday, July 31, 2010








KEMBARA Ilmu-
Kursus Kepimpinan Pengawas

SALAH seorang cucu saya, Nik Nur Syafiqah Zaini atau panggilan manjanya ‘kakak’ adalah pelajar tahun Enam Azam di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Krai. Sejak dari tahun tiga dia telah dilantik oleh gurunya menjadi salah seorang pengawas sekolah tersebut.

Tidak lama lagi kakak akan menduduki peperiksaan UPSR 2010. Ya Allah semoga mendapat kejayaan yang cemerlang. Amin.

Pada hari Khamis 29 Julai hingga 30 Julai 2010 yang lalu, sekolahnya telah menganjurkan kursus kepimpinan pengawas di sebuah resort di Tok Bali, Pasir Puteh. Sejak kebelakangan ini Tok Bali adalah sebuah tempat percutian yang kian populer, di samping terkenal dengan pengkalan pendaratan ikan segar.

Dalam kursus selama dua hari itu, seramai 45 orang pelajar lelaki dan perempuan yang menjadi pengawas di sekolah itu telah mengikutinya, di mana mereka telah didedahkan dengan pengajaran yang berguna untuk menjadi seorang pengawas yang baik dan berjaya.

Tenaga pengurus kursus adalah terdiri daripada guru-guru sekolah tersebut yang berpengalaman dan juga daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai [PPD].

Menurut kakak, dia berasa amat bersyukur kerana dapat menghadiri kursus itu yang amat berfaedah dan dapat membangunkan sahsiahnya sebagai seorang pelajar dan juga pegawas.

Kakak mengucapkan terima kasih kepada guru-gurunya yang telah memilihnya untuk mengikuti kursus tersebut. Terima kasih daun keladi.

Di akhir kursus, Tengku Abdullah bin Tengku Ismail dari PPD telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.

Keterangan foto, dari atas ke bawah:

Gambar 1: Para pengawas bergambar bersama dengan guru-guru pengendali kursus dan pegawai PPD.

Gambar 2: Kakak (sebelah kanan) sedang tekun mengikuti kursus.

Gambar 3: Para peserta bersopan santun di majlis makan.

Gambar 4: Kakak, tiga dari kanan, bergambar kenangan bersama rakan-rakan pengawas, Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah.
xxxx

Renungilah

-"Sesiapa yang menyeret pakaiannya dengan sombong, maka pada hari kiamat kelak Allah tidak mahu melihatnya".HR:Ibnu Umar r.a.

-"Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian perempuan, dan perempuan yang memakai pakaian lelaki".HR:Abu Daud & Al-Hakim.

Bisik Pondok Rahmat:
Hulurkanlah:
Sejambak Mahabbah
Seuntai kasih
Sekalung harmoni.

Read more...

Ibu Kaki, Hati-hati Wahai Sayang

>> Friday, July 30, 2010


IBU Kaki,
Hati-hatilah Wahai Sayang

SETIAP orang yang normal mempunyai dua kaki, dan setiap kaki mempunyai lima jari kaki. Dan setiap jari kaki itu seperti angggota-anggota yang lain diberikan nama masing-masing untuk mudah dikenali bila ada keperluan dengannya.

Jari kaki anda yang terbesar dipanggil ibu kaki, yang bererti ibu jari kaki anda, sebagaimana jari-jari tangan anda dipanggil ibu tangan, tidakdipanggil ibu tangan jari.

Setiap jari-jemari itu pula ditutup dengan anggota yang dipanggil kuku yang mempunyai fungsi yang tersendiri. Kaki-kaki anda, termasuk kuku-kuku anda, seperti juga dengan anggota-anggota yang lain memerlukan penjagaan supaya sentiasa berada dalam yang baik dan tidak diserang penyakit-penyakit yang boleh merosakkan kuku dan juga membuat seseorang merasa tidak selesa.

Antara problem-problem yang dihadapi oleh kuku yang tidak mendapat penjagaan yang wajar ialah terbelah, retak, puncak dan terkena sebayam atau cengkam yang menyakitkan.

Saya masih ingat lagi, Allahyarhmah ibu saya, Maimunah [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya], sering mengingatkan anak-anak perempuannya yang baru bersalin dan masih dalam pantang supaya mereka berhati-hati dengan kedua kakinya, terutama jari-jari kakinya, khususnya ibu kaki, baik ibu kaki kanan atau kiri.

Katanya, ibu kaki seseorang ibu yang baru bersalin hendaklah dijaga baik-baik, supaya tidak tersepak benda-benda keras yang boleh menyakitkan.

Justeru itu, ibu-ibu dahulu yang baru bersalin sentiasa menjaga kakinya supaya tidak tersepak, atau disepak, terutama ibu kakinya dengan cara tidak sengaja oleh orang lain.

Mengikut orang-orang tua, tersepak ibu kaki boleh mengundang bahaya kepada ibu-ibu dalam pantang, iaitu mungkin terkena tumpah darah yang banyak yang boleh mengancam keselamatan ibu dalam pantang.

Demikian juga, kaki ibu dalam pantang tidak boleh didedahkan kepada udara sejuk, kerana dibimbang ibu-ibu diserang kesejukan yang berlebihan yang boleh menyebabkan dia terkena penyakit demam atau terkancing gigi akibat kesejukan yang boleh membawa kepada gila meriam.

Justeru itu, ibu-ibu dalam pantang biasanya dipanaskan dengan api pendiang yang menghangatkan badannya, terutama di waktu pagi atau malam yang sejuk, untuk mengekalkan sukatan suhu badanya supaya tidak kedinginan.

Di samping itu mereka diberi minum "air periuk", atau diberi makan jamu yang dapat memanaskan badan si ibu.

Kakinya pula sentiasa dipakaikan dengan stoking yang tebal. Demikian juga dengan badanya, supaya tidak kesejukan.

Ibu-ibu dalam pantang juga jika turun ke tanah hendaklah hati-hati supaya tidak tersepak tahi ayam “monel”, iaitu tahi ayam yang keras di bahagian bawah, tapi agak lembek dan licin di atas dan baunya pun lebih keras dari tahi ayam biasa, kerana sebab-sebab yang sama.

Demikianlah pesan orang-orang tua kita.

Kadang-kadang kuku ibu kaki itu tidak tumbuh lurus seperti biasa, tapi sebahagian daripadanya,iaitu di sebelah tepinya, tumbuh ke dalam dan mencucuk isi kuku, yang dipanggil cengkam. Ia menimbulkan rasa sakit dan tidak selesa, lebih-lebih lagi bila ia dijangkiti kuman.

Orang Kelantan memanggilnya “kaki sebayam” dan dalam bahasa Inggerinya dipanggil “ingrowing nail”.

Keadaan menjadi tambah buruk jika mereka terdiri daripada pengidap kencing manis dan penyakit yang mempunyai hubungan dengan sistem pembuluh darah, kerana itu memerlukan rawatan doktor yang segera untuk mencegahnya daripada menjadi lebih parah.

Sebagaimana telah dimaklum, sebarang luka yang dihidapai oleh pengidap kencing manis memakan masa lebih lama dari biasa untuk sembuh.

Tapi bagi kita yang normal, tidak mengidap apa-apa penyakit yang berhubung dengan pembuluh darah, seperti penyakit jantung atau kencing manis boleh mengatasi problem ini secara sendiri.

Untuk mengatsi cengkam, anda hendaklah mengerat kuku anda secara lurus, bukan lagi melingkung seperti biasa.

Jangan potong kuku terlalu pendek sehingga melepasi isi atau daging di bawah kuku, sebaik-baiknya kuku hendaklah dipotong sama rata dengan isinya sahaja, untuk mencegah kuku itu mencengkam ke dalam isi dalam masa pertumbuhannya.

Anda hendaklah memakai kasut yang sesuai yang tidak terlalu ketat hingga menekan jari-jari kaki anda, khususnya ibu kaki yang kesakitan itu.

Jika anda seorang wanita pula, jangan pakai kasut tumit tinggi yang boleh membebankan jari-jari kaki anda, ketika anda berjalan untuk mengurangkan rasa sakit pada ibu kaki anda.

Kaki yang terdedah kepada udara bebas dan terkena cahaya matahari lebih cepat sembuh daripada yang tertutup dan berpeluh. Justeru itu sewaktu berada di rumah sendiri, bukalah kaki anda untuk membolehkan ibu kaki anda menyedut udara segar.

Gantilah kasut anda dengan sandal atau selipar untuk memberi lebih banyak udara dan cahaya kepada kedua kaki anda.

Ingatlah keselamatan kaki anda semasa berjalan di bandar atau di kota, kerana kaki yang terdedah itu boleh merbahayakan ibu kaki anda yang mencengkam itu, kerana boleh dijangkiti kuman-kuman yang begitu banyak bertaburan di bandar yang akan menjadikannya lebih parah bila dijangkiti kuman-kuman.

Untuk merawat lbu kaki sebayam atau cengkam, orang-orang tua kita biasanya menggunakan daun inai. Caranya, ambil daun inai sekadar yang perlu, tumbuk sampai hancnur, hingga menjadi adunan yang pekat. Pada waktu malam, tampalkan adunan daun inai itu di sekeliling ibu kaki yang bermasalah dan balutkan. Pagi besok tanggalkan, dan cucuilah hingga bersih.
xxxxxxxx

Renungilah:
-“Sering-seringlah memakai sandal, kerana sesungguhnya seseorang dianggap masih di atas kenderaan selama dia memakai sandal”.HR:Muslim & Abu Daud.
-“Apabila salah satu sandal kamu terputus, maka janganah kamu berjalan dengan mamakai sandal sebelah, kecuali setelah kamu memperbaikinya”.HR:Muslim.
-“Sesiapa yang beriman kepada Allah S.W.T. dan hari kiamat, maka janganlah dia memakai kedua belah kasutnya sehingga dia terlebih dahulu mengibas-ngibaskannya”.HR:At-Thabrani.

Pondok Rahmat:
Hulurkanlah: "Sejambak mahabbah, seuntai kasih, sekalung harmoni".

Read more...

Manusia Sebagai Khalifah

>> Wednesday, July 28, 2010


MANUSIA Sebagai Khalifah

SEMASA hayatnya Baginda Rasululah saw. telah berjaya menjalankan dua tugasnya yang amat penting dengan begitu sempurna.

Pertama tugas risalah, iaitu sebagai Pesuruh Allah atau Rasulullah yang membawa dan menyampaikan segala undang-undang dan syariatNya kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini.

Allah berfirman, maksudnya, “..........Kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu”. S:Al-Maidah:4.

Kedua tugas Imamah, iaitu sebagai pemimpin umat manusia yang bersifat keduniaan dan keagamaaan secara bermesyuarat atau syura.

Allah berfirman, maksudnya, “..........dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”. S:Al-Imran:159.

Dan sabdaNya lagi, maksudnya, “”.......sedang urusan mereka [diputuskan] dengan mesyuarat antara mereka”. S:Asy-Syu’ara:38.

Tugas Baginda Rasulullah saw. yang pertama itu sebagai Pesuruh Allah telah selesai dan sempurna dilaksanakannya bila Baginda saw. wafat, justeru itu selepas kemangkatan Baginda saw. tidak ada sesiapapun lagi yang berhak menyampaikan undang-nndang dan syariat Allah yang baru, tapi sebaliknya tugas mereka hanya terbatas dalam melaksanakan syariat dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah itu dalam keadaan yang sempurna.

Allah menegah manusia mementingkan undang-undang atau hukum-hukum yang mereka ada-adakan sendiri daripada hukum-hukum yang Allah turunkan kepada mereka. Allah SWT. memerintah supaya orang-orang yang beriman menolak setiap hukum atau peraturan yang bukan hukum atau peraturan- peraturan Allah, dan memandang sesat mereka yang berbuat demikian.

Dalam hal ini, Allah telah mencipta makhluk manusia sebagai KhalifahNya di muka bumi ini. Justeru dengan perlantikan manusia sebagai khalifah, atau penguasa ataupun pemerintah seperti itu, maka bererti Allah S.W.T mengurniakan kepada mereka beberapa hak tertentu untuk hidup dan bertindak menjalankan tugasnya sebagai khalifah. Namun begitu, ini tidaklah bererti Allah berikan kuasa kepada mereka untuk bertindak bebas, sesuka hati mereka, atau diberikan tiket untuk bertindak melulu sesuka hati mereka, seperti haiwan merangkak di bumi, tanpa sebarang ikatan atau syarat.

Sedangkan tujuan Allah S.W.T. melantik mereka sebagai khalifah adalah semata-mata supaya mereka mengabdikan sepenuh dirinya kepada Allah, tanpa sebarang sekutu ataupun rakan kongsi dengan Allah. Justeru mereka hendaklah taat sepenuhnya kepada semua perintah dan larangan Allah.

Di samping dikurniakan dengan beberapa hak sebagai khalifah, Allah juga memberikan kepada mereka beberapa kewajipan atau amanah yang mesti mereka pikul dan tunaikan dengan penuh tanggungjawab dan kerelaan sebagai makhluk yang berakal dan berfikiran.

Sebenarnya sebaik-baik sahaja Allah memberikan manusia hak untuk tinggal di bumi, maka serentak itu juga Allah mengurniakan kepada mereka kewajipan-kewajipan tertentu yang tidak boleh diingkari, dan di antara kewajipan-kewajipan utama yang dipikulkan ke pondok mereka, ialah kewajipan mematuhi segala perintah Allah.

Banyak ayat-ayat suci yang memerintah manusia mematuhi dan mengabdikan diri mereka kepada Allah, dan tidak kepada yang lain. Di antara ayat-ayat iti ialah:

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat [peraturan] dari urusan [agama] itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. Al-Jaatsiyah:18.

Dan, “Tidaklah hukum itu, kecuali kepunyaan Allah yang menyuruh supaya kamu tidak menyembah kecuali kepada-Nya sahaja”.

Dan, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, janganlah sekali-kali kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. Al-Imran:102.

Justeru bila Baginda wafat, tugas Baginda sebagai khalifah atau pemimpin tidaklah berakhir kerana manusia telah dilantik oleh Allah sebagai khalifah. Justeru bila Baginda wafat, tugas itu disambung terus dan dipertanggungjawabkan ke atas bahu penguasa atau pemerintah yang baru bagi memikul tanggugjawab sebagai khalifah ummat Islam. Oleh itu dalam sesebuah masyarakat mestilah ada pemimpin yang mengawasi kemantapan sistem sosial dan kesempurnaan perlaksanaan hukum-hukum agama. Tugas inilah yang menjadi tanggungjawab utama para khalifah atau para pemimpin Islam,

Namun begitu tugas seorang pembantu Nabi atau Khalifah hanya terbatas dalam urusan pentadbiran negara dan juga dalam hal-hal yang bersangkut-paut dengan pelaksanaan hukum-hukum agama yang sesuai dengan ketentuan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. untuk menjamin kepentingan hidup manusia di dunia dan juga di akhirat.

Tegasnya khalifah-khalifah atau para pemimpin itu tidak mempunyai kuasa dari segi rasalah atau nubuwah, kerana Nabi atau Rasul dilantik terus oleh Allah S.W.T. sedangkan khalifah atau pemimpin negara hanya dilantik oleh manusia sendiri.

Dengan itu je;aslah seorang khalifah atau pemimpin tidak membawa apa-apa ajaran baru dari Allah S.W.T., kerana tugas khalifah hanya menjaga atau mengawasi perlaksanaan agama Allah S.W.T. sebagaimana disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Mereka hanya pemerintah negara atau penaung agama yang telah diamanahkan untuk melaksanakan syariat Islam dalam segala aspek kehidupan masyarakat.

Di sinilah terletaknya peranan yang penting umat Islam untuk memilih atau melantik pemerintah atau khalifahnya sendiri mengikut cara-cara yang telah ditentukan oleh syariat Islam.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W., muncullah empat orang pemerintah yang dipanggil Khalifah yang termasyur dalam sejarah Islam yang menjadi suri taulladan kepada semua pemimpin atau khalifah yang ada di dunia ini, dan juga untuk masa-masa akan datang selepas kewafatan Rasulullah saw.

Khalifah Abu Bakar as-Sidiq pernah digelar “Khalifatu’llah” [Pengganti Allah], tapi beliau amat berat untuk menerima gelaran itu, maka orang ramai pun menukar gelaran itu kepada “Khalifat’rasul”. Gelaran seperti itu jugalah diberikan kepada Khaifah yang kedua, iaitu Umar al-Khattab. Namun begitu, pada akhirnya umat Islam menggelarkan mereka “Amirul Mukminin” yang bererti “Pemimpin kaum Mukmin”. Gelaran ini terus dipakai oleh kedua-dua orang Khalifah yang kemudiannya, iaitu Khaifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib.

Tapi keempat Khalifah itu terkenal dengan panggilan “Khulafa Ar-Rasidin” yang bererti “Khalifah-khalifah yang terpimpin”, kerana mereka benar-benar mengikuti cara Nabi saw. dalam setiap aspek pemerintahan mereka.

Dalam zaman pemerintahan keempat khalifah itu, sistem perundangan Islam telah dilaksanakan dengan sempurna serta berkembang luas. Keempat-empat mereka merupakan pemimpin yang ideal yang memimpin umat Islam ke arah kebenaran dan mereka merupakan pemimpin yang amanah dan jujur.

Selepas itu hingga kini, entah berapa ramai pemimpin telah muncul di kalangan umat Islam. Ada di antara mereka yang benar, dan juga yang tidak benar, ataupun pemimpin-pemimpin yang pura-pura kerana berusaha mengejar kepentingan diri sendiri.

Pemimpin seperti ini tidak layak dipanggil pemimpin, dan lebih tidak layak lagi dipanggil Khalifah, kerana sifat dan tindak-tanduk mereka bercangah dengan kehendak Allah S.W.T.

Mereka sebenarnya penipu dengan melakukan rasuah, pembunuhan, kezaliman, menjadi penghalang kepada pelaksanaan perintah perintah agama, serta engggan menjalanakn syariat agama, menafikan hak rakyat, membuat janji-janji palsu dan berbagai-bagai perbuatan keji dan nista lagi.

Pemimpin-pemimpin penipu seperti i ini tidak mempunyai tempat dalam Islam, malah tidak ada tempat abgi mereka di Syurga, tapi mereka termasuk dalam golongan penghuni neraka jahanam di Akhirat nanti.

Pemimpin-pemimpin penipu seperti ini, boleh dicap sebagai pemberontak keapada Allah, terdiri dari mereka yang menentang hukum Allah.

Banyak Hadis-hadis Nabi saw. memberi peringatan tentang bahaya-bahaya menjadi pemberontak kepada kekuasaan Allah SWT. yang patut menjadi ingatan kepada manusia yang bernama pemimpin, lebih-lebih lagi di zaman kini yang penuh dengan ranjau-ranjau ancaman maksiat daripada berbagai-bagai hala, supaya nanti tidak tersernandung langkah, lalu terjerumus dalam perangkap syaitan yang amat merbahaya itu.

Di antara lain Rasulullah saw.pernah bersabda, dari Maqil bin Yasar, “Saya dengar Rasulullah saw. bersabda, “Tiap-tiap seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya rakyat untuk dipimpin, lalu ia mati dan di hari kematian itu ia menipu rakyatnya, maka Allah mengharamkan syurga baginya”.HR:Bukhari & Muslim.

Dan, “Bagi setiap pengkhianat akan dipacakkan bendera pada duburnya setinggi pengkhianatan yang dilakukannya. Tiada pengkhianatan yang lebih besar dosanya daripada seorang penguasa yang zalim”.HR:Muslim.

Dan, maksud Hadis, “Satu hari menjadi pemimpin yang adil lebih baik dari beribadah enam puluh tahun”.

Sabda Baginda saw. itu dengan jelas menunjukkan tanggungjawab yang berat yang dipikul oleh para pemimpin Islam dan ancaman keras dari Allah SWT. terhadap mereka yang menyeleweng daripada tanggungjawab dan amanat yang dipegangnya, dan tidak ada amaran yang lebih keras daripada ancaman azab yang maha pedih dengan mencampakkan mereka ke dalam neraka jahanam.

Ibnu Bathol membuat kesimpulannya, “Ini peringatan yang keras kepada setiap pemimpin yang khianat, kerana berlakulah janji Allah ke atas mereka, iaitu diharamkan daripadanya syurga”.

Bersikap Mahabbah dan harmoni di sepanjang masa, dan di mana sahaja, di kala suka dan duka..
xxxxxxxxxxx
Renungilah
-“Barangsiapa yang memegang kekuasaan pemerintahan dari kalangan kaum Muslimn, kemudian ia mengangkat seseoang pegawainya kerana kecintaan semata-mata, maka yang mengangkat itu tetap akan mendapatkan kelaknatan Allah. Allah tidak akan menereima kelakuan fardhu dan sunnahnya, sehingga akhirnya ia akan dimasukkan dalam neraka jahanam”.HR:Hakim.

-“Kamu semua adalah penggembala dan pasti ditanya tentang penggemabalaanmu itu. Imam [Penguasa dalam sesuatu kelompok] adalah penggembala dan ia pasti pula ditanya tentang penggembalaannya itu”. HR:Bukhari.

Read more...

Daun Yang Gugur

>> Tuesday, July 27, 2010


DAUN Yang Gugur

Jumaat
pusara sepi
pagi nan bening
dalam syahdu ayat suci
Allah di hati,
sehelai daun kering
melayang-layang
gugur di depan mata
terbaring di atas pusara
diam
sepi
dalam kerdipan mata kami
yang basah.

Begitulah usia
begitulah nasib
di tangan Ilahi
gugurnya tidak menentu
tanpa dirancang
tanpa diduga
tanpa diundang
sehelai daun di perkuburan
sepi sendirian
sehelai daun
kering.

Tapi manusia
tidak demikian
matinya disanding amalan
menjelang Kebangkitan
meniti Sirat
ke mana arahnya?
di bawah api
membakar
di hujungnya
Syurga.

Ya Allah
selamatkan kami
dalam pelukan wajah-Mu
yang syahada
yang Maha Pengasih dan Maya Penyayang,
Kekal dan abadi.

Bergema di sanubari kami
senandung kasih-Mu,
“Hai jiwa yang tenang
kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas
lagi diridhai-Nya.
maka masuklah ke dalam
jama’ah hamba-hamba-Ku
dan masuklah
ke dalam Syurga-Ku”.

Amin!

Sg.Durian, K.K.
15 Sya’aban 1431.

Read more...

Kembali Ke pangkuan Islam

>> Monday, July 26, 2010


KEMBALI Kepangkuan Islam

NAMPAKNYA umat Islam kini sedang mencari Islam sebagai satu jalan penyelesaian yang selamat, setelah sekian lama mereka meminggirkan Islam dan hidup di bawah tempurung keduniaan yang gagal memberikan kebahagian hidup yang hakiki kepada mereka. Sudah sekian lama, mereka mencuba berbagai-bagai barangan import dalam beraneka jenis, seperti idea-idea, undang-undang, ilmu, seni, budaya, hiburan, ekonomi, politik, sistem pendidikan dan sebagainya dari segala perkara yang bersifat kebendaan belaka.

Tapi segala usaha mereka itu telah terdampar di batu karang kegagalan dan kekecewaan, dan akhirnya terpaksa mencari jalan keluar yang benar-benar selamat yang memang telah disediakan oleh Allah untuk mereka, tapi dipandang remeh dengan sebelah mata sahaja, dan dipinggirkan hingga hanyut ditelan masa berlalu.

Walaupun mereka mencari Islam sebagai jalan keluar, tapi kebanykan mereka hanya menumpu kepada satu hala sahaja, iaitu di bidang peribadatan, sedangkan Islam itu satu cara hidup yang syumul yang dapat menjamin kebahagian hidup manusia bukan sahaja di dunia, tapi juga di Akhirat yang kekal abadi. Mereka hanya sembahayang dan puasa, sehingga mereka tinggalkan syariat Islam yang lain yang juga amat penting, seperti dalam urusniaga [muamalat], jenayah [hudud], sistem politik, sistem ekonomi dan juga sistem kemasyarakatan Islam yang merupakan sebahagian daripada syariat-syariat Islam yang penting untuk dihayati.

Akibatnya mereka hidup dalam dua persimpangan jalan, di mana kehidupan ibadat mereka berada di suatu sudut, sedangkan kehidupan seharian mereka berada di sudut yang lain pula yang jauh beza antara keduanya seperti langit dan bumi. Keadaan ini menyebabkan mereka berada dalam keadaan tidak menentu, terumbang-ambing antara dua kehidupan yang sengit pertembungannya.

Perkara ini berlaku, kerana sebahagian besar umat Islam dan pemerintah Islam hari ini telah lama meninggalkan syariat Islam. Mereka telah menukar undang-undang ciptaan Allah yang Maha Agong dengan undang bikinan manusia. Berbagai-bagai hujah telah mereka rekakan untuk menghalalkan perbuatan mereka meninggalkan syariat Islam dan menggantikannya dengan undang-undang ciptaan manusia.

Namun, sejak kebelakangan ini, kebangkitan Islam terserlah hampir di seluruh dunia Islam. Masyarakat Islam menuntut supaya kita semua kembali kembali ke pangkuan Islam, iaitu kembali kepada jalan yang telah ditetapkan oleh Allah. Mereka telah menuntut supaya undang-undang Islam hendaklah dilaksanakan, dan bukannya berdasar hukum ciptaan manusia.

Tapi golongan-golongan yang sekular, puak-puak yang tidak mendapat taufik dan hidayah dari Allah, dan mereka yang menjadi musuh-musuh Allah, tetap memusuhi syariat Islam, dan biasanya jawapan mereka yang paling mudah untuk menolak tuntutan kembali kepada Islam itu ialah, “Hukum Islam tidak boleh dijalankan dalam keadaan sekarang, tidak boleh dijalankan dalam masyarakat berbilang bangsa, dan tidak boleh dijalankan dalam keadaan umat Islam yang masih belum memahami sepenuhnya tentang hukum-hukum Islam”, atau akan berkata, “Hukum Islam sudah lapuk, tidak sesuai lagi pada hari ini”. Dan lain-lain jawapan yang senadanya.

Keadaan menjadi tambah buruk, kerana kebanyakan media massa, baik akhbar, radio, tv dan sebagainya dikuasai pula oleh mereka yang tidak begitu memahami hukum-hukum Allah, ataupun media massa tersebut telah diperalatkan oleh kalangan yang tidak faham tentang Islam atau anti-Islam untuk memburuk-burukkan syariat Islam dan juga menakut-nakutkan manusia terhadap syariat Islam yang syumul yang datangnya dari Allah S.W.T. itu.

Sedangkan ciri-ciri seorang Muslim yang sejati ialah beriman, dan keimanan inilah yang menyebabkan seseorang mengakui syariat Allah, serta menerima dan tunduk patuh kepada syariat itu, dan ini selaras dengan pengertian Islam itu sendiri yang membawa makna menerima dan patuh kepada perintah Allah.

Allah berfirman, maksudnya, “Sesungguhnya jawapan orang Mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum di antara mereka, mereka mengucapkan, “Kami mendengar dan kami patuh”.An-Nur:51.

FirmanNya lagi, maksudnya, “Maka demi Tuhanmu, mereka [pada hakikatnya] tidak beriman sehinga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan; kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. An-Nur:65.

Justeru, seseorang itu tidak beriman dalam erti kata yang sebenarnya, selagi dia tidak menghukum atau mengadili setiap kes atau pertikaiannya mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Dan dia pula hendaklah redha menerima hukum Allah dan RasulNya itu dengan sepenuh hati.

Oleh itu, amatlah menghairankan, kiranya ada orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya tapi senafas itu juga lebh mengutamakan hukum lain daripada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya dalam menyelesaikan sebarang persoalan yang dihadapinya itu.

Allah berfirman, maksudnya, “Kekuasaan menetapkan hukum itu hanya hak Allah”. Al-Anam:57.

Dan,”Ingatlah, menciptakan dan memerintah adalah kekuasaan [hak] Allah sendiri”.Al-A’raf:54.

Dan juga, “Dan tidak sekali-kali Tuhanmu pelupa”. Maryam:64.

Ketiga-tiga ayat di atas dengan jelas menunjukkan bahawa tidak ada sedikit pun perbuatan Allah yang tidak mempunyai sebarang hikmah. Maka dengan itu bererti menolak atau menentang sebahagian daripadanya samalah ertinya menolak dan menentang perbuatan Allah S.W.T. secara keseluruhannya.

Justeru bagaimanakah kedudukan orang-orang Islam yang sengaja menolak perlaksanaan hukum Islam?

Berhubung dengan pertanyaan ini, seorang penulis Islam yang terkenal, Abdul Rahman Abdul Khaliq pernah menegaskan:

“....jadi pendustaan kepada hukum itu atau penolakaannya adalah menjadi kufur yang mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Hukum itu tidak boleh dipertikaikan sama sekali.....khususnya jika penolakan itu dibuat dengan alasan perundangan ini tidak sesuai dengan manusia, atau tidak selari dengan zaman, atau ianya undang-undang yang buas atau alasan-alasan lain lagi; sebab menghina undang-undang pada hakikatnya bermakna menghinakan pencipta undang-undang itu sendiri.

“Sesungguhnya yang mencipta undang-undang ini dan menghukumnya ialah Allah S.W.T.....seseorang yang menghina Allah, atau mengatakan ada kekurangan atau mengatakan Allah jahil menyebabkannya kufur dan terkeluar dari agama Islam.

“Maka dengan itu bererti golongan yang menolak syariat Islam itu telah terkeluar dari kumpulan orang-orang Islam, sehinggalah mereka “mengistiharkan taubat mereka dan kembali kepada Allah S.W.T.”.

Hiduplah dengan semangat Mahabbah dan harmoni untuk menempa kebahagian di dunia dan meraih kebahagian di Akhirat. Amin.
xxxxxxxxxx

Renungilah

-“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim [kasih sayang persaudarannya]”. Musttafaq ‘alaih.

-“Berbaktilah kepada Allah dan hubungkanlah tali persaudaraan kamu, kerana yang demikian itu lebih kekal buat kamu di dunia dan lebih baik bagi kamu di akhirat”. HR:Ibn Jarir.

-“Sesungguhnya rahmat tidak akan turun kepada sesuatu kaum yang ada di antara mereka seorang yang memutuskan tali pesaudaraan”. HR:Bukhari.

-“Dua orang yang Allah tidak endahkan ia pada hari kiamat: pemutus tali persaudaraan dan tetangga yang jahat”. HR:ad-Dailami.

Read more...

Kenapa Dunia Memerlukan Islam?

>> Saturday, July 24, 2010




KENAPA Dunia Memerlukan Islam?

MEMANG telah nyata bahawa, tanpa agama yang luhor dan sempurna, dunia hari ini akan terus berada dalam kegelapan dan kemerbahayaan. Golongan-golongan pelampau akan terus bertindak secara membuta tuli yang menyebabkan tercetusnya pertelagahan pendapat dan ideologi yang sengit di kalangan penduduk dunia. Sedangkan untuk mencegah persengketaan, amatlah penting mencabut segala faktor yang boleh mencetuskan persengketaan itu daripada bersarang di minda dan di lubuk hati umat manusia sejagat.

Dengan itu barulah akan wujud kedamaian dan keamanan sejagat yang sebenarnya. Keamanan dan kedamaian amatlah diperlukan oleh berjuta-juta manusia sejagat, jika dibandingkan dengan manusia jahiliah yang gemar membahagi-bahagikan manusia kepada berbagai-bagai suku dan bangsa yang berbeza-beza yang telah melebarkan jurang perpisahan antara manusia yang menjadi salah satu fakor berlakunya persengketaan.

Jika peperangan yang total berlaku, maka sudah tentu lebih banyak kemusnahan akan berlaku, termasuklah peradabaan yang telah dicapai oleh manusia dengan penuh kesukaran dan menelan masa yang begitu lama akan hancur. Walaupun kemajuan sains dan kebendaan hari ini telah dicapai dengan begitu pantas, tapi kemajuan kerohanian manusia tidak pula meluncur selaju itu, malah terus curut ke belakang dalam dunia kebendaan hari ini.

Justeru timbullah jurang yang luas yang memisahkan kemajuan kebendaan yang begitu pesat dengan keadaan jiwa manusia yang kosong hari ini. Manusia sudah pasti, tidak akan menemui kebahagiaan andainya mereka menghabiskan masa dan daya usahanya untuk mengejar kemajuan kebendaan dan dunia semata-mata, sedangkan kita kehilangan jiwa kita dalam usaha-usaha tersebut. Justeru itu, pencapaian kemajuan kebendaan mestilah diselaraskan dengan kemajuan kerohanian manusia.

Hari ini, kita masih hidup dalam dunia yang tercaing-caing dan terkoyak-koyak. Lihat apa yang berlaku di Pakistan, di India, di Kasymir, di Afrika, di Timur Tengah, di Amerika, di Eropah, malah di mana-mana sahaja,api sengketa masih terus menyala, malah kadang-kadang membakar hangus. Cubalah perhatikan, banyak negara-negara di dunia hari ini berada dalam keadaan tersingkir dan lesu, hidup dalam semangat kebangsaan yang sempit, perpbezaan budaya dan ekonomi, dan pemisahan sosial sebagaimana yang berlaku sebelum Perang Dunia ke-2 dahulu. Prasangka agama masih membara, dan biasanya yang menjadi mangsa dan korban ialah golongan minoriti Islam dunia.

Problem ini tidaklah dapat diselesaikan tanpa diketahui apakah perkara yang sebenarnya berlaku di dunia hari ini. Dan problem dunia yang berat ini tidaklah dapat diselesaikan dengan mudah sebagaimana disangkakan oleh kebanyakan orang, seperti menerusi pertukaran seni dan budaya, atau penyampaian bantuan ekonomi, atau peminjaman teknologi antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Demikian juga ia tidak dapat diselesaikan dengan acara permainan bolasepak antara sebuah negeri dengan sebuah negeri, atau antara sebuah negara dengan sebuah negara di peringkat antarabangsa, tayangan-tayangan video dan filem-filem ataupun menerusi tulisan-tulisan juga tidak berkesan.

Seluruh dunia hari ini terlempar dalam kemelut dan kegelisahan, tergugat oleh kemerosotan perdagangan, pengangguran, kelaparan, jenayah, korupsi dan berbagai-bagai problem lagi yang telah memporakperandakan asas-asas hubungan manusia sesama manusia di seluruh jagat ini. Demikian juga dengan perbezaan warna kulit, keturunan dan agama telah menjadi begitu ketara di sesetengah negara, sehingga mencetuskan pergeseran kaum yang sengit.

Nampaknya, faktor utama yang menyebabkan kecelaruan ini ialah kerana kita manusia telah kehilangan matlamat hidup yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, agama yang benar tidak memisahkan antara kepentingan kerohanian dengan kepentingaan kebendaan. Ertinya kita tidak boleh meninggalkan kepentingan dunia dalam mengejar kepentingan Akhirat. Kerana tujuan akhir kita, bukanlah semata-mata untuk meraih kebendaan, kerana benda-benda hanya merupakan perlatan semata-mata. Tidak lebih dari itu. Sejarah mengajar kita, mengejar dunia secara membuta-tuli, tidak akan dapat memberi kebahagian yang sebenarnya kepada jiwa manusia, apa lagi kalau dalam berbuat demikian mereka memusnahkan nilai-nilai kerohaninnya. Akibatnya jadilah manusia sebagai haiwan yang merangkak di bumi.

Justeru, agama yang luhor bukanlah semata-mata agama yang mengandungi cara-cara beribadat, tapi ianya lebih jauh dari itu, antaranya mempunyai peraturan-peraturan sosio dan ekonomi, peraturan-peraturan nasional dan internasional, dan agama itu pula bukan semata-mata mengajar persamaan taraf di kalangan umat manusia, tapi yang lebih pentingnya ajaran-ajaran itu mestilah diamalkan dalam kehidupan.

Agama yang luhor juga mesti mampu menyelesaikan problem-problem manusia yang simpel secara perseorangan dan juga mampu menyelesaikan problem-problem masyarakat dan bangsa baik dari segi sosio, politik, ekonomi dan sebagainya. Hanya agama seperti ini mampu membentuk sebuah masyarakat sejagat yang ideal tanpa perbezaan darjah dan warna kulit, sedangkan pada asasnya semua manusia dilahirkan sama belaka.

Agama itu mestilah agama yang percayakan keesaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Agong, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang memiliki Syurga dan neraka. Syurga untuk orang-orang yang taqwa dan neraka untuk orang-orang yang ingkar. Syurga adalah sebaik-baik tempat untuk dihuni, dan sebaliknya neraka adalah sejahat-jahat tempat. Syurga tidak dapat diraih tanpa usaha dan kerja keras. Ia tidak boleh semata-mata dengan menyebut dan mengulangi-ulangi ayat-ayat tertentu. Tapi ia mesti diusahakan sendiri. Tidak ada perantaraan. Dan segala usaha kita ini akan ditimbang dan dinilai dengan seadil-adilnya di Akhirat nanti oleh Allah S.W.T, untuk menerima hukuman baik atau sebaliknya hukuman jahat.

Dalam agama yang benar ini, kekuasaan yang mutlak hanya terletak di tangan Allah, dan salah satu daripada tujuan utamanya ialah untuk mewujudkan kedamaian rohani dan jasmani. Dan jalan untuk menuju kedamaian itu semata-mata dengan taqwa kepada Allah sebagaimana diajar oleh semua Nabi-nabi Allah.

Ketiadaan kepercayaan kepada Allah yang Maha Agong, Maha Melihat dan Maha Mendengar adalah merupakan sebab utama berlakunya begitu banyak kekacauan di dunia hari ini. Apa yang hendak diindahkan oleh manusia yang tidak beriman?

Semua ciri-ciri yang unggul ini terdapat dalam Islam. Malah dalam agama Islam itu ada segala-galanya. Ianya bukan agama semata-mata, tapi padanya terkumpul satu cara hidup yang unggul dan sempurna yang dapat menjamin kebahagian manusia di dunia dan di Akhirat. Ia menjadi faktor yang menghidupkan umat manusia di peringkat daerah, nasional dan internasional.

Ibadat dalam Islam membentuk jiwa manusia menjadi makhluk yang taqwa, bukannya merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan untuk memuja Allah. Sebagai agama sejagat, dalam Islam tidak ada kedaulatan bangsa, exploitasi ekonomi, tidak ada gila kuasa dalam Islam. Kerana semua kuasa adalah milik Allah, sedangkan manusia Islam hanya sebagai Khalifah yang menjalankan amanat-amanat Allah semata-mata.

Justeru itu sesiapa yang mnenolak hukum Allah bererti ingkar atau derhaka kepada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Dan perbuatan itu merupakan dosa dan setiap dosa akan menerima pembalasan di Akhirat kelak. Menolak perlaksanaan sesuatu hukum yang telah disyariatkan kerana bimbang akan tercetusnya pergeseran kaum adalah dangkal dalam kedurhakaan kepada Allah. Justeru sebelum terlambat, marilah kita kembali ke jalan Allah untuk menemui kebahagian dunia dan Akhirat, jalan yang luas terbentang, jelas dan nyata dan jalan yang diredhai Allah.

Hiduplah dengan Mahabbah dan Harmoni berlandaskan keredhaan Allah untuk meraih kebahagian dunia dan Akhirat.
Xxxxxxxxxxx

Renungilah:

“Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada seseorang, sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan dunia dan akhirat iaitu:

Pertama:Hati yang sentiasa bersyukur.
Kedua:Lisan yang sentiasa berzikir.
Ketiga:Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah
Keempat:Isteri yang tidak pernah khianat, sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda suaminya”. H.R:Tirmizi & Ibnu Hibban.

Read more...

Rahsia Di sebalik Mandi

>> Friday, July 23, 2010


RAHSIA di seblik mandi


PADA umumnya ada tiga jenis kita mandi setiap hari, iaitu mandi bersuci dari hadas besar, mandi sunnah dan mandi biasa.

Mandi hadas besar dipanggil mandi junub, bila seseorang hendak solat, membaca al-Quran dan sebagainya, setelah melakukan persetubuhan, keluar air mani, haid, nifas dan selepas melahirkan. Jika tidak ada air atau berhalangan dibolehkan bertayamum.

Mandi sunnah ada beberapa jenis, seperti mandi sunnah hari Jumaat, mandi sunnah hari raya, mandi hendak solat gerhana, mandi hendak memakai ihram dan sebagainya.

Sejenis mandi lagi ialah mandi biasa yang kita lakukan setiap hari, sekali, dua kali, tiga kali atau bberapa kali sehari dengan tujuan untuk menjaga kebersihan badan kita, supaya tidak kotor dan mengeluarkan bau yang hapak dan busuk yang tidak menyenangkan, terutama selepas melakukan pekerjaan-pekerjaan yang mengeluarkan peluh.

Di samping itu ada lagi sejenis mandi, iaitu mandi jenazah, di mana sebelum jenazah dikafan, disembahayang dan dikebumikan jenazah dimandikan terlebih dahulu oleh orang-orang yang hidup mengikut syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syara’.

Selain dari menggunakan sabun sebagai mencucui badan, orang-orang tua kita ada meninggalkan berbagai-bagai petua untuk membolehkan kita mendapat manfaat yang lebih bila kita mandi.

Antara petua-petua itu saya dedahkan di ruang ini untuk dikongsi bersama dengan pembaca-pembaca dan peminat-peminat blog pondokrahmat ini, insyallah memberi faedah.

Seperti dengan pekerjaan yang lain juga, mulailah mandi dengan menyebut nama Allah yang Maha Berkuasa

Kemudian diikuti dengan membasuh kaki, lutut dan peha, kemudian barulah basuh badan.

Selepas itu barulah dijurus air ke atas kepala. Ini dipercayai dapat mengelak daripada sakit kepala, termasuk magerin.

Harus juga diingat, orang-orang tua kita pantang menggosok ketiak dengan tapak tangan, kerana dipercayai boleh menyebabkan ketiak itu berbau yang tidak menyenangkan. Kalau nak gosok juga, gunalah belakang tapak tangan.

Harus diingat, jangan sama sekali mandi ketika badan masih panas atau peluh masih membasahi badan, tunggulah peluh kering, baru mandi.

Jangan amalkan mandi di waktu tengah malam kalau tidak ada keperluan mendesak, kerana dipercayai boleh mengundang penyakit.

Sewaktu mandi di sungai, di laut atau di paya dan seumpamanya jangan pijak kaki anda di gigi air, kerana ditakuti di situ terdapat makhluk-makhluk halus.

Kalau anda mandi secara mencebok, seperti menggunakan timba kalau mandi di telaga atau penyebok jika mandi air yang diisi dalam baldi atau kolah, biarlah cebokan itu menggunakan angka ganjil, seperti 21 cebok, 41 cebok dan sebagainya.

Adalah difahamakan Allah sukakan bilangan yang ganjil.

Ketika mandi itu kita hendaklah memohon kepada Allah supaya semua penyakit jasmani yang mungkin ada dalam badan kita akan keluar bersama-sama air mandian yang tercurah dari badan kita ke atas lantai. Dan kita juga hendaklah berdoa supaya segala penyakit rohani yang kita hidapi, seperti bongkak, sombong, bakhil dan sebagainya supaya keluar dan hilang bersamanya.

Tegasnya kita hendaklah berdoa untuk mendapat kesihatan lahir dan batin.

Setelah selesai mandi, dalam keadaan berdiri bacalah Al-Fatihah dalam hati satu kali.

Rentap-rentap kedua-dua kaki secara bergilir-gilir beberapa kali, dimulakan dengan kaki kanan, dan diikuti pula dengan kaki kiri.

Kemudian rentap-rentap kedua-dua belah tangan kita dengan cara yang sama, mulakan dengan tangan kanan, dan diikuti oleh tangan kiri.

Kedua-dua gerakan ini bertujuan untuk membetulkan urat saraf kita dan supaya tidak menjadi terik atau kekejangan.

Kemudian perahkan kain basahan yang kita pakai itu dan pukul-pukulkan kain itu pada betis kita dan kemudian diikuti dengan bahagian tulang kering kita. Seperti biasa lakukan dengan betis sebelah kanan beberapa kali terlebih dahulu, dan seterusnya diikuti dengan betis sebelah kiri kita pula dalam keadaan masih berdiri.

Dengan berbuat demikian labu betis kita akan jadi kemas dan tidak cepat loyo atau lembek.

Kemudian kain basahan itu dipintal sekemas yang boleh dan gigitlah dengan gigi beberapa kali . Tujuannya ialah untuk menguatkan gusi dan gigi kita.

Sesudah itu bersalawat 1 kali atau tiga kali, dan ucaplah syukur kepada Allah, dengan menaruh harapan kepada Allah supaya tubuh badan kita lahir dan batin sentiasa berada dalam keadaan sihat dan segar bugar untuk membolehkan kita terus beribadat kepada Allah.

Sebagai tambahan patut juga disebut sini, hubungan antara mandi dan mencari pasangan hidup. Jika anda seorang lelaki,dan sedang mencari seseorang calon isteri, dan anda sampai di rumah seseorang yang hendak ditinjau itu, kebetulan anak gadis tuan rumah yang dimaksudkan anda itu sedang mandi, kalau dahulu mandi di telaga,ia memberi alamat baik, gadis itu memang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup anda. Keluarga anda akan berada dalam aman dan damai, tenang dan sejeuk seperti air telaga. Demiian petua datok nenek kita. Walahhu'klam.

Dan seterusnya hiduplah dengan Mahabbah dan Harmoni untuk mendamba rahmat Allah yang seluas langit dan bumi.
xxxxxxxxx

Renungan:

"Sesiapa yang mengutamakan Akhirat, Allah akan memelihara urusan dan memurahkan hatinya sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar.

"Dan sesiapa yang mengutamakan dunia, Allah akan memporakperandakan urusannya serta ditampakkan ke papan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan sahaja". HR:Tamizi.

Read more...

Rahsia Di Sebalik Wudhu'

>> Monday, July 19, 2010


RAHSIA;Di Sebalik Wudhu’


SEBELUM kita solat kita wajib terlebih dahulu menyucikan diri kita daripada hadas kecil dengan menggunakan air mengikut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Syara’, iatu berwudhu’.

Caranya ialah membasuh anggota-anggota tertentu dengan air dan dengan cara-cara yang tertentu pula, sebagai salah satu syarat untuk sahnya solat yang akan kita dirikan itu. Wudhu’ harus dengan air, andainya tidak ada air bolehlah bertayammum dengan debu yang suci.

Anngota-anggota wudhu’ ialah muka, kedua tangan hingga siku, sebahagian kepala, kedua kaki hingga buku lali. Angota-anggota lain yang sunnah dalam berwudhu’ antaranya ialah kedua tapak tangan, hidung, leher dan dua telinga.

Baru-baru ini ketika mengemas-ngemas buku-buku di rumah, saya terbaca sebuah kitab agama tulisan Jawi yang antara lain membicarakan tentang solat, wudhu’, nikah kahwin dan satu bab mengenai amalan tarikah. Sayangnya beberapa helai daripada buku itu bahagian hadapan dan belakang, termasuk kulitnya telah hilang, kerana itu tidaklah diketahui tajuk dan juga penulisnya.

Dalam bab mengenai wudhu’ pengarangnya telah membentangkan perkara-perkara seperti berikut sebagaimana yang saya kutip untuk dikongsi bersama dengan pemabca-pembaca dan peminat-peminat “Pondokrahmat” ini, stelah diadakan penyesuainnya.

Ketika membasuh tangan, kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah S.W.T.semoga Allah mengampunkan dosa kedua belah tangan itu yang mungkin telah melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan-kesalahan atau dosa-dosa yang mungkin kita lakukan menerusi tangan kita ialah memegang sesuatu barang atau harta bukan kepunyaan kita, tapi kepunyaan orang lain yang dilarang oleh Allah kita memegangnya.

Atau kita telah menggunakan tangan kita itu untuk memukul orang yang tidak sepatutnya, atau melukis atau menulis sesuatu yang tidak benar atau berupa fitnah yang mengaibkan orang atau boleh menimbulkan huru-hara.

Ketika berkumur-kumur, kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah S.W.T. supaya mengampunkan dosa-dosa yang ada pada mulut kita itu yang mungkin telah melakukan berbagai-agai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan-kesalahan atau dosa-dosa yang mungkin telah kita lakukan menerusi mulut kita ialah memaki, menghina atau mencerca dan mencela orang.

Atau kita memakan harta benda orang lain yang diharamkan oleh Allah kita memakannya; atau kita makan riba; atau kita makan harta orang secara halal, tapi dia tidak mengeluarkan zakat, atau harta anak-anak yatim ataupun memakan makanan-makanan yang Allah haram memakannya, seperti daging-daing haiwan yang disembelih tidak mengikut syariat Islam.

Ketika memasuk air ke dalam lubang hidung, kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah S.W.T. supaya mengampunkan dosa-dosa yang ada pada hidung kita itu yang mungkin melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan-kesalahan atau dosa-dosa yang mungkin kita lakukan menerusi hidung kita ialah yang mencium bauan-bauan yang tidak patut dicium baunya atau bauan-bauan yang tidak diredha dicium oleh tuannya.

Atau mencium bauan-bauan yang terdapat pada badan wanita jika kita lelaki dan mencium bauan-bauan yang pada lelaki jika kita seorang wanita.

Ketika membasuh muka selepas berniat mengambil wudhuk, kita hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T supaya mengampunkan segala dosa yang mungkin terdapat pada muka kita yang mungkin melakukan brbagai-bagai dosa dan kesalahan.

Salah satu anggota terpenting yang terdapat pada muka kita ialah mata yang kita gunakan untuk melihat segala sesuatu yang ada di alam nyata ini dan yang ada di hadapan kita.

Antara kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang mungkin kita lakukan menerusi anggota muka kita ialah mata kita, kerana melihat sesuatu yang tidak patut atau haram dipandang.

Antaranya, jika kita seorang lelaki kita mungkin melihat wanita-wanita yang bukan muhrim kita, iaitu wanita-wanita yang boleh kita nikahi.

Atau pun kalau kita seorang wanita pula kita melihat lelaki yang bukan muhrim kita, iaitu lelaki yang halal kita nikahi.

Atau pun kita seorang lelaki, kita melihat kaum sejenis kita pada anggota-anggota antara pusat dan lutut. Demikian dengan wanita yang melihat kaum sejenisnya wanita.

Atau jika kita melihat dalam rumah seseorang tanpa izin tuan rumah, seperti ketika berada atau melalui hadapan rumah-rumah mereka, mungkin untuk melihat sesuatu yang di dalamnya yang menarik nafsu kita untuk melihatnya.

Atau pun kita menonton permainan atau hiburan-hiburan, seperti mak yong, menora atau ronggeng iaitu antara permainan tradisi zaman dahulu.

Dan hari ini berbagai-bagai jenis hiburan dengan senang dibawa masuk ke rumah kita dengan hanya menggunakan jari jemari kita sahaja, khususnya tv dan internet. Di situ kita dapat melihat serba neka, orang berbogel, separuh bogel dan sebagainya tanpa batas lagi.

Di samping itu kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah semoga kita dapat melihat Zat Allah di Akhirat nanti yang tidak dapat kita gambarkan bagaimanakah keadannya, kerana berbeza dengan segala makhluk ciptakanNya.

Kita hendaklah berdoa dalam hati supaya Allah memberi peluang kepada kita melihat Penghulu kita, Rasululah saw. di Akhirat nanti.

Kita juga hendaklah berdoa semoga Allah memberi peluang kepada kita melihat kedua ibu bapa yang telah meninggal terlebih dahulu dan orang-orang yang kita kasihi di dalam Syurga, dan melihat bidari-bidadari dan permainan-permainannya dan segala pokok-pokok kayu yang indah yang terdapat dalam Syurga itu.

Ketika membasuh kedua tangan hingga siku, kita hendaklah berdoa dalam hati supaya Allah mengampun segala kesalahan dan dosa yang mungkin ada pada kedua belah tangan kita itu kerana melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan dan dosa yang mungkin kita lakukan menerusi kedua tangan kita itu ialah memukul atau menampar orang ataupun menyinggung atau meyiku orang ketika berada di khalayak ramai, seperti ketika berebt-rebut untuk menaiki kenderaan awam, dan seumpamanya.

Ketika membasuh tangan sebelah kanan, berdoalah kepada Allah S.W.T supaya menyerahkan kitab amalan kita di Akhirat nanti menerusi tangan kanan kita, sebaliknya ketika membasuh tangan kiri berdoalah kepada Allah supaya Allah tidak menyerahkan kitab amalan kita itu di Akhirat nanti menerusi tangan kiri kita.

Ketika membasuh kepala, di bahagian ubun-ubun kita hendaklah berdoalah dalam hati supaya Allah mengampunkan segala dosa yang ada di kepala kita itu kerana melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan-kesalahan atau dosa yang mungkin kita lakukan menerusi kepala kita ialah menyembah atau memuliakan pihak berkuasa di dunia semacam kita menyembah Allah S.W.T, seperti mengagung-agungkan secara melampau para pembesar, pihak berkuasa, dan sebagainya di luar daripada keharusan yang dibenarkan oleh syara’, ataupun melakukan apa sahaja yang diperintah oleh mereka walaupun melanggar kebiasaan, peraturan dan undang-undang.

Ataupun kita menggunakan kepala otak kita untuk memikirkan mengenai perkara-perkara yang tidak baik, seperti merancang untuk menganiya orang dan sebagainya.

Sebaliknya kita hendaklah berdoa dalam hati supaya Allah mengurniakan kepada kita kepala yang sentiasa tunduk patuh dan menyembah Allah S.W.T semata-mata tanpa berbelah bahagi hingga ke hari Akhirat nanti yang tidak ada sebarang naungan lagi kecuali naungan di bawah Arasyh Allah S.W.T.

Ketika membasuh telinga, kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah S.W.T. supaya mengampun segala dosa yang ada di telinga kita kerana melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan dan dosa-dosa yang mungkin kita lakukan menerusi telinga kita ialah seperti mendengar muzik-muzik yang memuja sesuatu yang meleka dan melalaikan yang menyebabkan kita terlupakan Allah S.W.T.

Juga kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah supaya mengurniakan telinga kita supaya dapat mendengar zikrillah Taala dan Kalamullah Taala dari dunia hingga ke Akhirat, iaitu di Syuga nanti.

Ketika membasuh leher atau tengkuk kita, kita hendaklah berdoa dalam hati supaya Allah S.W.T. mengampunkan segala dosa yang terdapat di leher kita kerana melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan atau dosa yang mungkin kita lakukan menerusi leher kita ialah seperti bahu kita memikul barang-barang yang diharam oleh Allah kita melakukannya atau memakai barang-barang yang tidak haram dipakai seperti lelaki memakai rantai leher, atau wanita memakai rantai-rantai yang bukan milikmya yang sah dan sebagainya.

Jua kita hendaklah berdoa dalam hati semoga Allah tidak mmbelenggukan leher kita dengan rantai-rantai neraka yang amat menyeksakan itu. Sebaliknya kita hendaklah berdoa semoga Allah S.W.T memakaikan kita atau menyarungkan melalui leher kita pakaian-pakaian dari Syurga.

Ketika membasuh kedua belah kaki, kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah S.W.T. semoga Allah mengampunkan segala dosa yang terdapat pada kedua-dua kaki kita itu kerana melakukan kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan dan dosa yang mungkin kita lakukan menerusi kedua kaki kita ialah seperti berjalan utuk menonton berbagai-bagai hiburan, seperti mak yong, menora, pergi ke pawagam-pagawan atau ke tempat-tempat hiburan yang bercampur gaul tanpa batas dan pendedahan-pendedahan aurat yagn diharamkan oleh agama. Atau kita pernah terlibat dalam perbuatan jenayah, seperti merompak, menyamun dan mencuri ataupun berbagai-bagai perbuatan maksiat lagi yang menggunakan kedua kaki kita untuk bergerak yang terang-terang dilarang oleh Allah S.W.T.

Berdoalah kepada Allah supaya menjadikan kedua kaki itu gemar berulang alik ke masjid-masjid, ke surau-surau, dan ke majlis-majlis ilmu dan ke tempat-tempat kebajikan.

Juga berdoalah kita kepada Allah S.W.T. supaya Allah menetapkan kaki kita ketika meniti di atas Siratalmustakim menuju ke Syurga dan tidak tergelincir jatuh ke dalam neraka jahnam di bawahnya, iaitu seburuk-buruk tempat untuk di huni.

Selepas selesai mengambil Wudhuk berdoalah sebagaimana biasa doa selepas Wudhuk yang bermaksud, “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada yang menyengutui bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya. Ya Allah jadikanlah aku sebagai ahli taubat, dan jadikanlah aku orang yang suci; dan jadikanlah aku dari kumpulan orang-orang yang salih”.

Seterusnya bersolatlah kita dengan ksyusuk kepada Allah S.W.T. Amin!

Seterusnya hiduplah dengan Mahabbah dan harmoni luar dan dalam-lahir dan batin.
*********

Renungilah:
“Mana-mana orang Mukmin yang memberi makanan kepada seorang Mukmin yang lain kerana kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada hari kiamat daripada buah-buahan Syurga.

“Mana-mana orang Mukmin yang memberi minuman kepada seorang Mukmin yang lain kerana kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada hari kiamat daripada tamar Syurga yang termetrai bekasnya.

“Dan mana-mana orang Mukmin yang memberi pakaian kepada seorang Mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya daripada pakaian Syurga yang berwarna hijau”.

HR:Tirmizi & Abu Daud.




Read more...

Durian

>> Saturday, July 17, 2010


Durian


POHON durian sejenis tumbuhan yang mempunyai batang yang lurus dan boleh naik setinggi kira-kira 40 meter. Biasanya ia mempunyai banyak dahan atau cabang yang beranting-ranting pula. Daunnya berwarna hijau keperang-perangan, dan berbentuk tirus di kedua-dua belah hujungnya.

Di samping pokok durian yang biasa itu, ada lagi dua jenis pokok durian yang dikenali dengan panggilan durian belanda atau durian selat, dan durian aur atau durian daun, yang berlainan bentuk pokok dan buahnya, dan berlainan bau dan rasanya, serta berlainan khasiatnya.

Kalau kita pergi ke kampung-kampung, khusunya kampung-kampung tradisional, sudah tentu kita dapat melihat pokok-pokok durian yang biasa itu tumbuh di merata-rata tempat, termasuk di halaman rumah sekali pun.

Pada dahan-dahan atau ranting-ranting yang besar itulah pokok durian mengeluarkan bunga-bunganya yang berjambak dan berjuntaian. Pada setiap jambak itu biasanya mengandungi 3 hingga 30 kuntum bunga yang berkembang pada waktu malam dengan mengeluarkan aroma tertentu.

Di situlah nanti lahirnya buah-buah durian yang berbagai-bagai saiznya tapi kebanyakannya sebesar buah kelapa yang berkulit dan bebagai-bagai pula bentuknya, seperti bulat, bujur telur, bentuk pir, bulat memanjang dan sebagainya. Kulit durian mempunyai banyak duri yang biasanya tajam, dan buahnya pula berpangsa-pangsa bila dibelah dan dalam setiap pangsa itu mengandungi antara satu hingga 7 ulas isi durian yang biasanya mempunyai biji atau butir yang keras. Tapi kadang-kadang ada juga yang tidak berbutir, atau mempunyai butir yang amat kecil, dipanggil kopek, dan inilah yang amat disukai oleh pemakan durian, kerana ia mengandungi lebih banyak isi. Biasanya butirnya berbentuk lunjung dan berwarna coklat muda.

Isi durian yang masak lembut keadaannya, dan biasanya berwarna putih atau kuning dan ada juga yang berwarna jingga. Isi durian yang berwarna kuning biasanya mempunyai rasa yang lebih sedap daripada yang berwarna putih, kerana itu ia lebih disukai.

Selain mempunyai buah yang sedap dimakan, pokok durian juga sudah diketahui mempunyai beberapa guna dari segi penawaran penyakit-penyakit yang tertentu.

Penawar

Penawar Demam Panas

Ambil akar durian, diricis-ricis dan direbus, dan biarkan sejuk. Ditapis dan diminum untuk merawat demam panas yang berpanjangan lebih dari tiga hari.

Melancar Darah Haid

Kaum wanita yang haidnya tidak lancar sudah tentu akan merasa tidak menyenangkan. Untuk mengatasi hal ini anda hendaklah membakar kulit durian, dan diambil abunya, kemudian direbus. Biarkan ia sejuk, kemudian tapis dan minum. Insyallah ia dapat melancarkan darah haid anda.

Demam Kuning

Pengidap demam kuning boleh juga mencari penawar dari pokok durian. Anda hendaklah ambil daun durian yang tua dan elok, bersihkan lalu direbus. Kemudian campurkan air rebusan yang panas itu dengan air biasa dalam sebuah bekas hingga menjadi suam-suam kuku. Mandilah untuk merawat demam kuning.

Daunnya pula ditumbuk atau digiling hingga lumat dan disapu mana-mana bahagian badan yang kelihatan kuning.

Tidak ada salahnya jika anda juga mengambil ubat yang diberikan oleh doktor-doktor di hospital atau klinik-klinik.

Hidangan

Buah durian juga boleh dibuat berbagai-bagai hidangan atau masakan yang enak dimakan.

Isi buah durian yang masak boleh dimakan mentah begitu sahaja. Rasanya manis dan sedap. justeru begitu hebat rasanya sehingga ia digelarkan raja buah.

Isi durian masak boleh dicampur dengan berbagai-bagai jenis makanan atau masakan untuk menambahkan keenakannya.

Biasanya di kampung-kampung durian di makan dengan pulut kukus atau pulut tanak yang dimakan dengan santan dan dicampur gula atau gula melaka untuk menyedapkannya, serta diberikan sedikit garam secukup rasa.

Ia juga boleh dicampur dalam dodol, jemput-jemput atau cucur kodok, apam, nasi manis atau wajek, ia boleh dicampur dalam bubur kacang atau pengat untuk menimbulkan rasa durian.

Ia boleh dicampur dalam minuman atau aiskrim yang dikenali dengan panggilan airkrim durian.

Ia boleh dibuat tempoyak, iaitu diperam setelah digaul dengan garam atau dibuat lempok yang dimasak dengan gula hingga pekat. Kedua-dua makanan ini boleh tahan lama untuk disimpan.

Durian atau tempoyak itu pula boleh dibuat sambal, iaitu dengan mengaulnya bersama sambal lada, ataupun dicampur dengan budu yang diberi lada api, untuk dimakan dengan ikan panggang tawar.

Isi durian mentah atau tidak cukup masak keadaannya keras, boleh juga dimakan begitu sahaja, tapi rasanya tawar] atau boleh dimasak sayur lemak bersantan, ataupun dibuat pengat, bersantan dan bergula. Bila masak boleh dimakan dengan roti pengganti bubur.

Selain dari isi, butir atau biji durian juga boleh dimakan. Biji durian itu hendaklah direbus hingga empuk, dan boleh dimakan begitu sahaja atau untuk lebih sedap dimakan dengan gula.

Atau butir durian yang direbus itu boleh dipotong nipis-nipis, berkeping-keping kemudian dijemur panas hingga kering. Bila hendak makan kepingan butir durian itu hendaklah digoring seperti menggoring keropok. Itulah dia kerpok butir durian yang tidak dijual di pasar.

Pucuk dan daunnya yang muda boleh dibuat sayur.

Bunga-bunga durian yang kembang pada waktu malam dan gugur itu hendaklah segera kutip di pagi-pagi hari sebelum ia rosak, untuk dibuat sayur atau dipotong-potong untuk dibuat kerabu dan seumpamanya.

Kulit buah durian boleh dijemur kering untuk dijadikan bahan bakar, untuk digunakan ketika memasak dan sebagainya.

Pada masa dahulu, tahi-tahi judi akan menggunakan buah durian sebagai bahan perjudian. Sesiapa dapat meneka atau meramal jumlah isi durian yang terdapat dalam beberapa biji buah durian dengan tepat atau hampir tepat akan diterima sebagai pemenang dan akan menerima wang pertaruhan yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum acara membilangnya dimulakan, dan prjudian itu diakukan di tempat di mana buah-buah durian itu dijual. Isi durian yang kulitnya dikopek untuk dibilang itu akan dimakan bersama oleh mereka, dan siapa yang kalah kenallah bayar harga durian yang diperjudikan itu.

Pada masa masa dahulu di negeri Kelantan kampung yang terkenal dengan pengeluar buah durian yang baik dan sedap rasanya ialah Kampung Dewan Beta dan Kampung Salor, kedua-duanya terletak dalam jajahan Kota Bharu. Tapi sekarang?

Untuk peringatan, kalau anda memakan durian, terutama kalau makan dalam quantiti yang agak banyak, anda hendaklah minum air sejuk yang diletak dalam paksa durian yang anda makan itu. Khasiatnya dipercayai dapat mengurangkan rasa panas pada badan anda.

Di samping itu pengidap penyakit-penyakit kronik yang tertentu, terutama penyakit kencing manis dinasihati supaya berhati-hati dengan buah durian yang cukup manis rasanya itu.

Pada akhirnya, untuk kesejahteraan anda, bermahabbahlah dalam makan dan minum, dan berharmonilah dengan alam ciptaan Allah.

*********
Renngilah

-“Barangsiapa mencintai dunia semata-mata dalam hidupnya, maka Allah akan mencampakkan ke dalam hatinya empat perkara:

Pertama:Kerungsingan yang tidak pernah selesai.
Kedua:Kesibukan yang tidak pernah habis.
Ketiga:Kemiskinan yang tidak pernah kaya.
Keempat:Harapan yang tidak pernah tercapai”.Maksud Hadis.

Read more...

Sedekah Membuka Pintu Rahmat

>> Friday, July 16, 2010


SEDEKAH Membuka Pintu Rahmat



PARA Nabi dan para salihin adalah terkenal sebagai manusia yang pemurah dan dermawan, dan tidak merasa kekok untuk memberi sedekah kepada mereka yang memerlukanya. Kerana demikianlah perintah Allah menyuruh manusia berbuat kebaikan kepada sesama manusia.

Nabi Allah Sulaiman as. setiap hari menerima tetamu, dan baginda menyambut mereka dengan sebaik-baiknya dan menjamu mereka makan. Untuk makan para tetamtu itu, baginda menyediakan makanan yang diperbuat dari tepung halus yang telah diayak, tapi kepada putera-puteranya pula baginda menyediakan makanan-makanan yang diperbuat daripada tepung kasar yang belum diayak, dan kepada baginda sendiri pula baginda menyediakan makanan yang diperbuat daripada gandum yang belum ditumbuk.

Nabi Ibrahim as. pula tidak akan makan melainkan bersama dengan tetamu. Justeru itu kadang-kadang baginda tidak makan selama tiga hari berturut-turut, kerana tidak ada tetamu yang berkunjung.

Rasulullah saw. seorang yang dermawan, sehingga bila ditawarkan perbendaharan dunia ini oleh Allah kepadanya, baginda menolakknya, kerana lebih suka, “makan sehari dan berlapar sehari”.

Para sahabat juga ramai yang pemurah hati dan dermawan. Bila Nabi saw. menganjurkan untuk bersedekah, maka para sahabat tidak teragak-agak untuk menunaikannya.

Sayyidina Abu Bakar As- Siddiq sebagai seorang yang terkemuka dalam kalangan kaumnya menyahut seruan Nabi saw. itu dengan membawa semua harta kekayaannya untuk disedekahkan.

Ketika ditanya oleh Nabi saw. apakah yang ditinggalkannya untuk anak-anaknya, Sayyidina Abu Bakar menjawab, “Allah dan RasulNya, dan Allah akan memberikan lagi kepadaku dengan berganda-ganda”.

Kemudian tampil pula Sayyidina Umar Ibnu Khattab ra. menyerahkan kepada Nabi saw. separuh daripada harta kekayaannya.

Ketika ditanya oleh Nabi saw. apakah yang ditinggalkannya untuk anak-anaknya, beliau kedengaran menjawab, “Separuh hartaku, dan Allah akan menambahku lagi”.

Menjelang Perang Tabuk, sahabat Abdulrahman bin Auf telah mengsedekahkan kepada Rasulullah saw. sebanyak 4000 dirham, iaitu separuh daripada apa yang dimilikinya dan menyimpan separuh lagi untuk kegunaan diri dan keluarganya.

Tapi kita sebagai manusia biasa ini adalah makhluk yang pelupa. Suka melupakan sesuatu. Justeru Tuhan yang Maha Pemurah yang menganugerahkan segala-galanya kepada kita pun, kita boleh melupakanNya. Kita menerima kurnia nikmat Allah yang terlalu banyak, tapi kita dengan mudah melupakanNya, iaitu tidak mensyukurinya. Kita makan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita, tapi kita tidak berteriamkasih kepadaNya. Malah sebaliknya, ada pula dari kita yang menyalahgunakan segala kurniaan Allah itu.

Sesungguhnya memang ramai dari kita menjadi manusia yang melupakan kurniaan-kurniaan Allah yang amat besar itu.

Dengan bertindak demikian, maka bererti kita telah menjatuhkan martabat kita ke taraf yang paling hina, persis haiwan yang melata di bumi, yang dikurniakan fikiran, tapi fikiran itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 29, maksudnya, “Dialah yang telah menciptakan untuk kamu apapun yang ada di bumi ini semuanya”. Justeru janganlah kita kedekut dan bakhil, bersedekahlah kita.

Tapi kita hendaklah ingat memberi sedekah itu hendaklah dilakukan secara senyap, sembunyi-sembunyi atau rahsia, seolah-olah kalau tangan kanan yang memberi, tangan kiri pun tidak menyedarinya.

Memberi sedekah secara senyap-senyap itu sunah, dan ini berlainan daripada pemberian fitrah, sunah dilakukan secara terang-terangan.

Dengan tujuan untuk merahsia atau menyembunyikannya itulah para sedekahwan atau dermawan zaman lampau lebih suka memilih orang-orang buta untuk diberikannya sedekah, atau menampalkan sedekah-sedekah itu kepada baju fakir miskin yang sedang tidur, ataupun meletaknya di tengah-tengah jalan yang akan dilalui oleh fakir dan miskin. Dengan berbuat demikian mereka yang kurang bernasib baik itu tidak mengetahui langsung siapakah pemberi sedekah yang dermawan itu.

Tapi pada hari ini, kebanyakan kita kalau memberi sedekah atau derma, kita terlalu suka menghibuh-hibuh atau mewar-warkannya ke seluruh dunia, dengan menyiarkannya dalam media massa, akhbar, majalah, radio dan tv. Biar semua orang tahu kita seorang baik hati dan dermawan. Tidak jarang pula derma-derma itu disampaikan dalam upacara-upacara meriah dan mewah, dihadiri oleh pembesar-pembesar negara, seolah-olah menyempurnakan upacara penyerahan sedekah itu.

Malah kadang-kadang ada pula dari kita yang terlebih dahulu mengisytiharkan akan menghulurkan derma, tapi kemudian kita ponteng, dan janji untuk bersedekah itu tidak kita tunaikan. Kadang-kadang kita tulis cek, tapi cek pun, cek tendang, yang tidak mempunyai nilai. Masyallah, berbohong pula kita kepada manusia dan Allah.

Di samping itu amatlah pentingnya sedekah yang kita berikan itu dengan penuh keikhlasan dan kerelaan, tanpa sebarang paksa atau terpaksa. Dan ketika menghulurkan sedekah atau selepasnya, jangan pula kita mengungkit-ungkitkannya untuk menyinggung hati penerima sedekah. Sedekah yang kita berikan itu jadi makruh dan pahala sedekah itu akan lesap dalam hembusan angin lalu sahaja.

Sedekah adalah sifat positif. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang suka menderma ataupu dermawan. Lawan daripada sifat positif ini ialah kedekut atau bakhil ataupun kikir atau lain-lain panggilan atau gelaran yang layak bagi kita jika ada persamaan maknanya yang menunjukkan kebakhilan.

Andai sedekah menguak pintu kebajikan. Andainya sedekah membuka pintu rezeki, maka sudah tentu pula bakhil dn kedekut menutup pintu kebajikan, mengunci pintu rezeki. Bakhil adalah sejenis pengidapan penyakit jiwa.

Selain daripada harta benda dan kekayaan, duit dan barang-barangan, kita yang mempunyai kekuatan dan tenaga, dan mempunyai ilmu pengetahuan, tapi bakhil atau kupit untuk menyedekahkan tenaga dan menyebarkan ilmunya itu boleh juga dikelaskan sebagai manusia bakhil.

Allah memberi amaran kepada kita yang bakhil dengan firmanNya yang mengancam, dalam Surah Ali Imran, ayat 180, yang bermaksud, “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan [diseksakan] dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan [isi] langit dan bumi. Dan [ingatlah] Allah amat mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerja”.Ali Imran:180.

Dan dalam Surah Al-Lail, dari ayat 8 hingga 11 yang bermaksud, “Sebaliknya, orang yang bakhil [daripada berbuat kebajikan] dan merasa cukup dengan kekayaannya dan kemewahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan, dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus ke dalam azab seksa hari akhirat”. Al. Lail:8-11.

Dan ancaman Allah lagi kepada kita yang bakhil, maksudnya, “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah , maka khabarkanlah kepada mereka dengan [balasan] azab seksa yang tidak terperi sakitnya, [Iaitu pada hari dibakar emas dan perak [ dan harta benda] itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka [sambil dikatakan kepada mereka]:”Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu, rasakanlah [azab dari] apa yang kamu simpan itu”.AtTaubah:34-35

Patut juga kita mengingat pesan Khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shidiq terhadap kita yang kedekut untuk memberi sedekah, dimana beliau telah mengingatkan:

-Bila si bakhil meninggal dunia, segala harta benda peninggalannya akan dipusakai oleh kaum kerabatnya, lalu mereka habiskan di jalan yang tidak diredhai Allah.

-Mereka mungkin menggunakan harta kekayaan yang ditinggalkannya itu untuk memenuhi kepuasan nafsu sarakahnya, seperti berzina.

-Harta benda yang ditinggalkan oleh si bakhil itu mungkin akan musnah kerana bencana, seperti kecurian, kebakaran dan sebagainya.

-Si bakhil mungkin jatuh sakit, lalu hartanya terpaksa dihabiskan untuk merawat penyakitnya itu.

-Andainya si bakhil diberkas oleh pemerintah yang zalim, mungkin semua harta bendanya akan dirampas.

-Atau si bakhil menyimpan harta bendanya itu di sesuatu tempat, tapi kerana sesuatu sebab dia tidak dapat mengambil balik hartanya itu.

Justeru bersikap dermawanlah, manusia yang rela memberi sedekah baik berupa buah fikiran, tenaga dan juga harta bendanya menurut kemampuan masing-masing.

Allah S.W.T. telah menjamin keberuntungan terhadap orang-orang yang membebaskan dirinya dari sikap kikir dan kedekut, sebaliknya suka bersedekah, dengan firmanNya yang bermaksud, “Dan [ingatah] sesiapa yang menjaga serta memilihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat jahilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya”. Al-Hasyr:9.

Dan andainya kita tidak mendapat apa-apa faedah dunia pun dari persedekahan kita itu, tidak bererti apa-apa, itu tidak penting, dan bukan menjadi tujuannya, kerana yang lebih pentingnya kita akan dikurniakan laba yang berlipat ganda di akhirat kelak dan ianya merupakan sekeping tiket yang boleh mambantu kita untuk memasuki syurga Allah yang kekal dan abadi. Justeru,nikmat dunia,tidak ada ertinya jika dibandingkan dengan nikmat akhirat.

Walaupun begitu banyak ruang-ruang keberkatan untuk pemberi-pemberi sedekah, dan seluruh manusia dianjur dan digesa supaya memberi sedekah, walau apapun kedudukan kita dalam masyarkat, janganlah kita mengharap untuk menjadi penerima sedekah, dan menutup diri kita untuk menjadi pemberi sedekah. Tentulah kurang manis, walaupun halal, kita hidup bermewah-mewah, membeli beberapa buah kereta, membina rumah besar, berkawhin sampai tiga dan empat isteri, kerana mendapat sumbangan sedekah yang tidak putus-putus dari orang ramai yang ingin menambat hati kita kerana kedudukan kita yang dianggap mulia di sisi mereka, seddangkan ekonomi mereka jauh lebih merosot dari kita.

Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita, serta sedekah kita yang kita hulurkan dengan tertib dan ikhlas, dan menilainya selaras dengan pengetahuan dan kebijaksanaanyaNya.

Hiduplah dengan mahabbah, dan harmoni dalam lautan kasih sayang dengan memperbanyakkan sedekah ikhlas mengikut kemampuan masing-masing.

Amin! Alhamdulillahi Auwalan Waa Akhir.

Renungilah

Abu Zar Ghifari ra. berkata baginda Rasulullah saw. telah bersabda kepadanya,“Hai Abu Zar!Apakah engkau menganggap kekayaan itu adalah berlebihan harta?”.

Beliau menjawab, “Ya, tidak syak”.

Baginda bertanya lagi, “Apakah engkau menganggap kekurangan harta itu adalah kemiskinan?”.

Beliau menjawab, Ya”.

Baginda lalu bersabda, “Kekayaan hanyalah kekayaan hati dan kemiskinan hanyalah kemiskinan hati”.

Read more...

Hitler Bogelkan Tabiat Yahudi

>> Wednesday, July 14, 2010

HITLER Bogelkan TabiatYahudi

NAZI ialah parti “Nasional Sosialis Jerman”[National Socialist] yang diasaskan oleh Adolf Hitler yang percaya Yahudi menjadi punca segala problem bukan sahaja di Jerman, tapi di seluruh Eropah. Ramai orang-orang Yahudi telah dibunuh oleh Nazi sepanjang masa itu.

Setelah berjaya memegang tampuk kekuasaan di Jerman, Adolf Hitler telah membawa Jerman dalam kancah Perang Dunia Kedua. Tapi pada akhirnya dia dipercayai membunuh diri dengan kekasihnya, Eva Braun.

Adolf Hitler [1889-1945] telah menulis sebuah buku berjodol “Mein Kampf”, sebanyak dua jilid pada tahun 1924 di mana dia telah membongkar seluruh keburukan umat Yahudi yang memang jahat itu. Tujuannya ialah untuk mengingatkan rakyat Jerman bahawa musuh mereka yang utama dan abadi ialah kaum Yahudi dan juga untuk menyedar dan menyelamatkan bangsanya daripada menjadi mangsa pemerasan dan penipuan kaum Yahudi.

Secara ringkasnya dalam buku Mein Kempt itu,A. Hitler telah memperincikan tentang sifat-sifat orang Yahudi sebagimana berikut, yang diolah dan disaring semula daripada saringan Allahyarham Yusuff Zaky Yaacob. [Ya Allah cucurilah rahmat ke atasnya].

Mengikut A. Hitler tiada bangsa di dunia yang mempunyai naluri “Memelihara Survival Diri” yang sehebat bangsa Yahudi. Kekuatan dan kelincahan mereka mempertahankan survival atau penerusan hidup bangsa mereka dapat dilihat dari kelanjutan hidup mereka hingga sampai zaman sekarang.

Katanya walaupun mereka begitu lama hidup di dunia ini dan mengalami berbagai-bagai cabaran di sepanjang zaman dua ribu tahun yang lampau, namun orang-orang Yahudi sangat sedikit mengalami perubahan jiwa dan peribadi.

Dan walaupun orang-orang Yahudi telah menempuh berbagai-bagai malapetaka yang besar, namun mereka kekal tidak berubah. Ini merupakan bukti betapa kuatnya naluri penjagaan survival pada mereka.

Justeru katanya, kecerdesan pemikiran bangsa Yahudi telah dididik melalui ribuan tahun itu, maka mereka dipandang sebagai bangsa yang mempunyai kepintaran yang istimewa. Tetapi sebenarnya kecerdesan pemikiaran orang-orang Yahudi bukanlah merupakan hasil dari perkembangan evolusi kecerdasan pemikiran dan keintelektualan bangsa Yahudi, malah kecerdasan pemikiran mereka adalah dibentuk oleh hasil-hasil pemikiran yang mereka terima dari bangsa-bangsa lain.

Bangsa Yahudi tidak mempunyai tamaddun sendiri. Mereka hanya menerima tamaddun yang diberikan oleh bangsa-bangsa yang lain dan tamaddun inilah yang menjadi tapak bagi perkembangan kecerdasan pemikiran mereka.Tegasnya, kecerdasan pemikiran mereka selalunya berkembang melalui usaha-usaha orang lain.

Perpaduan Yahudi

Mengikut A.Hitler biarpun naluri survival bangsa Yahudi itu lebih kuat dari bangsa-bangsa yang lain dan biarpun ada pandangan-pandangan yang menyuarakan bahawa bangsa Yahudi sekurang-kurangnya mempunyai tenaga intelektual yang sama dengan bangsa-bangsa lain, namun mengikut A.Hitler mereka sama sekali tidak mempunyai jiwa idealis yang menjadi unsur asasi bagi bangsa yang berkebudayaan.

Semangat atau kesediaan berkorban pada orang-orang Yahudi, katanya tidak melebihi batas naluri menjaga survival diri masing-masing sahaja, malah rasa perpaduan kaum yang diperlihatkan oleh bangsa Yahudi itu tidak lebih dari satu pernyataan naluri bermasyarakat yang primitif, sama seperti pernyataan naluri bermasyarakat yang ditunjukkan oleh haiwan-haiwan yang lain, di mana kita dapat melihat bahawa naluri berkelompok pada haiwan itu mendorong mereka berkumpul dan bersatu untuk keselamatan bersama selama diancam bahaya. Serigala-serigala misalnya, berkumpul memebentuk semacam perpaduan guna menyerang mangsa-mangsanya, tetapi setelah mereka kenyang, perpaduan itu akan bubar dan mereka membawa diri nafsu-nafsi masing-masing sahaja. Demikian jugalah pembawaan hidup orang-orang Yahudi.

Bangsa Yahudi katanya, akan memperlihatkan semangat berkorban apabila keadaan mengancam keselamatan individu-individu mereka, tetapi apabila musuh bersama mereka telah ditewas dan bahaya yang mengancam mereka sudah lenyap, maka perpaduan mereka turut lenyap dan lantas kembali kepada tabiat-tabiat hidup mereka yang lama.

Tegasnya, bangsa Yahudi hanya bertindak dengan semangat perpaduan yang penuh apabila seluruh mereka diancam bahaya, dan seandainya bahaya itu lenyap, mereka akan kembali kepada sikap egoistis yang paling jelik dan mereka akan bercakaran sesama sendiri seperti tikus.

Katanya lagi, seandainya bangsa Yahudi merupakan satu-satunya sahaja umat manusia yang mendiami dunia ini, tentu mereka tercebak di dalam peperangan-peperangan sesama sendiri dan hidup bergelumang di dalam kekotoran akhlak. Justeru menurut A.Hitler adalah silap untuk mantafsirkan perpaduan dan saling bantu membantu orang-orang Yahudi di saat perjuangan sebagai pernyataan dari semangat berkorban mereka yang idealis.

Kaum Yahudi amat mementingkan diri sendiri, justeru itu negara Yahudi selama-lamanya tidak mempunyai sempadan, sebab penentuan sempadan sesebuah negara itu memerlukan kewujudan semangat yang idealis bangsa itu, juga memerlukan penerimaan satu gagasan kerja. Tanpa gagasan kerja yang positif, maka bererti lenyaplah satu asas yang perlu untuk membangun tamaddun.

Justeru itu katanya, walaupun bangsa Yahudi telah dikurniakan kecerdasan dan kepintaran yang baik, namun mereka tidak mempunyai kebudayaan mereka sendiri. Mereka sebenarnya tidak melahirkan sebarang hasil karya yang penting dalam bidang kesenian. Dan hasil-hasil kesenian yang dilahirkan mereka tidak lebih dari pungutan dan palagiat dari hasil intelektual orang lain. Mereka tidak mempunyai bakat sebagai umat-umat yang kreatif untuk membangun tamaddun.

Mengikut A.Hitler mereka tidak mempunyai jiwa idelisma yang menjadi unsur asasi untuk kemajuan manusia yang lebih tinggi, kerana itu keintelektualan bangsa Yahudi tidak pernah membina, malah meruntuh.

Dedalu

Mengkut A.Hitler kaum Yahudi selama-lamanya menjadi dedalu atau parasit yang menikmati hasil-hasil hidup orang lain, kerana itu mereka sering diburu dan diusir oleh bangsa-bangsa lain yang tidak tahan lagi menghadapi sikap mereka yang tidak mengenang budi dan menyalagunakan kemudahan, ketetamuan yang diberikan kepada mereka.

Mereka tidak pernah memikirkan untuk meninggal kawasan-kawasan negeri yang telah didiami mereka, dan mereka juga tidak mudah berpindah dari kawasan-kwasan itu walaupun dilakukan kekerasan.

Sebaik sahaja mereka mendapat tapak di sesuatu kawasan, mereka perlahan-lahan mengembangkan sayap mereka apabila keadaan mengizinkan dan sesudah mereka berkuasa sepenuhnya di kawasan itu, maka bangsa yang memberi kawasan itu akan ditindas mereka hingga mati.

Seterunya A.Hitler menegaskan kaum Yahudi selama-lamanya menumpang hidup di negara-negara orang lain, tetapi di tengah organisasi negara itu, mereka dirikan kerajaan mereka dengan berselindung di sebalik pertubuhan agama Yahudi tanpa memperlihatkan ambisi-ambisi keyahudian mereka.

Cara hidup mereka yang lihai menangguk di air keruh, kata A. Hitler melahirkan satu perwatakan Yahudi yang dinamakan oleh filasuf Schopenhauer sebagai “Guru-guru besar pembohonagan. Pendustaan telah menjadi pakaian hidup mereka sama seperti baju-baju yang tebal menjadi pakaian orang-orang yang hidup diiklim sejuk”.

Mereka begitu pintar menyesuaikan diri untuk menipu bangsa-bangsa yang lain hingga mereka benar-benar dapat menyakinkan negara-negara yang mereka tumpangi bahawa mereka adalah rakyat Perancis jati atau rakyat Inggeris tulin atau rakyat Jerman atau Itali yang hakiki. Cuma agama sahaja yang berlainan.

Mereka biasanya memusat jalinan pengaruh mereka di kalangan pegawai-pegawai tadbir negara itu yang kebanyakannya tidak menyedari bahawa kaum Yahudi menyiapkan jaring-jaring untuk menipu mereka.

Agama Yahudi

Menyentuh tentang agama Yahudi pula, A. Hitler mengatakan mereka tidak memperjuangkan sesuatu gagasan yang tertentu, kerana itu kepercayaan kepada kehidupan Akhirat merupakan satu kepercayaan yang asing bagi mereka.

Kitab Talmud yang dipuja oleh mereka, bukanlah kitab suci yang menggalakkan mereka untuk bersedia dan berusaha dengan amalan-amalan sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat, malah Talmud adalah sebuah buku yang membuat peraturan yang baik dan amali di dunia sahaja.

Ajaran-ajaran agama Yahudi juga, katanya tidak membabitkan masaalah-masaalah akhlak, malah ajaran-ajaran itu hanya terbatas pada persoalan-persoalan kehidupan ekonomi sahaja. Mereka sebenarnya telah menggunakan agama untuk tujuan-tujuan perniagaan.

Tektik Peluasan Yahudi

Katanya, mereka datang sebagai pedagang kecil, kemudian dengan kepintaran di samping kekurangan pengalaman bumiputera Jerman, mereka dengan senang dapat menapakkan pengaruh mereka dan mengekalkan perwatakan keyahudian mereka. Pada peringkat pertama mereka diterima dengan baik.

Setelah bertapak di sesuatu kawasan, mereka perlahan-lahan mengembang dan meluaskan kegiatan eknomi mereka di sekeliling kawasan itu, tetapi peranan ekonomi yang diambil mereka bukan selaku pengeluar, malah selaku orang tengah. Dan oleh kerana mereka mempunyai kepintaran perniagaan yang diwarisi mereka sejak ribuan tahun, maka pertandingan ekonomi mereka dengan mudah dapat mengatasi kegiatan ekonomi bumiputera. Dan tidak lama kemudian seluruh bidang-bidang ekonomi dibolot mereka.

Mereka mulakan kegiatan ekonomi mereka di Jerman dalam bentuk perniagaan meminjamkan wang dengan bayaran bunga. Inilah bentuk perniagaan mereka yang tradisional yang diwarisi mereka zaman berzaman. Mereklah yang mula memperkenalkan sistem pinjaman wang dengan bayaran bunga di Jerman. Kejelikan sistem ini pada mulanya tidak disedari, malah dialu-alukan kerana ia memberi kemudahan-kemudahan kewangan yang melegakan, tetapi kemudian ternyata sistem itu telah membawa penindasan dan pemerahan yang membuat orang ramai Jerman menjadi mangsa mereka, sedangkan mereka menanggup keuntungan yang berlipatganda yang menjadi kedudukan mereka bertambah kukuh,

Setelah menikmati kekukuhan ekonomi, mereka lantas memutuskan untuk tinggal tetap di negeri Jerman. Usaha-usaha ke arah peluasan terus dirancangkan dengan menduduki kawasan-kawasan bandar, dan pekan-pekan yang strategis, memiliki gerai-gerai di pasar-pasar besar, kemudian mereka perlahan-lahan menubuhkan kerajaan dalam kerajaan dan memandang seluruh bidang perniagaan dan kewangan sebagai kepunyaan mereka. Di sinilah mereka melakukan exsploitasi-eksploitasi yang sejahat-jahatnya.

Akhirnya seluruh bidang perniagaan dan kewangan dapat dimonopoli oleh mereka. Mereka melakukan segala macam eksploitasi dan mengenakan bunga pinjaman yang tinggi hingga menimbulkan sungutan dan kemarahan orang ramai.

Tindak tanduk kaum Yahudi yang terang-terang memperagakan kekayaan mereka di tengah-tengah rakyat bumiputra Jerman kata A. Hitler telah menimbulkan iri hati rakyat Jerman. Mereka bangkit memberontak merampas harta kekayaan Yahudi dan memandang kehadiran Yahudi di ditanahair Jerman sebagai ancaman bahaya yang besar kepada mereka.

Namun begitu katanya, kaum Yahudi tidak pernah mengalah, mereka kembali menyusun barisan mereka dan berusaha untuk menegakkan semula kedudukan mereka dengan melancarkan polisi mengampu kerajaan yang memerintah. Dan untuk maksud itu mereka gunakan sepenuhnya pengaruh kewangan yang kukuh itu. Akhirnya mereka berjaya menggembalikan kedudukan-kedudukan mereka dan dengan itu mereka mendapat kesempatan-kesempatan untuk melanjutkan perniagaan dan eksploitasi yang tradisional mereka terhadap rakyat Jerman.

Itulah sebabnya, kata A. Hitler pada suatu peringkat, untuk membendungkan peluasan ekonomi Yahudi yang berleluasa itu, kerajaan Jerman terpaksa mengadakan undang-undang mengharamkan orang-oang Yahudi memiliki tanah. Walaupun demikian bangsa Yahudi dapat meluluskan kehendak-kehendak mereka menerusi persahabatan dengan anak-anak raja Jerman yang kebetulan sering berada dalam kesuntukan kewangan. Merekalah yang menjadi anak-anak bidak Yahudi di zaman lampau dan akibat dari interig bangsa ini Jerman tidak dapat membebaskan diri mereka dari kongkongan orang-orang Yahudi.

Namun begitu katanya orang-orang Yahudi meneruskan tipu muslihat mereka dalam bentuk-bentuk yang lebih lincah lagi. Mereka menganut agama Krisitian dan berkahwin dengan orang-orang Jerman. Mereka menguasai bahasa Jerman. Tetapi Yahudi tetap Yahudi. Mereka selama-lamanya tidak dapat melupakan hubungan darah mereka. Kerana itu lelaki Yahudi tidak berkahwin dengan wanita-wanita Kristian.

Sebab itu mereka berjuang untuk mendapatkan hak kerakyatan Jerman dan mempengaruhi pegawai-pegawai tinggi dalam kerjaan Jerman. Tapi walaupun mereka berjaya menguasai golongan pemerintah dan golongan tengah dengan pengaruh kewangan dan rasuah mereka, namun mereka tidak dapat menguasai rakyat jelata Jerman yang terus menentang mereka. Hal inilah yang membuat orang-orang Yahudi tidak puas, lantas mereka merancang untuk menegakkan penguasaan mereka di tengah-tengah rakyat jelata itu.

Untuk maksud itu mereka mulai bekerja menguasai badan-badan internasional dan menguasai akhbar-akhbar. Menerusi badan-badan dan akhbar-akhbar itu mereka bukan sahaja dapat meluaskan pengaruh mereka, malah dapat menyebarkan kekeliruan dan pembohongan yang merosakan penyebaran umum.

Setelah segala maksud mereka tercapai dan pengaruh mereka mula berpijak pada rakyat jelata, maka tibalah mereka pada matalamat yang pokok iaitu menggulingkan pemerintahan beraja Jerman.

Untuk maksud itu katanya, kaum cerdik pandai Yahudi tampil memperopagandakan sistem demokrasi kepada rakyat jelata Jerman, dan sistem itu telah berjaya memenangi hati mereka. Tetapi orang-orang Yahudi menggunakan sistem ini untuk meluluskan jarumnya bagi menguasai tampuk pemerintahan Jerman.

Akhirnya mereka telah berjaya menggulingkan pemerintahan beraja Jerman melalui sistem demokrasi yang diperjuangkan itu, tapi maksud mereka untuk menguasai tampuk pemerintahan kerajaan Jerman itu tidak juga tercapai, kerana rakyat Jerman telah pun membuka mata terhadap eksploitasi mereka.

Dan seterusnya kata A.Hitler untuk menguatkan kerajaan rakyat Jerman, cerdik pandai Yahudi menelurkan pula sistem komunisma yang berjuang untuk menegakkan kekuasan kaum pekerja, dengan sistem itu mereka berjaya mengadudumbakan rakyat Jerman dan menggoyangkan kedudukan kerajaann dan dalam setiap pertarungan, kaum Yahudilah yang selama-lamanya menangguk kemenangan”.

********
Renungilah

-Peperangan meninggalkan tiga jenis tentera: tentera yang cacat, tentera yang berdukacita dan tentera pencuri.-Peribahasa Jerman.

-Kawan-kawan anda terdiri dari tiga jenis:
Pertama, kawan anda. Kedua, kawan kepada kawan anda. Ketiga, kawan kepada musuh anda.
Sementara musuh anda juga ada tiga jenis:
Pertama, musuh anda. Kedua, musuh kawan anda. Ketiga kawan musuh Peribahasa Arab.

Read more...

Taj Mahal Simbol Cintaku

>> Tuesday, July 13, 2010


TAJ MAHAL “Simbol Cintaku”

CINTA adalah anugerah Tuhan yang aneh kepada makhluk-makhluk manusia, di dalamnya terkandung beraneka rahsia yang ajaib. Di dalam cinta terdapat kekuatan-kekuatan yang tidak terduga, kerana cinta manusia sanggup berkorban segala-galanya, walaupun jiwanya sendiri yang paling mahal harganya itu. Tidaklah hairan, kerana cinta manusia sanggup meninggalkan kekayaan, kemewahan dan kekuasaan.

Kerana cinta juga boleh mendorongkan manusia melahirkan ciptaan-ciptaan aneh yang mengkagumkan, seperti karya-karya seni, sajak dan syair yang ulung, malah membina bangunan-bangunan yang termasyur, seperti Taj Mahal yang terbina di atas cinta yang agung.

Cinta membangunkan Taj Mahal yang termasyur kecantikannya di antero dunia. Berbagai-bagai diskripsi telah di buat orang mengenai keindahan Taj Mahal yang memegunkan dunia itu. Antaranya dibuat oleh ahli-ahli seni, sasterawan-sasetrawan dan juga negarawan-negawaran. Mungkin tidak ada kata-kata yang lengkap untuk menggambarkan keindahan Taj Mahal yang terus tegak dalam arus waktu hingga ke hari ini.

Kerana begitu indahnya itu, ia dianggap salah satu daripada tujuh keajaiban dunia; dan kepada kebanyakan orang ia merupakan simbol kemewahan dan keindahan Timur yang teragung. Ia juga dianggap hasil senibina Islam yang terulung.

Menurut ahli-ahli senibina, Taj Mahal lebih cantik daripada segala rumah berhala Hindu di seluruh India walaupun hasil-hasil seninya juga sudah begitu tinggi.

Oleh sebab itulah sejak lebih 300 tahun yang lalu, ribuan manusia telah datang berkunjung menakjubi keindahannya, terutama dalam sinaran cahaya bulan purnama raya.

Ia dibina sebagai peringatan yang abadi oleh Maharaja Moghul, Shah Jehan untuk permaisurinya yang amat dikasihinya, Mumtaz Mahal. Di situlah jasad isterinya disemadikan buat selama-lamanya. Permaisuri baginda telah meninggal dunia semasa melahirkan anak pada tahun 1631 dalam saat peperangan di Burhanpur, Khandesh. Kemangkatan permaisurinya itu menimpa kepiluan yang tidak tertanggung lagi oleh Shah Jehan.

Pada mula-mulanya jenazahnya telah dikebumikan di tempat kematiannya, di Bhuhanpur. Tapi pada awal tahun 1632, atas perintah baginda, jenazahnya telah digali dan diangkat ke bandar Diraja Ara untuk dimakam dalam sebuah taman yang terletak di sebelah Tenggara bandar itu, di mana terdirinya Taj Mahal sekarang.

Mereka telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1612. Sejak itu Mumtaz mengikuti suaminya menjelajah ke seluruh India dalam kegiatan untuk menegakkan kerajaannya. Malah dia turut memikul tanggungjawab memerintah negara bila Shah Jehan menaiki takhta kerajaan pada tahun 1628. Semasa hayatnya, baginda permaisuri terkenal sebagai seorang yang dermawan. Selama perkahwinan itu dia melahirkan empat belas orang anak untuk Shah Jehan.

Oleh sebab nama sebenarnya Mumtaz, maka sebutan ringkas Taj seperti yang dikenali sampai sekarang untuk bangunan yang cantik itu tidaklah tepat, sedangkan namanya yang sebenar ialah Arjumand Bano Began. Mumtaz Mahal ialah nama timanagan yang bererti “Pilihan istana”. Dalam bahasa India tidak ada perbezaan antara sebutan “Z” dengan”J”, kerana itu Mumtaz disebutnya Mumtaj. Dari sinilah lahirnya perkataan “Taj” yang secara kebetulan bererti permata. Perkataan “mahal” juga tidak betul sebutannya menurut pelat Inggeris, sedangkan bagi penduduk tempatan di Utara India sebutannya lebih berat “Mehi”.

Pembinaan bangunan itu menggunakan akitek-akitek dan jurutera-jurutera yang terkemuka dari segenap pelusuk kerajannya, dan mungkin juga salah seorang daripadanya dari Venice, Gevonimo Verroneo. Pelannya telah dibuat dengan begitu halusi.

Pelukis-pelukis yang terkenal dan bahan-bahannya dibawa daripada seluruh empayarnya, malah mungkin terdapat tukang-tukang dari luar negara.

Selain itu pembinaanya juga menelan tenaga kira-kira 20,000 orang buruh yang menelan masa selama 20 tahun dari tahun 1632- 1653.

Taj Mahal diperbuat daripada batu marmar putih dan bertatahkan batu-batu lain yang berharga. Di bahagian hadapannya dihiasi dengan ayat-ayat suci al-Quran yang diukir dengan batu merah, kuning dan hijau yang dipahatkan dalam batu marmar putih itu.

Bila Shah Jehan mangkat pada tahun 1658, baginda dimakamkan di samping permaisurinya dalam kawasan bangunan itu, walaupun pada mulanya ia hanya dibina untuk peringatan kepada permaisurinya itu sahaja.

Dalam period pemerintahan Shah Jehan dari tahun 1628- 1658 telah dianggap sebagai zaman keemasan pemerintahan Islam dari keturunan Moghul, di India. Baginda seorang raja yang berani dan bijaksana. Dalam zaman pemerintahannyalah, seni berkembang dengan pesat, terutama di bidang senibangun. Selain daripada Taj Mahal, bangunan-bangunan lain yang termasyur yang didirikan di zamannya ialah bangunan Shahjahanabad di Delhi, dan Masjid Moti di Agra.

Anehnya, walaupun sudah terang dan nyata bangunan itu dibina oleh Raja Islam, Shah Jehan tapi sejak akhir-akhir ini ada segolongan ahli-ahli sejarah India cuba menafikannya dan mengatakan bangunan yang cantik itu adalah dibina oleh kerajaan Hindu. Ini adalah satu pendustaan yang tidak ada taranya dalam sejarah. Tujuannya mestilah jahat, iaitu untuk menafikan sumbangan-sumbangan Islam yang besar terhadap negara India. Tapi sejarah tidak dapat dibohongi.

*******
Renunglah

-“Kata-kata yang menarik merupakan satu perhiasan yang seni dan satu penerangan yang jelas tapi tidak merupakan satu bukti yang kukuh”. Luther

-“Tiada dosa seperti kejahilan”.-Oscar Fingal

-“Jika hidup dapat dicetak sekali lagi, maka saya akan membetulkan ayat-ayatnya”.-Clare

-“Mati merupakan satu penggembaraan besar yang mengerikan”.-Barrie

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP