PISANG;RIAS DAN GETAHNYA
>> Tuesday, February 23, 2016
PISANG: RIAS DAN GETAHNYA
ALLAH berfirman dalam Kitab Suci Al-Quran tentang buah-buahan yang terdapat dalam syurga, dan salah satu daripadanya ialah Pisang.
Allah berfirman, maksudnya:
“Dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu. Mereka berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya”. Al-Waqiah [56]:27-29.
Pisang adalah sejenis pohon yang kebanyakan bahagian
pokoknya boleh digunakan untuk memenuhi kepentingan manusia dan haiwan.
Batang pisang boleh dijadikan makanan ternakan,
seperti lembu dan kerbau. Batang pisang itu hendaklah dipotong berkeping-keping
dan dihidangkan kepada lembu.
Daun pisang boleh digunakan sebagai pembungkus
makanan, seperti nasi dan kueh-mueh tradisional.
Nasi bungkus biasanya mengguna daun pisang, tapi sejak kebelakangan ini bila daun pisang sukar diperolehi, penjual-penjual menggunakan plastik sebagai pembungkus nasi.
Nasi bungkus biasanya mengguna daun pisang, tapi sejak kebelakangan ini bila daun pisang sukar diperolehi, penjual-penjual menggunakan plastik sebagai pembungkus nasi.
Malah sejak kebelakangan ini nasi yang menggunakan daun
pisang sebagai pengganti pinggan biasa, amat termasyur sebagai nasi daun pisang.
Jantung pisang boleh dijadikan makanan. Ia boleh
dimakan mentah, direbus atau dimasak untuk dijadikan ulam. Jantung pisang
mentah atau yang direbus boleh dicicah dengan budu atau sambal untuk menambah
selera makan.
Jantung pisang juga boleh dipercik sebagaimana
memercik daging ayam dan daging lembu.
Buah pisang yang masak boleh dimakan begitu sahaja, ataupun juga
dimasak dengan berbagai-bagai jenis masakan untuk pembasuh mulut, seperti dibuat
pengat, disira, direbus, dan ada sesetengah buah pisang pula boleh dimasak
sebagai lauk bersama daging atau dibuat acar mentah atau acar masak.
Dalam batang pisang itu ada bahagian yang bahagian yang padat yang dipanggil rias, atau hati batang pisang di sesetengah tempat. Kadang-kadang dipanggil juga pulur.
Rias batang pisang ini berguna untuk merawat sengatan kala jengking, lebah dan sebaginya.
Ambil rias pisang lalu diparut kemudian diperah untuk
diambil segelas airnya untuk diminum.
Sementara hampasnya hendklah digosok-gosokkan di
tempat yang kena sengat atau giggit itu.
Insya-Allah baik.
Ada pula sejenis pokok pisang boleh digunakan untuk
menurunkan darah tinggi. Ambil sedikit bahagian umbinya, dipotong-potong
kemudian direbus, dan air rerbusan itu hendaklah diminum.
Setiap pokok pisang biasanya mempunyai getah, dan
getah ini jika terkena pada tangan atau pakaian sukar untuk ditanggalkan. Ia
melekat juga pada alat-alat yang digunakan, seperti pisau atau golok.
Getah-getah ini boleh didapati pada tandan atau tangkai jantung
pisang, dan pada sikat atau sisir jantung pisang yang masih baru, terutama pisang
muda yang diguna untuk membuat kerepek.
Justeru jika memotong jantung pisang dari pokok, jangan duduk di bawahnya, nanti getah yang menitis itu akan menimpa diri.
Justeru jika memotong jantung pisang dari pokok, jangan duduk di bawahnya, nanti getah yang menitis itu akan menimpa diri.
Pisang masak yang kita beli biasanya tidak bergetah
lagi, kerana getahnya telah kering dalam proses pemasakannya.
Untuk mencegah daripada melekat di tangan kita hendaklah terlebih dulu
melumurkan tangan dan alat-alat yang hendak digunakan itu dengan minyak masak,
Insya-Allah getah pisang tidak akan melekat.
Tapi kiranya getahnya telah melekat pada tangan atau
pisau gunakanlah limau purut untuk menghapuskannya. Caranya dengan membelah dua
sebiji limau purut dan menyapu air limau purut itu ke bahagian yang kena getah
pisang. Insya-Allah ia akan tanggal.
Lorong Masjid
al-Qasimi,
Kampung
Kubang Siput,
Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment