BERAPA MADU YANG ANDA PERLU?

>> Thursday, March 17, 2016





BERAPA BANYAK MADU YANG ANDA PERLU?






 Sebotol Madu




Saya percaya setiap hari kian ramai mereka yang menggunakan madu sebagai sebahagian daripada makanan harian  mereka.

Ini berdasarkan pembekalan madu secara langsung daripada penjual-penjual madu atau pencari-pencari madu sentiasa keputusan bekalan madu.

Di samping itu harga madu juga turut meningkat berganda-ganda; kalau dulu harganya RM10 sebotol, tapi hari ini harganya telah berganda kepada RM30 atau lebih sebotol.


Hari ini bukan sahaja, pasar-pasar raya yang menjual madu, atau para penjaja-penjaja, tapi juga farmasi-farmasi, klinik-klinik swasta, malah juga hospital-hospital turut menual madu sebagai sumber sampingan kepada persatuan-persatuan mereka.


Berapa Banyak


Sebuah persoalan yang telah lama berlegar dalam kepala saya ialah berapa banyak madu yang kita perlu ambil setiap hari?


Kalau kita tanya kepada para penjual madu, rata-rata akan menjawab, kita perlu makan madu satu sudu sehari. Waktu pagi. Kadang-kadang sekali ada mereka yang mengatakan, dua sudu sehari, satu sudu di waktu pagi, dan satu sudu di waktu malam sebelum tidur.


Bagaimana mereka boleh membuat kseimpulan tersebut? Sedangkan setiap orang mempunyai keadaan fizikal yang berlainan,,ada yang kurus, ada yang gemuk, ada yang tua, ada yang muda, dan ada yang remaja, ada yang berpenyakit dan ada yang sihat, yang membutuhkan pemakanan yang berbeza-beza.


Saya merasa ketetapan umum itu tidak tepat dengan keperluan semua orang yang berbeza-beza atas faktor-faktor tersebut dan lain-lain faktor.


Beberapa hari yang lepas saya berkebtulan bertemu dengan seorang pemilihara lebah kelulut yang profesional. Dalam perbualan itu saya memperolehi beberapa fakta tentang madu dan penggunaannya setiap hari yang wajar dikongsi bersama.


Beliau yang sering menghadiri seminar-seminar mengenai madu memberitahu, ada seorang pakar madu dari luar negara pernah memberitahu dalam sebuah seminar berapa banyak kuantiti madu yang dieperlukan oleh seseorang setiap hari.


Jawapannya, penggunana perlu membuat pemeriskaan sendiri. Mudah sahaja. Mula-mula ambil satu sudu madu di waktu pagi sebelum makan apa-apa, dan minum segelas air.

Tunggu dalam masa kira-kira setengah dan satu jam, rasakan tindak balas madu yang anda ambil itu. Antaranya anda mungkin merasa kehangatan badan, berpeluh dan sebagainya.

Jika tidak ada apa-apa tindak balas selepas satu jam, bolehlah anda bersarapan.. Keesokannya anda hendaklah mengambil dua sudu madu dan segelas air. Dan rasakan tindak balasnya kepada badan anda dalam jangka masa yang sama.


Kalau masih belum mendapat apa-apa tindak balas, tambahkan lagi dod madu keesokan paginya.  Kali ini jika anda mendapati badan anda telah memberi riaksi, seperti berpeluh , itulah tandanya kuantiti madu tidak boleh  oleh anda setiap hari. Tidak boleh kurang atau lebih dari itu untuk mendapat kesannya yang positif. 


Kalau masih belum mendapat riaksi juga, sasmbungkan lagi keesokan harinya dengan mendapat dos madu yang diambil, sehingga anda mendapat riakasi madu.


Apa yang berlaku sepanjang kira-kira sejam itu ialah madu yang anda ambil itu akan masuk dan bercampur dengan darah anda, dan terus bertindak untuk memusnahkan apa-apa penyakit yang dterdapat dalam badan anda, seperti memusnahkan kolestrol yang terdapat dalam saluran darah anda. Madu mengambil masa yang singkat untuk bercampur dengan darah dan bertindak untuk menyihatkan badan a anda.


Mengesan Madu Tiruan


Katanya hari ini terlalu banyak madu yang tidak ori yang terdapat dipasaran, malah terdapat juga madu-madu tiruan, sebagaimana adanya telur atau beras tiruan.


Adalah terlalu rumit untuk mengesan madu-madu tiruan atau tidak ori ini. Cara tradisional itu sebenarnya tidak berkesan. Ia tidak menunjukkan keadaan madu yang tulin atau tidak tulin.


Hari ini semua bahan-bahan yang terdapat dalam madu itu telah dapat di buat tiruan, yang kelihatan sama dengan yang tulin. Namun begitu, masih ada satu bahan yang masih Allah pelihara tidak dapat dibuat tiruan oleh manusia, iaitu air liur lebah yang terdapat dalam madu. Hanya ini satu sahaja yang masih terpelihara dalam madu.


Hanya ada satu cara sahaja yang dapat dilakukan untuk memeriksa ketulinan madu pada hari ini. Ianya terdapat di makmal pemeriksaan madu di institusi-institusi tertentu. Untuk satu ujian bayanrannya kira-kira RM150. Ujian ini memang diakui tepat.


Justeru hati-hati dalam mengguna madu, jangan jadi mangsa penipuan peniaga yang rakus. Bercermat memilih madu supaya tidak terpedaya!




Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP