PERINTAH TUTUP MATA

>> Wednesday, December 16, 2020

 


PERINTAH TUTUP MATA BILA BERPERGIAN??



 

 


 




SELEPAS Solat Subuh, dan selepas  santapan pagi, biasanya, baik kita seorang lelaki atau perempuan, kita terpaksa bergerak meninggalkan rumah kediaman masing-masiing.




Kenapa? Arah ke mana kita seluruh penduduk dunia hendak pergi?




Baik kita seorang lelaki atau seorang perempuan, tua atau muda, kita akan bergerak meninggalkan rumah untul ke satu matmalat. Iaitu ke tempat bekerja.




Malah kanak-kanak pun demikian juga akan berpisah dengan rumah untuk pergi ke sekolah atau belajar.




Itu adalah kebiasaan, bukan kepelikan. Tapi yang peliknya, bila manusia senghaja berada di rumah bersenang-senang -tanpa satu kerjapun.




Kecuali para lelaki atau perempuan yang bertugas sebagai pengasuh bayi atau pengurus rumahtangga.




Sebaik sahaja melangkah kaki meninggalkan rumah, kita akan terserempak atau melihat berbagai-bagai perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan atau sepanjang masa.




Kebanyakan perkara ini biasanya dilakukan oleh orang yang celik atau bukan buta mata, baik lelaki atau perempuan.




Aneka rupa pandangan dunia akan kita temui, dari pagi sampai ke petang atau ke malamnya, kecuali mereka yang tidak bermata atau tertutup matanya.




Dalam pergaulan atau perhubungan pun mereka berpandangan antara satu sama lain, baik lelaki atau perempuan.




Kita melihat kiri kanan, ke dadapan dan ke  belakang, ke atas dan ke bawah kitapun kita melihat muka manusia.




Ada wanita, ada lelaki, ada cantik molek dan comel loten.




Suara mereka pun bermacam ragam, kebanyakannya mempesonakan lelaki dan perempuan.




Dengan manusia kita berhubung, dengan manusia kita melihat, dengan manusia kita berbicara, dengan manusia kita berkata, justeru begaimana kita disuruh menutp mata sepanjang waktu?




Bagaimana kita hendak menutup mata kalau kita perlu bekira bicara dengan manusia? Adakah kita kena pakai cermin mata gelap pekat bila berbicara dengan orang, terutama antara lelaki dan perempuan?




Lagipun kita juga telah djperintah supaya menutup aurat, terutama kaum wanita, supaya tidak terdedah bahagian-bahagian badan yang mempersonakan mata memandang, terutama kaum lelaki?




Justeru perintah menutup mata ini bukannya bererti menutup mata sepanjang masa, atau  membutakan mata, yang senghaja disalahertikan oleh orang-orang yang bodoh. Sedangkan mata Allah kurniakan kepada hamba-hambanya, bukan manusia sekalipun untuk melihat ciptaan Allah.




Sebenarnya pertintah menutup mata kepada orang Islam ini bererti kita dilarang melihat perkara-perkara atau bahagian anggota-anggota badan yang negatip yang boleh mencetuskan rasa berahi atau kehusyuk. kepada kaum lelaki dan wanita yang diharamkan.




Lebih-lebih lagi kepada kaum lelaki yang lebih mudah terpesonakan dengan pandangan badan yang memberahikan. Tegasnya mereka lebih mudah tertarik atau terpesona dengan daya tarikan seks.




Mengikut kajian kaum lelaki mempunyai berbagai-bagai cara alahan seks kepada perempuan, banyak perkara pada badan wanita yang boleh menjadi pesona seks mereka. Objek yang berbeza-beza antara seorang dengan seorang lelaki.




Umpamanya ada lelaki yang terpesona dengan mata wanita, terpesona dengan betis wanita, dengan punggung, dengan leher, dengan jarai-jemari, dengan senyum dan sebagainya lagi dari benda-benda yang ganjil sekalipun.




Sedangkan dalam kehidupan seharian pun, baik di jalan-jalan raya, di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar raya, di restoran-restran, malah di rumah kita pun  menerusi kaca TV, banyak membuka ruang untuk penzinaan mata.




Di kalangan lelaki juga ada mereka yang suka mengendap kamar tidur rumah orang, mengintip bilik mandi, tandas orang dan seumpamanya.




Malah ada juga dari kaum lelaki itu gemar mencuri coli wanita atau seluar dalam wanita untk dijadikan teman kesunyian.




Bahagian-bahagian yang mencetuskan daya berahi inilah yang dilarang mengunlang pandang oleh ugama untuk mencegah daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak baik kemudiannya.




Tujuannya semata untuk menutup pintu penzinaan mata inilah Nabi SAW berkata dalam sabdanya,




“Dua mata juga melakukan zina dan zina yang keduanya adalah memandang”.




Dan Allah berfirman maksudnya, “Katakanlah kepada lelaki yang beriman, supaya mereka  menahan sebahagian pengelihatan, dan menjaga kehormatannya. Yang demikian itu lebih suci untuk mereka. Sesungguhnya Allah itu tahu betul apa yang mereka perbuat”.”



“Dan katakan  kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian pengelihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya [tubuhnya] selaij dari yang nyata [mesti terbuka”. An-Nur [24]: 30-31.





Justeru pandangan yang biasa, yang ikhlas dan jujur dan tidak mengandungi unsur-unsur kelaparan seks tidaklah dilarang dalam Islam kerana tdak melakukan perzinaan mata di dalamya.




Dengan itu sangatlah jelas bahawa Islam tidak bermaksud untuk membina tembok-tembok pemisah di antara kaum lelaki dan perempuan dengan pagar-pagar bodoh yang tidak wajar, tapi hanya sekadar untuk membataskan terlebih dahulu bencana-bencana seks yang membinasakan diri dan masyarakat yang mungkin akan  berlaku jika tidak ada pencegahan awal.




Sekian.

 


Pondok Rahmat


15 Disember 2020/


29 Rabiulakhir 1

 

442


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP