DIMADU KERANA FARAJNYA BUSUK

>> Tuesday, April 1, 2014






DIMADU KERANA ‘BARANGNYA’ BUSUK





 Sinar Harian 30 Mac 2014



Seorang isteri dimadukan oleh suaminya kerana barang intimnya atau farajnya berbau busuk.


Perkara ini diceritakan oleh madunya yang diperolehinya dari mulut suaminya sendiri. Katanya, suaminya memberitahu bahawa farajnya tidak busuk seperti faraj madunya itu.


Faraj adalah salah satu anggota seksual wanita yang penting, khsusunya untuk pengelahiran anak.

Tapi di samping itu ia juga mempunyai fungsi-fungsi tersendiri dalam hubungan intim suami isteri. Sedangkan lelaki mempunyai perasaan yang berbeza-beza pterhadap anggota sulit wanita itu, justeru tindakan mereka juga berbeza bila berhadapan dengannya.


Namun begitu saya merasa terkilan sedikit membaca cerita itu kalau ia merupakan cerita yang benar dan bukan rekaan sebagaimana ditulis oleh suri rumah yang menamakan dirinya Iia, 28.

Ia tersiar dalam ruangan “Wanita Oh Wanita”,  Sinar Harian, Ahad 30 Mac, 2014.

Persoalannya:

 

KENAPA SANG SUAMI membiarkan isteri pertamanya itu berada dalam keadaan merana sebegitu  bertahun-tahun lamanya?


Kenapa dia tidak berusaha untuk merawatnya kalau dia benar-benar mencintai isterinya itu?


Apakah dia tidak sedar, dengan memadukan isterinya, penyakit “busuk”, isterinya tidak juga akan sembuh. 


Dan bagaimanakah hubungan mereka sebagai suami isteri di akhirnya nanti?


Bagaimana pula kalau isteri barunya itu ditakdirkan mengalami problam yang sama, atau anggota ketiaknya busuk dan menjijikkan? Semoga dijauhkan Allah. Adakah dia akan mencari isteri baru seorang lagi untuk mengatasinya? Atau bagaimana?






LAGU MANA NI?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP