KEJAHATAN MEMBALAS DENDAM

>> Tuesday, November 24, 2020

 


 

KEJAHATAN 


MEMBALAS BELA

 



“Dan Sesiapa yenag melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri  [dengan melakukan maksiat], kemudian dia memohon “. An-Nisaa:110.


 


Buat Baik Berpada-pada

Buat Jahat Sekali Jangan

 

 




Tiba-tiba saya teringat kisah ini yang telah saya baca ketka saya belajar di Sekolah Melayu Salor beberapa puluh tahun yang lampau.

 




Kisah ini penuh dengan pengajaran di mana Allah timpakan ke atas seorang hambanya yang zalim dan khianatnya dan sebaliknya melindungi hambanyaa yang ikhlas.

 




Tidak hairan kerana Baginda mempunyai ramai orang-orang yang ikhlas dan alim ulama yang bertugas di istana Baginda.

 




Tapi pada suatu hari Baginda menerima laporan daripada seorang pembesasrnya tetang seorang ulama yang baru dilantik oleh Baginda mempunyai perangai yang buruk. Baginda sangat marah dengan cerita itu dan memeritah supaya diambil tidak segera dan wajar.

 




Baginda segera menulis   sepucuk saurat dan memerintah utama muda itu membawanya kepada seseorang. Beliau melarang siapa pun membuka atau membca surat itu kecuali si penerimanya sahaja.

 




Tapi Baginda merasa terkejut bila pada petangnya ulama muda itu balik menemui Baginda, sedangkan dalam surat itu dia diperintah supaya segera dibunuh. Sedangkan ulama yang membuat laporan itu tidak ada bersama mereka.

 




Baginda meminta penjelasan apa yang telah terjadi. Mengikut cerita ulama muda itu, ketika sampai di pintu istana ulama tua itu meminta surat Baginda  itu diberikan kepadanya, kerana menyangka mengandungi perintah supaya dinaikkan pandkat.

 




Beliau telah menukar surat  yang diberikan kepada Bginda itu kepadanya yang memerintah supaya dia diberikan hadiah istimewa kerana membuat laporan itu.

 




Bila dijalankan pemyiasiatan ternyata tuduhan ulama tua itu semata palsu kerana iri hati dan tamak haloba.

 



Demikanlah kejahatan itu membalas bela tanpa disedari oleh pembuatnya yang rakus dan haloba itu.

 




Kisah ini kalau dierita semula oleh seorang sastrawan tentu dapat dinukilkannya dengan lebih sempurna sebagai sebuah cerpen.

 




Skian, salam sejahtera dari Pondok Rahmat.

 





Pondok Ramat



17 November 2020/



1 Rabiulakhir 1442.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP