OH SAYANG "I LOVE YOU"
>> Saturday, February 6, 2016
OH CINTA, “I LOVE YOU”
Kalau anda seorang suami katakan setiap hari kepada isteri anda:
“I love you, sayang”.
Sekurang-kurangnya sekali sehari.
Demikian juga jika anda seorang isteri anda mesti membalasnya:
“I love you too, sayang”.
Sebelum berkata, pastikan anda akan mendapat jawapan.
Dan kepada penerima anda pastikan pula menjawabnya, jika anda mendengar kata-kata indah
tersebut.
Pastikan anda melafazkannya dengan jujur dan ikhlas. Baik anda sebagai
pemberi atau penerima.
Ucapan yang sungguh-sungguh yang terbit dari lubuk hati dan jiwa.
Ucapan yang datang dari gelodak perasaan anda yang bersalut impian dan kerinduan.
Cinta mempunyai kesaktian yang boleh mengubah dunia.
Alangkah bahagia rasanya, jika anda merasa ada orang yang mengasihi dan
mencintai anda.
Alangkah beruntung rasanya jika anda
merasa masih ada orang yang menyayangi diri anda.
Anda akan merasa diri anda dihargai dan dimulai.
Ucapan cinta yang singkat ini merupakan kata-kata sakti, kata-kata agung
yang mempunyai seribu hikmat.
Ianya air atma jiwa yang menghidupkan, menyegarkan hati yang layu.
Katakanlah kepada orang yang anda paling sayangi di dunia, “I love you,
sayang”, atau “I love you too sayang”.
Tidak ada apa-apa yang akan menghalang anda untuk mencuapkannya. Anda tidak
perlu menghabiskan wang walaupun sesen untuk melafaznya.
Anda hanya perlu membuka mulut dan ucapkanlah dengan nada yang indah, yang
mencerminkan kejernihan dan kejujuran hati anda yang tidak berbelah bahagi.
Kalau anda berbuat demikian sejak anda muda-muda ketika anda mula-mula
kahwin dulu, alangkah bahagianya dan teruskanlah walaupun sebahagian daripada usia anda kini telah
diragut masa.
Dan kalau anda masih belum pernah melakukannya, mulakanlah sekarang, kerana
masih belum terlambat.
Cinta tidak mengenal usia, dan cinta tidak pernah layu bersama kelarutan
usia.
Malah cinta akan bertambah subur dan matang, dalam kelaluan masa yang tidak
akan kembali lagi itu.
Cinta tetap cinta.
Alangkah bahagianya mereka yang berpasangan yang hidup saling cinta mencintai
yang tidak kedekut untuk menjalin dan melahirkan cinta.
Panaskanlah cinta anda dengan ucapan “Iove you, darling”.
Itu adalah rahsia kebahagian hidup suami isteri.
Ucapkanlah “I love you” sekurang-kurangnya sekali sehari”
Kata-kata yang membuat kita merasa kita dikehendaki, diperlukan,
lebih-lebih lagi di dunia hari ini.
Dunia yang biasanya terlalu ganas dan kejam, terlalu tidak bertimbang rasa.
Dunia yang penuh dengan kemarahan dan kebencian. Dunia yang kehilangan mahabah.
Tapi menyedari bahawa masih ada orang yang mencintai anda, memerlukan anda,
menyayangi anda, memuja anda, akan menjadi tonik untuk menghadapi aneka cabaran hidup di dunia yang penuh kezaliman dan kekejaman ini.
Kata-kata cinta, merasa dicintai akan menjadi penawar yang amat bernilai.
Justeru ucapkan “I love you”, dan buktikanlah dengan perbuatan-perbuatan
anda, sesungguhnya anda mencintai.
“I love you”.
Jalan Teratai,
Saujana 3, Sungai Buloh,
0 comments:
Post a Comment