JANDA MUDA SERING DIGODA

>> Friday, May 16, 2014




                         Rossa-KECEWA                     

JANDA MUDA SERING DIGODA



JANDA adalah wanita yang berpisah dengan suaminya kerana perceraian atau kematian suaminya. Sebaliknya kalau lelaki yang kematiaan isteri atau bercerai biasa dikatakan duda selagi dia belum bernikah.

Di negara kita sekarang jumlah janda begitu ramai, hasil daripada perceraian, akibat perkahwinan yang tidak beres. Mereka terdiri daripada berbagai-bagai peringkat usia, muda, pertengahan dan tua. Ada di antara mereka yang mempunyai anak, dan ada juga yang tidak mempunyai anak yang dipanggil ibu tunggal. Anak-anak itu ada yang sedikit dan ada juga yang ramai bilangannya.

Kehidupan seorang janda tidaklah mudah, lebih-lebih lagi kalau mereka tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan sendiri ataupun tidak mempunyai harta.


Di samping itu mereka sering dipandang serong oleh orang-orang yang mempunyai sikap prajudis terhadap mereka, baik lelaki atau perempuan. Sedangkan sepatutnya mereka dipandang dengan simpati dan bertimbang rasa oleh masyrakat.


Walau bagaimana pun sebagai seorang janda mereka mempunyai kelemahan-kelemahan yang tersendiri, di mana kelemahan-kelemahan diri inilah sering diperalatkan oleh pemangsa-pemangsa yang memang berniat jahat terhadap mereka, terutama kaum lelaki yang termasuk dalam golongan buaya darat.


Salah satu faktor yang penting itu adalah berhubung dengan kehidupan seksual para janda. Faktor inilah yang sering dipergunakan untuk memerangkap seseorang janda ke kancah kebinasaan.


Saya pernah megalihbahasa sebuah rencana oleh Dr. Irwin Ross pada masa yang lalu berhubung dengan perkara tersebut untuk sebuah penerbitan. Saya rasa rencana itu masih lagi relevan, maka di sini saya siarkan kembali tulisan itu dengan sedikit ubahsuai.


Janda Dan Seksual          


Kesulitan keemosian yang dihadapi oleh janda-janda muda merupakan salah satu problam yang membingongkan kepada masyarakat moden. Janda berbeza dengan gadis dalam satu aspek yang sangat penting. Tidak serupa dengan wanita-wanita yang masih belum kahwin, janda telah menikmati hubungan seksual sebagai suami isteri. Perasaan berahinya telah dibangkitkan dan dia telah mendapat kepuasaan dari suaminya. Dia telah biasa bergantung kepada suaminya untuk mendapat keperluan seks sepanjang masa.


Playboy


Bila suaminya meninggalkannya, kerana penceraian, atau pun kematian, janda itu mungkin terus mempunyai keinginan seksual, tapi dia kini tidak lagi mempunyai jalan keluar yang halal untuk memuaskannya. Keadaan ini telah menimbulkan berbagai-bagai trajidi dan stiwasi-stiwasi yang sangat-sangat tidak diingini, terutama kepada kemunculan lelaki liar yang dipanggil “palyboy”.


Lelaki ini menjadikan janda-janda mangsa mereka. Kisah seperti  yang dilampirkan di bawah ini selaris berlaku dan terdapat dalam laporan polis.


Kepuasan


Puan J berusia 28 tahun telah kehilangan suami dalam nahas kereta. Suaminya seorang jutawan meninggalkan harta yang banyak kepadanya. Dia berkahwin ketika berusia 18 tahun. Di antara kedua waktu itu kejelitaannya telah banyak yang pudar. Mereka kedua saling cinta mencintai. Suaminya seorang muda yang sihat, normal, berusia 38 tahun, mampu memberi kepuasan seks yang sepenuhnya kepadanya sepanjang sepuluh tahun perkahwinan mereka.


Kemudian setelah beberapa bulan berlalu, selepas kegagitan kehilangan suaminya mereda, dia terperanjat dengan munculnyas kembali keinginan seksnya yang kuat. Dia berusaha sedaya upaya untuk menekan keinginan itu, tapi nampaknya usahayanya tidak berkesan. Katanya lebih baik kepadanya untuk kahwin lagi, tapi malangnya dia bukannya seorang wanita yang mempesonakan lelaki.

Peluangnya untuk mendirikan sebuah rumahtangga yang memuaskan nampaknya masih jauh kepadanya. Nmpaknya lelaki yang inginkannya jauh lebih tua darinya dan tidak menarik hatinya, dan sudah jelas lelaki itu tertarik kepada wangnya semata-mata. Tapi pada suatu ketika dia pergi berlibur., Puan J telah telah berjumpa dengan seorang lelaki yang tampan dan menarik. Usianya hampir sebaya dengan usia suaminya dulu. Tuan B seorang yang sopan, bersimpati dan mengerti.


Akhirnya setelah menjalin babak-babak asmara, maka hari perkahwinan mereka pun dimeteraikan. Tapi sebelum dikahwinkan, lelaki itu memberitahu dia memerlukan wang untuk berhutang. Katanya dia tidak sempat mengambil wangnya pada saat yang diperlukannya itu. Dia memerkukan puluhan ribuan ringgit. Kemudian Puan J memberikan wang kepada lelaki tersebut.


Tapi selepas itu Puan J tidak lagi pernah bertremu dengan lelaki tersebut.


Itulah satu cara yang mudah kepada lelaki buaya itu memangsakan para janda. Lumrahnya mereka selalunya pergi ke tempat-tempat janda-janda kaya berlibur. [Tapi hari ini ada cara yang jauh lebih mudah, iaitu dengan menggunakan internet, jambatan maya tanpa sempadan-P].


Teknik-teknik yang mereka lakukan ada berbagai-bagai, tapi lumrahnya para janda terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal kepada asmara sementara dan palsu itu, atau kepada kepuasan seks yang mereka nikmati secara haram itu. Harga-harga yang mahal itu bukan sahaja berupa wang ringgit, tapi kadang-kala berupa penguguran anak, kelahiran anak zina atau penyakit sundal.


Para janda yang mempunyai keinginan untuk memuaskan nafsu seksualnya, tidaklah mudah untuk dinasihati supaya tidak terjerat kepada pakar-pakar asmara itu. Pehak berkuasa telah berusaha sedaya upaya untuk membenteraskan perbuatan-perbuatan gelap itu, tapi tugas mereka penuh dengan kesukaran.


Malu


Mangsa-mangsa yang ebrej malu untuk melaporkannya kepada pehak berkuasa polis untuk diambil tindakan. Mereka tidak mahu rahsia-rahsia mereka yang memalukan itu pecah di mahkamah. Lumrahnya kedudukan sosial mereka sangat penting, kerana itu dia terlebih dahulu rela membunuh diri sebelum rahsianya terbongkar.


Ada pula sejenis lelaki pemeras yang kurang ganas dalam satu jurusan, mereka memberi kepuasan seks kepada janda-janda itu persis pelacur-pelacur wanita memberi kepuasan kepada lelaki, iaitu dengan mengenakan bayaran kepada perkhidmatan mereka. Mereka tidak cuba memeras wang secara blackmail atau penipuan, namun seperti wanita-wanita pelacur yang dua kali lima dengan mereka, mereka banyak menyebarkan kesangsaraan melalui panyakit sundal.


Andainya janda-janda itu  mementingkan kesihatan dan ketenangan jiwanya, maka sudah tentu dia menjauhkan diri daripada lelaki seperti itu walau bagaimana sekali pun.


Jalan Keluar


Hanya ada satu jalan keluar sahaja yang dapat meyelesaikan problam yang dihadapi oleh para janda, iatu dengan jalan berkahwin lagi. Tapi malangnya antara kehilangan suami dan peluang untuk berkahwin lagi biasanya mempunyai masa selingan yang panjang. Kadang-kadang sampai bertahun-tahun. Ia jarang sekali kurang dari setahun. Dalam selingan masa inilah bahaya itu timbul.


Yang pastinya tidak semua janda-janda kedahagaan seks, dan mereka ini dapat meluluskan diri daripada kesulitan tersebut, dan mereka jarang sekali bertembung dengan problam. Orang-orang yang diharui kemaruk seks sahaja yang perlu dihadapi,


Apakah yang dapat dilakukan oleh seorang janda, andainya dia merasa keinginan yang kuat untuk memuaskan nafsu seksnya, sedangkan dia tidak dapat berkahwin dalam masa yang genting itu? Adakah cara-cara yang mungkin dapat mengendurkan keinginan seksnya itu?


Pengalaman-pengalaman membuktikan bahawa majoriti wanita-wanita yang jadi mangsa kepada nafsu seks mereka pada saat seperti itu, ialah wanita-wanita yang tidak mempunyai minat luar yang kriatif. Keinginan seksual seseorang janda dapat disalurkan ke saluran-salurtan yang lebih wajar. Keadaan wanita yang berada dalam keadaan yang seumpama ini, dapat menyelesaikan problam mereka melalui kerja-kerja yang kriatif. Kerja-kerja itu mestilah banyak mempunyai tumpuan keesmosian dan tenaga, seperti berkhidmat dengan Pasukan Palang Merah, kepada Taman Asohan Kanak-kanak, bergiat dalam kempen-kemen yang tertentu, ataupun menjadi anggota kepada sesetengah pertubuhan yang menjalankan kerja-kerja kemasyrakatan dan sebagainya.


Walau apa pun saluran-saluran yang dipilih oleh janda-janda itu, saluran-salutan itu mestilah menarik minat keemosian mereka, iaitu sesuatu yang mereka rasa amat besar yang mereka dapat berikan khidmtnya.


Berbagai-bagai usaha yang telah dilakukan oleh para janda telah memberi hasil yang mermuaskan, seperti menulis, berlakun, membuat corak-corak dan berniaga. Bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa para wanita bersedia menyalurkan keinginan seks mereka ke saluran yang lebih wajar dengan menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan yang dapat memenuhi perasaan dan fikirannya sebanyak yang mungkin.


Hidup keseorangan adalah merupakan satu sebab yang terbesar menimbulkan kemerbahayaan kepada janda-janda muda yang kesepian. Seorang janda yang tinggal bersendirian sentiasa teringat kepada kehilangan suaminya, dan problam-problam dirinya tidak pernah jauh dari lingkaran fikirannya.


Khayalannya dirangsangkan oleh kesepiannya itu. Dia mudah menjadi mangsa kepada lelaki yang menyogokkan persahabatan kepadanya walau apa hal sekali pun. Patut dinasihati kepada para janda supaya dia  tidak tinggal sendirian, tapi mestilah tinggal bersama dengan orang lain, umpamanya dengan sahabat-sahabat wanita.


Merancap


Merancap lumrahnya dilakukan oleh janda-janda yang terkandas. Perbuatan ini boleh membahayakan, malah boleh membawa maut. Merancap selalunya merbahaya kepada kaum wanita, kerana mempunyai kemungkinan mudah di jangkiti oleh berbagai-bagai jenis penyakit yang menular kepada anggota-annggota kemaluannya. Perbuatan ini mestilah dijauhi sama sekali.


Andainya ada peraturan-peraturan yang boleh dibuat mengenai problam-problam para janda, maka peraturan-peraturan itu mungkin sebagai berikut:


-Jangan tinggal keseorangan. Tinggallah bersama dengan orang-orang lain. Biarlah mereka mengambil tempat dalam hidup anda persis anak anda sendiri.


-Taruhlah minat anda kepada kerja-kerja yang kriatif atau terhadap perkara-perkara yang boleh memenuhi masa dan tenaga keemosian anda.


-Jadikan diri anda seorang yang menarik. Bertemulah dengan kaum lelaki dengan cara yang biasa dan sopan santun, supaya dengan itu anda dapat memilih teman hidup.


-Andainya anda seorang yang kaya, janganlah tunjukkan kekayaan anda itu, kerana perbuatan seperti itu hanya dapat menarik lelaki pintar yang jahat yang akan cuba menipu anda.


-Dalam apa hal sekali pun, janganlah terima minat yang diberikan oleh lelaki pemeras atau buaya, kerana dengan berbuat demikian dapat mendorongkan anda kepada kerosakan dan kebinasaan.


-Jangan merancap, kerana perbuatan itu dapat merosakkan peribadi anda.


-Hidudplah dengan otak yang waras, normal dan sihat dan sibuk. Jauhii daripada meminum minuman keras dan perangsang-perangsang yang llain. Ambilah perhatian yang berat terhadap keagamaan.

                                                                           

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP