>> Sunday, December 6, 2020
BERHALA DULU DAN SEKARANG
PADA masa lampau orang-orang
bukan Islam menyembah patung-patung berhala yang dijadikan tuhan mereka.
Ada berbagai-bagai jenis berhala
yang mereka buat sendiri dan mereka puja
sebagi tuhan sembahan mereka yang dihormati dan ditakuti.
Patung-patung itu mereka sembah
dan puja dengan berbagai-bagai cara, seperti menyembah dengan sujud kepala,
menyediakan hidangan makanan istimewa menyanyi, menari dan sebagainya.
Selain daripada itu terdapat bebagai
rupa bentuk, patung-patung yang berbeza-beza, demikian juga ada berbagai-bagai ukurannya kecil dan
besar.
Ada berhala yang kecil sebesar
jari-jemari, dan sebaliknya ada pula sebesar sebuah bukit yang dpahat menjadi sebahagian
daripada berhala.
Di Madinah sebelum Islam dulu
banyak dengan berhala-hala yang disembah oleh orang bukan Islam,
Tapi selepas Islam berhala-hala
itu tidak ada lagi telah diruntuhkan akibat bercanggah dengan agama Islam yang
Maha Suci.
Namun di setengah-setengah tempat
di dunia ini masih ada lagi golongan
yang menyembah berhala-hala sebagai tempat memhon rezeki dan sebagainya,
Namun begitu sebilangan dari mereka telah mengubah sembahannya, mereka tidak lagi menyembah patung-patung berhala, tapi menyembah benda-benda yang mempunyai kuasa ekonoimi khususnya wang dan kuasa
Mereka tidak menyembah berhala seperti patung-patung tapi menyembah
kua-kuasa di belakang benda-benda yang tidak berbentuk patung itu.
Itulah dia harta benda dan wang
ringgit yang mempunyai nilai yang besar, dipuja seperti patung-patung berhala,
bukan bendanya tapi hakikatnya.
Sembahan kepada benda-benda ini
tidak kurang bahayanya seperti sembahan kepada berhala-hala atau patung-patung
itu.
Malah menurut HAMKA, beliau
menegaskan, “Tetapi pada zaman sekarang pun terdapat juga orang menyembah benda,
menjunjung tinggi benda. Dia mengelak daripada kepercayaan, tetapi
terpaksa percaya kepada yang tak patut
dipercayaai”.
“Oleh sebab itu kepercayaan
penyembah berhala pada zaman perbakala, masih lebih baik daripada penyembah
benda pada zaman moden. Sebab orang purbakala tuduk dalam kerbodohan. Orang
zaman moden mengelak dari kepercayaan, dan kembali kepada kehidupan yang lebih
jahiliah”.
Penyembah-penyembah harta benda
ini biasanya terdiri dari orang yang cintakan dunia, kerana kepada mereka
pengaruh harta benda dan pangkat itu amatlah besar kepada hidup mereka.
Mereka hidup mewah, senang lenang
kerana pengaruh pangkat dan harta benda yang mereka miliki.
Mereka biasanya terdiri daripada
ornag-orang hartawan, berpangkat tinggi dan mewah dalam kehidupan. Kerana
kedudukan dan harta itu mereka dipuja dan disanjug oleh masyarakat, menyebabkan
mereka bertambah sombong dan angkuh dengan diri
mreka.
Oleh itu kita hendaklah selalu
berhati-hati tidak menjadi penyembah berhala kebendaan, tidak juga menjadi
hubub atau pencita dunia yang melampau, kerana semuanya membawa kepada kemusnahan.
Sembahlah Allah, Maha Pencipta,
Maha Kasih dan Maya penyayang, bukan menyembah barang-barang ciptaanNya yang
akan membawa kepada kemusnahan.,
Allah berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya
Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beriabadatlah kamu
kepadaKu.Inilah jalan yang betul-
lurus”.Al-Imraan
[3]:51.
Pondok Rahmat
5 Disenber 2020/
12 Rabiulawal 1442
0 comments:
Post a Comment