LUBANG MAUT DIANGKASA
>> Monday, February 29, 2016
BLACK HOLE DI
ANGKASA
Andainya kita mendongak ke langit di waktu malam terang, kita akan melihat bintang-bintang yang tidak terpernamenai banyaknya bergayutan di dada langit.
Nun jauh di angkasa
Ada aneka keadaannya. Ada yang terang dan ada yang pudar kerana kejauhannya daripada tempat kita berada.
Walau bagaimanapun
ianya menimbulkan pandangan yang menarik, menggetar sukma, mengharukan
perasaan, terutama di malam terang bulan, yang dibaringi dengan nyanyian unggas
yang memeriahkan suasana malam.
Allah berfirman,
maksudnya, “Dan sungguh, Kami telah
menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan menjadikannya terasa indah
bagi orang yang memandangnya”.-al-Hijr[15]-16.
Sesungguhnya alam
raya ini penuh dengan mistri. Ada yang kita tahu, dan ada yang kita tidak tahu
rahsianya. Ada yang kita tahu hanya sedikit sekali, dan yang kita tidak tahu
langsung. Penuh dengan kerahsiaan.
Hanya Allah sahaja
yang mengetahuinya.
Alam ini penuh
dengan keajaiban. Salah satu daripada keajaiban yang Allah ciptakan ialah apa
yang dikenali dengan nama “lubang hitam” atau “black hole” yang berada di angkasa. Lubang maut sebenarnya.
Walaupun kita tidak mengetahui bagaimana ia terjadi, tapi sains mempunyai teorinya sendiri bagaimana lubang hitam
ini terjadi.
Sesuatu yang pasti
tentang lubang hitam atau “black hole” itu ialah ia mempunyai daya tarikan yang amat kuat.
Ia mengelilingi satu titik kepadatan yang tidak terbatas yang dipanggil
“singularity”.
Tidak ada apa benda
pun yang boleh mendekati lubang hitam ini
dengan selamat tanpa disedut dan ditelan olehnya. Cahaya pun tidak akan selamat jika berada
berhampiran dengannya. Ini berlaku kerana daya tarik atau graviti yang dimiliknya
begitu kuat sekali.
Mengikut teori sains
lubang hitam itu terjadi bila sebuah bintang
besar yang telah tua
mati atau mengakhiri hayatnya dengan
meletupkan dirinya dengan ledakan yang terlalu amat kuat. Selepas itu
serpihan-serpihan bintang yang bertaburan itu akan menarik antara satu sama
lain dan membentuk satu longgokan
serpihan-serpihan bintang yang mempunyai daya tarik atau graviti yang amat kuat
sekali.
Menurut sains di
alam semesta ini setiap hari terdapat bintang-bintang yang dilahirkan semula
dan ada bintang-bintang baru lahir sebagai
sesuatu benda yang ajaib dan menarik yang terdapat di angkasa raya. Cuma kita sahaja tidak menyedarinya.
Mana-mana serpihan-serpihan bintang
besar yang pecah dalam letupan itu dan kandungannya bertaburan diangkasa dipanggil Supermova juga diseret dan ditelam oleh lubang hitam itu.
Menurut teori sains lubang
hitam itu menjadi begitu perkasa, kerana banyak sangat graviti yang berkumpul padanya Kian banyak
daya tarik itu berkumpul pada sesuatu benda maka kian kuat graviti yang ada
padanya. Demikianlah yang berlaku kepada bintang yang musnah itu, begitu banyak
tenaga yang berkumpul padanya menyebabkan
permukaannya mempunyai graviti yang kuat
sekali.
Justeru kata ahli
sains, andainya bumi yang kita diaminya dimampatkan menjadi sebesar buah
pimpong, nescaya ia akan menjadi sebuah ‘black hole” sebagaimana ‘black hole”
yang ada di angkasa itu juga.
Ahli-ahli sains mengibaratkan “black hole” ini seperti kolam
yang berpusar di angkasa, menyedut apa sahaja walaupun lebih besar darinya,
persis pusaran air sungai yang menelan apa-apa yang terjebak di dalamnya.
Andainya bumi yang
kita diami sekarang ini tersasar dari jalanya, dan mendekati black hole maka
sudah tentu, ia dan seluruh isis-isinya akan mengalami nasib malang,
ditelan oleh black hole.
Namun sesetengah
ahli sains mengandaikan, bahawa “lubang hitam”
itu mungkin merupakan pintu untuk ke alam semesta yang lain.
Atau juga kata
mereka boleh digunakan sebagai jalan pintas untuk bergerak di alam semesta kita
sekarang.
Atau merupakan pintu
ke jalan maut di mana kita tidak akan wujud lagi seperti sekarang?
Hanya Allah yang
Maha Mengetahui.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kubang Siput, Kg.Parit,
0 comments:
Post a Comment