SUKARNYA MEMILIH MADU HARI INI

>> Thursday, March 3, 2016







SUKARNYA MEMILIH MADU HARI INI?



Madu adalah sejenis makanan yang berkhasiat. Ia dihasilkasn oleh lebah yang mempunyai berbagai-bagai jenis.


Lebah terdapat sebahagian besar daripada muka bumi. Justeru itu madu-madu tempatan boleh terdapat di kebanyakan tempat di dunia.




                                          Madu


Madu-madu itu berbeza-beza warna dan rasanya. Antaranya tergantung kepada jenis lebah dan sumber-sumber madu yang diperolehinya.


Madu sejenis makanan yang berkhasiat. Ia berguna untuk kesihatan dan juga penyembuhan penyakit-penyakit tertentu.


Justeru banyaknya khasiat yang terkandung dalam madu itu, maka wajarlah madu itu disandangkan dengan gelaran-gelaran tertentu, seperti makanan dari segala makanan, dan minuman dari segala minuman. Dari sejak dulu hingga sekarang, tidak ada makanan yang dapat menandingai khasiatnya yang begitu besar.


Allah menyebut dalam al-Quran tentang lebah dan madu:
“Kemudian makanlah bermacam-macam buah-buahan, dan laluilah jalan Tuhan-mu dengan mudah. Keluar dari dalam perutnya minuman [madu] yang beraneka ragam  warnanya, untuk menyembuhkan penyakit manusia. Sesungguhnya pada  demikian itu menjadi tanda [atas kekusaaan Allah] bagi kaun yang memikirkannya”. An-Nahl [16]:69.


Hadis-hadis Rasulullah SAW juga ada yang menyebut tentang madu dan kegunaannya. Antaranya sabda Baginda, maksudnya, “Barang siapa yang menelan madu [minum sedikit]  madu tiga kali setiap bulan, dia tidak akan terkena penyakit yang teruk”.HR:Ibnu Majah.


Madu Asli


Hari ini amatlah sukar kepada kita untuk mencari atau memilih madu. Maksud saya madu asli, walaupun madu terdapat berlambak-lampak  di pasaran.

Madu boleh dibeli pasar tani, pasar malam, di kakilima-kakilima, di farmasi dan  di pasaraya-pasaraya. Ia dijual dengan harga yang berbeza-beza, daripada puluhan ringgit untuk satu botol beberapa ml kepada ratusan ringgit.


Tapi para pembeli sentiasa berada dalam keadan dailema ketika hendak membeli madu. Mana satu madu yang benar-benar asli?


Semua kenyataan yang terdapat pada label-label dibotol mengatakan “madu asli”.


Kenapa madu asli dicari? Kerana madu asli itu lebih berkhasiat digunakan dan selamat. Tapi madu yang tidak ori ini bukan sahaja tidak berkhasiat kepada anggota jasmani, tapi juga sebaliknya boleh mengancam keselamatan.


Kalau madu yang tidak ori yang dicampur dengan air gula dan sebagainya itu diguna sepanjang masa ia boleh menjadi punca kepada penyakit kencing manis dan sebagainya, kerana berlebihan gula dalam badan.


Madu-madu asli itu berasal dari produk lebah, tapi penguasaha-pengusaha atau pemungut-pemungut madu yang rakus akan menambahkan bahan-bahan lain kepada madu asli itu seperti air gula, air tebu, air nira dan sebagainya.


Atau ketika diproses secara moden madu itu dimasukkan sesuatu bahan lain dengan tujuan-tujuan yang tertentu.


Tujuannya semata-mata untuk mendapat untung lebih. Mereka bukan sahaja menipu manusia, tapi menipu Allah yang melarang manusia melakukan apa-apa penipuan dalam karya jual beli.


Bagaimana untuk mengenal madu asli?


Ada beberpa petua tradisi untuk mengenal asli atau madu campuran atau tidak asli.


-Dengan jalan menggunakan batang mancis api atau gesek api [colok]. Caranya dengan mencelup kepala batang macis ke dalam madu, dan goriskanlah pada kotak penggorisnya. Jika ia menyala tandanya madu itu ori atau tidak dicampur, tapi kalau tidak menyala tandanya madu itu telah dicampur. Ia tidak menyala kerana ia basah.


Tapi hari ini tidak ada lagi orang yang membawa gesek api atau mancis api, walaupun kepada peghisap rokok tegar. Mereka telah lama menggunakan alat yang jauh lebih canggih, iaitu lighter yang menggunakan batu atau gas untuk mendapatkan apinya.

Menaruh madu dalam peti sejuk. Maju asli dikatakan tidak membeku atau mengeras, tapi yang tidak asli akan menjadi keras membantu dalam peti sejuk.


Lagipun untuk berbuat demikian, kita terpaksa membeli dulu madu itu, lalu membawanya pulang dan menyimpannya dalam perti sejuk selama waktu-waktu tertentu.


Semut dikatakan tidak makan madu asli. Masukkan sedikit madu ke dalam bekas seperti piring dan dedahkan di mana-mana tempat dalam rumah.

Kalau madu itu memang madu asli, semut tidak akan datang memakan atau menghurungnya. Tapi sebaliknya kalau semut datang, menghurung dan memakannya, itulah tananya madu itu tidak asli lagi.


Letak sedikit madu di atas kuku ibu jari tangan. Tongengkan jari itu ke bawah. Jika madunya kelihatan melilih atau menitis, ia menujukkan ketidakasliannya, tapi jika ia  tidak melilih atau mengalir walaupun sedikit, ertinya itu madu asli.


Goncang-goncangkan madu dalam botol itu. Jika ianya berbuih, tandanya ia madu asli, tapi jika tidak berbuih, tandanya madu campuran.


Ini sukar untuk dilakukan, kerana biasanya madu-madu yang dimuat dalam botol itu penuh sampai ke penutup, terutama madu-madu yang dijual di pasar-pasar raya. Justeru tiada ruang untuk madu itu berbuih bila digoncang, walaupun madu asli.


Alangkah sukarnya untuk memilih madu asli hari ini.


Kebanyakan para penjual madu pula, jika ditanya adakah madu yang dijualnya asli atau tidak, meeka akan mengatakan madu asli. Malah ada yang sanggup bersumpah.


Penjual-penjual yang lebih cermat bila ditanya madu yang dijualnya itu asli atau tidak, akan menjawab dia tidak tahu, kerana madu itu dibelinya dari orang lain.


Jawapannya itu mungkin benar dia tidak tahu, atau memang dia tahu tentang madu yang dijualnya, tapi kerana tidak mahu terlibat dalam penipuan dia mengatakan tidak tahu.


Yang menariknya saya pernah membeli madu dari seseorang penjual madu, bila saya tanya dia adakah madu yang dijualnya itu asli atau tidak, dia dengan tegas menjawab, “Madu ini saya beli dari pembekal, setiap kali saya membelinya, kalau dia kata madu itu madu asli, saya minta dia bersumpah dengan nama Allah bahawa dia  bercakap benar, sebab saya tidak mahu memikul dosanya nanti jika dia menipu”.


Nampaknya hanya ada satu jalan sahaja yang selamat, iaitu dengan membeli madu langsung dari pencari madu yang memang boleh dipercayai. Tapi di mana kita untuk mendapatnya?


Justeru berhati-hatilah ketika hendak membeli dan mengguna madu. Jangan terbeli atau termakan madu tidak asli atau madu tiruan.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kubang Siput, Kg. Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP