LETIH;PANTANG-PANTANG BILA SAKIT
>> Tuesday, March 29, 2016
LETIH:
PANTANG-PANTANG BILA SAKIT
Sebagai manusia, sekali sekala tentu kita diserang keletihan, kepenatan, kelesuan atau kelelahan.
Akibat keletihan menyebabkan kita tidak berdaya atau kurang kemampuan untuk melakukan apa-apa kerja yang memerlukan tenaga mental dan fizikal.
Untuk memulihkan
kembali tenaga yang merosot dan masuk ke wilayah keletihan itu memerlukan rihat
yang wajar dan mencukupi.
Tapi tahukah kita
cara-cara berihat untuk memulih kelesuan dengan cara yang wajar?
Sebab-sebab Keletihan
Ada beberapa faktor
yang menyebabkan seseorang ditimpa keletihan:
Kerana terlalu
banyak kerja berat yang melibatkan mental.
Terlalu banyak kerja
berat yang menggunakan tenaga fizikal, terutama dalam suasana tidak
menggalakkan.
Mendapat tekanan di
tempat kerja, baik dari segi mental atau fizikal.
Tidak mendapat
makanan yang mencukupi, atau makanan yang kurang berzat.
Kerana sakit kronis,
terutama yang berpanjangan.
Kerana makan
ubat-ubat yang tertentu.
Kerana usia, seperti
orang-orang yang telah lanjut usianya. Namun begitu, harus diingat kekuataan
fizikal torang tua tidaklah sama dengan kekuataan tenaga orang-orang yang masih
muda belia.
Dan lain-lain sebab
lagi.
Kepada mereka yang
sering dilanda keletihan, pakar-pakar kesihatan menasihatkan mereka supaya:
Menjauhi Makanan
Kurangkan pengambilan
gula.
Kurangkan makan kek.
Kurangkan makan
biskut.
Kurangkan minum teh
untuk mengelak kafeina di dalam kandungannya.
Kurangkan minum kopi
untuk tujuan yang sama.
Kurangkan minuman
kola untuk tujuan yang sama.
Jauhkan minum keras
[Orang Islam berdosa minum arak]
Perlu Dimakan:
Sebaliknya pakar-pakar
kesihatan menasihat mereka supaya:
Banyak memakan
makanan-makanan yang kaya dengan zat besi dan zat zink.
Banyak memakan
sayur-sayur yang berwarna hijau tua untuk mendapat folat, dan karbohidrat kompleks .
Banyak memakan ikan
dan telur untuk mendapat vitamin B [12].
Buah tin, di samping
dapat mempertingkatkan daya memori otak, dan mencegah anemia, juga berguna
untuk mengurangkan keletihan.
Petua Mengatasi Keletihan
Jika anda tiba-tiba
merasa keletihan, cubalah amalkan petua yang ringkas ini untuk menghilangkan
keletihan itu daripada diri anda.
Beginilah caranya:
Langkah pertama,
duduk di atas kerusi atau bersila, atau mana-mana yang selesa kepada anda.
Baca Ayat Qursi,
kemudian berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan kesegaran dan dihilangkan
keletihan.
Langkah kedua, tutup
mata.
Bayangkan dalam
benak anda, bahawa anda sedang melakukan sesuatu aktitviti yang menyeronokkan,
dan menarik hati anda, seperti bermain bedminton, bermain bola dan sebagainya
daripada permainan yang anda minati.
Bayangkan anda bermain
dengan penuh kesungguhan, semangat , bertenaga dan dengan senang hati dan
gembira.
Selepas itu
bayangkan pula anda berada dalam keadaan, tenang, segar-bugar dan bahagia dan
berada dalam suasana yang sungguh mententeram dan menyenangkan.
Bayangkan demikian
untuk selama beberapa minit.
Kemudian bayangkan pula
anda sedang memunggut dan membungkus segala perkara-perkara yang menjadi punca
kepada keletihan anda itu ke dalam sebuah bungkusan dan cantumkan atau ikat
kemas-kemas tanpa boleh dibuka.
Bawa bungkusan itu dan
lemparkan ke dalam tong sampah atau tinggalkan sahaja di tepi jalan.
Atau lebih baik lagi
kalau anda banyangkan anda mencampak bungkusan
itu dari atas sebuah jambatan ke dalam sungai lalu hanyut dibawa arus
yang deras, dan terus hilang dari pandangan mata anda tanpa kembali-kembali
lagi.
Buka mata anda
perlahan-lahan, sambil melafazkan Asmaa-Ul Husna: “YAA QAWIYYU YAA MATIIN”. seberapa banyak yang anda suka.
Sekarang anda boleh
tersenyum dan merasa puas, ringan dan lega.
Sekian.
Sekian.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
Read more...