BERPUASA ATAU BERLAPAR

>> Tuesday, December 8, 2020


BERPUASA ATAU BERLAPAR?








 “Wahai orang-orang beriman diwajibkan di atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas seorang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. Al-Baqarah [2]:183.

 

 

Masyarakat dunia dari sejak daulu lagi telah berpuasa. Walaupun dalam bukan semua bangsa.



Orang Islam juga berpuasa, Puasa umat Islam berbeza dengan puasa orang bukan Islam.



Orang Islam setiap tahun diwajibkan berpuasa, iaitu pada bulan Ramadhan. Sesiapa yang cukup syarat jika tidak berpuasa dalam bulan Ramdhan adalah berdosa.



Justeru itu puasa dalam Islam adalah adalah ketentuan agama, atau puasa kerana Allah SWT. Satu kewaiban.



Puasa tanpa niat tidak sah dalam Isam.



Terdapat perbezaan antara puasa orang Islam drngan bukan orang agama Islam. Kerana mereka bukan kerana agama tapi kerana sebab-sebab lain, seperti kerana menjaga kesihatan badan.



Sebenarnya apa yang mereka katakan berpuasa itu berbeza dengan puasa agama Islam.



Apa yang mereka maksudkan puasa itu sebenarnya berpatang atau berlapar untuk tujuan-tujuan tertentu, terutama untuk menjaga kesihatan badan,



Masa mereka berpuasa pun tergantung kepada pilihan mereka sendiri, demikian juga berpa lama hendak berpuasa.



Ada di antara mereka mungkin berpuasa selama sehari, dua hari atau tiga hari atau lebih lama lagi.



Dalam masa berpuasa ini mereka hanya minum air kosong sahaja, dan menjauhi segala jenis makanan, atau makan juga dengan amat terbatas mengikut nasihat doktor.



Dikatakan ada yang berpuasa selama seminggu, dan berakhir dengan di katil hospital sakit tidak cukup makan



Puasa ini dipanggil “water fasting”, maksudnya “puasa air”, mereka tidak makan, tapi sekadar minum air.



Tapi bagi kita cara begitu  bukan puasa, tapi berpantang dengan air. Hanya air sahaja boleh minum sepanjang masa tersebut. Macam ibu lepas bersalin berpantang makan makanan-makanan yang sejuk.



Pakar-pakar kesihatan masih mengkaji kesan-kesan puasa itu kepada manusia, ada  pendapat yang pro dan kontra, ada kata baik, ada kata tak baik, merbahayakan.



Beberapa tahun yang lampau, telah  jua muncul cara berpantang yang pelik. Pada masa ada anak-anak muda yang ingin menjaga badan spaya kelihatan cantik dan menarik, tapi mereka tidak mampu berpantang malah melantak apa sahaja  yang melintang,



Cara mereka juga unik, tapi nampak macam fikirannya tersumbat. Anak-anak muda ini bila waktu, merka akan pergi ke restoran pilihan mereka, lalu memesan apa sahaja makanan yang mereka suka, dan melantaknya sampai kenyang.



Tapi apa yang mereka buat selepas itu? Mereka akan pergi ke bilik air, memuntahkan keluar apa yang telah makan tadi, atau menjolok mulut mereka supaya apa yang semuanya yang telah makan itu muntah keluar.



Bolehkah dikatakan perbuatan cerdik?



Puasa dalam Islam hanya di siang hari, selama beberapa jam, dari subuh hingga maghrib.



Pada siang hari itu mereka diharam makan minum, melakukan hubungan seks  untuk mengelakkan puasa mereka jadi batal.



Tapi pada sebelh malamnya mereka bebas melakukan aktitiviti-aktiviti tersebu seperti normal.




Sekian.

 

Pondok Rahmat

8 Disember 2020/

22 Rabiulakhir 1442.

 

 

 




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP