Kijang Cik Siti Wan Kembang Lambang Negeri Kelantan
>> Monday, May 19, 2014
KIJANG CIK SITI WAN KEMBANG LAMBANG NEGERI KELANTAN
Lambang Negeri Kelantan Darulnaim terdiri dari Bulan Dan Bintang, dua tombak, dua keris terhunus, dua meriam, mahkota, dua ekor kijang dan cogan berbunyi, "Kepada Tuhan Berserah KerajaanKelantan".
Manusia dan haiwan adalah dua jenis makhluk yang tidak dapeat dipisahkan
dalam kehidupan dari sejak dulu hingga sekarang. Biasanya ada manusia adalah haiwan,
tapi ada haiwan tidak mesti adanya manusia. Ini menunjukan kebergantungan
manusia kepada haiwan lebih besar daripada kebergantungan haiwan kepada
manusia. Sebahagian daripada keperluan manusia adalah tergantung kepada haiwan
untuk hidup, terutama sekali sebagai makanan, dan kedua jika di zaman dahulu haiwan
dijadikan kenderaan untuk menganggkut mereka ke sana ke mari.
Menurut sejarahnya pada suatu ketika Negeri Kelantan Darulnaim pernah diperintah oleh seorang raja Perempuan yang termasyur, iaitu Cik Siti Wan Kembang. Beliau menaiki singgahsana takhta kerajaan dalam usia 20 tahun, iaitu pada tahun 1619 M [1018 Hijriah], dan bersemayam di suatu tempat di Ulu Kelantan yang dipanggil “Dan Besar”.
Setelah beberapa lama memerintah, maka pada suatu hari baginda bermesyuarat dengan para pembesarnya untuk membincang bagi mencari sesuatu yang boleh menjadi kenangan buat selama-lamanya kepada rakyat negeri ini kepada baginda yang tidak mempunyai suami itu.
Sultan Ismail
Mendengar titah baginda itu, salah seorang daripada pembesar-pembesarnya mengangkat sembah, “Tuanku. Jika tuanku inginkan supaya nama tuanku menjadi ingatan yang kekal buat selama-lamanya, pada fikiran patik tuanku hendaklah menukar nama "Gununng Dan Besar" ini kepada nama “Gunung Cinta Wangsa”.
Mendengar titah baginda itu, salah seorang daripada pembesar-pembesarnya mengangkat sembah, “Tuanku. Jika tuanku inginkan supaya nama tuanku menjadi ingatan yang kekal buat selama-lamanya, pada fikiran patik tuanku hendaklah menukar nama "Gununng Dan Besar" ini kepada nama “Gunung Cinta Wangsa”.
Baginda Cik Wan Kembang bersetuju dengan cadangan tersebut. Maka
pegawai-pegawai baginda pun segera menghebahkan hal itu kepada seluruh rakyat
jelatanya, bahawa tuanku telah menukar nama "Gunung Dan Besar" kepada nama baru “Gunung
Cinta Wangsa”. Dan nama itu terus berkekalan hingga sekarang.
Sesungguhnya bila menyebut nama Gunung Cinta Wangsa orang akan teringatkan
Ciki Siti Wan Kembang dan bila orang menyebut nama Cik Siti Wan Kembang orang
akan teringatkan Gunung Cinta Wangsa.
Pemerintahannya di Gunung Cinta Wangsa kian masyur hingga keluar negara, dan dikunjungi
oleh para pedagang luar, termasuk orang-orang Arab yang memanggil baginda “Paduka
Che Siti”.
Setelah nama Gunung Cinta Wangsa itu menjadi termasyur, maka datanglah
rakyat dari sebelah Gunung Ayam yang terletak di Selatan Negeri Kelantan
berhampiran dengan Sungai Nengiri membawa persembahan kepada baginda.
Tapi di manakah letaknya istana Cik Siti Wan Kembang di Gunung Cinta Wangsa
itu? Mengikut Ariffin bin Abdul Rasyid, dalam buku “Sejarah Kelantan”
“Terletaknya dalam Jajahan Ulu Kelantan. Kira-kira enam hari perjalanan
daripada Kuala Sungai “Perias” anak Sungai Nengiri ke tempat persemayamnya itu”.
Salah seorang daripada mereka membawa persembahan seekor anak kijang yang
berwarna putih kekuningan.
Baginda Cik Siti sangat sukakan kijang itu. Oleh sebab kijang itu amat
disayangi oleh baginda, maka baginda mengeluarkan perintah supaya gambar kijang
itu diterapkan di atas keping-keping emas perbelanjaan negeri Kelantan pada waktu itu.
Mengikut Ariffin bin Abdul Rashid, pada zaman itu “Kerajaan Negeri Kelantan
menggunakan emas butir terung [ataupun “buku emas” disebut orang juga”].
Kemudian gambar kijang itu telah diterapkan pula menjadi Lembang Kerajaan
Kelantan Darulnaim. Pada mulanya lambang Negeri Kelantan dalam masa pemerintahan
Sultan Muhammad IV yang mengeluar perintah supaya diperbuat sebuah lambang
Negeri Kelantan mengandungi bulan dan
bintang, dua tombak, dua keris terhunus, dua meriam dan cogan yang berbunyi “
Kepada Tuhan, Berserah Kerajaan Kelantan”.
Kulit Sebelah Dalam Cenderamata Perayaan Kemahkotaan KDYMM Tuanku Yahya Petra 17-21 Julai 1961 [4.8 Safar 1381].
Tapi kemudian dalam zaman pemerintahan Al-Marhum Sultan Ismail,baginda memerintah supaya ditambah sebuah mahkota dan dua ekor kijang kepada lambang tersebut sebagai kenangan kepada Cik Siti Wan Kembang yang termasyur itu. Itulah lambang Negeri Kelantan yang kekal hingga sekarang.
0 comments:
Post a Comment