SUKATAN PANAS DALAM BUDAYA KITA

>> Thursday, April 16, 2015




SUKATAN PANAS DALAM BUDAYA KITA



Sudah beberapa hari saya berada di Sungai Buloh, Selangor.  Cuaca berbahang panas, seperti di Kota Bharu juga. Kalau berada di luar rumah, bagi mereka yang alahan dengan panas mungkin akan membuat mereka sakit kepala.



                                     Hujan Panas, kucing bergomol, 
                                     Hati panas jangan dijemur.
                                     Hujan Panas, kucing bergomol. 
                                     Hati yang panas bawa ke sumur.

 

Ada beberapa perkara lagi yang boleh menimpa problam ke atas seseorang yang tidak tahan dengan panas, seperti sakit tengkuk, batuk, demam dan sebagai.


Di Negeri Kelantan sejak akhir-akhir ada di sesetengah tempat, pohon padi yang sedang berbuah dilaporkan mengalami kerosakan, kerana cuaca panas dan bekalan air pula tidak mencukupi.

Walaupun dua hari sebelumnya, hujan mulai turun di waktu petang di Sungai Buloh, kadang-kadang lebat, dan kadang-kadang berjam-jam sampai ke malam hari, tapi ianya tidak mampu menukar cuaca panas menjadi sejuk atau normal di waktu siangnya.


Sukatan suhu di Sungai Buloh adalah 38 darjah Calcius. setiap hari sepanjang beberapa hari yang lalu semasa saya berada di sana.


Pada masa dahulu alat penyukat atau pengukur  iklim dunia ini dikenali dengan nama Fahrenhit bukan Calcius. Sebagaimana dulu orang mengira jarak sesuatu tempat dengan kiraan batu, tapi akhir-akhir ini orang guna panggilan kilometer. Menurut sukatan ini Fahrenhit air akan mengeleggak jika sukatan suhunya berada pada tahap 212 darjah F, dan sebaliknya air akan membeku jika berada pada sukatan suhu pada tahap 32 darjah F.


Bagi kita orang-orang Melayu, khususnya orang Kelantan, mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk menamakan darjah kepanasan sesuatu tempat atau masa. Nama-nama itu menggambarkan darjah-darjah kepanasan itu yang tidak pula diketahui dalam sukatan yang sebenarnya, kerana tidak ada sebarang kajian pernah dibuat tentangnya.


Mereka tidak mempunyai sukatan khas seperti Fahrenhit atau Cakcius. Tapi mereka hanya menggunakan anggota pancaindera mereka untuk menentukannya, terutama mata, dan rasa. Setelah melihat dan merasa barulah mereka menyatakan sukatan kepanasan pada sesuatu waktu dan tempat itu, dengan memberi nama yang khusus untuk membezakan darjah-darjah kepanasan itu.


Cuba perhatikan:

-Panas Berapi

Menggambarkan keadaan cuaca yang tersangat panas, yang boleh “menghanguskan” kulit jika seseorang terdedah kepadanya.


-Panas Berkelip

Pemandangan keadaan udara panas yang dapat dlihat di tanah lapang di mana udaranya kelihatan berkelip-kelip macam pucuk api dbuai ngin.


-Panas Berdebu

Di mana cuaca panas kelihatan seperti berhabuk atau berdebu-debu macam keadaan jerebu.


-Panas Cen-cen

Keadaan panas yang tidak mempunyai tanda yang dapat dilihat, tapi keadaannya terasa panas.


Sering kali perkataan panas cen-cen ini digunakan ketika melarang kanak-kanak bermain tempat terdedah dalam cuaca panas. “Jangan main tengah panas cen-cen ini nanti demam”. Kata ibu kepada anaknya yang sedang bermain tengah panas.


-Panas terik

Menggambarkan keadaan panas yang lebih dari biasa.


Panas Berkuam

Keadaan kepanasan dalam sesebuah bilik atau tempat tertutup, dan ramai orang di dalamnya, seperti di dalam sesebuah dewan yang udaranya tidak dapat beredar dengan baik.


-Panas Berketak

Menggambar seseorang yang berada dalam udara yang cukup panas, yang menyebabkan mukanya kemerahan. Ia mengambil ibarat pada ibu ayam yang hendak bertelur, warna mukanya merah smbil berketak dalam sangkar.


Selain daripada menggambarkan keadaan cuaca, perkataan panas juga digunakan untuk menggambarkan keadaan sesuatu.


-Panas Sejuk

Keadaan seseorang yang mulai diserang demam, di mana sukatan suhu badannya tidak stabil. Sekejap panas, dan sekejap sejuk. Keadaan ini mudah diketahi dengan memegang ibu kaki seseorang yang dirasa sekerat sejuk dan sekerat panas.


-Panas Hati

Berada dalam keadaan marah.


-Ruam Panas

Bintik-bintik kecil, biasanya pada kulit bayi, akibat kepanasan. Biasanya bintik-bintik ini boleh hilang jika disapu bedak.


-Panas Baran

Seseorang yang mudah naik marah.


Kg. Parit,
Pasir Tumboh, K.Bharu.









0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP