AZTEC, PERSEMBAHKAN JANTUNG-JANTUNG MANUSIA KEPADA TUHAN
>> Wednesday, April 29, 2015
Aztec ialah
salah satu kaum asli Amerika yang menduduki kawasan tengah, iaitu perlembahan
Mexico sekarang. Mengikut sejarahnya, kaum ini buat pertama kali ditemui pada tahun
1100, M. Mereka menggunakan bahasa yangi dipanggil Nahuan.
Kaum Aztec
adalah kaum yang kejam dan ganas yang gemar berperang dan membunuh manusia.
Setiap tahun mereka membunuh ribuan manusia dengan tujuan untuk mengambil jantung-jantung
mereka untuk dipersembahkan kepada tuhan
berhala sembahan mereka.
Ibu kota mereka
dibina pada tahun 1324, dan terletak betul-betul di mana terletaknya Bandar
Raya Mexico hari ini. Ibu Kota mereka dikenali dengan panggilan Tenochtitan. Ia
dibina di atas kepulauan yang terletak di pinggir Tasik Texcoco. Pulau-pulau
ini disambungkan ke tanah besar dengan membina jalan-jalan yang meninggi atau
mendaki melintasi tasik.
Di tengah-tengah ibu kota Tenochtitan terdapat sebuah kawasan empat persegi yang luas di mana terdapat kuil-kuil mereka. Kuil-kuil ini dibina di atas bangunan piramid yang tinggi.
Ini menunjukkan mereka kaum yang berkepercayaan. Tapi mereka memeluk agama yang sesat yang bertuhankan selain dari Allah. Mereka menyembah berhala-berhala dan mempunyai banyak tuhan sembahan, antaranya tuhan ular dan tuhan mata hari.
Mereka suka
membunh secara besar-besaran. Malah mengikut kepercayaan kaum Aztec, tuhan mata
hari mereka memerlukan jatung manusia
untuk memboleh ia terus hidup.
Di manakah
mereka mendapat jantung-jantung manusia itu untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka?
Untuk tujuan tersebut
sami-sami mereka membunuh ribuan manusia setiap tahun dan memberikan hati-hati mangsa
kepada tuhan tersebut. Kebanyakan mangsa adalah terdiri dari musuh-musuh yang mereka
tawan setelah tewas dalam peperangan.
Ketika membina
piramid besar Tenochitian selama empat hari mereka mendakwa telah membunuh
seramai 80,400 orang manusia untuk dipersembahkan jatungnya kepada tuhan
berhala mereka?
Pada umumnya
kaum Aztec adalah merupakah pahlawan-pahlawan yang buas dan ganas. Mereka
sering memerangi suku-suku lain yang tinggal berdeaktan. Dalam peperangan itu
biasanya mereka berjaya menumpaskan lawan-lawan mereka. Justeru dengan
kemenangan itu mereka berjaya merampas tanah-tanah kepunyaan musuh-musuh
mereka. Maka dengan itu membuat mereka menjadi amat berkuasa dan digeruni.
Kaum Aztec
meneruskan kegiatan ganas mereka dengan memerangi dan merampas tanah-tanah
mereka yang kalah dalam peperangan itu. Mereka bermaharajalea berabad-abad
lamanya, sehinga sampai ke abad 15. Mereka menguasai sebahagian besar daripada
wilayah yang dikenali dengan nama Mesoakerica di Mexico.
Pemimpin mereka yang paling terkenal ialah Montezuma 1 yang memerintah dari tahun 1440 hingga 1469.
Tapi bangsa yang ganas ini telah berjaya ditumpaskan oleh penjajah Sepanyol di bawah pimpinan Cortez pada awal abad 16.
SINGA ALLAH
Ketika mengutip
bahan untuk rencana singkat ini saya teringat kepada Perang Uhud yang berlaku
antara orang-orang Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW dengan kaum kafir.
Dalam perang yang bersejarah ini beberapa orang pejuang Islam telah gugur
syahid. Antara mereka yang syahid itu ialah bapa saudara Rasulullah SAW, iaitu Sayidina
Hamzah bin Abdul Mutalib.
Orang-orang kafir telah mencaing-caing mayat pahlawan yang gugur itu. Malah isteri Abu Sufian, Hindun binti Utbah telah membelah dada Sayidina Hamzah dan mengambil jantung [hati] Sayidina Hamzah untuk memakannya. Dia memamah jantung [hati] dan cuba menelannya, tapi Allah tidak mengizinkannya, menyebabkan dia memuntahkannya keluar. Oleh itu Hindun dengan kemarahan yang meluap-luap lalu mengelar dan mencederakan jasad Sayidina Hamzah untuk melepaskan geramnya. Perut Sayidina Hamzah telah dirobek-robek. Tindakan yang hampir sama juga dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap pahlawan-pahlawan Islam yang gugur syahid dalam peperangan tersebut.
Pembunuhan itu
berlaku, ketika orang-orang Islam berada dalam kelam-kabut, seorang tentera
kafir Quraisy, bernama Wahsyi telah melancar lembingnya secara curi ke arah
Sayidina Hamzah yang sedang bertarung menentang tentera-tentera musuh. Lembing
itu tepat mengenai dada Sayidina Hamzah
yang menyebabkan dia gugur syahid.
Beliau digelar
Singa Allah [Assadullah] dan menjadi Penghulu Para Syuhada, bapa sauadara yang
menjadi kesayangan Rasulullah SAW.
Demikianlah setitik
rampaian kisah manusia yang kejam dan ganas yang bertindak tanpa menggunakan
kewarasan akal dan fikiran.
Kg.Parit, Pasir
Tumboh,
0 comments:
Post a Comment