BOLA KEHIDUPAN
>> Tuesday, December 1, 2020
Semua orang kenal bola. Temasuk kanak-kanak sekalipun. Sejenis permainan yang berbentuk bola, biasanya di sepak atau di tendang dengan kaki.
Bola itu biasanya berbentuk bulat
gentel. Ia mempunyai berbagai-bagai ukuran atau saiz selaras dengan caranya
dipemainkan.
Justeru itu bola mempunyai
beberapa jenis dan nama yang khusus, seperti bola jaring, bola sepak, bola
keranjang, bola tampar, bola pimpong,
dan sebagainya.
Walau bagaimana pun bola itu
sejenis permainan yang menjadi mangsa atau umpan keganasan manusia.
Ada bola yang menjadi sepakan
atau tendangan kaki manusia, dipukul dengan tongkat atau kayu atau direjam,
dibaling dan sebagainya.
Sesiapa yang ingin melepas dendam
atau kemarahan bermainlah bola, mana-mana bola yang dia mampu.
Itu buah bola.
Begitulah bola, dan begitulah dengan kehidupan manusia seperti bola yang
mempunyai berbagai cara untuk dipermainkan.
Penduknya bola itu hidupnya penuh
dengan rintangan getir sebagai cabaran dalam kehidupan manussia.
Sejak dilahirkan kedunia bola
manusia ini sentiasa berenang dalam derita kehidupan.
Cuba perhatikan kehidupan sebuah
bola di di hujung atau tapak kaki manusia, disepak, ditendang, diterajang
mengikut arah yang disukai oleh pemain mereka,
Sekejap berada di atas, di bawah,
di kanan, di kiri, di tengah dan di tepi dan sekejap di luar padang dan sekejap
di dalam padang.
Bermula hidup sebagai seorang
manusia, baik suami atau isteri, manusia telah menanggung kesusahan untuk
menyediakan keperluan untuk mengungkaikan beban-beban kehidupan, dari segi
lahir batin, makan minum, pakaian tempat berlindung dari hujan panas dan
sebabaginya.
Kemudian bila isteri mengandung
dan melahirkan anak dari hasil hubungan mereka sebagai suami isyeri, maka beban
kedua ibu bapa mereka akan meningkat. Bila keluar dari perut ibu beban ibu bapa
kian meningkat lagi.
Anak itu pula perlu dijaga,
diasuh dan dididik menjadi seorang manusia yang sempurna.
Dan setelah dia besar, dan dewasa lalu membentuk kehidupan sendiri sebagainana dilakukan ayah dan bonda sebelumnya. Demikianlah manusia terus berkembang dari sejak Adam dan Hawa.
Kemudian mereka telah dewasa itu
bekerja dan berusaha mengulangi sejarah ayah dan boneanya mencari pasangan
hidup pula untuk menwarisi manusia yang akan datang.
Kemudian seterusnya sambung bersambung tradisi hidup manusia selagi dunia berkembang sebagai bumi kehidupan.
Bola kehidupan ini terus
ditendang, diterajang ke mana arah yang dirasa perlu oleh pemainnya untuk
menjamin kejayannya dalam kehidupan yang sementara ini.
Walau bagaimana pun seluruh bola,
kecil dan besar, malah bola dunia inipun akan musnah, hancur dan lebur menjadi
debu.
Apa yang akan mereka bawa hanyalah
amal dan perbuatan mereka semasa hidup di dunia tamereka baik, maka berbahagialah
mereka hidup di dunia baru, kalau tidak malanglah nasib mereka di akhirat nani.
Sementara itu tidak ada siapa
dapat menjamin kehidupannya baik dan sejahtera
sebelum kakinya melangkah masuk ke pintu syurga.
Walau bagaimana pun jangan sama
sekali semasa hidup ini memilih untuk menjadi buah bola yang nasibya amat
malang sepanjang masa, menjadi mangsa tendanagan dan sepakan orang tanpa
kasiahan belas. Kalau perlukan bola juga, jadilah pemain bola, iaitu pemin bola
yang handal, yang termasyur di seluruh dunia.
Dunia ini luas pilih padang yang
boleh memberi jaminan kebahagian dunia dan akhirat untuk anda, Selamat dan
sejahtera.
Allah berfirman:
“Wahai
orang-orang yang beriman janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda dan
anak-anak kamu dari mengingati Allah”.Al-Munafiqun:9
Pondok Rahmat
1 Disember 2020/
15 Rabiulakhir
1442
0 comments:
Post a Comment