PROF DR MUHD KAMIL IBRAHIM BERDAKWAH SECARA PERCUMA

>> Tuesday, September 29, 2015





PROF DR MUHAMMAD KAMIL IBRAHIM  TIDAK MEMERLUKAN UPAH UNTUK BERDAKWAH



PARA pendakwah hari ini sejauh yang diketahui menetapkan terlebih dahulu bayarannya jika mereka diundang untuk menyampaikan ceramah di mana-mana tempat sekalipun. Bayaran yang dikenakan itu biasanya antara ratusan dan ribuan ringgit untuk sekali ceramah.


 
              Prof.Dr.Muhammad Kamil Ibrahim
                                 

Di samping iru pehak penganjur pula biasanya akan menyampaikan hadiah-hadiah tertentu kepada penceramah selepas berceramah nanti.


Tapi tidak demikian dengan Prof. Dr. Muhammad Kamil Ibrahim yang pernah datang memberi tazkirah Subuh di Masjid al-Qasimi, Pasir Tumboh Kota Bharu Kelantan sehari menjelang hari raya Idul Ad-ha baru-baru ini.


Ceramah beliau menarik, mudah difaham dan mempunyai unsur-unsur suspen yang mempunyai jawapan nyata yang mungkin tidak diduga oleh hadirin.


Dalam ceramah  pagi itu antara lain beliau menjelaskan, beliau bersedia dijemput untuk memberi ceramah agama di mana-mana sahaja asalkan sesuai dengan masa yang dimilikinya. Tapi katanya ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh penganjur, antaranya:


~Jangan tanya fasal bayaran, kerana beliau tidak mengenakan apa-apa bayaran.


~Jangan beri beliau apa-apa hadiah, kerana beliau tidak memerlukanya.


~Waktu Subuh dia perlu pergi ke masjid atau surau untuk sembahayang Jemaah. Waktu-waktu yang lain para musafir boleh sembahayang qasar dan jama’.


~Beliau memerlukan sebotol air mineral ketika berceramah untuk menghilangkan dahaga kerana beliau menghidap penyakit kencing manis.





                           Prof.Muhammad Kamil, tengah dan Imam Masjid al-Qasimi kanan


Seterusnya beliau menegaskan, “Saya urus sendiri segala perbelanjaan saya . Berdakwah adalah tanggungjawab setiap orang Islam. Kalau hendak cari duit bekerjalah, dan jangan bergantung kepada usaha dakwah”.


Kita doakan semoga Prof. Dr. Muhammad Kamil Ibrahim dikurniakann kesihatan yang baik dan dilanjutkan usia untuk terus menaburkan jasa baktinya kepada seluruh umat manusia. Tidak ramai hari ini orang yang sanggup berkorban seperti beliau walaupun untuk berdakwah.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP