MENCARI
REZEKI DALAM MENCARI REDA ALLAH
Setiap hari dan
setiap waktu, kita melihat manusia di sekitar kita bekerja. Mereka melakukan
beraneka pekerjaan. Ada yang menjawat jawatan kerajaan, ada yang bekerja di
syarikat-syariat swasta dan ada juga yang bekerja sendiri. Jika dalam sektor
makan gaji banyak mempunyai bidang kerja, maka demikian juga dengan kerja
sendiri. Banyak mempunyai jurusannya, bertukang, berkebun, berternak, bertani,
berniaga dan bernelayan. Para petani bertugas di darat, sementara para nelayan
bertugas di laut, menempuh ombak dan gelumbang untuk mencari sesuap rezeki.
Ada di antara mereka
bukan sahaja bekerja di siang hari, tapi ada juga menyambung kerja di
malam-malam hari, dengan berjualan di pasar-pasar malam. Ada yang berniaga di kedai-kedai
makan atau restoran-restoran. Malah ada yang bekerja selama 24 jam, dari pagi
ke pagi, dan dari malam ke malam, tidak henti-henti.
Demikianlah manusia
sentiasa sibuk dengan urusan mencari rezeki, tegasnya mencari makan. Akibatnya
dunia ini riuh-rendah dan gegak-gempita dengan aneka bunyi manusia dalam
kesungguhan usahanya mencari rezeki.
Semua orang ingin
yang terbaik. Inginkan yang terbanyak. Yang berlebihan. Demikian juga dalam
memburu harta dunia. Mereka ingin memperolehi sebanyak-banyaknya. Justeru
nafsu inginkan yang terbanyak ini sering membuat mata mereka terhijab.
Terlindung. Oleh itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat yang
terbaik dan terbanyak itu. Tidak memadai dengan usaha-usaha halal, mereka
lakukan kerja-kerja haram, menipu, mengecek, mencuri, merompak, menyamun,
menguggut, menggertak, mengancam, memperdaya, mengkhianat, merasuah dan membunuh
sekalipun.
Tujuan mereka
berbuat demikian untuk memperoleh pendapatan yang lumayan dengan kepercayaan
mereka akan memperolehi kebahagian hidup di dunia. Untuk tujuan itu mereka
membeli makanan dan minuman yang enak-enak, membeli pakaian yang mahal dan
cantik, membeli alat-alat rumahtangga yang mewah, membelli rumah besar dan mewah dan membeli kenderaan mewah dan serba neka barang yang canggih
yang tidak terbeli oleh manusia biasa. Mereka membeli tanah-tanah dan
kebun-kebun yang melaut luasnya. Semuanya itu dengan harapan yang tinggi akan
memberi kebahagian kepada mereka untuk mengharungi kehidupan dunia yang
sementara ini.
Demikianlah manusia
di seantero dunia, baik tua atau muda, remaja atau dewasa, bercawat kotel, memburu
harta dan kekayaan dengan harapan dapat membahagiakan hidup mereka. Namun begitu, tidak semua dari mereka
berjaya mencapai puncak kemewahan yang mereka kejarkan, malah sebaliknya
kebanyakan mereka tumbang dan berselerak-tok di tengah jalan dan sesat tanpa
arah tujuan. Mereka telah kehilangan arah, tanpa pendoman, tidak mengetahui
matlamat mereka yang sebenarnya dalam memburu kebahagian hidup, kerana telah
tersalah sangka, tersalah pandang, bahawa wang ringgit dan kekayaan itu akan
menimbunkan kebahagian kepada mereka.
Mereka telah salah
sangka dalam menilai harta dan kekayaan dapat memberikan kebahagian yang abadi
kepada mereka. Anda tentu mengetahui berapa ramai orang-orang yang dianggap
berada, yang kaya dan jutawan, tapi mereka tidak pernah berbahagia, malah
kecewa dengan berbagai karenah yang menimpa akibat kecuaian diri sendiri. Ada
di antaranya yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan haram, rasuah, tipu daya; dan
kerana kesihatan yang tidak memuaskan atau buruk, atau pun anak-anak yang telah
rosak akhlak, kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang buruk, seperti
penagihan dadah, gejala-gejala sosial yang buruk dan sebagainya.
Kekayaan Yang Sebenanrya?
Orang-orang yang
dikelilingi oleh harta yang menibun, yang memiliki wang ringgit yang besar,
dikatakan orang kaya atau jutawan. Sebaliknya orang-orang yang tidak berduit
atau berharta benda, dikatakan orang miskin atau fakir.
Lumrahnya, kian
berharta dan kian kaya seseorang itu maka kian besar dan banyaklah keperluan
hidupnya, baik dari segi makan minum dan kemudahan-kemudahan yang lain, sepertu
rumah dan kenderaan. Sebaliknya kian miskin dan fakir, seseorang itu maka kian
sedikit dan kecillah keperluan-keperluan yang dibutuhinya.
Marilah kita renung
sejenak, apakah hakikat kekayaan atau kemiskian itu yang sebenarnya? Menurut
para Hukama, orang-orang yang miskin ialah orang yang banyak keperluannya,
tapi sebaliknyan orang-orang yang kaya adalah orang-orang yang sedikit
keperluan atau kemustahakannya. Justeru kian banyak keperluan seseorang itu,
maka kian miskin hakikat dirinya, sebaliknya kian sedikit keperluan seseorang
itu, maka kian kayalah dia. Allah yang Maha Kaya, Maha Besar dan Maha
Segala-galanya tidak memerlukan sebarang keperluan atau hajat. Maka kerana
itulah Dia dikatakan Maha Kaya.
Berdasarkan hakikat
ini, orang-orang kaya, orang-orang jutawan yang memiliki banyak harta kekayaan
dan banyak kerperluannya, maka mereka termasuk dalam kategori orang miskin.
Demikian mengikut definisi miskin dan kaya mengikut para Hukama.
Justeru jika kita
ingin menjadi orang miskin, panjangkan angan-angan, banyakkan keperluan itu dan
ini, cintakan barang-barang yang belum dimiliki, ingin rumah kediaman yang lebih
besar dan cantik, walaupun rumah sekarang sudah lebih besar dan lebih cantik,
inginkan kereta baru yang lebih besar dan canggih, walaupun kereta sekarang
masih baru dan utuh, inginkan lagi tanah dan ladang, walaupun ladang sekarang
sudah tidak terurus dan terbiar, ingin lebih banyak emas, intan dan berlian,
walaupun badan sudah penuh bersalut dengan emas dan permata; Malah ada pula
suami yang telah mempunyai isteri yang telah cukup baik, dan anak pinak, ingin
menambahi isteri atau lebih buruknya ingin meninggalkan isteri lama itu untuk
mencari isteri baru yang masih muda’ demikian juga si isteri walaunpun telah
berusami dan beranak pinak selama bertahun-tahun tapi masih ingin mencari laki lelain
yang lebih muda, dan lebih malang lagi kalau bermain kayu tiga, untuk menikmati
pucuk muda secara haram. Demikianlah kuasa dan harta kekayaan itu boleh mempengaruhi diri manusia
ke jalan yang kelam dan keji jika tidak berhati-hati dan berwaspada.
Justeru untuk
menjadi orang kaya, sedikitkan keinginan, bataskan keperluan, kurangkan hajat.
Berpada-pada dengan apa yang ada. Jangan perbesarkan perbelanjaan yang tidak
perlu, dan jangan banyakkan kerperluan kepada barang-barang yang remeh-temeh.
Biasanya benda-benda yang remeh-temah inilah yang memperbesarkan perbelanjaan, dan
bukannya perkara pokok yang penting.
Tentanglah segala nafsu meragam dengan taqwa. Jangan kikir untuk memberi
sedekah kepada fakir miskin, atau kepada orang-orang yang memerlukan
pertolongan. Berbelanja hanya dijalan yang dibenarkan oleh Allah. Di sana
nanti, kita akan bertemu dengan kebahagian yang hakiki.
Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya:
“Bukanlah kekayaan itu disebabkan seseorang mempunyai
banyak harta, tetapi kekayaan yang sebenar ialah kekayaan jiwa”.
Ini bererti, mereka
yang tidak mempunyai harta benda yang banyak itu pada hakikatnya bukanlah orang
miskin, malah sebaliknya dia dianggap seorang yang kaya, kerana darjah
keruhaniannya yang tinggi dalam memberi ketaatan kepada Allah SWT.
Sebaliknya pula
orang yang banyak mempunyai harta benda itu tidaklah dianggap tinggi di sisi
Allah, kiranya dia tidak mempunyai kekayaan dari segi keruhaniannnya dan tidak
diselaraskan dengan syariat agama yang suci. Kekayaan yang sebenar ialah
kekayaan ruhani yang berkekalan keadaannya.
Di sisi agama
seorang yang mempunyai harta benda yang banyak itu masih belum dianggap kaya
selagi dia tidak memperseimbangkan
kekayaan kebendaan itu dengan kekayaan keruhanian yang sejajar dengan syariat
Allah. Kekayaan keruhanian, tidak seperti kekayaan kebendaan, merupakan kekayaan
yang kekal dan abadi hingga ke akhirat.
Kebahagian
kebendaan, tidak menjamin kebahagian hidup seseorang, sebaliknya kekayaan
keruhanian memberi jaminan yang utuh kepada kebahagian hidup seseorang.
Orang-orang yang berjiwa besar sudah tentu dapat menghadapi rintangan hidup
dengan aman dan tenang. Selagi seseorang belum dapat menikmati kepuasaan dan
ketenangan, maka selama itulah dia tidak akan dapat merasa kenikmatan
kebahagian hidup. Andainya kita memiliki kekayaan jiwa, maka selama itulah kita
akan merasa bahagia, walaupun kita tidak mempunyai harta dan kekayaan, dan kiranya dalam
masa yang sama kita juga seorang yang mempunyai banyak harta maka kebahagian
kita akan bertambah, dan kita akan menjadi sebahagia-bahagia manusia di dunia
ini.
Namun kita tidak dilarang
berusaha mencari harta dan kekayaan dengan cara yang benar dan halal. Dan kita
hanya mencintai harta benda itu semata-mata kerana ianya merupakan pengurniaan
daripada Allah, tegasnya kita mencintai harta kerana Allah, dan bukan sama
sekali kerana harta itu harta atau kerana kekayaan itu kekayaan yang telah
berjaya merosakkan umat manusia di dunia ini. Dan harta itu merupakan sokongan
untuk memperkuatkan iman dan membina keteguhan hati dalam ketaatan kepada
Allah.
Agama memang
menyuruh kita mencari rezeki, mencari harta, kerana harta itu banyak
kegunaannya. Apa yang dilarang ke atas kita ialah memprsalahgunakan harta itu, memuja
dan menilainya lebih dari sewajarnya. Kerana pemilik harta yang banyak itu
sepatutnya bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniakana anugerah yang
melimpah-ruah dari Allah.
Dengan memiliki
harta benda, kita dapat menolong diri sendiri, menolong keluarga dan semua
orang-orang yang memerlukan pertolongan. Dengan harta benda kita dapat membantu
sesama manusia. Dengan harta benda kita dapat menunai perintah Allah dalam
menegak agama-Nya. Dan dengan harta benda kita dapat mencegah diri kita dari
jatuh ke lembah kekejian dan kehinaan.
Dengan memiliki
harta kita dapat memenuhi keperluan lahiriah badan kita, kerana badan kasar
kita ini mmerlukan makanan dan minuman untuk hidup, dan badan kita memerlukan
pakaian untuk melindunginya dari kekotoran, kesejukan dan kepanasan. Dan
semuanya itu memerlukan harta untuk memperolehinya. Ini semua sebahagian
daripada keperluan asasi seseorang insan sebelum nyawanya diragut maut.
Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya:
“Barangsiapa mencari dunia yang halal dengan tujuan
agar dia tidak meminta-minta, dikasihi jiran tetangga dan memenuhi kewajibaan
untuk keluarga, niscaya pada hari kiamat ia akan muncul dengan wajah
berseri-seri seperti bulan purnama raya”.
Malangnya, banyak
orang telah menukar Tuhan yang sebenar dari Allah kepada harta benda. Siang
malam, petang pagi usahanya mencari harta semata dengan langsung melupakan
Allah. Hatta harta yang dimasukkan ke poket itupun tidak dikira halal atau
haram. Semuanya disebat. Orang seperti ini lebih suka menurut nafsunya daripada
menurut agamanya. Walaupun agama kata haram, dia kata halal, maka halallah
baginya. Inilah bibit-bibit kemusnahan yang menimpa pemburu harta yang pelahap
semata-mata untuk jadi kaya.
Justeru sesiapa yang
terdampar di lubuk kemiskinan hidup, janganlah merasa keji dan hina, kerana
rezeki adalah kurnia Allah kepada semua makhluk-Nya. Cuma apa yang berbeza
ialah pengurniaan rezeki itu berbeza-beza atau tidak sama antara seorang dengan
seorang. Ertinya ada orang yang dikurniakan dengan banyak dan melimpah-ruah,
dan sebaliknya ada pula dikurniakan dengan rezeki yang sedikit. Walau bagaimana
kedua-dua golongan itu hendaklah berterimakasih, bersabar dan bersyukur kepada
Allah, kerana semua ketentuan dari Allah. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka
kesempitan ialah berusaha dan berikhtiar, dan tidak berpeluk tubuh menunggu
rezeki jatuh dari langit.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan
Read more...