MENGIRI;SYAITAN GUNA TANGAN KIRI
>> Friday, March 25, 2016
SECARA fitrahnya Allah SWT jadikan makhluk manusia menganan, atau menggunakan anggota badan yang kanan, khususnya tangan.
Justeru boleh kita katakan majoriti umat manusia adalah menganan.
Makan Bukan Dengan Tangan Kiri
Namun begitu ada juga sebilangan dari mereka yang mengiri, atau menggunakan anggota badan sebelah kiri, khususnya tangan kiri.
Kenapa Mengiri?
Menurut kkajian ada
dua sebab kenapa manusia mengiri. Pertama kerana faktor kebiasaan. Katakanlah
seorang kanak-kanak yang tidak mengetahui apa-apa, dari sejak kecil lagi menggunakan tangan kiri
untuk makan dan berbuat sesuatu. Tapi ibu bapa atau keluarganya tidak pun
melarangnya, malah membiarkan dia terus menggunakan tangan kiri ketika makan
dan minum. Akhirnya mengiri itu menjadi kebiasan yang diwarisi hingga ke usia tuanya tanpa usaha untuk mengubah
atau menganankannya.
Satu faktor lagi
ialah kerana semula jadi, iaitu dia mengiri sejak dilahirkan ke dunia lagi.
Pengiri semula jadi
ini bukan sahaja mengiri pada tangannya, tapi mengiri pada semua
anggota-anggota badan lain, seperti kaki.
Kalau tangan kanan
ditentukan untuk menjalanakn kerja-kerja
penting dan mulia, tapi sebaliknya tangan kiri pula ditentukan untuk
menjalankan kerja-kerja bertaraf rendah,seperti untuk membasuh berak.
Akibat Mengiri
Oleh itu jika
pengiri makan bersama-sama dengan orang-orang lain boleh menimbulkan rasa jijik
orang yang makan bersamanya itu.
Andainya pengiri
memberi sesuatu kepada orang, terutama di majlis-majlis awam boleh menimbulkan
rasa tidak selesa kepada si penerima dan
boleh menimbulkan salah sangka pada hadirin.
Jika pengiri
menerima sesuatu dari orang lain, terutama di majlis awam boleh mencetuskan
rasa tersinggung kepada si penerima dan
rasa tidak tenteram di kalangan hadirin, malah mungkin menyangka dianya tidak
beradab.
Itulah sebabnya
orang-orang yang menganan yang makan di majlis-majlis bersama-sama dengan orang
lain enggan menggunakan tangan kirinya untuk minum air dan sebagainya,
sehinggalah dia membasuh tangan kanannya itu untuk membolehkan dia memegang gelas
minuman secara beradab dengan tangan kanan seperti kebiasaannya.
Perlambangan
Kalau kanan
dijadikan perlambangan baik dan mulia, tapi kiri pula dilambangkan sebaliknya,
iaitu kurang baik, sial, malang dan sebaginya, seperti:
-Langkah kiri menunjukkan sesuatu tindakan yang boleh membawa keburukan.
-Parti Kiri bermaksud parti yang condong kepada fahaman sosialis atau komunis.
-Letak sebelah diri dulu, bermaksud sesuatu yang tidak penting, kesampingkan dulu, ataupun singkirkan.
Kebiasaan Syaitan
Mengiri adalah kebiasaan yang
sesuai dengan syaitan yang makan dengan tangan kiri. Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya:
“Barang siapa makan dengan tangan kirinya, niscaya
syaitan akan ikut makan bersamanya”.HR:Imam Ahmad.
Justeru Rasulullah
SAW melarang makan dengan tangan kiri. Sabda Baginda bermaksud:
“Janganlah kamu makan dengan tangan kiri kerana
syaitan makan dengan tangan kiri”. HR:Muslim.
Berusaha Menganan
Oleh itu mereka yang
mengiri hendaklah berusaha membaiki dirinya, iaitu menganankan dirinya. Mereka
hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mengatasinya. Biasanya latihan-latihan yang
tidak mengenal lelah akan membuahkan hasil juga pada akhirnya.
Tapi andainya segala usaha tersebut tidak membuahkan hasil, tidaklah menjadi kesalahan
kepadanya untuk mengiri yang semula jadi itu. Allah SWT tidak mengtaklifkan
seseorang dengan sesuatu perkara yang tidak mampu dilakukannya.
Sebagai kesimpulan
dari kegagalan mereka mengiri untuk menganan, saya petik pendapat Allahyarham
Yusoff Zaky Yacob sebagai kesimpulannya. Kata beliau, “Walau bagaimanapun
pengiri semula jadi tidak harus menganggap dirinya manusia cacat dalam
pandangan hukum syara’, apa yang dituntut dari mereka ialah berlatih dan cuba
membiasakan diri menggunakan tangan kanan dalam kegiatan-kegiatan makan,
mengambil dan memberi yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Demi menghormati
adab dan menjunjung perintah dan adabcara majoriti, dan andainya ia tidak
berjaya maka tuntutan itu dengan sendirinya gugur”.
Firman Allah, maksudnya
“Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya".- al-Baqarah [2]:286.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
0 comments:
Post a Comment