MENCARI KETENANGAN DI PUTERA VALLEY
>> Saturday, October 31, 2015
Saya berada di Putera Valley satu petang, satu malam dan satu pagi
menikmati persekitaran yang aman damai. Kami berada di situ pada hari Rabu pukul
dua petang dan keluar dari situ pada pagi Khamis, pukul dua belas tengah hari.
Barisan perahu kayak di Tasik Cik Siti Wan Kembang
Tasik Cik Siti Wan Kembang Tenang Dan Damai
Kedamaian Terdapat Di sini
Putera Valley adalah sebuah projek yang dibina dalam hutan yang tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonnyq diselia dengan baik untuk memberi suasana keselesaan kepada pengunjungnya. Ianya sebuah lembah yang di sebelah hadapannya dijajari oleh Lebuh Raha Tanah Merah-Jeli.
Mandi-manda Di Kolam Putera Valley
Dua Beradik, NN Safia Zaini & NM Syamil Zaini Gembira Bermain Air Di Kolam
N.N. Safia Zaini beraksi selepas mandi
Pada sebelah malamnya saya berhasrat untuk merayap menikmati suasana malam yang damai, tapi terpaksa mengurungkannya kerana bumi disirami oleh hujan. Justeru saya hanya berperap dalam bilik menghabiskan masa dengan menghadap buku dan komputer riba.
Tapi pada petangnya saya telah mengikuti dua orang cucu pergi mandi kolam. Kolam itu luas, terletak di
tanah lapang terbuka bercerminkan langit. Ia dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu untuk orang-orang dewasa dan untuk kanak-kanak. Ramai orang mandi-manda
dan bercanda dalam kolam petang itu. Tapi seluruhnya terdiri dari anak-anak
muda remaja dan kanak-kanak, tidak ada orang dewasa atau kaum hawa yang mandi.
Kolam mandi itu terletak kira-kira setengah kilometer daripada tempat
penginapan kami.
Mohd Zain Saleh Sedang Berihat Di sebuah Bangsa di Putera Valley
Petang itu cuaca redup, mata hari mungkin telah tenggelam di sebalik pokok-pokok yang tumbuh segar di Lembah Putera itu, mencetuskan suasana aman, damai dan selesa untuk berada di situ. Seperti biasa saya hanya jadi penonton, saya tidak suka mandi di kolam, sungai lebih menjadi pilihan saya untuk mandi dan berenang.
Putera Valley Resort itu ia telah dibuka pada tahun 2012 dan masih dalam proses pembangunan. Bangunan-bangunan baru sedang dalam pembinaan, jalan-jalannya masih belum ditar sepenuhnya. Namun, setakat ini itulah satu-satunya resort yang ada dan yang terbesar di Jajahan Tanah Merah, Kelantan.
Kota Harmoni di waktu pagi, berhampiran Putera Valley
Selain daripada tempat untuk mencari ketenangan dan kesepian, Putera Valley Resort juga menyediakan berbagai-bagai kemudahan lain, seperti pusat-pusat latihan dan camping, terutama untuk para pelajar.
Jalan Susur Keluar & Menuju Ke Penginapan
Pelajar SK Kedai Buloh, Kota Bharu bersiap sedia untuk ambil bahagian
Selain dari kolam renang, ada juga tasik semula jadi untuk berkayak dan melakukan berbagai-bagai aktiviti kesukanan sungai yang menarik.
Di seberang Lebuh Raya Tanah Merah-Jeli itu terdapat sebuah bandar baru yang
masih dalam pembinaan, Kota Harmoni. Di situ ada gudang-gudang perdagangan yang
menjual berbagai-bagai barangan, termasuk alat-alat rumah, makanan-makanan dan
sebagainya. Terdapat juga gerai-gerai tepi jalan yang menjual kueh-mueh, dan nasi berlauk.
Selain daripada sebuah musala yang selesa disediakan di Putera Valley,
tidak berapa jauh dari situ terdapat pula sebuah masjid mukim, Majlis Agama Islam
Kelantan, di tepi jalan menghala ke Bandar Tanah Merah..
Menunggu giliran untuk masuk ke tasik
Hati-hati nanti terjatuh
Jika anda ingin menikmati kedamaian, ketenangan dan kesuyian dalam alam semula jadi yang damai, mungkin di sinilah salah satu tempatnya, walaupun dalam keadaan kemudahan asas yang belum sampai ke peringkat sepenuhnya.
Mwnunggu keibaan kawan masih di air
Setidak-tidaknya ketika bersunyi di Putera Valley ini mengingatkan anda kepada Kata-kata Allah yang bermaksud:
“Tidakkah engkau tahu bahawa siapa yang ada dilangit dan
siapa yang ada di bumi bersujud kepada Allah, juga matahari, bulan, bintang,
gunung-gunung, pohon-pohon, hewan-hewan yang melata dan banyak di antara manusia? Tapi banyak [manusia] yang
pantas mendapatkan azab. Barangsiapa dihinakan Allah, tidak seorang pun yang
akan memuliakannya. Sungguh, Allah berbuat apa saja yang Dia kehendaki”.Al-Haj
[22]- 18.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment