KISAH PAK CU LEH TOK BOMOH KAMPUNG SALOR
>> Friday, September 25, 2015
KISAH PAK CU LEH TOK BOMOH KAMPUNG
SALOR
ORANG panggil dia Pak Cu Leh. Dan panggilan yang lebih popular lagi ialah Pak Cu Leh Tok Bomoh. Nama sebenarnya Saleh bin Haji Muhammad.
Ayahnya bernama Muhammad dan ibunya dikenali dengan panggilan Tok Munah.
Panggilan yang popular di kalangan anak cucu ialah Cik Leh atau Cik Saleh.
Profesion asasi beliau ialah tukang gunting. Merawat orang sakit atau berbomoh adalah tanggungjawab sampingannya. Namun begitu tidak ada siapa yang memanggil beliau dengan nama panggilan Pak Cu Leh tukang gunting. Tidak ada siapa yang mengenalinya dengan nama tersebut.
Beliau bukan sahaja dihormati dan terkenal di
seluruh Kampung Salor, malah di luar kampung dan Daerah Salor, malah juga di
luar Negeri Kelantan, khususnya di Pahang.
Beliau tinggal di rumah beliau
berhampiran dengan Sungai Kelantan, di belakang Kedai Salor. Dari rumah beliau itu orang boleh nampak
air Sungai Kelantan yang sentiasa mengalir. Tapi rumah pusaka itu kini telah
roboh menyembah bumi sejak beberapa tahun yang lalu mungkin kerana
ketidakperhatinan keluarganya.
Beliau telah bergiat dalam bidang perbomohan sejak masih muda lagi. Tapi namanya termahsyur sekitar tahun 1950an hingga awal tahun 1970an. Sementelah pula pada waktu itu perkhidmatan kesihatan moden masih lagi belum meluas, kerana itu ramai orang-orang kampung tidak biasa denganl hospital.
Beliau dijemput oleh orang-orang kampung untuk merawat berbagai-bagai jenis penyakit, termasuk penyakit misteri. Antara penyakit-penyakit yang pernah dirawatnya ialah aneka jenis demam, naik campak, bertih, sakit mata, cacing, bengkak-bengkak pada badan dan sebagainya.
Beliau bukan sahaja membaca jampi-jampi khusus tapi lebih banyak menggunakan ubat-ubat yang berupakan herba, iaitu daun-daun dan akar-akar kayu. Beliau meninggalkan banyak ubat-ubatan akar-akar kayu yang disimpan dalam botol dan sebagainya. Di samping itu ada juga batu-batu dan anggota-anggota haiwan yang digunakan dalam perubatannya. Tapi malangnya tidak ada siapa daripada warisannya sehingga ke hari ini yang muncul sebagai bomoh. Namun begitu, cucu cicitnya ada pula yang menjadi bomoh moden, iatu doktor-doktor.
Akar-akar kayu itu digunakan secara direbus untuk
diminum airnya atau diasah di atas sejenis alat khas yang dipanggil canai untuk merawat
penyakit-penyakit tertentu. Demikian juga dengan daun-daun kayu direbus atau
digeleng untuk ditempek di tempat yang sakit, seperti bengkak-bengkak pada
anggota badan. Ada pula yang direndam untuk diminum airnya sebagai penawar penyakit.
Katanya dia tidak menggunakan jin atau syaitan
dalam merawat orang sakit, apa lagi memelihara hantu untuk tujuan perubatan.
Pada suatu ketika beliau mengalir air mata kesedihan bila ada di antara
keluarganya menuduh beliau memelihara hantu untuk berbomoh. Beliau menangis di
hadapan saya dan meminta saya supaya memperbetulkan tuduhan dan salah sangka
itu.
Peranan beliau lebih dari doktor biasa dalam
bidang perawatan orang sakit. Beliau boleh dipanggil bila-bila masa sahaja,
baik siang atau malam bila ada orang sakit dan memerlukan bantuannya. Pukul
satu atau dua pagi ketika sedang nyenyak tidur pun ada orang datang ke rumah
untuk menjemput beliau datang ke rumah mereka untuk tujuan rawatan.
Tidak seperti doktor hari ini, beliau tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran terhadap pesakit. Ada di antaranya menghulurkan sedikit habuan dan ada pula dari mereka tidak memberi apa-apapun. Tapi beliau tidak pernah merungut atau mengomel. Sebagai seorang bomoh khidmat mesti diberikan dengan ikhlas walau diberikan habuan atau tanpa diberi habuan.
Selain daripada merawat orang sakit biasa, beliau juga juga terkenal sebagai tukang urut. Beliau mengurut orang-orang sakit urat, tersalah urat. Malah juga orang-orang pata tulang atau trkehel sendii.
Untuk pesakit yang patah tulang, beliau terlebih dulu memsukkan tulang yang patah itu ke tempat asalnya dengan cara mengurut, dan kemudian membelatnya supaya tulang-tulang yang patah itu tidak bergerak atau tanggal selepas dimasukkan ke tempat asalnya. Belatan itu menggunakan ubat-ubat tertentu dan dibuka semula bila keadaan kembali baik.
Sebagai tukang urut beliau dijemput orang sampai ke luar negeri, terutama ke Pahang untuk merawat orang-orang yang memerlukan bantuan beliau. Beliau dijemput dengan kereta api dan akan berada di sana selama beberapa hari menjalankan tanggungjawabnya.
Di samping itu beliau juga mengetahui ilmu perbidanan. Tidak ramai orang yang mengetahui perkara ini, kecuali di kalangan keluarga. Walaupun beliau mungkin tidak pernah memperbidankam ibu yang melahirkan anak, tapi sering dijemput untuk menyelesaikan masalah ibu-ibu yang menghadapi problam pengelahiran atau mengandung, seperti keguguran, turun darah, lekat uri, amat sukar untuk melahirkan anak, ingin merancang dan seumpamanya.
Beliau mewarisi ilmu perbidanan ini daripada
neneknye yang dikenali dengan nama Tok Jadi. Tok Jadi ini seorang bidan termasyur. Dalam usia tua rentanya pun tenaga beliau masih diperlukan oleh orang ramai. Oleh sebab beliau tidak dapat berjalan kerana tuanya, orang ramai yang memerlukannya untuk membidani keluarga mereka, akan mengandar beliau di dalam bakul untuk dibawa ke rumah ibu yang hendak bersalin.
Sementara ilmu-ilmu perubatan dan perbomohan itu beliau pelajari dari ayahandanya sendiri, Hj. Mamat yang dipanggil Tok Mamat oleh orang ramai. Tok Mamat ini seorang bomoh yang termasyur pada zamannya. Beliau cukup termasyur merawat orang yang lekat tulang dilehernya dengan jalan meminum air jampinya, tulang yang lekat dileher itu akan tertolak keluar dengan sendiri tanpa perlu dijolok atau dikorek dengan jari. Demikian juga beliau handal merawat kanak-kanak yang cacing dengan memangkah perut mereka dengan kapur baruh.
Tidak cukup dengan itu Pak Chu Leh belajar dengan ramai bomoh-bomoh yang semasa denganya, sehingga beliau pergike Selatan Thailand. Bila beliau mendengar ada bomoh yang terkenal, beliau akan segera menemuinya untuk belajar dan juga bertukar-tukar ilmu dan pengalaman.
Sementara ilmu-ilmu perubatan dan perbomohan itu beliau pelajari dari ayahandanya sendiri, Hj. Mamat yang dipanggil Tok Mamat oleh orang ramai. Tok Mamat ini seorang bomoh yang termasyur pada zamannya. Beliau cukup termasyur merawat orang yang lekat tulang dilehernya dengan jalan meminum air jampinya, tulang yang lekat dileher itu akan tertolak keluar dengan sendiri tanpa perlu dijolok atau dikorek dengan jari. Demikian juga beliau handal merawat kanak-kanak yang cacing dengan memangkah perut mereka dengan kapur baruh.
Tidak cukup dengan itu Pak Chu Leh belajar dengan ramai bomoh-bomoh yang semasa denganya, sehingga beliau pergike Selatan Thailand. Bila beliau mendengar ada bomoh yang terkenal, beliau akan segera menemuinya untuk belajar dan juga bertukar-tukar ilmu dan pengalaman.
Berhubung dengan ilmu perbidanan ini sebelum beliau berangkat ke Makkah, beliau pernah menawarkan ilmunya iru kepada menantu perempuanya, Allahyarhmah Asiah Yaacob, isteri kepada penulis. Tapi beliau keberatan untuk menerimanya, malah menangis.. Walaupun begitu, orang tua itu memberitahu jika menantunya itu didatangi mimpi dijemput orang untuk berbidan, itu tandanya dia memang serasi untuk menjadi bidan. Tapi bila tersedar dari mimpi, hendaklah .dia mengemam sebuku ibu garam baru berjaya. Allahyarhmah memang bermimpi perkara tersebut, tapi beliau tidak megemam garam, kerana beliau tidak ingin menjadi bidan, walaupun beliau suka menolong orang. Maka dengan adalah dipercayai sehngga ke hari ini masih belum keluarganya menjadi bidan.
Sebelum keberangkatan ke Makkah beliau juga menurunkan sebahagian daripada ilmu perbidananya kepada anaknya Mohd Zain Saleh, iaitu penggunaan bahan-bahan perubatan untuk merawat problam-problam wanita yang mengandung, bermula dari mengandung sampai melahirkan anak dan seterusnya selepas melahirkan anak dengan masalah-masalah yang mungkin timbul terhadap anak dan ibu. Tapi sayangnya buku catatan itu telah hilang di rumah salah seorang kakaknya, sewaktu beliau tumpang menyimpan buku catatn tersebut bersama dengan bahan-bahan bacaannya sepanjang beliau berada di Kuala Lumpur
Beliau juga mempunyai pengetahuian seni dan budaya Melayu tradisional. Justeru itu setiap kali ada pertunjukan wayang kulit di Kampung Salor, tok dalang akan berbincang terlebih dahulu dengan beliau menngenai sesebuah cerita yang akan mereka mainkan sepanjang masa tersebut.
Beliau mempunyai pengetahuan tentang kisah trajis pembunuhan beramai-ramai
Raja Salor oleh Raja Kota Bharu. Menurut
beliau anak Raja Salor yang terlibat dalam kejadian temasya pelaga ayam sebelum
pembunuhan itu adalah seorang yang kurang siuman. Ini bercanggah dengan pendapat
sesetengah pihak yang megatakan ianya dirancang.
Susur Galur
Sehingga kini tidak banyak yang diketahui tentang titis baris keluarga Saleh atau Pak Cu Leh. Ini berlaku kerana kecuaian anak-anaknya yang tidak bertanya atau membuat kajian tentang keturunan mereka sedangkan sertiap mereka sepatutnya mencari, menyimpan maklumat dan sejarah keluarga mereka masing-masing.
Menurut satu sumber keluarga beliau berasal dari sebuah kampung di Gua Musang, iaitu Kampung Gua Musang. Sedikit gambaran yang diperolehi Kampung Gua Musang ini boleh ditemui jika melalui jalan sungai, di mana kita akan bertemu suatu tempat yang tinggi tebingnya, dan di atas tanah tinggi itulah terletaknya kampung tersebut.
Ada cerita mengatakan beliau
mempunyai keluarga di Bertam Lama. Salah seorang daripadanya ialah seorang
lelaki yang mempunyai kaitan dengan kisah serangan gajah. Menurut cerita
tersebut, lelaki tersebut seorang yang cacat, pada suatu hari seekor gajah
menghulur belalai ke dalam rumahnya untuk mencuri garam. Naik marah
dengan perbuatan gajah itu beliau lalu menetak belalai gajah itu dengan senjata
tajam. Gajah itu lalu berundur, tapi kemudian datang lagi dengan beberapa ekor
gajah lain menyerang rumahnya hingga musnah. Nasib baik beliau dapat
menyelamatkan diri dan lari menyeberangi sungai dengan menggunakan perahu.
Ayahnya Haji Mamat dan
ibunya Cik Munah, dan dipanggil juga Tok
Munah. Tok Munah dikhabarkan pernah bekerja di Isana Sultan Muhammad 11 yang bergelar Sultan
Mulut Merah, dan seorang yang pandai memasak. Baginda menaiki takhta pada TM 1837. Beliau melarikan diri dari istana dan bersembunyi di Kampong Salor. To Munah seorang penjual nasi kerabu yang termsayur. Pada masa dahulu nasi yang hendal dujual itu dimasukkan ke dalam pasu tanah dan dikawa ke pasar bersama-sama dengan bahan-bahannya yang lain, seperti tumis dam ulamnya.
Cucu cicit-cicitnya sudah tertentu tertanya-tanya bagaimana wajah Hj.
Mamamt itu? Menurut Membunga Binti Osman [Kak Nik Nga] wajahnya mirip dengan
wajah cucubya Shaffie bin Saleh [Ayah Ngah]. Kata Membunga jika dia rindukan datoknya itu, dia akan
mencari Shafiee untuk melihat wajahnya.
Menurut Ce Mas [Kak Nik Mas], Hj. Mamat itu seorang yang tinggi, besar dan berkulit putih.
Menurut Ce Mas [Kak Nik Mas], Hj. Mamat itu seorang yang tinggi, besar dan berkulit putih.
Saleh mempunyai tujuh orang adik
beradik, iaitu:
`Kalthum bin Hj. Muhammad –Mak Som
~Muhammad Saleh bin Hj. Muhammad.
~Maryam bt Hj. Muhammad [Mak Yam isteri Tengku Abdullah, Pendek].
~Osman bin Muhammad [Gelarannya “Pak Man Tok Penggawa”. Ayah kepada Cik Mas Intan Berlian].
~Saleh bin Hj. Muhammad [Pak Cu
Leh Tok Bomoh]
~Fatimah bt Hj. Muhammad [Mak Moh Nasi Kerabu]
~Ahmad bin Hj. Muhammad [Meninggal dunia awal].
Anak-anak Saleh:
Sementara Saleh berkahwin dengan Munah binti Ismail [Mok Su Munah] dan dikurniakan dengan sembilan anak lelaki dan perempuan:
~Khadijah binti Saleh- Mek Mek Jah-Mok Long]
~Shafii bin Saleh [Cik Gu Shafii-Ayah Ngah]
~Ariffin bin Saleh [Che Gu Fin]- Allahyarham.
~Zubaidah binti Saleh [Cik Dah Cik Gu Man Kak Dah].
~Nohammad Zain bin Saleh [ Abang Zain].
~Safiah binti Saleh [Cik Gu Yah].Almarhumah.
~ Che Maaruf bin Salleh
~Shamsuddin bin Saleh [Pak Din].
~ Siti Maryam binti Saleh [Cik Su Yam atau Cik Gu Yam].
Sepanjang hayatnya, terutama masa mudanya Saleh atau Pak Chu Leh banyak menimba pengalamanya sendiri, terutama berkaitan dengan usahanya mencari rezeki yang halal. Beliau pernah pergi ke Selatan Thailand untuk menoreh getah, sambil menuntut ilmu.
Beliau pernah pergi ke Ulu Kelantan bersama dengan Mahmud, adik iparnya, suami kepada Fatimah atau Mak Mah, untuk mencari buluh hutan untuk dijual di hilir. Pada masa itu penggunaan buluh amat meluas untuk dijadikan bahan binaan, terutama rumah-rumah kediaman. Justeru itu ia dibawa dari kawasan ulu, dengan berhanyut menggunakah buluh-buluh itu yang dijadikan rakit. Di sepanjang sungai Kelantan itu mereka akan berhenti atau singgah di pengkalan-pengkalan yang mereka duga ada pembeli-pembeli buluh atau ada mereka yang telah menempahnya terlebih dahulu.
Beliau pernah singgah di suatu
tempat di Ulu Kelantan yang dipanggil Kuala Sungai. Di situ beliau pernah mendengar
cerita tentang Mat Kilau yang telah ditangkap dan dihumbang ke dalam sungai.
Pada masa itu di Kuala Sungai itu ada seorang kaya bernama Cik Umar membuka
kedai makan dan beliau pernah makan di kedai tersebut.
Beliau juga pernah berkerja
sebagai pelayan[ “boy” panggilan orang-orang Kelantan waktu itu] dengan orang
Inggeris yang tinggal di Tumpat. Tapi beliau tidak puas hati dengan kerjanya,
lalu meletak jawatannya kerana antara tugasnya ialah mengangkat atau menghidang
minuman arak untuk orang Inggeris tersebut.
Beliau dan isteri naik Haji pada tahun 1974, Dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa mereka suami isteri menaiki kapalterbang untuk ke Pulau Pinang dan meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal laut, penganggkutan yang lumrah untuk ke Makkah pada zaman itu. Semasa di Pengkalan Chepa, beliau memberi kepada penulis wang kertas RM 2.00 tanpa berkata apa-apa. Itulah pertama kali beliau memberi wang secara langsung kepada penulis. menerusi tangannya sendiri. Penulis menganggapnya sebagai biasa. Tapi rupa-rupanya itu sebagai kenangan. Mula-mulanya wang itu penulis simpan, tapi bila datang fikiran singkat wang itu akan musnahkan ditelan maka, maka wang itu langsung dibelanjakan.
Beliau meninggal di Tanah Suci Makkah pada tahun 1974, iaitu tahun kelahiran Noor Baiti Zaini anak Muhammad Zain bin Saleh yang kedua. Beliau berangkat bersama dengan isterinya Maimuah Ismail untuk menunai ibadat Haji. Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.
RUMAH KEDIAMAN
Rumah Pak Cu Leh tidak jauh dari
Sungai Kelantan. Dari beranda rumah itu kelihatan air Sungai Kelantan mengalir
menuju laut. Angin yang berpupuk dari Sungai Kelantan, terutama di waktu malam
akan terasa dingin dan menyegarkan.
Di antara dua bangunan kedai
Salor itu [kini sebuah darinya telah menjadi rumah kediaman] ada sebuah lorong
laluan untuk pejalan kaki, dan bermotorsikal. Kalau menyusuri jalan itu di
penghujungnya akan sampai di simpang tiga, sebelah kanan menuju ke Perkuburan
Pohon Rambai dan di sebelah kiri untuk
ke Sungai Kelantan, di simpang itulah terletaknya rumah Pak Chu Leh yang sering
dikunjungi orang ramai jauh dan dekat suatu ketika dahulu untuk mendapat
khidmatnya.
Sekarang rumah itu sudah tidak
ada lagi. Ianya telah menyembam bumi beberapa tahun yang lalu kerana tidak
diselia dan dibiarkan runtuh. Sekarang tapak rumah itu telah menjadi tanah yang
subur untuk semak dan samun.
Terharu hati penulis mengingati
rumah itu. Ia menyimpan banyak peristiwa tentang diri dan seluruh keluarga penulis. Di
situlah mereka dilahir dan dibesarkan. Di situlah tapak perjuangan ayah dan
bonda mereka untuk membesarkan anak-anak sehingga kini dapat menghirup
udara hidup dengan selesa menikmati kurniaan Allah. Terbayang-bayang wajah ibu setiap
hari menghayati hidupnya, dan demikian dengan ayah. Secara jujurnya dapatkah
anda melupakan semuanya itu? Tidakkan anda merinduinya?
Rumah besar yang dibiarkan roboh itu
adalah rumah yang didirikan kemudian. Rumah asalnya ialah sebuah rumah kayu
yang bertiang tinggi, mempunyai sebuah rumah ibu dan jemuran di bahagian
belakangnya yang bertangga kayu menghala ke tanah perkuburan. Jemuran itu
lantainya dari batang-batang buluh dan dindingnya dari kepingan buloh yang
disirat, berpintu tapi tidak berteduh. Di tepi dinding buluh itu diletak
beberapa buah tempayan yang disiikan dengan air berserta dengan sebuah gayung
tempurung kelapa untuk pembasuh kaki dan membasuh pinggan mangkuk. Rumah itu
telah diroboh semasa penulis masih kanak-kanak dan dibina semula sebuah rumah baru
dengan perbelanjaan Haji Shaffie [Ayah Ngah] yang dibiarkan roboh itu.
Kemudian rumah baru itu
diubahsuai lagi dengan membina bahagian dapur dan bilik mandi serta tandas dari
batu. Ada sebuah telaga di dalamnya, dan kemudian ditinggalkan bila air paip
kerajaan di masukkan ke rumah. Penulis percaaya telaga itu masih ada ada dan boleh
dibaik-pulih jika mahu.
Penulis merasa keharuan untuk terus
menulis mengenai rumah pesaka itu.
Justeru untuk menggambarkannya dengan lebih lanjut sukalah penulis petik apa
yang didendangkan oleh cucu mereka, Ahmad Nubli Osman suami kepada Safiah Salleh
sebagai berikut:
''RUMAH MOK MUNAH
Rumah Mok Munah itu
Seingat aku
Ada tangga batu
Warna hijau dan merah naik ke
muka pintu
Di mana salam bersambut dan kasih
bertemu
Hilang rasa rindu.
Rumah Mok Munah itu
Ada banyak jendela kayu
Genting Senggora di rumah ibu
Atap zink di dapur baru
Hujan sering berlagu
Dendangan musim tengkujuh nan
merdu.
Di ruang tamu
Di situ TV dihadap anak cucu
Bilik untuk Kak Arma dan bilik
untuk Su
Cuti sekolah ada bilik untuk aku
Atau sesiapa saja yang bertamu.
Rumah Mok Munah itu
Lamannya dipenuhi pohonan kayu
Jambu batu
Jambu kayu
Duku dan katak puru
Segala herba khasiat beribu.
Aku sangat rindu
Pada rumah Mok Munah itu”.
Demikian sekadar nukilan rindu.
TABURAN KELUARGA PAK CHU LEH
Setakat ini tidak banyak yang
diketahui tentang asal usul Pak Chu Leh. Justeru tidaklah diketahui taburan
lengkap kedudukan keluarga beliau. Walau bagaimanapun ada di antaranya yang
dapat dikesan ialah:
Manik Urai:
Sejauh yang diketahui di Manik Urai ada keluarga Cik Leh. Salah seorang daripadanya bernama Hussin anak kepada Munah yang bersuamikan Pak Man. Pak Man ini sebelah matanya buta, dan digelar Pak Tebing, kerana selalu menutup matanya itu.
Hussin ini anak sepupu Cik Leh. Dan
juga anak sepupu kepada kakak iparnya,
Mak Minah, emak kepada Kak Nik Mas. Hussin ini dikatakan pernah mempunyai motorbot
penambang untuk menyeberangi Sungai Manik Urai.
Semerak Pasir Puteh
Di Semerak Pasir Puteh, Cik Leh
mempunyai keluarga. Ada seorang sepupunya bernama [Sarjan] Mat Hasan,
bekas suami Kak Nik Mas. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Fatimah [Cik
Mah] yang meninggal dunia baru-baru ini.
Kemudian Mat Hassan berkahwin dengan seorang wanita Limah dari Kampung Dewan Beta, yang letaknya tidak begitu jauh dari Kg. Salor, dan memperolehi seorang anak bernama Cik Soh.
Kemudian Mat Hassan berkahwin dengan seorang wanita Limah dari Kampung Dewan Beta, yang letaknya tidak begitu jauh dari Kg. Salor, dan memperolehi seorang anak bernama Cik Soh.
Seorang lagi anak saudara beliau Mat Hussin, isterinya bernama Maryam. Mat Hussin ini adalah anak saudara kepada Sarjan
Mat Hasan.
Ada sekeping
tanah di Semerak itu peninggalan Sarjan Mat Hassan tapi oleh sebab tanah pusaka itu tidak
dibayar hasil tanahnya selepas kematian beliau, maka tanah itu telah jatuh ke tangan kerajaan.Tanah itu sungguh luas dan masih ada sampai sekarang.
Tanah Merah
Ada seorang lelaki bernama Hussin Mat
Akib yang tinggal di kawasan Tanah Merah, yang masih belum diketahui tempatnya
yang sebenar, adalah anak saudara Cik Leh. Penulis pernah berkawan dengan
beliau semasa kanak-kanak dulu semasa beliau tinggal sekejap di Kampung Salor bersama sepupunya Kak Nik Mas. Kemudiannya penulis pernah berjumpa dengan beliau di Tanah Merah
ketika menjalankan urusan beberapa tahun yang lalu, dan pada masa itu masih
belum mengetahui dia sebenarnya anak
saudara Cik Leh.
Sabak Kota Bharu
Cik Leh mempunyai keluarga di
Sabak. Beliau mempunyai seorang emak saudara bernama Mek Senik, adik kepada
ibunya Tok Munah.
Setakat yang dimaklumkan Mek
Senik mempunyai beberapa orang anak, antaranya: Aminah, Fatimah [Mak Mah], Cik
Amat [Pak Chu Amat] dan Awang [Pak Chu].
Dimaklum juga, Aminah mempunyai
anak, antaranya Zaharah bersuamikan Daud, dan Zah suaminya Hussin [Zah Hussin].
Kedua-duanya terkenal sebagai pembuat keropok yang popular di Sabak.
Rumah mereka berhampiran dengan
Sekolah Kebangsaan Sabak.
Seingat-ingat penulis, semasa
penulis masih kanak-kanak dulu ada seorang keluarga dari Sabak, bernama Yaakob
sering berkunjung ke rumah di Kg. Salor,
dan penulis selalunya makan tengah hari bersama beliau yang dihidangkan oleh emak.
Pendek
Kakak Cik Leh, Maryam [Mok Yam] berkahwin
dengan Tengku Abdullah [Tok Ku], dan tinggal di Pendek Salor. Antara keluarga
yang dikenali ialah Tengku Hussin, Tengku Him, Tengku Jaafar,Tengku Daud, an
Tuan Moh.
Perkampungan mereka ialah
bersempadan dengan selekoh Gaung, di sebelah kiri jalan dari Pasir Mas ke Kota
Bharu.
MAIMUNAH ISMAIL
Isteri Saleh Bin Hj. Muhammad atau Pak Cu Leh ialah Maimunah Binti Ismail dan dikurniakan dengan sembilan orang cahayamata sebagaimana disebut di atas. Beliau dikenali dengan panggilan Mok Su Munah atau lebih panjang sedikit dipanggil Mok Su Munah Pak Cu Leh dan Mok Munah di kalangan anak-anak dan cucu-cucunya.
Ayahnya Ismail bin Cik Mamat dan orang panggil dia Pak Wil. Ibu Pak Wil beranama Maryam, atau Tok Yam yang berasal dari Kg. Salor. Beliau mempunyai beberapa orang anak dengan isterinya Mek Som [Ummi Kalthum], iaitu Maimunah, Salamah, Muda, Yahya dan Ahmad. Semuanya telah kembali kerahmatullah, dan didoakan semoga Allah rahmati mreka semua.
Emak kepada Mek Som iaitu nenek Maimunah, dipanggil Mok Wa bersuamikan Abdullah. Mok Wa ini asalnya dari Istana Sultan Mulut Merah bersembunyi diri di Salor mengikuti abangnya Cik Taib. Ikut bersamanya ialah adiknya yang berlainan ibu bernama Aminah [Wo Minah], di mana jenazahnya dikebumikan di Tanjung Mas, Pengkalan Chepa di mana beliau meninggal di kalangan keluarganya.
Beliau bekerja sebagai pembuat
pulut bakar. Pulut bakar beliau bukan sahaja terkenal di Kampung Salor, tapi
sampai keluar daerah, seperti Machang dan Pasir Mas Pendapatan beliau dapat membantu keluarga
untuk membesarkan anak-anak.
Hajah Maimunah atau Mok Su Munah [di
kalangan yang lebih mudanya memanggilnya Tok Su Munah, Mak Munah untuk anak cucu] meninggal dunia di rumah
anakandanya Shamsuddin di Kg. Raja Besut pada 15 April 1999 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pohon Rambai
Kg. Salor tidak jauh dari rumah kediamannya. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke
atasnya.
Demikian sedikit pandangan yang
dapat penulis kemukakan mengenai Pak Cu Leh Tok Bomoh Dan Keluarganya setakat
yang penulis ketahui, dan oleh itu sesiapa yang mempunyai maklumat tentang
Keluarga Pak Cu Leh Tok Bomo ini, terutama di kalangan keluarga Pak Cu Leh sendiri
diharap dapat memberi lebih banyak maklumat untuk memperlengkap tulisan ini.
Turunan
Sehingga kini dengan isterinya Munah Ismail beliau dikurniakan 9 orang anak, dan sekumpulan cucu dan
cicit. Susunannya sebagaimana berikut berdasarkan maklumat yang diperolehi:
KHADIJAH BINTI SALEH
SHAFII BIN SALEH
ARIFFIN BIN SALEH
ARIFFIN BIN SALEH
Ariffin bin Saleh mendirikan perkahwinan dengan Wan Munirah bt Hj. Wan Abdullah. Beliau adalah seorang pendidik. Ariffin telah pun meninggal dunia pada 21 Mac 2006 dan mempunyai 7 orang putera dan puteri. Wan Munirah seorang suri rumah.
Dua: Sarina bt Ariffin, 45 tahun.
Tiga: Nasran bin Ariffin, 42
tahun.
Empat: Safinaz binti Ariffin, 36
tahun.
Lima: Safadhilah binti Ariffin,
36 tahun.
Enam: Nahri bin Ariffin, 32
tahun.
Tujuh: Muhammad bin Ariffin, 26
tahun.
xxxx
Sarina binti Ariffin dilahirkan
pada tahun 1970 . Orang-orang yang lebih muda memanggilnya “Kak Na” dan
orang-orang lebih tua memanggilnya “Na”. Beliau telah mendirikan rumahtangga
dengan Wan Mohd Zainal Abidin bin Wan Mohd Yen [1965]. Kdua-dua suami isteri
ini menceburkan diri dalam dunia perniagaan Beliau dikurniakan dengan empat orang
anak, dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan
Duduk Dari Kanan: Wan Nur Awanis [Awal], Wan Nur Rusyda [Ida], Wan Nur Amirah [Amy] dan Wan Ahmad Fuad [Fuad].
Anak-anak beliau ialah:
1.Wan Nur Rusyda binti W. Mohd
Zainal Abidin [1992]. Nama panggilannya "Ida".
2.Wan Nur Amirah bint W. Mohd
Zainal Abidin [1993]. Nama panggilannya "Amy".
Sekarang sedang belajar di UIA
Gombak,
3.Wan Ahmad Fuad bin W. Mohd
Zainal Abidin [1995]. Namapanggilannya "Fuad".
Sekarang sedang belajar di UMK
Bachok.
4.Wan Nur Awanis binti W. Mohd
Zainal Bidin [1996].Nama panggilanya "Awa".
Sekarang sedang belajar di Uitm
Machang
Keluarga Sarina bersama Bapak Saudara, Dari Kanan: Shamsuddin Saleh, dan Mohd Zain Saleh
~Safadhilah binti Ariffin
Safadhilah binti Ariffin, lahir pada tahun 1979 dan telah mendirikan perkahwinan dengan Mohd Faizal bin Yunus, lahir pada tahun 1984. Safadhilah seorang kakitangan kerajaan dan Mohd Faizal, seorang usahawan. Mereka tinggal di Kuala Terengganu. Beliau dikurniakan seorang puteri:
Pertama: Nur Ayuni Liyana binti Mohd Faizal- [2004]
~Nahri bin Ariffin
Nahri bin Ariffin, telah mendirikan rumahtangga dengan Wan Nr Suhaila.
ZUBAIDAH BT SALEH
MOHAMMAD ZAIN BIN SALEH
Arham Zaini
Arham Zaini bin Mohamed Zain - 1970. Orang panggil dia “Abang Am”, atau “Am”. Profesion perniagaan. Berkahwin dengan Adyna binti Abdul Kadir- 1962. Tinggal di Sungai Buloh, Selangor.
Adyna
Beliau dikurniakan tiga orang anak, satu lelaki dan dua perempuan.
~ Qistina Zaini Binti Arham Zaini -1998. [Angah]. Sedang belajar dalam Tingkatan Lima.
MOHAMMAD ZAIN BIN SALEH
Mohd Zain Saleh dilahirkan pada
tahun 1944 di Kampung Salor. [Abang Zain atau Pak Cik Zain]. Berkahwin dengan
Asiah Yaacob [Cik Yah atau Kak Yah] pada tahun 1969 di rumah [Dato’] Yusof Zaky
Yacob di Kampung Paya Purnama, Kota Bharu Kelantan. Pernah bekerja di Syarikat
Dian, Kota Bharu, di Kobenacetak, Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan, di
Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, SUK, dan di Majlis Agama Islam
Kelantan [MAIK]. Beliau seorang penulis sepanjang masa dan juga seorang Blogger, di
pondok rahmat@gmail.com
Dengan isterinya Allahyarhmah Asiah
Yaacob beliau dikurniakan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.
~ Arham Zaini Bin Mohammad Zain
~ Noorbaiti Zainin Binti ohammed Zain
~ Ahmad Faris Zaini Bini Mohammad Zain
~ Ahmad Syaibani Zaini Bin Mohammad Zain.
ASIAH YAACOB
Muhammad Zain Saleh berkahwin
dengan Asiah Yaacob pada tahun 1969.Beliau dilahirkan pada 9 Julai 1951 di
Pasir Mas Kelantan dan meninggal dunia pada 1 Julai 2009 di Sungai Durian, Kuala
Krai Kelantan, jenazahnya disembahayangkan di Masjid Sungai Durian, dan dikebumikan di Perkuburan Pohon Rambai, Kg. Salor berhampiran
dengan perkuburan mertuanya Maimunah Ismail.
Asiah Yaacob
Beliau dikenali dengan panggilan Asiah dan Kak Yah dan panggilan Wan oleh anak-anak, cucu-cucu dan keluarganya, Neneknya bernama Wan Saleh. Beliau seorang yang mudah mesra, lacap mulut, mudah disenangi, murah simpati, dan mudah percayakan orang.
Asiah Yaacob
Beliau dikenali dengan panggilan Asiah dan Kak Yah dan panggilan Wan oleh anak-anak, cucu-cucu dan keluarganya, Neneknya bernama Wan Saleh. Beliau seorang yang mudah mesra, lacap mulut, mudah disenangi, murah simpati, dan mudah percayakan orang.
Semasa hayatnya, Allahyarmah adalah
seorang penggiat masyarakat yang cergas. Beliau seorang penulis, deklamator
puisi, penggiat seni dan budaya dan cergas dalam NGO. Beliau pernah memegang
jawatan sebagai Penolong Setiausaha Perkumpulan Perempuan Negeri Kelantan,
bertugas di TASKA HAFIZA di Jalan Raja Dewa. Beliau juga seorang
usahawati berbakat, dan pernah mendapat anugerah cemerlang kerananya.
Karya-karya beliau pernah
disiarkan dalam Mingguan Kota Bharu, Wanita, Santajiwa, Majalah Jabatan Agama
Islam Johor, Majalah Peristiwa dan lain-lain. Beliau meninggalkan dua karya yang
masih belum selesai, salah satu
daripadanya noble Puteri Saadong.
Beliau meninggal dunia yang puncanya
ada kaitan dengan penyakit misteri akibat kedengkian manusia. Semoga Allah
mengampuninya dan mencucuri rahmat ke atasnya.
~ Arham Zaini Bin Mohammad Zain
~ Noorbaiti Zainin Binti ohammed Zain
~ Ahmad Faris Zaini Bini Mohammad Zain
~ Ahmad Syaibani Zaini Bin Mohammad Zain.
Arham Zaini bin Mohamad Zain
Arham Zaini
Arham Zaini bin Mohamed Zain - 1970. Orang panggil dia “Abang Am”, atau “Am”. Profesion perniagaan. Berkahwin dengan Adyna binti Abdul Kadir- 1962. Tinggal di Sungai Buloh, Selangor.
Adyna
Beliau dikurniakan tiga orang anak, satu lelaki dan dua perempuan.
~ Diyana Zaini Binti Arham Zaini –
[Along]- 1998- Sedang belajar.
~ Qistina Zaini Binti Arham Zaini -1998. [Angah]. Sedang belajar dalam Tingkatan Lima.
~ Idris Zaini Bin Arham Zaini-2002. [Adik].
Sedang belajar dalam Tingkatan dua.
Qistina Zaini
Noor Baiti Zaini Binti Muhammad Zain
Noor Baiti Zaini
Anak kedua dan puteri tunggal dalam keluarga Zaini. Lahir tahun 1974, tahun kematian atoknya, Saleh Bin Hj. Muhammad di Tanah Suci Makkah. Beliau dikenali dengan panggilan “Noor” atau “Kak Noor”. Telah mendirikan rumahtangga dengan Safayi Bin Fa [1972]. Dikenali dengan nama “Abang Yee” atau “Cik Gu Safayi”.
Anak kedua dan puteri tunggal dalam keluarga Zaini. Lahir tahun 1974, tahun kematian atoknya, Saleh Bin Hj. Muhammad di Tanah Suci Makkah. Beliau dikenali dengan panggilan “Noor” atau “Kak Noor”. Telah mendirikan rumahtangga dengan Safayi Bin Fa [1972]. Dikenali dengan nama “Abang Yee” atau “Cik Gu Safayi”.
Beliau dikurniakan dengan lima
orang cahaya mata, dua puteri dan tiga putera:
~ Nik Nur Syafiqah Zaini Bt Safayi,
lahir pada tahun 1998, dan sedang belajar dalam Tingkatan Lima. Nama
panggilannya “Kakak” atau “Syafiqah”.
~ Nik Muhammad Syafiq Zaini Bin
Safayi, lahir pada tahun 2001, dan sedang belajar di tingkat dua. Nama panggilanya
“Abang”, atau “Abang Syafiq” ataupun “Syafiq”.
~ Nik Muhammad Syamil Zaini Bin
Safayi, lahir pada tahun 2004, sedang belajar dalam darjah empat. Nama
panggilannya “Abang Amil” atau “Syamil”.
~ Nik Nur Syafiya Zaini Binti Safayi, lahir pada
tahun 2007, sedang belajar dalam darjah dua. Nama panggilannya “Adik” atau “Syafia”.
~ Nik Muhammad Syahmi Zaini Bin
Safayi, lahir pada tahun 2013. Nama panggilanya “Adik Syahmi” atau “Syahmi”.
Ahmad Faris Zaini Bin Mohamed
Zain
Ahmad Faris Zaini Bin Mohamed
Zain lahir pada tahun 1977. Dikenali dengan panggilan “Ateh” atau “Faris”.
Seorang jurutera. Berkahwin dengan
Azliza Binti Ismail [1979]. Dikenali dengan panggilan “Mak Teh’ atau “Za”.
Seorang doktor gigi, dan pernah membuka klinik gigi di Kuala Krai, tapi musnah
ditelan banjir besar baru-baru ini.
Beliau dikurniakan dengan empat orang
anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.
Tempat tinggal tetap di Taman
Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Anak-anak mereka ialah:
~ Sofea Zaini Binti Ahmad Faris
Zaini, lahir pada tahun 2007, sedang belajar dalam darjah dua. Nama
panggilannya “Kakak” atau “Fea”.
~ Syifa’ Zaini Binti Ahmad Faris
Zaini, lahir pada tahun 2009, sedang belajar di Tadika. Namanya panggilannya “Angah”.
~ Umayr Zaini Binti Ahmad Faris
Zaini, lahir pada tahun 2012, sedang belajar di Tadika. Nama panggilannya “Umayr”.
~ Syakira Zaini Binti Ahmad Faris
Zaini, lahir pada tahun 1915.
Ahmad Syaibani Zaini dilahirkan
pada tahun1984. Nama panggilannya “Ayah Su” atau “Syaiban”. Seorang guru.
Mendirikan rumahtangga dengan Nor Amalina Binti Che Yusof, lahir pada tahun 1985.
Seorang guru. Nama panggilanya “Mak Su” atau “Emi”. Kedua-duanya sedang
berkhidmat di Perak.
Buat masa sekarang mereka tinggal
di Semanggol Perak.
Beliau dikurniakan dengan dua
orang anak, seorang putera dan seorang puteri.
~ Alifah Zaini,Binti Ahmad
Syaibani Zaini, lahir pada tahun 2011. Nama panggilanannya “Alifah”. Sedang
belajar di Tadika.
~ Ammar Zaini Bin Ahmad Syaibani
Zaini, lahir pada tahun 2014.
SAFIAH BINTI SALLEH
Safiah binti Saleh berkahwin dengan Othman Bin Omar. Kedua-duanya telah kembali kerahmatullah. Mereka kedua adalah bekas guru, dan menetap di Terengganu. Mereka dikurniakan tiga orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan.
Safiah bersama abangnya Mohd Zain
Beliau meninggal dunia dalam keadaan yang amat mengharukan hati. Kisah kematiannya terdapat di penghujung tulisan ini. Semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya.
Anak-anak
Ahmad Nubli Bin Othman.
Ahmad Nubli Bin Othman.
Ahmad Nubli, isteri Shahira dan anak
Ahmad Nubli Bin Othman dilahirkan pada tahun 1971. Nama panggilannya “Mad Nubli”. Mendirikan perkahwinan dengan Shahira Warda Binti Shafie, dilahirkan pada tahun 1972. Nama panggilan “Ira”.
Mereka dikurniakan seorang anak, Naquib Shahan Shah bin Ahmad Nubli, dilahirkan pada tahun 2003.
Mereka menetap di Kuantan, Pahang.
CHE MAARUF SALEH
SHAMSUDIN BIN SALEH
SITI MARYAM SALEH
Siti Maryam
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
KEMATIAN SOFIAH SATU TRAJIDI
KEMATIAN SOFIAH SATU TRAJIDI
Peristiwa yang tidak diduga sama sekali telah menimpa keluar Pak Cu Leh. Ia mengharukan hati seluruh anggota keluarga. Peristiwa ini menimpa anak perempuannya, Sofiah Saleh [Kak Yah atau Yah atau Mak Yah], seorang pesara pendidik.
Peristiwa sedih ini berlaku pada
suatu hari di mana beliau telah dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki tanpa
apa-apa sebab sedikit pun. Lebih mengharukan lagi peristiwa berlaku di hadapan
cucunya sendiri, Mohd Amirul. Beliau meninggal dunia di Hospital Kuala
Terengganu.
Perisitwa itu berlaku pada 29 Jun
2006, ketika beliau keluar untuk membeli makanan untuk cucunya itu di Desa
Mutiara 11, Kuala Terengganu. Seorang lelaki yang tidak siuman berusia 24 tahun
yang dikenalinya telah membakarnya hidup-hidup
di hadapan cucunya. Beliau terbakar teruk di mana hampir 75 peratus daripada seluruh
badannya telah terbakar. Beliau meninggal dunia pukul 6.45 petang pada hari Jumaat 1 Jun 2006 di Taman Desa Mutiara, Gong Badak, KT dan dikebumikan keesokan harinya di Perkuburan Islam, Jalan Pusara,
Kuala Terengganu.
Lelaki yang tidak siuman itu,
anak pekedai makan di sebelah kedai runcit tempat beliau membeli makanan,
mencurah minyak tanah ke atas mangsa dan kemudian membakarnya dengan mancis
api. Kejadian berlaku kira-kira-kira pukul enam petang dengan begitu pantas.
Waktu kejadian berlaku pencatat
tulisan ini dan isteri berada di Kuala Lumpur, tidak berkesempatan menemu beliau semasa
berada di hospital.
Semoga Allah cucuri rahmat ke
atasnya dan semoga peristiwa seperti ini tidak lagi berulang ke atas keluarga
Pok Cu Leh yang dihormati.
BINGKISAN HATI
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan Darulnaim.
1 comments:
http://ceritateladan.com/2016/01/26/bomoh-saikologi/
Post a Comment