KAYAP; PANTANG-PANTANG BILA SAKIT
>> Tuesday, October 13, 2015
KAYAP: PANTANG-PANTANG BILA SAKIT
Kayap Sejenis penyakit berjangkit. Ia tidak menjadi ancaman kepada orang-orang dewasa, tapi kepada bayi yang baru lahir, kayap menjadi ancaman serius. Di Amerika satu ketika pernah dilaporkan lebih dari lima puluh peratus bayi baru lahir yang dijangkiti kayap berakhir dengan kematian. Justeru itu ibu-ibu mengandung yang dijangkiti kayap pada alat sulitnya hendaklah awas dan waspada supaya tidak menjangkitkannya kepada bayinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pantang-pantang Jika Dinaiki Kayap
~ Perhatikan makanan anda, kerana ada makanan tertentu yang boleh menyebabkan kayap sakit atau merebak pada badan, jauhkan makanan tersebut.
~ Orang-tua kita kalau dinaiki kayap atau penyakit seumpamanya pantang makan ikan yang bersengat, seperti ikan keli, ikan juara, dan seumpamanya, kerana dipercayai boleh menambahkan kesakitan.
Kayap Tapak Anjing
Sungguhpun hubungan antara kayap dengan makanan masih lagi menjadi teka-teki, tapi sesetengah pakar percaya virus kayap menjadi terangsang dengan sejenis bahan yang terdapat dalam makanan tertentu yang dipanggil “arginnine” seperti yang terdapat dalam coklat dan kacang cabut [kacang tanah].
~ Jauhi ketegangan, kerana ketegangan atau stress boleh merangsangkan kayap.
~ Jauhi dadah, kerana dadah boleh merangsangkan kayap.
~ Jauhi kesedihan, kerana kesedihan boleh merangsangkan kayap.
~ Kepada kaum wanita berhati-hati ketika datang haid, kerana haid oleh merangsangkan kayap.
~ Jaga kayap itu supaya sentiasa kering, kerana virus kayap sukakan kelembapan. Selepas mandi lapkan kayap itu dengan tuala yang lembut tapi jangan sekali-kali digosok.
~Jangan guna ubat sapu yang basah atau berair, kerana boleh menyebabkan kayap lambat kering dan ini menyebabkan lambat sembuh..
~ Guna tuala yang khusus untuk mengelap kayap untuk mengelak daripada menjangkiti bahagian badan yang lain, dan jangan biarkan orang lain bergilir guna tuala tersebut.
~Berhati-hatilah jangan biarkan kayap itu berjangkit kebahagian anggota
badan yang lain seperti pipi, mata, telinga dan sebagainya dengan sikap
tidak cakna.
~ Dalam masyarakat tradisional Melayu bomoh hanya
menyembur air sirih yang dikunyah dalam mulutnya ke atas kayap. Mungkinkah
campuran kapur, gambir, buah, pinang dan air liur mengandungi bahan-bahan penyembuh
penyakit kayap?
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment