>> Sunday, January 31, 2021
PEPERANGAN
SEMUT
DAN
MANUSIA
PEPERANGAN
sentiasa meledak di dunia ini. Dunia tidak pernah mengenal damai. Perbalahan
dan pembunuhann sering berlaku di mana-mana.
Pembunuhan
itu bukan sahaja berakau di kalangan sesama manusia, tapi juga di kalangan haiwan.
Peperangan
bukan saja meledak di kalangan sesama haiwan, tapi juga lebih haibat lagi
peperangan antara manusia dan haiwan.
Peperangan
antara manusia dengan haiwan ini tidak pernah berakhir malah tidak akan
berakhir se haiwan bernama haiwan dan
manusia bernama manusia.
Kerana
setia pihak mempunyai kepentingan masing-masing yang tersendiri yang banyak
becanggah-ruah antara satu sama lain.
Kerjasama
memang wujud antara manusia dan hawan tapi kerjasama itu tidak meliputi seluruh
makhluk di dunia ini yang berbeza-beza kepentingannya.
Sebagai
contohnya kita utarakan sedikit perseteruan sengit antar manusia dengan makhluk
serangga, semut.
Perjuangan
antara dua bangsa makhluk ini sentiasa tercetus di mana-mana tanpa mengenal
masa dan tempat.
Dalam
hal ini manusia didapati sentiasa mengambil sikap bermusuhan terhadap serangga
semut.
Mereka
mengambil berabagai-bagai tindakan untuk memusuhi dan membunuh semut-semut itu
yang dianggap msuh kepada mereka.
Di
antara berbagai-bagai tindakan bermsuhan oleh manusia terhadap semut adalah
banyak. Kita utarakan sedikit sahaja di sini,
Racun
Adalah
dipercayai manusia dari sejak awal-awal lagi mengenal semut lagi telah
menyediakan aneka bahan untuk memunsnahkan semut. Biasanya bahan-bahan itu
berupa racun yang disemburkan ke atas semut-semut atau serangga-serangga itu
menyebabkan bukan sahaja lumpuh malah terus mati.
Racun-racun
serangga ini, telah terkenal di seluruh dunia, dan merupakan perdagangan yang
menguntungkan. Terlalu banyak bahan yang terdapat di pasaran sekarang, dan kian
bertambah setiap masa untuk mengatasi ketakutan manusia kepada semut.
Selain
itu manusia juga secara peribadi atau tradisi yang turun menurun menyediakan
berbagai-bagai bahan atau racun pembunuh semut yang masing-masing menciptanya
mengikut kemampuan yang mereka ada atau miliki, seperti menggnakan bahan-bahan
dari dapur rumah mereka sediri, seumpama lada, bawang putih dan lain-lain lagi.
Bahan-bahan Pelindung
Di
samping itu manusia juga mempunyai berbagai-bagai cara dan teknik dan melalui
berbagai-bagai bahan untuk melindungi diri dan harta benda mereka dari gangguan
semut-semut itu.
Di
antara bahan-bahan itu mereka menggunakan minyak kelapa yang disapu kepada
bekas-bekas yang berisi sesuatu barang, seperti menyapu minyak kelapa sebelah
luar mangkuk yang berisi kueh-kueh yang
manis.
Tapi
jika bekas yang mengandungi makanan manis itu terletak dalam tempat yang besar, maka bekas itu akan diletak dalam
bekas yang lebih besar lagi yang dimasukkan
air biasa sebagai pencegah semut untuk mendekatinya, kerana
semut tidak pandai berenang.
Semut Mayat
Ada semut-semut tertentu suka menghurung jenayah orang mati.
Semut ini biasanya berbentuk kecil akan segera dating menghurung jenazah,
memasuki lubang telinga, hidung dan sebagainya.
Orang-orang tua kita biasanya
mengguakan beras dengan menaburkan beras-beras itu sekeliling mayat.
Isyallah semut-semut itu tidak akan mampu mencerobohnya selagi benteng beras
itu tidak roboh.
Semut Masuk Telinga
Pada masa dulu, anak-anak malah orang dewasa juga yang
telinga mereka di masuki telinga. Jika semut dalam telinga itu mengiggit
tentulah menaykitkan, boleh membuat orang tuanya panik.
Cara ini diatasi dengan anak itu dibaringkan mengiring di
atas bebelah badannya, di mana telinga yang kemasukan semut itu di sebelah
atas, kemudian dimasukan air penuh ke dalam telinga itu, seterusnya tungguhlah
sekejap sehingga semut yang kemeasan itu naik ke atas dan dapat diambil.
Kemudian it dalam telinga itu hendaklah dibuang.
Sebenarnya manusia akan menambil berbagai-bagai Tindakan,
tanpa mengira akibatnya untuk memburu dan menghalau semut yang tidak mereka
suaki itu, seperti membakar, membunuhnya dengan alat elektrik, merendamnya
dalam air sejuk atau air panas, merendamnya dalam minyak, mengambusnya
hidup-hidup dan sebagainya.
Berhati-hati
Walau bagimanapun dalam keseronokan berperang dengan semut
itu janganlah hendaknya kita melupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
sebagai orang Islam, iaitu kita tidak dibenarkan menzalami segala makhluk,
termasuk haiwan-haiwan sekalipun.
Ada sebuah Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sungguh
tidak ada seorang pun yang berhak
mengazab [makluk lain] dengan api, kecuali tuhan Zat yang memiliki api”.
Pondok Rahmat
31 Januari 2021/
18 Raibulakhir 1442
Read more...