KEMBALI KE ALAMI:TUNJUK LANGIT UBAT PENYAKIT KUNING

>> Sunday, September 20, 2015





TUNJUK LANGIT UBAT PENYAKIT KUNING

Baru-baru ini kami pergi ke sebuah klinik swasta di Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Kami bertemu dengan seorang nenek, bersama anak lelakinya serta seorang cucu yang baru berusia kira-kira dua minggu.



Nenek itu seorang yang peramah. Beliau memberitahu kami mereka datang untuk pemeriksaan cucunya itu kerana menghidap penyakit kuning yang agak serius sejak dilahirkan ke dunia. Katanya dia datang untuk diperiksa, bukannya untuk diubati.


Katanya dia telah merawat sendiri cucunya secara tradisional bila mendapati dia menghidap penyakit kuning yang tinggi sukatannya. Beliau telah datang sebelum itu, dan pemeriksaan doktor menunjukkan sukatan kuning cucunya telah menurun selepas beliau merawatnya dengan ubat herba. Beliau datang kali ini untuk mempastikan keadaan cucunya itu, kerana dari tanda-tanda pengecaman pada bada bayi  menujukkan dia telah bertambah sihat.


“Kulit dan matanya sudah tidak kuning lagi”, Katanya dengan suara yag lega, “Tidak seperti mula-mula dulu”.


Beliau seterusnya tidak lokek meceritakan herba yang digunakannya ialah pokok Tunjuk Langit. Beliau seterusnya menceritakan cara-cara untuk menggunakan pokok Tunjuk Langit itu.


Ambil tujuh helai daun tunjuk langit, ramas-ramaskan dalam air sejuk secukupnya. Kemudian gunakan air itu untuk membilas bayi selepas bayi dimandikan. Bilas di sini maskudnya bila selesai mandi biasa, maka mandikanlah bayi itu untuk yang terakhir dengan air tersebut, dan tidak lagi dijirus dengan air lain selepas itu. Menurut beliau selepas beberapa hari kesannya sudah kelihatan.


Selain itu, katanya Tunjuk Langit juga boleh digunakan untuk merawat kanak-kanak yang berpenyakit cacing. Untuk tujuan tersebut, ambil segenggam daun Tunjuk Langit, ramas-ramaskan dalam sebuah bekas, kemudian gunakan air itu untuk memandikan bayi atau kanak-kanak yang kecacingan itu.


Selain itu Pencarian saya menunjukkan Tunjuk Langit juga dikatakan dapat digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit lagi. Ia boleh digunakan untuk merawat batuk kokol. Caranya ialah dengan mengunyah razomya dengan daun sireh, dan menelan air kunyahannya itu. Amalkan selama beberapa hari sehingga batuk berangsur hilang.


Lebih jauh lagi, Tunjuk Langit juga dikatakan dapat mengubati penyuakit siflis, berak cerah atau cirit-birit dan demam.


Ibu-ibu yang baru melahirkan anak, menggunakan pokok Tunjuk Langit  untuk mencegah daripada terkena demam selepas bersalin.


Pencarian saya selanjutnya mendapati Tunjuk Langit adalah sejenis pokok yang termasuk dalam kalangan keluarga paku-pakis. Ia tumbuh subur di kawasan tanah yang lembap. Ia mempunyai razom.


Di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak Tunjuk Langit dijadikan sejenis sayur yang sedap rasanya bila dimakan. Ia dijual di pasar-pasar minggu dengan harga yang mahal.


Tapi di Malaysia Barat, khususnya di Negeri Kelantan, walaupun ia sejenis tumbuhan liar di tanah-tanah yang lembap, tapi tidaklah mudah untuk mendapatinya. Bukan di semua tempat ia tumbuh.


Saya teringat, seorang bomoh yang termasyur di Pasir Mas, Kelantan telah memperkenalkan kepada saya Pokok Tunjuk Langit dengan membawa saya ke sawah berhampiran rumahnya bila saya berkunjung ke rumahnya pada suatu hari di mana  beliau memberitahu saya kegunaan Tunjuk Langit dan bila mengetahui saya tidak mengenali Tunjuk Langit  lagi pada waktu itu. Beliau mencabut pokok itu dari atas batas dan menungukkannya kepada saya.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP