>> Friday, December 25, 2020
PAUH ATAU
MANGGA,RASA TIDAK BERUBAH
‘DIALAH yang
menjadikan tanaman-tanaman yang menjalar dan tidak menjalar, pohon kurma, tanaman yang
beraneka ragam rasanya, zaitun dan delima yang serupa [bentuk dan warnanya] dan tidak
serupa [rasanya]. Makanlah buahnya bila ia berbuah dan berikanlah haknya [zakatnya] pada waktu memetikc hasilnya tapi
janganlah berlebih-lebihan . Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan”.al-Ana’am [6] 141.
RATA-RATA orang Kelantan panggil pauh, buah
pauh, atau pohon pauh.
Demikian juga dengan orang Terengganu. Pauh juga.
Tapi orang lain-lain negeri pula,
seperti di Pantai Barat, panggil mangga
atau mempelam.
Walau bagaimanapun, ia tetap sama,
panggilan sahaja berlainan, pauh, manga atau mempelam.
Dalam artkel ini ringkaskan
cerita kita panggil sahaja pauh, buah pauh atau pokok pauh.
Di negara kita Malaysia, di mana
sahaja kita pergi kita boleh bertemu dengan
pokok pauh
Pokok pauh tumbuh di merata-rata
tempat, tidak payah masuk hutan untuk mencarinyanya.
Malah tidak jarang pula yang
berbuah dan buahnya pun lebat ranum walaupun di pinggir jalan yang sibuk.
Pokok pauh adalah pokok yang tumbuh di kawasan tropika, atau Khutulistiwa terutama di hutan belantaranya yang lebat. Ia didapati banyak tumbuh di di negara Australia, di Asia, di Afrika dan di Amerika Selatan.
Pokok pauh jenis pokok yang berbunga, dari bunga itulah ia berputik mengeluarkan buah. Biasanya buahnya lebat setiap tangkai.
Butir pauh ini boleh disemai untuk
melahairkan anak pauh,
Daun-daunnya lebat, berwarna
hiaju sepanjang masa memayungi pokoknya yang boleh tumbuh sampai setinggi dua
puluh meter. Jika tumbuh di tepi jalan, pokok pauh dijadikan tempat berteduh
yang selesa, dan biasanya di bawah teduhannyadi letak gerai makan.
Tentang buahnya pula ada rupa yang berbeza, ada yang bulat
gotel, ada yang berbentuk buah pinggang,
dan inilah yang paling termasyur yang dipanggil pauh siam. Saiznya mempunyai
berbagai-bagai ukuran pula.
Rasanya pula ada masam purit, ada
yang masam manis, dan ada yang manis leting, dan inilah yang paling termasyur.
Isinya yang masak cukup lembut
dan selera dimamah dan ditelan dengan rasanya yang mans itu.
Isinya itu bukan sahaja boleh
dimakan begitu sahaja, tapi juga boleh dikisar dan dijadikan mnuman sejuk yang
menyedapkan terutama di kala dahaga.
Namun begitu ada juga orang-orang
muda yang cari buah pauh yang masam, untuk dimakan dengan colek, terutama
anak-anak muda dan wanita-wanita yang mengandung kerana mengidam.
Di Kelantan pauh masam yang
dimakan dengan colek ini dipanggil pauh ringan, yang buahnya kecil-kecil
sahaja, namun begitu kadang-kadang jika dibiarkan masak dan tua dipohon ada
juga yang manis rasanya, enak di makan.
Buah-buah pauh tua yang dipetik dari pokok ini tidak tahan lama, ia perlu dimakan segera, kalau tidak ia akan menjadi lembek dan buruk, masam tidak boleh dimakan lagi, kecuali tong sampah.
Buah pauh boleh disimpan lama
jika buahnya ketika dipetik itu dalam keadaan tidak masak, dan segera diproses
untuk dijeruk yang boleh tahan berbulan-bulan. Sejak kebekalangan ini pauh
jeruk telah menjadi perniagaan yang populer di negara kita.
Ada sesetengah orang pula membuat
acar masak buah pasuk. Acar ini biasanya dimakan dengan nasi, seperti nasi
berani. Di luar negara seperti India
acar ini telah lama terdapat di pasaran.
Orang Kelantan suka buat sambal
pedas putik pauh muda untuk dimakan sebagai pencicah makan nasi. Buah pauh muda
ini ditumbuk atau dikisar jangan sampai hancur
dengan sambal pedas, dimakan sebagai pembangkit selera.
Atau paling tidak pun, buah pauh
muda yang masam itu dirincis halus-halus dan digaul dalam budu pedas berlada untuk
dibuat teman makan ikan panggang bakar atau daging bakar.
Sesetenga orang kampung pula
masak gulai lemak ikan dengan putih pauh
untuk buae kuah.
Sejak kebelakangan ini pula pulut
bersantan pauh dengan gula pun telah menjadi populer untuk hidangan di rumah
atau makan di retorant. Pauh itu hendaklah yang manis rasanya, atau
setidak-tidaknya masam manis, atas kesukaan pemakaannya.
Seperti lumrah, ada kampung-kampung menamakan pauh dengan nama kampung mereka, dengan ada tambahan atau tanpa tambahan di hadapan atau di belakangnya. Kampung-kampung mengambil nama pasuh ini terdapt di serata tempat di Malaysia.
Antara kampung-kampung itu ialah
Kampung Pauh Sembilan, Kampung Pauh, Kampung Pauh Butut, dan Kampung Permatang
Pauh dan sebagainya.
Menyentuh sedikit tentang Permatang Pauh, hari ini Wakil Parlimennya diwakili oleh YB Nurul Izzah Anwar Ph-PKR, terletak di Seberang Perai Pulau Pinang.
Bentuk buah pauh yang dihirih mempunyai bentuk yang sungguh cantk menarik jika terdapat pada pipi seorang wanita, sehingga diibaratkan “pipinya seperti payuh di layang”. Ada beberapa wanita popular tanah air hari ini mempunyai bentuk pipi pauh dilayang.
Pada pengakhirian tulisan ini penulis teringat kepada sebuah pantun lama yang yang berbunyi
kalau tidak
silap:
Putit pauh delima batu
Anak
sembilan di tapak tangan;
Walaupun jauh
negerinya satu
Hilang di mata
di hati jangan.
Saya terasa
hendak jawab:
Sungguh
lebat pokok celagi
Tumbuh
bersanding pokok mensta;
Kami tidak berubah hati
Takut tuan
berubah rasa.
Sekian.
Pondok Rahmat
24 Disember
2020/
8 Jamadulawal
1442