>> Saturday, November 28, 2020
DUSTA MENGUNDANG
NERAKA
MANUSIA makhluk
yang mempunyai sifat isitimewa, iaitu
suka bedusta. Ada berbagai-bagai yang menyamai erti perkataan dusta, seperti
bohong, menipus, belawak, loyar buruk dan sebagainya
Dusta itu jika
melampau dikatakan belawak Bangar atau belawak kohong. Kohong atau bangar itu
dirojkkan kepada binatang yang telah
mampu atau bangkai yang telah berbau busuk.
Sedar atau tidak
sedar, kita manusia ini dari sejak lahir lagi telah diajar dan belajar berdusta atau menipu dalam
kehidupan sepanjang masa.
Ibu bapa
bersusta dengan anak-anak mereka dengan sebab-sebab tertentu.
Anak-anak pula
menipu ibu bapa mereka untuk mendapat kepujian atau disayang mereka.
Anak-anak
bersama anak-anak bersama anak-anak atau adik beradik mereka pula
berbohong supaya dipandang lebih rajin,
lebih pandai dan disayangi.
Kanak-kanak
menipu rakan-rakannya untuk menunjukkan dia seorang yang habat dan pandai.
Demikianah
kebiasaan berdusta itu terus berkembang dalam kehidupan manusia sehari-hari,
tanpa disedari atau tidak disedari.
Orang-orang
dewasa menipu dalam banyak perkara – dalam kehidupan sehari-harian, dalam
pekerjaan, dalam berjual beli dan sebaainya.
Dalam pelajaran,
dalam pendidikan persekolahan, dalam institusi-institusi, kalau boleh mereka akan
menipi untuk mencapai keputusan yang tertinggi.
Demikianlah
amalan-amalan berdusta dalam kehidupan bermasyarakat di mana kita tidak mrasa
kita menip.
Dan banyak lagi
penipuan-penipuan yang dilakukan dalam harta benda kerajaan dan bank-bank untuk
menjadi cepat kaya-raya.
Pendeknya dusta
yang dilakukan manusia merupakan perbuatan yang berbeza dengan apa yang dikatakannya, dan juga berbeza apa yang
tersimpann dalam hatinya.
Sedangkan dusta
merupakan sifat keji dan tercela dalam Islam.
Allah firman
dalam Kita Suci al-Qran, maksudnya:
“Agar
laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yanng dusta”. Ali Ilran:
Dosa dusta yang
paling berat ialah dusta menggunakan Nabi SAW, seperti senghaja mengatakan sesutu yang Nabi SAW tidak
buat atau tidak buat tapi mengatakan Nabi SAW buat atau berkata demikian.
Ini ditegas oleh
Baginda SAW sendiri dalam sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya
berbohong atasku bukanlah seperti berbohong
atas orang lain, barang siapa berbohong
atasku dengan senghaja , maka Allah akan menempatkan tempat tinggalnya
dalam neraka”.
Sesungguhnya
kata-kata atau perbuatan bohong atau dusta itu bukan sahaja boleh merosakkan
seseorang, masyarakat malahan boleh merosakkan sesebuah bangsa atau negara yang
terpengaruh dengannya
Berhati-hatilah
dengan dusta dan tukang dusta yang banyak bertaburan dalam masyarakat har ini
dalam semua bidang kehidupan.
Pondo
Rahmat
28
November 2020/
12
Rabiulakhir 1442
0 comments:
Post a Comment