MELACURKAN ISTERI KERJA LAKNAT
>> Friday, April 4, 2014
MELACURKAN ISTERI
Kisah suami melacurkan isteri sudah lama berlaku di kalangan manusia di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh lelaki yang pemalas dan tidak bermaruah.
Namun
begitu perkara ini mungkin disedari berlaku oleh masyarakat ataupun tidak
disedari oleh masyarakat kerana ia berlangsung secara berahsia.
Ia
mungkin berlaku dengan kerelaan sang isteri dengan alasan cinta dan takut kehilangan
lelaki dedalu itu kalau dia mengengakri perintahnya yang kotor itu.
Dan
sebaliknya kebiasaannya ia dilakukan tanpa kerelaan isteri andainya dia seorang
wanita yang beragama dan bermaruah. Justeru isteri melakukan kerja terkutuk itu
kerana terpaksa di bawah ancaman sang suami.
Ini
sebagaimana terdapat dalam kisah yang dipaparkan dalam HARIAN METRO 2 April di
bawah jodol “‘NERAKA’ BUATAN SUAMI”.
Diceritakan di mana seorang lelaki yang bergelar suami telah melacurkan isterinya
dengan harga antara RM100 hingga RM120 untuk sekali pakai.
Sang
wanita, 25 tahun kerana tidak rela dilacurkan dirinya telah bertindak melarikan
dirinya daripada neraka itu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa, yang terus
bertindak ke atas pelanggan-pelanggannya yang terbaru dan juga suaminya yang berusia 30 tahun.
Yang
lebih sedihnya, dialporkan ketika sang isteri menjadi habuan kepada lima lelaki yang menjadi
pelanggannya itu ia ditonton oleh suaminya yang tidak bermoral langsung tanpa
memperdulikan rayuan isterinya yang malang itu. Tambah sedih lagi, hasil kerja
haram itu digunakan oleh suami untuk membeli dadah syabu.
Saya
terkenang pada suatu ketika dahulu di mana seorang suami yang termasuk
orang-orang yang ternama dalam agama telah melacurkan isterinya yang cantik
molek. Suami ini bila menerima panggilan
pelanggan dikatakan akan membawa isterinya ke mana-mana hotel yang dijanjikan,
dan dia akan menunggu di luar bilik sehingga isteri dan lelaki itu selelsai
bekerja. Saya juga dimaklumkan, sebelum isteri dan pelanggan itu dibenarkan
masuk bilik bersama, mereka akan “dinikahkan” terlebih dahulu oleh sang suami
dan dengan janji akan menceraikannya bila telah selesai.
Pada
mula-mulanya sukar kepada saya untuk mempercayai perkara itu merupakan hasil
kerja seorang yang beragama.Tapi beberapa kenyataan yang diberitahu kepada saya
kemudiannya membuat saya menjadi keliru.
Pertama
seseorang lelaki memberitahu saya hal itu kepada saya. Bila saya enggan
mempercayainya, dia lalu memberikan nombor telefon lelaki tersebut untuk saya hubungni
bagi mendapat layanan dari isterinya. Katanya nyatakan hotel, dan pukul berapa,
pergilah tunggu, mereka akan datang, kalau tidak percaya.
Allahamdulillah!
Allah mencegah saya daripada berbuat demikian sebagaimana disarankan oleh
lelaki itu. Pada masa itu saya masih muda dan belum mendirikan rumah tangga.
Kemudian
seorang lelaki lagi memberitahu saya. Katanya pada mula-mulanya dia juga tidak percaya
dengan cerita yang didengarnya itu. Tapi sang lelaki yang menceritakan
kepadanya itu, bukan sahaja memberi nombor telefon yang sama dengan diberikan
kepada saya, tapi juga mampu bercerita dengan detail keadaan wanita itu ketika
berada diranjang, termasuk dengan titik-titik peluhnya sekali.
Ini
menyebabkan saya menjadi bertambah keliru sehingga ke hari ini.
Lagu
mana ni?
Tidak
lama selepas itu, saya dan seorang rakan saya, Allahyarham Ustaz Rafie, bekas
wartawan Utusan Melayu berpeluang berbual-bual dengan seorang bekas
Ketua Polis Negeri Kelantan zaman itu, selepas berwawancara dengan beliau.
Ketika
bercakap mengenai jenyah, beliau memberitahu bahawa antara janayah yang paling dikutuknya
ialah lelaki yang menjual isteri dan anak-anaknya untuk tujuan pelacuran.
“Lelaki
seperti ini tidak bermoral langsung. Mereka bukan manusia. Lebih hina dari
hewan. Binatang pun tidak berbuat seperti mereka. Patut dikenakan hukuman yang
lebih berat”.
Tapi di
sebalik ada lelaki yang suka melacurkan isterinya itu, ada pula lelaki yang
suka berlacur dengan isteri-isteri orang, kononnya kata mereka lebih standard dan
lebih selamat daripada terkena penyakit, kerana sebagai isteri orang dia tentu
lebih diberi perhatian oleh suaminya yang juga ingin menikmati perkara
yang sama daripada isteri yang diperhambakannya itu.
LAGU
MANA NI?
0 comments:
Post a Comment