>> Friday, December 25, 2020

 


PAUH ATAU MANGGA,RASA TIDAK BERUBAH





DIALAH yang menjadikan tanaman-tanaman yang menjalar dan  tidak menjalar, pohon kurma, tanaman yang beraneka ragam rasanya, zaitun dan delima  yang serupa [bentuk dan warnanya] dan tidak serupa [rasanya]. Makanlah buahnya bila ia berbuah dan berikanlah haknya  [zakatnya] pada waktu memetikc hasilnya tapi janganlah berlebih-lebihan . Sesungguhnya Allah tidak menyukai  orang-orang yang berlebihan”.al-Ana’am [6] 141.

 

 



RATA-RATA orang Kelantan panggil pauh, buah

pauh, atau pohon pauh.

 


Demikian juga dengan orang Terengganu. Pauh juga.



Tapi orang lain-lain negeri pula, seperti di Pantai Barat, panggil  mangga atau mempelam.



Walau bagaimanapun, ia tetap sama, panggilan sahaja berlainan, pauh, manga atau mempelam.



Dalam artkel ini ringkaskan cerita kita panggil sahaja pauh, buah pauh atau pokok pauh.



Di negara kita Malaysia, di mana sahaja kita pergi kita boleh bertemu dengan  pokok pauh



Pokok pauh tumbuh di merata-rata tempat, tidak payah masuk hutan untuk mencarinyanya.



Malah tidak jarang pula yang berbuah dan buahnya pun lebat ranum walaupun di pinggir jalan yang sibuk.



Pokok pauh adalah pokok yang tumbuh di kawasan tropika, atau Khutulistiwa terutama di hutan belantaranya yang lebat. Ia didapati banyak tumbuh di di negara Australia, di Asia, di Afrika dan di Amerika Selatan.







Pokok pauh  jenis pokok yang berbunga, dari bunga itulah ia berputik mengeluarkan buah. Biasanya buahnya lebat setiap tangkai.



Butir pauh ini boleh disemai untuk melahairkan anak pauh,



Daun-daunnya lebat, berwarna hiaju sepanjang masa memayungi pokoknya yang boleh tumbuh sampai setinggi dua puluh meter. Jika tumbuh di tepi jalan, pokok pauh dijadikan tempat berteduh yang selesa, dan biasanya di bawah teduhannyadi letak gerai makan.



Tentang buahnya  pula ada rupa yang berbeza, ada yang bulat gotel, ada yang  berbentuk buah pinggang, dan inilah yang paling termasyur yang dipanggil pauh siam. Saiznya mempunyai berbagai-bagai ukuran pula.



Rasanya pula ada masam purit, ada yang masam manis, dan ada yang manis leting, dan inilah yang paling termasyur.



Isinya yang masak cukup lembut dan selera dimamah dan ditelan dengan rasanya yang mans itu.



Isinya itu bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, tapi juga boleh dikisar dan dijadikan mnuman sejuk yang menyedapkan terutama di kala dahaga.



Namun begitu ada juga orang-orang muda yang cari buah pauh yang masam, untuk dimakan dengan colek, terutama anak-anak muda dan wanita-wanita yang mengandung kerana mengidam.



Di Kelantan pauh masam yang dimakan dengan colek ini dipanggil pauh ringan, yang buahnya kecil-kecil sahaja, namun begitu kadang-kadang jika dibiarkan masak dan tua dipohon ada juga yang manis rasanya, enak di makan.



Buah-buah pauh tua yang dipetik dari pokok ini tidak tahan lama, ia perlu dimakan segera, kalau tidak ia akan menjadi lembek dan buruk, masam tidak boleh dimakan lagi, kecuali tong sampah.



Buah pauh boleh disimpan lama jika buahnya ketika dipetik itu dalam keadaan tidak masak, dan segera diproses untuk dijeruk yang boleh tahan berbulan-bulan. Sejak kebekalangan ini pauh jeruk telah menjadi perniagaan yang populer di negara kita.



Ada sesetengah orang pula membuat acar masak buah pasuk. Acar ini biasanya dimakan dengan nasi, seperti nasi berani. Di luar negara   seperti India acar ini telah lama terdapat di pasaran.



Orang Kelantan suka buat sambal pedas putik pauh muda untuk dimakan sebagai pencicah makan nasi. Buah pauh muda ini ditumbuk atau dikisar jangan sampai hancur  dengan sambal pedas, dimakan sebagai pembangkit  selera.



Atau paling tidak pun, buah pauh muda yang masam itu dirincis halus-halus dan digaul dalam budu pedas berlada untuk dibuat teman makan ikan panggang bakar atau daging bakar.



Sesetenga orang kampung pula masak gulai lemak  ikan dengan putih pauh untuk buae kuah.



Sejak kebelakangan ini pula pulut bersantan pauh dengan gula pun telah menjadi populer untuk hidangan di rumah atau makan di retorant. Pauh itu hendaklah yang manis rasanya, atau setidak-tidaknya masam manis, atas kesukaan pemakaannya.



Seperti lumrah, ada kampung-kampung menamakan pauh dengan nama kampung mereka, dengan ada tambahan atau tanpa tambahan di hadapan atau di belakangnya. Kampung-kampung mengambil nama pasuh ini terdapt di serata tempat di Malaysia.



Antara kampung-kampung itu ialah Kampung Pauh Sembilan, Kampung Pauh, Kampung Pauh Butut, dan Kampung Permatang Pauh dan sebagainya.



Menyentuh sedikit tentang Permatang Pauh, hari ini Wakil Parlimennya diwakili  oleh YB Nurul Izzah Anwar Ph-PKR, terletak di Seberang Perai Pulau Pinang.



Bentuk buah pauh yang dihirih mempunyai bentuk  yang sungguh cantk menarik jika terdapat pada pipi seorang wanita, sehingga diibaratkan “pipinya seperti payuh di layang”. Ada beberapa wanita popular tanah air hari ini mempunyai bentuk pipi pauh dilayang.











Dalam hikayat lama ada bari menceritakan tentang sebuah tempat  yang amat istimewa yang dipanggil Pusat Tasik Pauh Janggi tempat tinggal dewa-dewa yang mulia.



Pada pengakhirian tulisan ini penulis  teringat kepada sebuah pantun lama yang  yang berbunyi

kalau tidak silap:

 


Putit pauh delima batu



Anak sembilan  di tapak tangan;



Walaupun jauh negerinya satu



Hilang di mata di hati jangan.



Saya terasa hendak jawab:



Sungguh lebat  pokok celagi



Tumbuh bersanding pokok mensta;



 Kami tidak berubah hati



Takut tuan berubah rasa.

 


Sekian.




Pondok Rahmat



24 Disember 2020/



8 Jamadulawal 1442

Read more...

>> Sunday, December 20, 2020

 


BUDAYA MAKAN DI MUSIM HUJAN

 







Sejak kebekalangan ini boleh dikatakan  hampir  saban hari hujan turun, kadang -kadang lebat, kadang-kadang kohor atau perlahan.




Orang Kelantan kata musim hujan, tapi orang luar [bukan Kelantan] kata musim’ tengkujuh. Tapi bagi orang Kelantan perkataan tengkujuh  itu tidak begitu tepat, kerana ia lebih dirujukkan  kepada keadaan lautan yang bergelumbang atau berombak besar. Sedangkan kadang-kadang laut berombak besar pun hujan tidak turun tapi hanya membawa angin yang menderu kuat.



Tapi ini bukan persoalan yang hendak kita bincangkan, kerana yang hendak kita bincangkan sedikit ialah mengenai makanan-makanan yang menjadi pilihan orang Kelantan sepanjang musim hujan yang mungkin tidak terdapat di negeri-negeri lain.



Makanan-makanan ini pun sebahagian besar menjdi pilihan rakyat yang tinggal dikampung-kampung yang kadang-kadang pada dulu sukar untuk mendapat bekalan makanan yang biasa, seperti ikan hidup [basah] dan lain-lainnya sebagai bahan makanan harian.



Walau bagaimanapun di sini hanya diutarakan beberpa janis masakan sahaja sebagai contoh.

 


-IKAN BUDU



Ikan budu ialah sejenis ikan jeruk masin, yang serupa dengan budu, tapi budu diperbuat daripada ikan-ikan bilis yang dijeruk sampai hancur, tapi ikan budu jalah jenis besar, seperti ikan kembung dan masih dalam keadaan baik atau berekor.




Ada beberapa cara unntk menggoreng ikan budu, pertama digoreng seperti mengoreng ikan biasa dengan minyak biasa,  kedua ikan budu itu terlebih dahulu dicelup dengan telur yang dihancurkan dan ketiga ikan budu itu terlebih dulu dihancurkan kecil-kecil kemudian baru  digaul dengan telur yang telah dikocek atau dihancurkan kemudian baru digoreng dengan minyak.




Atau jika tidak mau digoreng ikan budu itu boleh juga dibakar  setelah terlebih dulu dibugkus dengan daun pisasng dan sebagainya.




-UBI REBUS



Dalam musim hujan ubi rebus juga populer, terutama untuk sarapan pagi atau makan petang sebagai pemanas badan.




Ada beberapa jenis ubi yang menjadi pilihan ramai untuk drebus di musim hujan.




Antara ubi-ubi itu ialah yang biasa ditanam atau mudah dibeli di pasar-pasar. Antaranya ubi yang paling populer ialah ubi kayu




Selain itu ubi  setela [keledik], ubi itik, ubi badak, ubi torak, hampr serupa dengan ubi badak, bahasa Kelantan tak rak itu ertinya tidak mampu nak angkat kerana ubi itu setongkolnya berat.



Selain itu ubi setela juga digoring setelah dipotong kecil-kecil sebesar jari-jari, ia dicelup tepung dan digoring, ia dipanggil “kaki ayam”. Sebenarnya jari ayam.




-GORENG TAPAI



Ubi kayu itu selain daripada direbus, biasanya dibuat tapai, yang sentiasa terdapat sepanjang masa dijualdi pasar.




Tapi dalam musim hujan tapai ini kurang peminatnya, sebliknya  digoring-terlebih dulu- jadipisang goring- yang boleh didpati sepanjang masa di gerai-gerai, termasuk gerai-gerai goring pisang di tepi-tepi jalan.




-PUTU HALBA



Ubi kayu pula selain direbus, juga dibuat sejenis makanan yang populer dikenali dengan nama putu halba. Ia diperbuat daripada tepung ubi kayu dan dikukus dengan cara tertentu, di dalam  tepung itu dimasukkan dua tidak ketul manaisan atau gula melaka, atau gula biasa atas pilihan masing-masing. Ia di makan dengan kelapa parut. Yang pentingnya ia dimasukkan dengan beberapa biji halba iaitu sejenis rempah sebagai penghilang rasa mual sebelum dikukus.




-PISANG REBUS



Selain dari ubi rebus, pisang rebus juga populer di musim hujan untuk dimakan bersama keluarga.




Walaupun bukan semua pisang boleh dimasak rebus, namun begitu masih banyak pisang yang boleh dimasak rebus seperti ubi rebus.




Antara pisang-pisang rebus yang terkenal ialah pisang  kebatu, pisang karang, pisang nangka, pisang rasa.




Pisang jelai biasanya dimakan mentah, tidak boleh dimasak, tapi saya sering menyira pisang jelai bila saya hendak makan pisang sira sedangkan pisang sukar untuk masa tersebut.



 Tapi pisang itu  janganlah buahnya masak sangat atau sudah lembik isinya.




-PULUT



Masakan pulut juga populer di musim hujan. Ada dua cara dua cara beras pulut dimasak, iaitu di tanak atau dikukus. Rasa kedua-duanya berbeza sedikit, ada orang makan pulut yang dimasak kukus, rupanya pun  lebih cantik jika dihidang dalam untuk jualan.




Selain itu ada dua jenis masakan pulut lagi, iaitu dipanggil pulut pagi, kerana hanya dijual waktu pagi, dan pulut berinti, kerana di atasnya diletak inti kelapa sira dengan gula untuk dimakan dengan pulut, selain dimasakkan santan ketika memasaknya.




Lain-lain pulut yang biasa dijual, ialah pulut bakar dan pulut lepa, yang berbentuk panjang dan ada inti daging atau ikan di dalamnya.




-BUDU GAUL KEJAPA



Kelapa yang dikukur itu boleh di makan bersama nasi dan dimakan dengan budu sebagai pencicah biasa. Budu itu hendaklah dilengkapkan  dengan cili dan asam limau nipis yang diperas dan diambil airnya, kemudian dicicah dengan ikan panggang tawar seperti biasa.




-JERING REBUS



Buah jering yang matang itu biasanya dibuat ulam mentah, terutama buahnya yang masih muda.




Namun begitu buah yang matang dan tua pula boleh dimakan seperti makanan  biasa bila direbus dampai masak dan dimakan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam dan gula atau manisan mengikut  kesukaan masing-masing.




-PETAI REBUS



Ada di sesengah tempat memakan petai  rebus dengan kelapa seperti jering rebus sebagai sarapan pagi.




-PUCUK UBI



Selain dari isi ubi keledek atau setelo, puuck ubi kayu dan juga pucuk ubi setelo juga laku di musim hujan, iaitu dcelur dan dimakan dengan nasi sebagai ulam, dicicah dengan budu pedas atau sambal belacan atau tempoyak, bersama ikan panggang tawar.



-ACAR PISANG


Di samping itu pisang mentah juga boleh dibuat masak acar, iaitu asar mentah dan acar masak untuk dimakan sebagai ulam. Biaasanya yang dibuat acar ini ialah pisang Benggala muda yang daunnya dibuat pembungkus makanan kerana tahan pecah atau koyak, sementara buahnya tidak digemar oleh manusia kerana rasanya kurang enak dan butir atau bijinya banyak.




-KELAPA PARUT



Patut disebut semua pisang dan ubi rebus biasanya digaul dengan gula mengikut kesukaan masing-masing setelah digaull terlebih dulu dengan sedikit garam sebagai  penyedap rasa.




Sebagai minuman bersama dengan makanan-makanan itu terutama di waktu pagi ialah kopi o dan teh susu panas.




Alangkah enaknya!




Cubalalah trai, tidak menyesal.

 




Pondok Rahmat


20 Disember 2020/


5 Jajadilawal 1442

Read more...

PERINTAH TUTUP MATA

>> Wednesday, December 16, 2020

 


PERINTAH TUTUP MATA BILA BERPERGIAN??



 

 


 




SELEPAS Solat Subuh, dan selepas  santapan pagi, biasanya, baik kita seorang lelaki atau perempuan, kita terpaksa bergerak meninggalkan rumah kediaman masing-masiing.




Kenapa? Arah ke mana kita seluruh penduduk dunia hendak pergi?




Baik kita seorang lelaki atau seorang perempuan, tua atau muda, kita akan bergerak meninggalkan rumah untul ke satu matmalat. Iaitu ke tempat bekerja.




Malah kanak-kanak pun demikian juga akan berpisah dengan rumah untuk pergi ke sekolah atau belajar.




Itu adalah kebiasaan, bukan kepelikan. Tapi yang peliknya, bila manusia senghaja berada di rumah bersenang-senang -tanpa satu kerjapun.




Kecuali para lelaki atau perempuan yang bertugas sebagai pengasuh bayi atau pengurus rumahtangga.




Sebaik sahaja melangkah kaki meninggalkan rumah, kita akan terserempak atau melihat berbagai-bagai perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan atau sepanjang masa.




Kebanyakan perkara ini biasanya dilakukan oleh orang yang celik atau bukan buta mata, baik lelaki atau perempuan.




Aneka rupa pandangan dunia akan kita temui, dari pagi sampai ke petang atau ke malamnya, kecuali mereka yang tidak bermata atau tertutup matanya.




Dalam pergaulan atau perhubungan pun mereka berpandangan antara satu sama lain, baik lelaki atau perempuan.




Kita melihat kiri kanan, ke dadapan dan ke  belakang, ke atas dan ke bawah kitapun kita melihat muka manusia.




Ada wanita, ada lelaki, ada cantik molek dan comel loten.




Suara mereka pun bermacam ragam, kebanyakannya mempesonakan lelaki dan perempuan.




Dengan manusia kita berhubung, dengan manusia kita melihat, dengan manusia kita berbicara, dengan manusia kita berkata, justeru begaimana kita disuruh menutp mata sepanjang waktu?




Bagaimana kita hendak menutup mata kalau kita perlu bekira bicara dengan manusia? Adakah kita kena pakai cermin mata gelap pekat bila berbicara dengan orang, terutama antara lelaki dan perempuan?




Lagipun kita juga telah djperintah supaya menutup aurat, terutama kaum wanita, supaya tidak terdedah bahagian-bahagian badan yang mempersonakan mata memandang, terutama kaum lelaki?




Justeru perintah menutup mata ini bukannya bererti menutup mata sepanjang masa, atau  membutakan mata, yang senghaja disalahertikan oleh orang-orang yang bodoh. Sedangkan mata Allah kurniakan kepada hamba-hambanya, bukan manusia sekalipun untuk melihat ciptaan Allah.




Sebenarnya pertintah menutup mata kepada orang Islam ini bererti kita dilarang melihat perkara-perkara atau bahagian anggota-anggota badan yang negatip yang boleh mencetuskan rasa berahi atau kehusyuk. kepada kaum lelaki dan wanita yang diharamkan.




Lebih-lebih lagi kepada kaum lelaki yang lebih mudah terpesonakan dengan pandangan badan yang memberahikan. Tegasnya mereka lebih mudah tertarik atau terpesona dengan daya tarikan seks.




Mengikut kajian kaum lelaki mempunyai berbagai-bagai cara alahan seks kepada perempuan, banyak perkara pada badan wanita yang boleh menjadi pesona seks mereka. Objek yang berbeza-beza antara seorang dengan seorang lelaki.




Umpamanya ada lelaki yang terpesona dengan mata wanita, terpesona dengan betis wanita, dengan punggung, dengan leher, dengan jarai-jemari, dengan senyum dan sebagainya lagi dari benda-benda yang ganjil sekalipun.




Sedangkan dalam kehidupan seharian pun, baik di jalan-jalan raya, di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar raya, di restoran-restran, malah di rumah kita pun  menerusi kaca TV, banyak membuka ruang untuk penzinaan mata.




Di kalangan lelaki juga ada mereka yang suka mengendap kamar tidur rumah orang, mengintip bilik mandi, tandas orang dan seumpamanya.




Malah ada juga dari kaum lelaki itu gemar mencuri coli wanita atau seluar dalam wanita untk dijadikan teman kesunyian.




Bahagian-bahagian yang mencetuskan daya berahi inilah yang dilarang mengunlang pandang oleh ugama untuk mencegah daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak baik kemudiannya.




Tujuannya semata untuk menutup pintu penzinaan mata inilah Nabi SAW berkata dalam sabdanya,




“Dua mata juga melakukan zina dan zina yang keduanya adalah memandang”.




Dan Allah berfirman maksudnya, “Katakanlah kepada lelaki yang beriman, supaya mereka  menahan sebahagian pengelihatan, dan menjaga kehormatannya. Yang demikian itu lebih suci untuk mereka. Sesungguhnya Allah itu tahu betul apa yang mereka perbuat”.”



“Dan katakan  kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian pengelihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya [tubuhnya] selaij dari yang nyata [mesti terbuka”. An-Nur [24]: 30-31.





Justeru pandangan yang biasa, yang ikhlas dan jujur dan tidak mengandungi unsur-unsur kelaparan seks tidaklah dilarang dalam Islam kerana tdak melakukan perzinaan mata di dalamya.




Dengan itu sangatlah jelas bahawa Islam tidak bermaksud untuk membina tembok-tembok pemisah di antara kaum lelaki dan perempuan dengan pagar-pagar bodoh yang tidak wajar, tapi hanya sekadar untuk membataskan terlebih dahulu bencana-bencana seks yang membinasakan diri dan masyarakat yang mungkin akan  berlaku jika tidak ada pencegahan awal.




Sekian.

 


Pondok Rahmat


15 Disember 2020/


29 Rabiulakhir 1

 

442


Read more...

>> Friday, December 11, 2020

 


INILAH MASA KITA



 





KITA hidup dengan masa. Kita hidup dal am masa. Masa itulah hidup kita. Masa itulah kita. Tanpa masa kita tida ada.



Masa tertus melompat laju ke hadapan.



Tidah ada jalan patah balik ke belakang. Kecuali sebagai peninjau dari jarak jauh. Sedar-sedar dari zaman kanak-kanak,kita melewati gerbang remaja, memasuki gerbang dewasa dan akhirnya merangkak   dalam usia tua.



Dan sementara itu masa terus juga mara  ke hadapan memecah segala tembok rintangan, hingga kita sampai ke tahap penghujug di mana perjalanan telah ditamatkan untuk kita.



Dalam masa-masa yang berlalu itu aneka pengalaman telah tempuh, aneka bentuk dan rupanya. Pengalaman-pengalaman itu adaya manis, pahit dan masam. Juteru ada yang kita suka, ada yang kita tidak suka,malah ada pula yang kita benci Ada yang kita minta dan ada yang tidak kita pinta.



Malah  biasa berlaku sebaliknya, apa yang kita pinta, bertambah jauh dari kita, sedangkan apa yang kita tidak pinta pula beertmbah dekat dengan kita.



Ertinya barang yang kita pnta tidak di perolehi, tap arang tidak kita pinta kita dapati.



Ini mendorong kita untuk berfikir panjang, merenung-renung masa yang lalu, melihat-lihat apa yang berlaku.



Suatu yang pasti kita tidak mempunyai apa-apa kuasa atas diri kita. Ada kuasa yang mutlak yang menentunkanya.



Walau bagaimanapun, melliat yang kita  kita perolehi, dan apa yang kita perolehi itu, kita masih boleh bersyukur.



Namun begitu, sebagai biasa, rasa tidak puas hati itu masih tetap muncul, kerana rasa masih belum mencukpi. Kita merasa masih ada yang tidak kita perolehi. Ertinya kita perlu lagi.,



Kita masih merasa  kekurangan yang perlu diisi,  masih ada yang kita kehendaki. Keinginan kita memang tidak bertepi, kepuasan nafsu tidak pernah tercapa.



Sebagai manusia yang waras, kita berusaha mencari rahsia kejayaan dan kegagalan yang kita perolehi. Kenapa kita berjaya dan seblaiknya kenapa kita gagal?



Kita pun nampak kejayaan yang telah perolehi. Mungkin kerana usaha yang kita lekukan itu sejajar dengan keperluan semasa yang dihendaki, iaitu tepat pada waktu dan masanya.



Kita melihat anak-anak kita membesar dan berjaya, semuanya telah berada di menara-menara gading, malah ada yang telah berjaya merangkul kejayaan yang membanggakan.



Ada di antara telah berumahtangga dan hdup dengan cemerlang sebagai anggota masyarkat yang berjaya.



Namun rasa tidak puas hati masih menyelit dalam hati kita, masih ada lagi sesuatu yang tidak mencukupi, sesuatu yang tidak kita perolehi.



Kita juga sedar bahawa semuanya itu berlaku dengan keizinan Allah Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Kalau Allah tidak bersama kita, kita tetap tidak berjaya.



Di samping itu sebab-sebab kegagalan kita juga banyak. Sebab-sebab menyebabkan kita tidak berjaya. Mungkin kerana usaha kita tidak mencukupi apa yang diperlulan, ataupun usaha kita tidak menepati dengan apa yang dikehendaki.



Perkara itu berkaku mungkin kerana kelemahan kita sendiri ataupun mungkin berpunca dari khianat orang yang tidak ingin melihat kita berjaya. Mereka mungkin melancarkan kempen-kempenn usaha dan wang ringgit untuk mengaggalkan usaha kita.



Namun kita sedar dunia ini bukan tempat kita memperoleh semua perkara yang kita kehendaki. Ia bukan pusaka emakbapa kita. Ia hak Allah yang menjadi hak seluruh makhluk.



Syukurlah apa yang ada, syukurlah apa yang kita perolehi. Pandanglah ke bawah masih ramai lagi orang-orang yang tidak senasib dengan kita, malah ada yang hdup melarat.



Dunianya bukan semuanya manis, dan bukan semuanya pahit. Selagi kaki kita tidak melangkah ke Syurga kita tidak boleh berkata “aku telah berjaya”.



Dunia masih luas terbentang. Berusaha dan bersyukurlah dengan apa yang ada di tangan anda selagi nyawa masih di jasad. Insyallah kehidupan kita akan bertambah luas dan selesa.



Inilah masa kita, masa yang kita miliki. Masa  akan datang belum tahu milik siapa?



Ketika berada dalam kesusahan Nabi SAW memberi nasihat yang khusus untuk kita yang bermaksud:



“Ya Allah aku berharap rahmat dan kasih sayang Mu, maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata, perbaikilah keadaanku semuanya, tiada Tuhan melainkan Engkau”



Amin



Sekian sekadar renungan.





Pondok Rahmat

11.12,2020/

25 Rabulakhir 1442


Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP