DENGKUR ALANGKAH INDAH BUNYINYA

>> Wednesday, April 9, 2014





DENGKUR: ALANGKAH INDAH BUNYINYA


WALAU PUN kebanyakan orang tidak suka mendengar isteri atau suaminya berdengkur dan menganggapnya sebagai gangguan yang tidak boleh diterima, tapi sebaliknya ada pula orang yang menganggap mendengar isteri atau suaminya mendengkur itu menghiburkan.

                                 Mengikut kajian kanak-kanak juga berdengkur


Dengkur adalah suara yang dikeluarkan oleh seseorang ketika sedang tidur.Mengikut kajian dengkur berlaku bila udara tidak dapat bergerak dengan bebas ketika berada dalam hidung hidung atau mulut, biasanya kerana saluran udara mengecut.


Ada berapa faktor menyebabkan seseorang berdengkur ketika tidur. Antaranya kerana usia, kerana bentuk bina badan seseorang dan kerana kedudukan tidur yang tidak betul dan sebagainya lagi.


Demikian juga ada berbagai-baga reaksi atau tindak balas orang yang jaga ketika mendengar orang tidur berdengkur.


Ada sesetengah orang tidak suka atau benci bila mendengar orang berdengkur, kerana terutamanya menganggu mereka untuk tidur sama. Bunyi dengkur orang di sebelah itu membengetkan telinganya dan menjadi gangguan.


Justeru bila pasangannya berdengkur, baik isteri atau suami, pasangan itu akan beralih tidur di tempat lain yang tidak kedengaran atau tidak begitu kedengarean dengkuran pasangannya itu. Mungkin tidur di bilik yang berasingan.


Malah yang lebih ekstrim ada suami yang bertindak menceraikan isterinya kerana berdengkur.





Harian Metro 3 April 14




Sebuah laporan dari Sana’a menceritakan seorang lelaki, bernama Yassin berusia 40 tahun  telah menceraikan isterinya kerana tidak tahan mendengar dengkurnya ketiap malam yang dianggap menganggu.


Dilaporkan dia telah puas memberi nasihat kepada isterinya itu supaya menjaga gaya pemakanannya untuk mengelaknya dari terus menerus berdengkur akiabt berat badannya kian meningkat.


Katanya bila diberi nasihat, isterinya menjawab dia rela diceraikan walaupun mereka telah memiliki tiga orang anak.


Demikianlah ceritanya.


Dengkur Menghibur


Sebaliknya saya juga ada mempunyai beberapa kisah menarik untuk dikongsikan berhubung dengan dengkur ini.


Kisah Pertama:


Seorang suami mempunyai isteri yang sebahagian besar masanya berdengkur di waktu tidurnya. Perkara ini berlaku sejak mereka mula-mula kahwin lagi, berpuluh-puluh tahun yang lalu.


Kepadanya tidak ada apa-apa masalah dengan dengkuran isterinya itu. Malah kepadanya itu adalah pertanda jelas menunjukkan isterinya tidur dengan lenanya. Katanya dia biasanya tersenyum memerhati wajah isterinya ketika berdengkur. Dia merasa seronok melihat wajah isterinya ketika itu, lalu kadang-kadang menciumnya.


Tgegasnya dengkuran isterinya itu menghiburkannya.


Kisah Kedua:


Seorang isteri yang mempunyai seorang isuami yang berdengkur keras sejak mereka mula-mula kahwin lagi. Dengkur suaminya amat kuat. Kalau dia tidur di tingkat atas, suara dengkuran suaminya itu boleh didengar sampai ke tingkat bawah kalau pintu kamar tidur dibuka.


Wanita itu tidak merasa terganggu mendengar dengkuran suaminya. Dia boleh tidur nyenyak di sisinya sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Malah kadang-kadang dia tidak dapat melelapkan matanya jika suami di sampingnya tidak berdengkur seperti biasa.


Dengkuran suaminya menghiburkan.


Kisah Ketiga:


Seorang lelaki pada suatu masa berkelana dengan seorang sahabat lelakinya kerana urusan bisness. Mereka menyewa sebuah bilik sahaja untuk dikongsi bersama. Tujuannya bukannya untuk menjimatkan ongkos, tapi semata-mata untuk tinggal bersama-sama untuk menghilangkan kesepain kerana berjauhan dengan keluarga.


Setiap malam, selama tiga malam tinggal di hotel itu kawannya sentiasa berdengkur di sebelahnya. Pada malam pertama, dia mulai terganggu dengan dengkuran kawannya itu. Namun begitu dia mengambil sikap bertenang. Merenung-renung diri. Kenapa Allah menjadikan mansuia berdengkur?


Sedang dia berfikir-fikir begitu, tiba-tiba dia mendengar suara dengkuran kawanya itu telah berubah iramanya, bunyi semacam zikir. “Allah.Allah!”.  Dia mengikut irama zikir itu sehingga dia sendiri pun terlelap di dalam zikrullah.


Justeru itu selama tiga malam mereka tinggal di hotel itu dia dapat tidur dengan aman, malah merasa amat selesa sekali di bawah alunan ombak dengkur sahabatnya itu.


Kisah Ke empat:


Seorang isteri yang mempunyai seorang suami yang berdengkur di waktu-waktu tertentu. Pada mula-mulanya dia juga tidak suka mendengar dengkuran suaminya itu, kerana dianggap menganggunya untuk tidur.


Pada suatu malam entah kenapa dia tiba-tiba  mendengar dengkuran suaminya itu berlainan bunyimya. Dia mengamat-amatinya. Dan merasa terkejut, bila bunyi dengkuran suaminya itu, seolah-olah sedang mendendang sebuah lagu dakwah yang melekakan dia mendengarnya. Sejak itu setiap malam dia mendengar suaminya berdengkur, bukan berdengkur tapi sedang mendendangkan irama lagu dakwah.


Kesimpulannya:


Reaksi seseorang ketika mendengar orang berdengkur adalah berbeza-beza, bergantung kepada sikap atau kesimpulan mereka terhadap dengkur yang didengarnya itu.. Ia sama dengan sikap seseorang terhadap sesuatu yang berlaku terhadapnya atau berlaku di sekelilingnya.


Kalau dia menganggap degkuran itu satu hal yang buruk, maka buruklah jadinya. Satu musibah kepadanya. Tapi sebaliknya kalau dia menganggp dengkur itu satu perkara biasa sahaja dan mempunyai rahsia yang tersendiri, maka dengkuran itu tidak akan memberi apa-apa kesan yang tidak diingini kepadanya. Malahnya memberi effek yang sebaliknya.


Biasanya orang tidak dapat menerima sesuatu hal yang berlaku ke atasya, atau berlaku sekitarnya, bukannya kerana hal itu menganggu atau mengancamkan dirinya. Tapi ia lebih banyak akibat daripada sifat ego atau keakuannya yang tidak boleh tersentuh. Itulah sebabnya, kepadanya suami atau isterinya yang berdengkur itu telah menceroboh ketenteramannya atau hak mutalkanya untuk tidur. Maka terjadilah masalah yang menggusarkan. Demikian jugalah dengan perkara-prkara yang lain.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP