SAKIT BELAKANG;PANTANG-PANTANG BILA SAKIT

>> Wednesday, October 7, 2015







SAKIT BELAKANG;PANTANG-PANTANG KETIKA SAKIT






Sakit Belakang.


Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan seseorang mendapat sakit belakang.  Antaranya kerana mengangkat barang yang berat, memukul bola golf, ataupun duduk di kerusi yang tidak selesa dalam jangka masa yang panjang untuk menyelesaikan kerja, atau kerana berat badan yang berlebihan, atau memandu kenderaan dalam jangka masa yang lama dan dalam keadaan yang tidak selesa.


Jika anda mendapat sakit belakang ada beberapa perkara yang anda harus berpantang atau menjauhinya supaya sakit belakang anda tidak bertambah parah atau lambat sembuh.


Antara perkara-perkara tersebut ialah:


~ Kurangkan minum kopi, teh dan juga lain-lain minuman yang mengandungi kafeina [caffeine]..


~ Kurangkan makan lemak dan gula dalam makanan anda jika anda seorang yang gemuk. 


~ Sebaliiknya perbanyakkan makanan-makanan yang mengandungi vitamin C, seperti kubis, jambu batu, betik, dan buah kiwi, minyak ikan dan sebagainya.


~ Jika anda terpaksa memandu, kereta atau lori dan sebagainya, kusyen tempat duduk biasanya tidaklah sesuai untuk orang sakit belakang. Oleh itu untuk mencegah sakit belakang, gunalah bantal khusus lain sebagai pengalas belakang. Tapi ingatlah duduk yang baik ketika memandu bukanlanlah lurus tegak tapi condong ke belanag 110 darjah kedudukannya.


~ Kalau sakit belakang berihatlah, dan cara yang baik untuk berihat ialah dengan baring dan tidur. Ia dapat mengurangkan tekanan pada belakang. Dan sebaiknya letak bantal di pelipat lutut, dan jangan sama sekali tidur meniarap atau bersembam muka.


~ Biasanya ubat-ubat hari ini tidak dapat menyembuhkan sakit belakang, tapi ia hanya dapat menghilangkan rasa sakit pada belakang,




~ Jika anda gemuk, kurangkan berat badan anda..



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan Darulnaim.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP