APAKAH SIFAT PEJUANG AGAMA ALLAH?

>> Monday, April 21, 2014







PEJUANG-PEJUANG AGAMA ALLAH APAKAH SIFAT MEREKA?


Pejuang-pejuang Allah, atau pejuang-pejuang agama Allah, sudah tentu akan menempuh jalan yang sukar untuk menegakkan kebenaran. Berbagai-bagai rintangan, ranjau-ranjau akan menghalangi perjalanan mereka di sepanjang perjalanan. Ini adalah lumrah berlaku dari sejak dahulu hingga sekarang.



                                                     Allahyarham Dato' Yusuf Zaky


Berbagai-bagai halangan mereka terpaksa tempohi. Dari sekecil-kecil halangan, membawa kepada sebesar-besar halangan. Malah bukan sedikit dari mereka yang darahnya ditumpahkan dan nyawanya dirampas kerana berjuang di jalan Allah. Malah bukan sedikit pula dari mereka yang direngkokkan ke dalam penjara, di kelilingi tembok-tembok batu dan dawai-dawai berduri yang membatas pergerakan mereka, dan ada yang berakhir dengan kematian akibat dikurung dan diseksa yang tidak mengenal perikemanusiaan. Cubalah perhatikan dalam sejarah berapa ramai dari mereka yang jasad-jadadnya telah tumpas di tali gantung atau tewas di hujung senjata


Halangan-halangan itu datang daripada berbagai-bagai pehak, dari orang-orang bukan Islam dan juga dari orang-orang Islam sendiri. Orang-orang bukan Islam, tegasnya orang-orang kafir memang mereka sentiasa berusaha keras untuk menentang agama Islam. Mereka berusaha bukan sahaja untuk menyekat dan menghalang agama Islam itu sendiri, tapi juga untuk menghancur dan memusnahkan umat Islam dan agamanya yang memang diredai Allah itu.


Orang-orang Islam pula, terutama kepada mereka yang berkuasa, mereka menentang Islam dan agama Islam, kerana mereka menyedari segala perbuatan-perbuatan jahat dan kejam yang telah dan sedang mereka lakukan  bertentangan dengan ajaran Islam yang mulia dan suci. Allah mengecam dan mengutuk perbuatan-perbuatan mereka yang tidak bermaruah itu, malah mengancamnya dengan ancaman-ancaman yang keras. Mererka tidak mahu mendengar semua itu, kerana itu mereka menolak hukum Allah SWT yang hanya membuat semua hukum untuk hamba-hamba-Nya.

                                                   MORSI

Justeru, Allah dari sejak awal-awal lagi memperingatkan hamba-hamba-Nya yang ingin berjuang untuk menegakkan agama-Nya menghiasi diri mereka dengan sifat-sifat tegas, berani dan sabar serta jujur dalam mematuhi segala perintah-perintah Allah.


Berhubung dengan Sifat-sifat Yang Harus Dimiliki Oleh Pejuang-pejuang Agama Allah, izinkan saya perturunkan pendapat Allahyarham Ustaz [Dato’] Yusuff Zaky Yaacob yang dilahirkannya kira-kira lima dekad yang lalu ketika penafsirkan sepotong ayat dari Surat Yunus, ayat 109 yang difasirkan oleh beliau sebagai berikut:


“[Wahai Muhammad] Serukanlah seluruh manusia! Sesungguhnya pengajaran yang benar telah pun sampai kepada kamu dari Tuhan kamu”.


“Sesiapa yang memilih petunjuk, maka bererti dia telah memilih petunjuk untuk kebaikan dirinya, dan sesiapa yang memilih jalan yang sesat, maka bererti dia telah menyesatkan dirinya sendiri, sedangkan aku bukanlah orang yang boleh memaksa kamu”.


“Ikutlah [Wahai Muhammad]  perentah-perentah yang diwahyukan kepadamu, dan hendaklah engkau bersabar sehingga Allah memberi hukuman-Nya kerana Dia-lah sebaik-baik penghukum”. Yunus: 109.


Beliau menjelaskan dalam ayat di atas, Allah memerentahkan Rasul-Nya supaya menerangkan kepapda seluruh manusia bahawa tugasnya telah selesai, iaitu dia telahpun menyampaikan kepada mereka segala pengajaran-pengajaran  yang benar yang terkandung dalam Kitab Suci Al-Quran yang diturunkan kepada manusia.


Kini  terserahlah kepada manusia menggunakan akal fikiran dan kebijaksaan mereka untuk menilai dan menimbangkan pengajaran-pegajaran itu samada mereka suka menerimanya sebagai undang-undang hidup mereka atau mereka lebih suka meilih pengajaran-pengajaran sesat yang lain.


Mereka diberikan sepenuh-penuh kebebasan memilih antara dua jalan itu. Tidak ada paksaan dalam agama, kerana sesiapa yang memilih agama yang benar, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sukakan agama yang sesat, maka bencananya akan ditanggung oleh dirinya sendiri.


Allah tidak mendapat apa-apa keuntugan dari keimanan manusia dan tidak pula mendapat apa-apa kerugian dari keenganaan manusia beriman kepada-Nya.


Allah menurunkan agama yang benar semata-mata untuk faedah manusia bukan untuk faedah diri-Nya, kerana Allah itu Maha Kaya dan tidak berkehendak sesuatu apa pun dari makhluk-Nya.


Dia telah mengurniakan akal dan ilmu pengetahuan yang cukup kepada manusia, maka terserahlah kepada mereka menimbang dan memilih sendiri, kerana agama itu kepercayaan dan keyakinan, sedangkan kepercayaan dan keyakinan itu tidak mungkin tumbuh dengan paksaan.


Dalam ayat ini juga Allah mengingatkan Rasul-Nya supaya jangan patah hati dam tawar semangat dalam menghadapi dolak-dalik dan tentangan-tentangan dari orang-orang yang tidak mahu beriman dan orang-orang yang berdegil mempertahankan kepercayaan yang karut.


Allah menyuruh Rasul-Nya berjuang dengan penuh kesabaran dan ketabahan untuk mengembangkan agama Allah dan patuh menjalankan perintah-perintah dari Allah dan serahkan sahaja kepada Allah menjalankan hukuman-hukuman-Nya terhadap mereka yang tidak beriman itu, kerana Dia-lah yang lebih tahu dengan segala rahsia hidup mereka.


Tugas mengembang agama Allah dan memperjuangkan hukum-hukum Allah bukanlah satu tugas yang senang. Sejarah Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang telah lalu penuh dengan aneka penderitaan dan penentangan yang dasyat dari orang yang berjiwa fasik dan jahat, mereka tidak mahu menerima agama Allah dan hukuman-hukuman Allah, kerana agama dan hukum-hukum Allah membataskan nafsu mereka yang buas dan mengutuk kejahatan-kejahatan dan kezaliman yang sedang dilakukan mereka.


Oleh sebab itu orang yang menjadi pejuang dan pengembang agama Allah harus sentiasa bersifat sabar dan tabah menghadapi segala dugaan dan ancaman dan harus sentiasa jujur kepada perentah-perentah Allah tanpa mengendahkan kepentingan dirinya.


Seterusnya beliau membuat kesimpulan daripada pengertian ayat suci rersebut, iaitu:


-Allah telah mengutuskan Rasul dan menurunkan Kitab-kitab Suci untuk menerangkan dengan sejelas-jelasnya segala pengajaran dan peraturan hidup yang benar kepada manusia, maka terserahlah kepada pertimbangan mereka sama ada mahu menerimanya atau enggan menerimanya, kerana dialah yang menanggung buruk baik dan bertanggungjawab di hadapan Tuhan.


-Tidak ada paksaan dalam agama, kerana asas agama adalah kepercayaan yang jujur, sedangkan kepercayaan yang jujur itu tidak mungkin tumbuh dengan paksaan.


-Pengembang-pengembang dan pejuang-pejuang agama Allah bersifat sabar, tabah dan patuh kepada perentah Allah.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP