SAYUR:;TITIK BENGIT YANG PERLU DIKETAHUI
>> Saturday, March 12, 2016
Sayur-sayuran segar banyak mengandungi khasiat. Pada sayur-sayuran itu
terdapat bahan-bahan yang penting untuk kesihatan badan. Ia banyak
mengandungi zat-zat vitamin yang penting dan zat-zat galian yang utama.
Noorbaiti Memilih Sayur
Antara bahan-bahan penting dalam sayur-sayuran ialah kalium, kalsium,
magnesium. Ia juga mengandungi gentian untuk mencegah sembelit dan karotrena yang membentuk vitamin A, B dan E.
Zat-zat yang terdapat dalam sayur-sayuran itu
mempunyai peranan yang besar terhadap kekuatan dan kemampuan jasmani, dan
menjadi benteng kepada badan daripada serangan penyakit-penyakit yang tertentu.
Kajian-kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli kaji bumi,
ahli kaji purba dan
primotologis menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada manusia
sebelum sejarah, hidup dengan memakan bijirin, tumbuh-tumbuhan, akar-akar pokok dan buah-buahan.
primotologis menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada manusia
sebelum sejarah, hidup dengan memakan bijirin, tumbuh-tumbuhan, akar-akar pokok dan buah-buahan.
Ertinya mereka bukan sahaja hidup dengan memakan
daging. Malah mereka
hanya memakan daging jika perlu, dan itupun dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
hanya memakan daging jika perlu, dan itupun dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Namun begitu dalam evolusi sejarah manusia, maka bentuk-bentuk makanan
mereka pun turut berubah bersama dengan masa yang berlalu. Dari makanan yang simpel mereka berubah memilih makanan yang kaya dengan lemak untukmenyelesakan selera makan mereka.
mereka pun turut berubah bersama dengan masa yang berlalu. Dari makanan yang simpel mereka berubah memilih makanan yang kaya dengan lemak untukmenyelesakan selera makan mereka.
Malangnya, hingga sampai ke satu tahap, mereka makan itu lebih daripada apa yang yang diperlukan oleh jasmani mereka sendiri. Akibatnya berbagai-bagai problem yang serius telah timbul akibat daripada pemakanan lemak yang berlebihan. Antaranya kegemukan, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser yang tertentu yang berpunca daripada kebiasan makan mereka yang buruk
itu.
Justeru andainya kita membuat tinjauan ke seluruh dunia, niscaya kita akan
dapati bahawa manusia yang lanjut usianya dan kurang mendapat penyakit
degenerativ adalah terdiri mereka yang memakan sayur-sayuran, bukannya
terdiri daripada mereka yang suka makan daging. Mereka juga didapati suka
beriadah di trempat terbuka atau di luar rumah.
Orang-orang yang berusia panjang seperti ini pernah ditemui di Hunza,
sebuah perkampungan terpencil di Pergunungan Himalaya dan di kalangan
penduduk Vilcabamba, di Ecuador.
Di kedua-dua tempat ini orang-orang yang berusia
lanjut masih boleh berjalan kaki dalam jarak yang jauh dan masih mampu
menjalankan kerja-kerja perladangan saban hari hingga ke akhir hayat mereka.
Sedangkan manusia yang hidup dalam masyarakat moden hari ini, terutama
di bandar-bandar besar, bila mencapai usia sekitar enampuluhan tahun sahaja telah mereka sudah lusuh dan loyo, tidak berdaya lagi mempergunakan tenaga jasmaninya, iaitu selepas begitu lama duduk-duduk dan makan minum yang yang merosakkan diri mereka sendiri.
Berhati-hati
Dengan Sayur
Oleh itu marilah kita kembali kepada sayur,
menjadikannya sebagai
sebahagian daripada makanan kita setiap hari, semoga kita sentiasa berada
dalam keadaan sihat dan sejahtera dengan izin Allah SWT.
sebahagian daripada makanan kita setiap hari, semoga kita sentiasa berada
dalam keadaan sihat dan sejahtera dengan izin Allah SWT.
Aneka Sayur
Walau bagaimana pun kita hendaklah berhemat cermat dalam menggunakan
sayur-sayuran, supaya dapat memberi lebih manfaat kepada kita dan bukan
sebaliknya menimbulkan masalah-masalah sampingan yang tidak wajar.
Di sini ada beberapa petua dalam penggunaan
sayur-sayuran yang perlu
diberi perhatian.
diberi perhatian.
