ALANGKAH AJAIBNYA LEBAH
>> Tuesday, February 2, 2016
ALANGKAH AJAIBNYA LEBAH
LEBAH adalah salah
jenis daripada ratusan ribuan serangga yang terdapat di dunia ini. Lebah sahaja
pun mempunyai ribuan jenis yang berbeza-beza.
Semua lebah-lebah ini berguna kepada manusia. Lebah-lebah ini berfungsi membawa debu-debu bunga yang melekat pada badannya ketika mereka hinggap pada bunga-bunga, maka dengan itu dapat menolong para petani membiakkan tanaman mereka. Malah sejauh yang diketahui terdapat 50 jenis tumbuhan-tumbuhan pertanian yang memerlukan bantuan lebah-lebah untuk pembiakan mereka dengan penyerbukan tumbuh-tumbuhan.
Salah keistimewaan
yang terdapat pada lebah adalah MADUnya. Tujuan asalnya lebah membuat madu
adalah untuk dijadikan makanan lebah-lebah yang tinggal bersama mereka dalam sebuah
koloni.
Jika diperhatikan,
bagaimana lebah dapat mengumpul madu adalah satu keajaiban.
Lebah-lebah dikurniakan naluri oleh Allah SWT untuk menghisap saripati bunga-bunga yang sedang berkembang mekar, dan mengisikannya dalam sebuah kantung untuk dibawa pulang ke sarangnya, kemudian saripati bunga bertukar menjadi madu.
Madu lebah ini jika diminum mempunyai berbagai khasiat kepada manusia sebagai penawar untuk menyembuhkan penyakit.
Selain untuk perawatan
penyakit, madu juga digunakan sebagai makanan tambahan untuk menjaga kesihatan
badan.
Madu dipercayai
lebih berkhasiat kepada manusia daripada susu-susu haiwan, maka dengan itu madu
lebih banyak bermanfaat dan keberkatan kepada manusia.
Allah berfirmah
dalam Kitab Suci al-Quran tentang madu, “Dari perut lebah itu keluar minuman
[madu] yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang
menyembuhkan bagi manusia”. An-Nahl[16]:69.
Sengat Lebah
Sebagai senjata
untuk mempertahankan diri, lebah mempunyai sejenis senjata sengat yang
menyakitkan mangsa sengatannya.
Malah ada sejenis
lebah madu di Afrika akan menyerang manusia walaupun tidak diganggu. Ramai
orang telah menjadi mangsa serangan lebah ini, dan ada sebilangan besar dari mereka
telah mati.
Banyak orang
menyangka setiap kali lebah itu menyengat, maka sengat itu akan tercabut dan
akan melekat pada badan mangsanya. Tapi sangkaan itu tidak benar, malah ada
lebah yang menyengat berkali-kali dengan sengat yang sama tanpa rosak atau
tertanggal dari badannya sendiri.
Bagaimana lebah
menghasilkan lilin juga satu perkara yang menakjubkan untuk difikirkan
oleh akal kita. Lilin-lilin yang berada
di di badan lebah itu amatlah besar gunanya untuk menyimpan dan memperlindungi
madu yang diperolehi oleh lebah itu dalam pengkelanaannya.
Madu
Secara rutinnya, lebah-lebah akan keluar meninggalkan sarangnya pada waktu siang dan kembali ke sarangnya pada waktu petang dengan membawa bekalan-bekalan makanan yang berjaya dipungutnya dan berguna sebagai makanan untuk kesejahteraan tubuhnya.
Secara rutinnya, lebah-lebah akan keluar meninggalkan sarangnya pada waktu siang dan kembali ke sarangnya pada waktu petang dengan membawa bekalan-bekalan makanan yang berjaya dipungutnya dan berguna sebagai makanan untuk kesejahteraan tubuhnya.
Sarang Lebah
Pernahkah anda
memerhati sarang lebah, setidak-tidaknya dari foto-foto yang begitu banyak
tersebar di alam maya?
Sarang lebah itu ada
mempunyai banyak lubang-lubang dan lubang
itu mempunyai bentuk yang khusus.
Dengan bentuk yang khusus seperti itu, bererti lebah itu tidak akan mempersempitkan ruangan yang akan menganggu lebah-lebah lain untuk turut membuat lubang-lubang sarang dan tinggal bersama di suatu tempat dengan ramainya
Andainya lubang
sarang lebah berbentuk bulat sudah tentu ada ruang lubang yang kosong antara
satu lubang dengan satu lubang, dan ini sudah tentu tidak sesuai untuk lebah
tinggal.
Justeru itu
lubang-lubang itu tidak berbentuk berdampingan antara satu sama lain.
Sarang lebah ini
juga unik, kerana lebah-lebah mempergunakan sarangnya itu tempat simpanan madu
yang dikeluarkan dari perutnya.
Lebah mempunyai cara
tersendiri untuk mengeluarkan kotoran dari perutnya dan tidak bercampur dengan
madu yang dikeluarkannya itu.
Dalam sekumpulan komuniti lebah-lebah yang ramai sudah tentu ada seekor lebah yang istimewa yang menjadi pemimpin segala lebah-lebah itu. Pemimpin lebah ini akan memberi arahan kepada lebah-lebah lain untuk pergi mencari makanan. Segala arahan atau perintah lebah tersebut akan dipatuhi oleh semua lebah-lebah yang berada dalam komuniti mereka.
Andainya dalam
sebuah komuniti lebah terdapat lebih dari seekor pemimpin, maka sudah pasti
akan tercetus permusuhan antara keduanya. Bila berlaku perkelahian antara
keduanya, maka salah seekor daripadanya pasti akan mati terbunuh.
Ini memang perlu
kerana dalam sekumpulan lebah itu jika
terdapat lebih dari seekor pemimpin maka sudah tentu masyarakat lebah itu akan
kucar-kacir, sebagaimana berlaku dalam masyarakat manusia juga. Bayangkanlah
andainya dalam sekumpulan lebah itu terdapat dua ekor pemimpin lebah yang
mempunyai kebijaksanaan yang setara tapi berlainan tujuannya, maka sudah tentu
seluruh masyarakat lebah yang menjadi pengikut-pengikutnya akan musnah dan
tidak keruan kerana menerima perintah yang berlainan.
Kehidupan di sekitar
lebah ini membuktikan kebesaran Allah Maha Pencipta dan Maha Bijaksana, di mana
dengan kasih sayang-Nya mengurniakan naluri kepada lebah-lebah itu untuk
berbuat keajaiban, dalam pembinaan sarang, pengumpulan dan penyimpanan madu, malah dalam
seluruh sistem kehidupan lebah itu.
Lebah tidak mempunyai akal fikiran, kerana itu tidak mempunyai ilmu untuk mencipta semuanya seperti manusia, dan ia hanya bertindak atas dorongan naluri yang dikurniakan Allah kepadanya.
Justeru kepada mereka yang mempunyai akal dan fikiran semuanya itu terdapat rahsia-rahsia yang menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.
Allah berfirman, “Dan Tuhan-mu mengilhamkan kepada lebah, “Buatlah
sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan ditempat-tempat yang dibikin
manusia, kemudian makanlah dari segala [macam] buah-buahan lalu tempuhlah jalan
Tuhan-mu yang telah dimudahkan [bagimu].”.Dari perut lebah itu keluar minuman
[madu] yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang
menyembuhkan bagi manusia. Sungguh
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda [kebesaran Allah] bagi orang
yang berfikir”.An-Nahl [16]: 68-69.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment