MEMBURU REZEKI ALLAH
>> Thursday, February 4, 2016
MEMBURU REZEKI ALLAH
Pokok penting dalam ekonomi adalah rezeki, kerana rezeki itulah yang membina ekonomi kita. Tanpa rezeki kita tidak dapat menegak atau menggiatkan ekonomi kita.
Justeru manusia menghabiskan sebahagian besar daripada masa mereka untuk mencari rezeki atau membina ekonomi.
Keadaan ekonomi kita
biasanya tidak mantap. Ada ketika naik, dan ada ketika menjunam, kerana
tergantung kepada faktor dalaman dan luaran.
Sejak kebelakangan ini ekonomi negara kemuraman, maka kita sebagai anak watannya juga turut terkesan sama. Malah seluruh dunia menghadapi masalah yang serupa, di mana penduduk-penduduknya terpakasa memikul beban yang sama.
Justeru setiap orang dari kita di seluruh dunia, baik di utara atau di selatan, di timur atau di barat dihantui oleh problem rezeki atau ekonomi; terutama sekali tidak mempunyai pendapatan atau rezeki yang mencukupi untuk menyara diri dan keluarga. Problem rezeki ini membelenggu setiap orang yang hidup, mencetuskan kebimbangan tentang kesempitan ekonomi yang melanda diri mereka.
Pada umumnya sudah tentu ketakutan dan kebimbangan ekonomi itu menganggu perasaan dan fikiran kita sebagai manusia. Malah boleh menyebabkan orang-orang tidak kuat semangat dan imannya bertindak tidak waras, seperti menipu, merompak dan menyamun. Justeru ekonomi telah menjadi batu penarung menghalang mereka untuk menikmati kebahagian hidup yang sebenarnya, merosakkan iman mereka yang amat berharga itu.
Untuk mengatasi
kemelut rezeki itulah manusia hari ini menghabiskan
sebahagian besar dari masa mereka dengan aneka usaha. Mereka berjuang siang dan
malam, pagi dan petang dengan harapan untuk menambah rezeki untuk mengatasi
kesempitan hidup yang menimpa mereka. Tapi malangnya, walaupun mereka telah
bermati-matian berjuang, namun kebanyakan dari mereka, usaha-usaha itu tidak
berkesan, kian pentas mereka mengejar, kian jauh yang dikejar lari dari mereka,
justeru kian jauh mereka tercorot di belakang.
Malah tidak jarang pula menyebabkan sebahagian dari mereka jatuh
rersembam dalam lumpur dan najis kehidupan.
Akhirnys prtanyaan-pertanyaan akan menerpa dalam kepala mereka, kenapa perkara yang tidak diingini seperti itu menimpa mereka sedangkan mereka telah berusaha sepenuh daya untuk mengatasinya?
Pertanyaan seperti
itu tidak wajar diutarakan, kerana mencerminkan kemacikan pengetahuan mereka
yang bertanya, terutama dari segi akidah. Mereka seolah-olah lupa bahawa mereka
tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap rezeki mereka, tidak mempunyai kuasa
mutlak atas pendapatan mereka, malah tidak mempunyai apa-apa kuasa di atas segala apa yang mereka miliki dan
usahakan.
Justeru kita mesti
yakin bahawa seluruh diri kita ini menjadi hak milik Allah belaka. Segala apa yang Allah kurniakan kepada kita selama
ini, bukalan hak milik kita secara mutlak,
tapi segala-segalanya milik Allah. Ini akan membawa kita kepada
kesedaran bahawa kita ini hanya berada di negeri yang sifatnya sementara,
tempat persinggahan untuk menuju ke alam yang kekal abadi. Sudah tentu di dunia
sementara ini kita akan dicuba dan diuji dengan berbagai-bagai kesulitan dan bencana
sebagaimana ketentuannya telah ditetapkan Allah SWT sejak azali lagi.
Sesungguhnya segala
bala bencana yang membebankan kita, baik berupa kerugian, kesempitan hidup ataupun penyakit adalah merupakan sebahagian
daripada ujian Allah ke atas kita. Dan kita sebagai hamba-Nya perlu
menghadapinya dengan cekal, sabar dan reda
sebagai seorang hamba yang beriman.
Bertolak dari sini
akan tercetus kesedaran di hati kita bahawa segala perolehan kita, harta benda
kita, kekayaan kita bukan milik kita dalam erti kata yang sebenarnya. Tapi
milik Alla S.W.T. Dia mempuyai hak mutlak ke atas semuanya itu.
Malah seluruh jagat
raya ini, di langit dan di bumi, dan di antara keduanya, termasuk nafas yang kita
hembus dan nafas yang kita tarik adalah hak
Tuhan Semesta Alam. Kalau nafas kita itu ditahan-Nya, ditarik balik-Nya maka
bererti jadi gemulahlah kita.
Sebenarnya dalam
kontak ini, kita sebagai makhluk ini tidak pernah mencipta apa-apa pun di dunia
ini, baik rezeki berupa harta benda atau wang ringgit, dan apa yang kita
perolehi denganya. Kita tidak memperolehinya secara mutlak sebagai hasil usaha
kita, kerana ianya tergantung kepada izin Allah, perkenan-Nya, dan tanpa
rahmat-Nya kita tidak akan berjaya untuk memperolehi apa-apa pun. Justeru apa
yang ada pada kita, apa yang dikurniakan kepada kita, hanya buat sementara,
hingga sampai ke satu tahap waktu yang telah ditetapkan, termasuklah diri kita
sendiri.
Allah berfirman:
“Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi”. Al-Baqarah [2]:284.
Dan,
“Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya. Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam”. A—A’raf [7]:54.
Saya tidak fikir ada sesiapa yang berani menafi hakikat ini?
Dan saya juga tidak pernah terfikir ada manusia yang berani mencabarnya?
Sudah tentu tidak ada manusia yang waras yang berani menafi dan mengengkarinya. Mau tidak mau manusia terpaksa mengakui kekuasaan Allah mengatasi segala-segalanya. Allah pemilik agung, segala sesuatu, termasuk dirinya, keluarganya, dan harta bendanya, malah semuanya tidak ada sesuatu pun boleh tersingkir dari kehendak Allah.
Setelah kita membuat
pengakuan yang jujur bahawa segala-galanya itu milik Allah, maka sebagai hamba-Nya
hendaklah menurut dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah
ditetapkan oleh Allah. Jangan menafikannya. Jangan jadi manusia kufur nikmat.
Kalau tidak, maka kita tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.
Allah Maha Pengasih
dan Maha Penyayang.
Allah mengetahui
segala keperluan kita. Dia mengetahui segala kehendak kita. Allah Maha
Pengampun dan Maha Penyayang- Dia mengangkat kita manusia sebagai khalifah di
bumi. Dia mengrahmati segala usaha kita, kerana itu setiap titik daya usaha
kita dikurniakan pembalasan yang setimpal. Tidak ada sesuatu pun terlepas dari
perhatian Allah walaupun sebesar zahrah, Dia memiliki segala-galanya, Dia
menguasai segala-galanya.
Sematlah dalam hati
bahawa semua perkara adalah milik Allah. Gaji kita, elaun kita, keuntungan yang
kita perolehi dan pendapatan kita semua milik Allah.
Ini bukan teori
baru. Bukan pendapat baru. Bukan perkara baru. Tapi adalah hakikat sebenarnya.
Hakikat semula jadi, sejak Allah jadikan makhluk-Nya dengan segala aturannya.
Apa yang mungkin berlaku, ialah kita terlupa pandang terhadap hakikat ini,
kerana dihijab oleh tabir keduniaan. Justeru kita pun bertindak sesuka hati
kita, seolah-olah kita mempunyai kuasa mutlak ke atasnya.
Sedangkan Allah berhak menentukan perturan dan
undang-undang ke atas semua perkara, khususunya ke atas manusia, undang-undang
yang tidak boleh dipertikaikan, yang tidak ditolak sama sekali. Dia berhak
memberi rezeki kepada kita dan berhak pula menariknya dari kita, dan berhak
menyekatnya dari jatuh ke tangan kita, dan berhak memberikannya kepada sesiapa
yang Dia kehendaki.
Justeru sentiasalah
ingat kepada Allah, menurut perintah-Nya, dan mematuhi larangannya. Dalam segala
perkara untuk selamat di dunia dan akhirat.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment