JERAWAT: PANTANG-PANTANG BILA SAKIT
>> Monday, October 5, 2015
JERAWAT: PANTANG-PANTANG BILA SAKIT
Bila seseorang ditimpa penyakit, sudah tentu dia mengharapkan kesembuhan,
tidak kira apa penyakit sekalipun.
Ada beberapa cara untuk menyembuhkan penyakit. Pertama dengan cara menggunakan ubat. Kedua dengan memakan makanan-makanan yang boleh membantu menyembuhkan penyakit, Ketiga dengan mejauhkan makanan-makanan yang boleh menambahkan penyakit atau melambatkan kesembuhan. Dalam istilah orang-orang tua kita Berpantang Makan kerana sakit.
Memang ada makanan, malah ada juga perbuatan fizikal yang kita kena pantang bila
kita menghidap penyakit-penyakit tertentu untuk mengelaknya daripada merebak,
seperti menjauhkan makanan bergaram untuk penyakit darah tinggi, mengelak
makanan berlemak untuk orqng swakit jantung dan sebagainya.
Ruangan ini akan memberi petua-petua ringkas pantang larang ketika
menghadapi sesuatu penyakit supaya cepat sembuh.
JERAWAT:
Seseorang yang dinaiki jerawat pada mukannya, dia hendaklah mengurangkan:
Makan coklat
Snek atau makanan ringan yang terlebih masin dan terlebih manis.
Sebaliknya dia hendaklah memperbanyakkan makanan-makanan seperti
Kerang, kacang-kacang untuk Zat Zink.
Buah-buahan segar dan sayur-sayuran untuk Vitamin C.
Patut juga diingatkan jangan sekali-kali mengkutiskan jerawat-jerawat itu dengan jari-jemari yang boleh memarahkan lagi jerawat, terutama jari-jari yang tidak bersih.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment