>> Tuesday, August 31, 2021

 

 

SUATU

 



SENJA

 



DI TEBING

 



SUNGAI

 



SALOR







 

 




Aku berdiri cacang di pinggir sungai yang lesu

 



Angin sejuk membelai-belai sekujur badanku

 



Sorang-sorang cacang di larut senja yang sepi

 



Gemersik air melanda pesisir yang sunyi

 



Menunggu ketibaan dewi malam bila matahari jatuh terbenam.

 



Debar-debur sungai telah kembali sepi




Tiada  jerit dan pekik memenuhi pengkalan




Di dada langit beburung terbang melayang berkawan-kawan

 



Sesayup mata memandang

 



Balik ke pengakalan atau mencari rezeki Tuhan

 



Senja berlabuh  menyapa hatiku

 



Dalam kesepian yang kudus

 



Bayu senja membelai dadaku sepi sendirian

 



Langit tersebar awanlarat warna yang mempesonakan

 



Tenang dan damai




Aku bercacang sendirian diulit rindu

yang tidak berhilir dan berhulu

 



Berdiri sendirian di tebing gaung tinggi

di sungai yang dalam

 

 


InsyaAllah mendarat di pelabuhan yang damai

 



dengan menjunjug Kalimah Suci moho yang agung,

 




Sepanjang zaman

 



Laa ilaaha  illaa 'llaah,




mhhammadu'rasuulullah

 




Pondok Rahmat




Kota Bharu Kelantan Darulnaim




31 Ogos 2021/




22 Mahram 1443

 




Read more...

>> Saturday, August 28, 2021

 

IKAN 



SINGGANG 



TIGA



 NEGERI

 

 



Setiap buah negeri pasti mempunyai masakan tradisional masing-masing yang populer di negeri mereka..




Masakan itu ada yang berbeza  bahan-bahan masakannya, dan ada sesetengahnya sama, cuma berbeza banyak sedikit kandungan bahan yang digunakan.



Di samping itu mungkin  pula mempunyai nama yang sama walaupun bahan yang digunakan mungkin agak berbeza.



Setakat ini  setahu saya ada tiga buah negeri yang mempunya nama masakan tradisional yang serupa, iaitu Ikan Singgang, ikan Singgang  Kelantan, Terenggan dan Ikan Singgaang Serani.




Cuba perhatikan bahan-bahan yang digunakan yang dipaparkan sekadarnya.

 



Singgang Kelantan



Bahan-bahan yang diperlukan;



3 ekor ikan aya atau tongkol yang sederana besar.



1 labu bawang putih



6 ulas bawang merah



4 keping asam gelugor atau asam keping.



1 inci lengkuas, dipotong atau dikerat 3 atau 4 kerat.



4 gelas air.



Garam secukup rasa.



Masukkan semuanya ke dalam periuk, dan jerang hingga masak.



Tambahan jika suka, masukkan:



½ sudu budu.



3 batang lada hijau atau lada putik.

 




Singgang Terengganu



3 ekor ikan aya atau tongkol yang sederhana besar



1 labu bawang putih



6 ulas bawang merah



4 keping asam gelugur atat asam keping



1 inci lengkuas dipotong -potong 3 atau 4 kerat.



Seruas jari kunyit,



 4 gelas air.



Masukan semuanya ke dalam periuk, dan jerang hingga ikan masak.



Hanya ada sedikit perbezaan masakan ikan singgang Terengganu dengan ikan singgang Kelantan, iaitu singgang Terengganu dimasukkan kunyit tapi Singgang Kelantan tidak berkunyit.

 




Singgang Serani.



Ini ikan singgang  dipanggil Singgang Serani, mungkin dari Melaka. Saya masih belum pasti lagi.



Bahan-bahan yang digunakan juga tidak jauh bezanya dengan bahan-bahan ikan sainggang di negeri lain.



Bahan-bahan yang digunakan ialah

-


4 keping ikan tenggiri



- 4 ulas bawang putih



- 5 ulas bawang merah-



- 1 batang serai diketuk atau dititip jangan sampai hancur lebur.



- Sedikit kunyit hidup ditumbuk halus.



-  5 gelas air



-  Sedikit asam jawa dan  ramas dalam sedikit air.



- Garam secukup rasa.



Masukkan semua bahan-bahan itu dalam periuk dan jerang atau rebus hingga  masak.



Bolehlah dimakan dengan nasi. Demikian ikan Singgang Serani.

 



Demikianlah adanya.

 




Dari Tumpat hendak ke Moghrat



Di Sri Tujuh mengutip batu;



Ikan di laut, asam di darat



Dalam periuk mereka bertenu.

 



Pondok RahMmat



Kota Bharu Kelqntan Darulnaim.



28 Ogos 2021/



19 Mahram 1443

 

 



Read more...

>> Tuesday, August 24, 2021

 

GERAKAN





 MEMBURU 





TUPAI

 






Kisah ini telah lama berlaku. Di kampung saya. Berpuluh-puluh tahun yang lalu. Cerita benar.



Kampung saya ialah Kampung Kedai Salor. Terletak di tengah perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas, Kelantan.



Ceritanya mengenai orang-orang kampung memburu musuh-musuh pokok seperti tupai dan burung.



Di Kg. Kedai Salor ini banyak pokok-pokok buah-buahan kepunyaan orang kampung, untuk makan sendiri. Buah duku, langsat dan durian dan lain-lain.











Bila tiba musim buah, biasanya orang-orang kampung akan membuat acara memburu  binatang-binatang musuh pokok itu, seperti tupai.



Tupai adalah antara musuh-musuh pokok  yang populer waktu itu. Tupai-tupai ini memang ada sepanjang masa di kampung memakan aneka buah-buahan yang tidak bermsim. Dalam musim buah binatang-binatang seperti tupai menjadi lebih ramai dan galak mencuri buah-buahan.









Untuk menghalau tupai-tupai itu dan seumpamanya mereka akan berkumpul beramai-ramai di suatu tempat di kampung tersebut. Biasanya waktu petang, selepas Asar.



Penduduk-penduduk kampung akan beramai-ramai keluar berkumupul di sesuatu tempat, kemudian mereka memulakan perarakan masuk ke dalam  kampung.



Tujuan mereka ialah membuat bising untuk menakut-nakut bagi menghalau tupai dan seumpamanya.



Justeru itu ada mereka yang membawa tin-tin kosong untuk dipalu sambil berarak dengan tempek dan sorak-sorai yang gamat Ada yang membawa tongkat untuk memukul pokok-pokok yang boleh mengeluarkan bunyi bising di sepanjang jalan. Biasanya pokok buloh akan mengeluarkan bunyi yang deras atau kuat lantang bila diketuk.



Sesunggguhnya tupai-tupai dan seumpamanya akan terkejut dan melarikan diri ke segenap arah biasanya sampai ke hujung kampung atau ke pinggir hutan dan masuk bersembunyi di sana.



Orang-orang kampung pula kalau bernasib baik akan membawa selaras senapang patah milik sah salah seorang penduduk di situ. Namun begitu jarang digunakan untuk menembak perburuan kerana tidak berpeluang.



Bila sampai ke hujung kampung atau ke pinggir hutan mereka akan berhenti kerana telah selesai. Mereka balik semula ke tempat mereka memulakan gerakan tadi  mungkin ada sedikit jamuan disediakan di situ, bubur atau cendol  disediakan secara pakatan.



Buat Lepok



Selain dari tupai musuh pokok yang datang berkala di musim buah ialah keluang yang beroperasai di waktu malam hari.



Saya sering melihat pada waktu senja kumpulan keluang ini terbang dari arah seberang sungai, entah dari mana akan datang ke kampung di musim buah, dan mereka akan beroperasi sebaik sahaja gelap malam tiba memakan buah-buah, khususnya buah langsat dan duku.



Pandangan menarik ketika melihat kawanan keluang terbang tinggi di atas dada sungai dalam   waktu senja dengan coretan  warna-warni langit yang endah sentiasa terukir dalam kepala bila bila mengingat sungai tempat kami mandi-manda saban hari.



Justeru itu orang-orang kampung mempunyai cara yang tersendiri pula untuk menghalau keluang-keluang dan sebagainya itu.



Antaranya mereka akan membuat sejenis alat dari sekatang buloh yang dibelah dua tanpa putus dan bila sebelah darinya ditarik dengan tali dari bumi dan bila dilepaskan  ia akan berlaga dengan sebelah lagi yang dikat kejat pada batang pokok mengeluarkan bunyi “pok-pok” yang menghalau keluang-keluang dan tupai itu pergi. 



Bahagian  lepok yang diikat dengan tali itu ditarik dan dilepas berulang kali untuk mengeluarkan bunyi bising yang mampu menghalau keluang, tupai dan sebagainya itu.

 


Tapi  bagi mereka yang tidak ingin membuat lepok khusus dari buloh mereka akan  membuat lepok dengan tin-tin kosong dari tin susu dan sebagainya.



Tin-tin kosong ini yang diikat bergugus dan digantng di atas pokok  akan ditarik berulang-ulang kali dari hujungnya di tanah bila ada musuh-musuh pokok dan akan  mengeluarkan bunyi bising yang mengejutkan keluang, tupai dan sebagainya yang menyebabkan mereka segera melarikan diri.



Untuk para penanam pokok yang hasilnya berkongsi dengan haiwan itu ada sebuah Hadis yang menjadi penawar hati kepada mereka, yaaang bermaksud:



"Mana-mana orang Islam  yang bercucuk tanam kemudian dimakan daripadanya burung, manusia atau binatang tiada yang  lain baginya kecuali sebagai sedekah". 



Demikianlah secebis kenangan manis saya terhadap kampung yang sentiasa menjadi kerinduan, Kampung Salor.

 


Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



24 Ogos 2021/



15 Nahram 1443




Read more...

>> Saturday, August 21, 2021

 

APA 



peduli 



ORANG 



LAIN?






Episod Pertama



Samad baru sampai ke rumah, disambut oleh isteri dan anak-anaknya. Belum lagi meletak punggungnya, kedengaran antara lain dia berkata kepada keluarganya.



“Tiap-tiap kali aku balik, aku lihat anak perempuan  Limah dua orang  tu duduk menjual aiskrem di tepi jalan. Tak ada kerja lain anak gadis itu hendak buatkah. Bosan aku melihatnya. Apa dah jadi dengan Limah, tak tahu malukan?”.



Limah yang disebutnya itu ialah tetangganya, yang baru kematian suami, tempat mereka bergantung hidup. Kerana itu anak-anaknya terpaksa berhenti sekolah untuk membantu mencari rezeki keluarga.



Episod Dua



Daud yang berjiran dengan rumah Samad itu baru sampai ke rumah. Setelah duduk-duduk sekejap bersama isterinya, sebelum menyalin pakaian dia pun berkata, “Saya lihat sejak Pak Dol mati, dua orang anak perempuannya itu hari-hari berjualan. Tak sekolah dah barangkali. Sayang”.



“Yalah bang. Kasihan budak-budak tu”. Jawab isterinnya simpati.



“Bagaimana kalau kita tolong carikan bantuan untuk budak-budak tu belajar?”.



"Bagus tu bang. Tapi bagaimana?”. Tanya isterinya balik.



“Mula-mula ini biar abang berbincang dengan Pak Imam majid kita dulu, kalau-kalau pihak masjid boleh membantu”. Jawab Daud.



Bila isterinya setuju dengan cadangannya itu, dia meminta isterinya itu bertanya khabar dengan Mak Limah tentang perkara yang sebenar mengenai mereka, dan isterinya bersetuju.

 


Menjaga Atau Menyelak Tepi Kain Orang



Menjaga kepentingan diri adalah  penting, terutama dalam menjaga hak milik sendiri, termasuk harta benda.



Kalau tidak dijaga kepentingan itu sudah tentu akan diceroboh orang yang mementingkan dirinya semata.



Walaupun menjaga kepentingan diri itu satu keperluan, kita juga wajib menjaga kepentingan orang lain bersama. Jangan anggap orang lain seperti sampah yang tidak berguna.



Malah sebagai seorang Islam, kita wajib mengambil tahu dan memain peranan dalam membina masyarakat, khususnya masyarakat Islam.



Kita tidak boleh melupakan saudaramara kita, dengan menutup mata dengan apa yang berlaku atau menimpa mereka. Cubit peha kiri, peha kanan sakit jua.



Justeru itu kita mestilah bersama-sama membantu mereka yang ditimpa kesusahan itu, bukannya sekadar melihat dan mendengar, malah tersenyum senang kerana mereka ditimpa kesusahan sedangkan kita tidak terkena apa-apa.



Lemparkan rasa bongkak dan sombong, di mana kita boleh hidup sendirian tanpa orang lain. Manusia tidak pernah hidup sendirian, mesti bergantung kepada orang lain untuk meneruskan hidupnya.



Mengambil tahu hal orang lain seperti yang digambarkan dalam episod kedua itu tidak dilarang, malah digalakkan. Ia bukan menyelak tepi kain orang, tapi bersama menjaganya.  



Sebaliknya  gambaran dalam episod pertama itu tidak digalakkan malah tidak diperlukan, kerana itulah dikatakan “menyelak tepi kain orang lain”.



Namun begitu, kita juga tetap merasa pelik, bila ada orang-orang berada menghulurkan bantuan kepada orang Islam yang berada jauh dari mereka, di luar negeri dan di luar negara, sedangkan orang-orang yang berdekatan, ibu bapa, adik beradik, saudaramara dan sanak saudara mereka sendiri hidup merana dan memerlukan bantuan dilupakan begitu sahaja? Kenapa semut di seberang laut nampak , tapi gajah di hadapan mata tidak kelihatan?

 


Walau bagaimanapun sikap mementingkan diri sendiri  inilah yang menambahkan kepincnagan masyakat Islam zaman moden ini yang hidup bernafsu nafsi, mementingkan diri sendiri.



Sikap inilah yang turut berjaya membina kesomboangan diri seseorang yang memincangkan lagi masyarakat.



Sikap buruk ini mestilah segera dibasmikan dari diri seseorang, barulah masyarakat Islam yang bersatu padu dapat dibina. Senang sama senang, susah sama susah, berat sama dipikul, ringan sama dijimbing. Demikianlah ajaran Islam yang syumul.



Buanglah rasa bangga diri, rasa sombong diri, rasa memandang diri penting dan orang lain kerdil dan hina.



Seorang Islam tidak merasa senang hati, jika diri dan keluarganya hidup senang dan mewah sedangkan jiran-jiran sekitar hidup dalam dahaga dan kelaparan. Mengikat perut kelaparan.



Itulah maksud dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,:



 “Tidaklah beriman orang Islam yang tidur pada malam hari dalam kenyang sedangkan tetangganya kelaparan”.

 

 


Pondok Rahmat,



Kota Bharu Kelantan Darunaim,



21 Ogos 2032



12 Mahram 1443



Read more...

>> Wednesday, August 18, 2021

 

 

NASI



 DINGIN 



BERMADU










Nasi dingin.



Anak-anak zaman sekarang mungkin tidak  mengetahui apakah nasi dingin, malah perkataan nasi dingin itupun mungkin tidak pernah  didengarinya.



Nasi dingin ialah nasi sejuk selama semalam, Iitu nasi yang dimasak pada sebelah malamnya,maka keesokannya harinya dipangil nasi dingin. Nasi itu tidak dipanggil nasi sejuk, sebab kalau dipanggil nasi sejuk, ertinya nasi yang tidak lagi panas.



Biasanya nasi dingin ini tidaklah disenghajakan, kerana hendak makannya, terpakasa dipanaskan semula supaya leboh selesa dimakan. Dan jika tidak ada pemakannya, biasanya nasi dingin itu dijadikan makanan binantang-binatang ternakan  seperti ayam atau itik.



Selain itu orang-orang tua juga percaya jika seorang kanak-kanak itu kerap makan nasi dingin boleh menyebabkan otaknya lembab, atau lemah untuk belajar.



Namun begitu, nasi dingin ini tidak ada masalah untuk dimakan, iaitu dengan caranya yang tersendiri dan istimewa.



Caranya ialah dengan memakan nasi dingin denga madu lebah.



Caranya ialah hancurkan atau pecah-pecahkan dari ketulannya hingga jadi berberai, sebab itu nasi itu tidak boleh nasi lembik. Nasi itu juga tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu sebagai nasi dingin.



Kemudian masukkan madu ke dalamnya mengikut keperluan, gaul-gaulkan kedua hingga rata. Bolehlah dimakan.



Lauknya yang istimewa ialah telor jeruk [telor masin] digoreng secara mata [kerbau]. Tidak dihancurkan terlebih dahulu atau rebus atau dimasak seperti biasa. Kalau tidak ada, boleh dimakan dengan telur goreng biasa atau ikan goreng.



Nasi dingin bermadu ini tidak begitu populer di kampung, kerana pada masa itu madu sukar untuk diperolehi di kampung-kampung.



Justeru itu madu menjadi menu makanan kepada ibu-ibu bersalin dalam pantang 40 hari.

 

 


Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



18 Ogos 2021/



9 Mahram 1443m



Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP