>> Sunday, December 20, 2020
BUDAYA MAKAN DI MUSIM HUJAN
Sejak
kebekalangan ini boleh dikatakan hampir saban hari hujan turun, kadang -kadang lebat,
kadang-kadang kohor atau perlahan.
Orang Kelantan kata
musim hujan, tapi orang luar [bukan Kelantan] kata musim’ tengkujuh. Tapi bagi
orang Kelantan perkataan tengkujuh itu
tidak begitu tepat, kerana ia lebih dirujukkan kepada keadaan lautan yang bergelumbang atau
berombak besar. Sedangkan kadang-kadang laut berombak besar pun hujan tidak
turun tapi hanya membawa angin yang menderu kuat.
Tapi ini bukan
persoalan yang hendak kita bincangkan, kerana yang hendak kita bincangkan sedikit
ialah mengenai makanan-makanan yang menjadi pilihan orang Kelantan sepanjang
musim hujan yang mungkin tidak terdapat di negeri-negeri lain.
Makanan-makanan ini pun sebahagian besar menjdi pilihan rakyat yang tinggal dikampung-kampung yang kadang-kadang pada dulu sukar untuk mendapat bekalan makanan yang biasa, seperti ikan hidup [basah] dan lain-lainnya sebagai bahan makanan harian.
Walau bagaimanapun di sini hanya diutarakan beberpa janis masakan sahaja sebagai contoh.
-IKAN BUDU
Ikan budu ialah
sejenis ikan jeruk masin, yang serupa dengan budu, tapi budu diperbuat daripada
ikan-ikan bilis yang dijeruk sampai hancur, tapi ikan budu jalah jenis besar,
seperti ikan kembung dan masih dalam keadaan baik atau berekor.
Ada beberapa
cara unntk menggoreng ikan budu, pertama digoreng seperti mengoreng ikan biasa
dengan minyak biasa, kedua ikan budu itu
terlebih dahulu dicelup dengan telur yang dihancurkan dan ketiga ikan budu itu
terlebih dulu dihancurkan kecil-kecil kemudian baru digaul dengan telur yang telah dikocek atau
dihancurkan kemudian baru digoreng dengan minyak.
Atau jika tidak
mau digoreng ikan budu itu boleh juga dibakar
setelah terlebih dulu dibugkus dengan daun pisasng dan sebagainya.
-UBI REBUS
Dalam musim hujan
ubi rebus juga populer, terutama untuk sarapan pagi atau makan petang sebagai
pemanas badan.
Ada beberapa jenis
ubi yang menjadi pilihan ramai untuk drebus di musim hujan.
Antara ubi-ubi
itu ialah yang biasa ditanam atau mudah dibeli di pasar-pasar. Antaranya ubi
yang paling populer ialah ubi kayu
Selain itu
ubi setela [keledik], ubi itik, ubi
badak, ubi torak, hampr serupa dengan ubi badak, bahasa Kelantan tak rak itu
ertinya tidak mampu nak angkat kerana ubi itu setongkolnya berat.
Selain itu ubi
setela juga digoring setelah dipotong kecil-kecil sebesar jari-jari, ia dicelup
tepung dan digoring, ia dipanggil “kaki ayam”. Sebenarnya jari ayam.
-GORENG TAPAI
Ubi kayu itu
selain daripada direbus, biasanya dibuat tapai, yang sentiasa terdapat
sepanjang masa dijualdi pasar.
Tapi dalam musim
hujan tapai ini kurang peminatnya, sebliknya digoring-terlebih dulu- jadipisang goring-
yang boleh didpati sepanjang masa di gerai-gerai, termasuk gerai-gerai goring
pisang di tepi-tepi jalan.
-PUTU HALBA
Ubi kayu pula
selain direbus, juga dibuat sejenis makanan yang populer dikenali dengan nama
putu halba. Ia diperbuat daripada tepung ubi kayu dan dikukus dengan cara
tertentu, di dalam tepung itu dimasukkan
dua tidak ketul manaisan atau gula melaka, atau gula biasa atas pilihan
masing-masing. Ia di makan dengan kelapa parut. Yang pentingnya ia dimasukkan
dengan beberapa biji halba iaitu sejenis rempah sebagai penghilang rasa mual
sebelum dikukus.
-PISANG REBUS
Selain dari ubi
rebus, pisang rebus juga populer di musim hujan untuk dimakan bersama keluarga.
Walaupun bukan
semua pisang boleh dimasak rebus, namun begitu masih banyak pisang yang boleh
dimasak rebus seperti ubi rebus.
Antara
pisang-pisang rebus yang terkenal ialah pisang
kebatu, pisang karang, pisang nangka, pisang rasa.
Pisang jelai
biasanya dimakan mentah, tidak boleh dimasak, tapi saya sering menyira pisang
jelai bila saya hendak makan pisang sira sedangkan pisang sukar untuk masa
tersebut.
Tapi pisang itu janganlah buahnya masak sangat atau sudah
lembik isinya.
-PULUT
Masakan pulut
juga populer di musim hujan. Ada dua cara dua cara beras pulut dimasak, iaitu
di tanak atau dikukus. Rasa kedua-duanya berbeza sedikit, ada orang makan pulut
yang dimasak kukus, rupanya pun lebih
cantik jika dihidang dalam untuk jualan.
Selain itu ada
dua jenis masakan pulut lagi, iaitu dipanggil pulut pagi, kerana hanya dijual
waktu pagi, dan pulut berinti, kerana di atasnya diletak inti kelapa sira
dengan gula untuk dimakan dengan pulut, selain dimasakkan santan ketika
memasaknya.
Lain-lain pulut
yang biasa dijual, ialah pulut bakar dan pulut lepa, yang berbentuk panjang dan
ada inti daging atau ikan di dalamnya.
-BUDU GAUL
KEJAPA
Kelapa yang
dikukur itu boleh di makan bersama nasi dan dimakan dengan budu sebagai
pencicah biasa. Budu itu hendaklah dilengkapkan
dengan cili dan asam limau nipis yang diperas dan diambil airnya,
kemudian dicicah dengan ikan panggang tawar seperti biasa.
-JERING REBUS
Buah jering yang
matang itu biasanya dibuat ulam mentah, terutama buahnya yang masih muda.
Namun begitu
buah yang matang dan tua pula boleh dimakan seperti makanan biasa bila direbus dampai masak dan dimakan
dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam dan gula atau manisan
mengikut kesukaan masing-masing.
-PETAI REBUS
Ada di sesengah
tempat memakan petai rebus dengan kelapa
seperti jering rebus sebagai sarapan pagi.
-PUCUK UBI
Selain dari isi
ubi keledek atau setelo, puuck ubi kayu dan juga pucuk ubi setelo juga laku di
musim hujan, iaitu dcelur dan dimakan dengan nasi sebagai ulam, dicicah dengan
budu pedas atau sambal belacan atau tempoyak, bersama ikan panggang tawar.
-ACAR PISANG
Di samping itu pisang mentah juga boleh dibuat masak acar, iaitu asar mentah dan acar masak untuk dimakan sebagai ulam. Biaasanya yang dibuat acar ini ialah pisang Benggala muda yang daunnya dibuat pembungkus makanan kerana tahan pecah atau koyak, sementara buahnya tidak digemar oleh manusia kerana rasanya kurang enak dan butir atau bijinya banyak.
-KELAPA PARUT
Patut disebut semua
pisang dan ubi rebus biasanya digaul dengan gula mengikut kesukaan masing-masing
setelah digaull terlebih dulu dengan sedikit garam sebagai penyedap rasa.
Sebagai minuman
bersama dengan makanan-makanan itu terutama di waktu pagi ialah kopi o dan teh
susu panas.
Alangkah
enaknya!
Cubalalah trai,
tidak menyesal.
Pondok Rahmat
20 Disember 2020/
5 Jajadilawal 1442
0 comments:
Post a Comment