Oleh sebab petani-petani moden hari ini banyak menggunakan racun-racun
serangga untuk menjaga tanaman-tanaman mereka maka kita perlulah berhati-hati
ketika menggunakan sayur-sayuran yang kita beli itu.
Basuh sayur-sayuran dengan cermat untuk menghilangkan
segala-sisa bahan kimia dan bahan-bahan kotoran yang mungkin terdapat padanya.
Kita biasanya mrendam dalam air garam sayu-sayur yang hendak kita masak,
namun begitu janganlah rendam terlalu lama, kerana ia boleh merosakkan
sebahagian daripada zat-zat makanan yang terdapat di dalamnya.
Kebanyakan sayur-sayuran bila dipotong-potong akan segera kehilangan
Vitamin C yang terkandung di dalamnya jika didedahkan kepada udara.
Justeru sayur-sayur hendaklah dipotong bila hendak dimakan ataupun dimasak, dan jangan potong terlalu awal dan mendedahkannya ke dalam udara.
Jika kita hendak menyimpan sayur, kita hendaklah menyimpannya di tempat yang sejuk dan gelap untuk mencegah zat-zat yang terdapat di dalamnya menjadi
kering.
Jika kita hendak menyimpan sayur-sayur itu dalam peti ais simpanlah segera
sebelum ianynya menjadi lembik dan layu.
Walau bagaimanapun kita hendaklah ingat bahawa sayur-sayur yang dimasak
kukus jauh lebih baik daripada dimasak berkuah seperti biasa untuk
mencegah sayur-sayur itu kehilangan Vitamin C dan B yang dikandungnya.
Kedua-dua zat boleh melarut dalam cairan. Dengan itu sebahagian daripada
zat-zat itu akan hilang ketika memasak dan sebahagian lagi akan keluar dan
bercampur dengan kuahnya. Tapi jika dikukus perkara itu tidak akan berlaku.
Jika sayur-sayur itu perlu dimasak berkuah juga,
beberapa perkara perlu
diberi perhatian. Gunakan kuah yang paling sedikit, dan biarkan air atau kuah
mendidih terlebih dulu sebelum dimasukkan sayur ke dalam periuk.
Masakkan sayur-sayur sampai lembut, dan jangan terlampau masak hingga
sayur menjadi lembek berdener hingga menjadi sperti bubur, kecuali lebihahn sayuran itu boleh diguna semula untuk membuat sup, pelengkap sayur-sayuran dan sebagainya.
diberi perhatian. Gunakan kuah yang paling sedikit, dan biarkan air atau kuah
mendidih terlebih dulu sebelum dimasukkan sayur ke dalam periuk.
Masakkan sayur-sayur sampai lembut, dan jangan terlampau masak hingga
sayur menjadi lembek berdener hingga menjadi sperti bubur, kecuali lebihahn sayuran itu boleh diguna semula untuk membuat sup, pelengkap sayur-sayuran dan sebagainya.
Jangan sama sekali menggunakan bahan penaik [bicabornate soda] untuk
membuat kuah sayur supaya kelihatan menarik, kerana ia boleh merosakkan
Vitamin C dan boleh mengurangkan rasa enaknya bila dimakan.
Jika kita hendak membeli sayur, seperti kangkung, jangan pilih yang berakar,
kerana sayur-sayur berakar tidak higenik, kerana biasanya sayur seperti itu
disiram dengan najis manusia ataupun tumbuh ditempat yang kotor, seperti
dalam longkang.
Jika sayur-sayur yang berakar dan yang tidak berakar
ini sama-sama diletak
di tengah di bawah embun semalaman, niscaya sayur-sayur yang berakar
lebih dulu menjadi buruk, berulat an busuk daripada sayur-sayur yang tidak
berakar.
di tengah di bawah embun semalaman, niscaya sayur-sayur yang berakar
lebih dulu menjadi buruk, berulat an busuk daripada sayur-sayur yang tidak
berakar.
Salah satu bahan yang perlu ketika memasak ialah bawang merah sebagai
rempahnya. Terdapat beberapa jenis bawang di pasaran. Ada bawang
berbentuk seperti gasing tapi tanpa akar, bawang ini berasal dari India. Bawang India ini lebih baik daripada lain-lain bawang yang berakar.
Demikian sekadar perkara-perkara titik bengit yang
saya kutip dan kumpulkan
dari buku catatan lama saya untuk dikongsikan bersama.
dari buku catatan lama saya untuk dikongsikan bersama.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung
Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment