KG.APAM DI PASIR MAS DAN HUBUNGANYA DENGAN SURAKARTA DI JAWA
>> Sunday, September 6, 2015
KG. APAM DI PASIR MAS, DAN HUBUNGANNYA DENGAN
SURAKARTA DI JAWA
Dalam isu lepas kita membicarakan tentang Tok Uban di Pasir Mas Kelantan,
dengan Tuban di Jawa Timur petikan dari hasil kajian Drs. Abdul Rahman
Al-Ahmadi.
Engku Cik Tuan Mahmud ahli kelurga Raden Panji dengan barang-barang peninggalan Raden Panji. Gambar dirakam tahun 1960an.
Untuk isu ini kita teruskan pembicaraan oleh beliau juga tentang sebuah kampung berdekatan dengan Kg. Tok Uban, iaitu Kampung Apam yang banyak pertalian dengan Surakarta di Jawa Tengah, Indonesia.
Kampung Apam ini terletak dalam arus Sungai Tok Uban-Lubok Jong. Di Kampung
Apam ini kata beliau terdapat sebuah cerita rakyat mengenai Raden Panji. Menurut cerita tersebut Raden
Panji berasal dari Surakarta, Jawa Tengah. Beliau dianggar datang ke Kelantan dalam zaman pemerintahan Long Yunus 1756 M [1176H].
Ada dua kemungkinan kenapa beliau datang ke sini. Pertama mungkin kerana
semata-mata untuk berwasata dan kedua
mungkin kerana perlarian, kerana dalam abad 18 itu penjajah Belanda
membuat tekanan hebat ke atas rakyat di Pulau Jawa dengan tanaman paksa
[cultural system].
Menurut ceritanya, Raden Panji pernah menjadi imam di Kampung Apam, dan
pernah membina sebuah surau yang rekabentuknya seperti Masjid Kampung Laut. Surau itu telah
terbakar, dan dibangun semula oleh anak-anak cucunya. Tapak surau itu masih
dapat dilihat sampai sekarang di Kampung Apam..
Radem Panji membawa bersamanya beberapa bahan penting dari Jawa.
Bahan-bahan itu masih disimpan oleh anak cucunya sampai sekarang. Barang-barang itu berupa
batu penggiling yang digunakan untuk menggiling ubat-ubat tradisi dan batu
nisan yang dibawa oleh beliau dari Jawa sebagai cadangan untuk diletak di atas
makam beliau sendiri dan juga isterinya.
Beliau juga membawa sepohon gayam, yang sehingga ke hari ini masih subur tumbuh di Kampung Apam. Pohon gayam banyak ditanam di Jawa Tengah dan boleh hidup sempai beratus-ratus tahun. Daunnya boleh dijadikan ubat dan buahnya boleh dijadikan makanan. Pohon ini ada kaitan dengan kepercayaan ghaib di Jawa.
Beliau juga membawa sepohon gayam, yang sehingga ke hari ini masih subur tumbuh di Kampung Apam. Pohon gayam banyak ditanam di Jawa Tengah dan boleh hidup sempai beratus-ratus tahun. Daunnya boleh dijadikan ubat dan buahnya boleh dijadikan makanan. Pohon ini ada kaitan dengan kepercayaan ghaib di Jawa.
Raden Panji telah berjaya menysun petak-petak kuburan berdasarkan kepada susunan makam di Jawa Tengah, iaitu di bahagikan kepada petak-petak tertentu bagi kampung-kampung tertentu di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk memudahkan pihak kampung tersebut mengenal petak masing-masing, menajga kebersihan dan merawat kuburan kampung mereka. Ia juga untuk memudahkan ahli waris dari kampung-kampung tertentu menziarahi makam keluarga masing-masing. Makam keluarga baku [induk] terletak di tengah-tenghnya.
Engku Cik di samping makam Raden Panji
Bahan-bahan lain peninggalan Raden Panji pada anak-anak cucunya ialah sebilah keris Lok, sebilah keris panjang anak alang, sebilah lembing, sebuah al-Quran tulisan tangan, sebuah reha songket, satu rangkap wayang kuit Melayu Panji.
Ada beberapa peninggalan Raden Panji pada anak-anak cucunya yang menjadi ciri adanya pertalian hubungan kekerabatan mereka dan sekaligus pertalian hubungan Kampung Apam, Kelantan-Jawa, khusunya Apam-Surakarta berupa Jampi Hala [Harimau Hala] yang berbunyi:
Doho, Kuripan, Gegelang
Singhasari,
Raden Sundang, Raden Panji, Raden Kertapati, Raden Inukartasih
Mak Sarjan, Sarjan Kilat sarajalawangi.
Di samping itu ada jampi laing berbunyi:
Sang Sinuhun Wong Agong Betara Guru
Ya Semar, ya Sembong Semar keluar
Zaman Nenek Maha Tenggara macam seroja
Chang bercang atas anak cucu cicit Semar Wong
Pada waktu ketika itu
Minta semar turun dari dalam dunia
Bumi lemah, tanah ratu marcapura alang dunia
Sebak bapak dalang ada loghat ada gaduh
Hendak minta lepas dari segala
Kuwung cendeng badi
Bala seroka atas sifat Muhammad, pada Idris
Lepas seorang lepas semua
Lepas sekali bawa besar Semar
Galuh, Inu, Turas.
Jampi seperti ini tidak khusus terdapat pada keluarga Raden Panji ini, tetapi terdapat pada orang-orang tertentu, terutama dalang dan bomoh di Kelantan. Fakta ini semua menandakan bahawa di daerah Tok Uban dan Apam ini penting untuk dikaji sejarahnya kembali.
Demikianlah sekelumit catatan Drs. Abdul Rahmad Al-Ahmadi mengenai artifek-artifek penting di Tok Uban dan Apam di Kota Bharu Kelantan sebagaimana terdapat dalam kertaskerja beliau di Seminar Arkeologi Malaysia Dengan Tumpuan Khusus Kepada Negeri Kelantan pada 22 hingga 24 Ogos, 1986.
Lorong Masjid Al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
4 comments:
Assalamualaikum Tuan.
Sebelum raya 2022, saya ada buat carian di google dan terjumpa blog tuan.
Saya generasi ke 6 Raden Panji. Sempat saya ziarah pusara saudara mara pada hari raya lepas.Sempat juga mengira saya dilapis ke berapa. Saya berjodoh dengan orang To' Uban. Melihat pada tulisan tuan terlintas pula saya apa perkaitan yang ada....
Ada saya kongsikan gambar kubur Kg. Apam yang terbaru. Pagarnya dah diganti baru.Tuan boleh ke fb saya Rafizah Daud untuk gambarnya.
Terima kasih tuan..
Sy keturunan ke-5 radin panji harini baru tahu salasilah keturunan
Post a Comment