WAHAI ALLAH LIMPAHKAN RAHMAT-MU KE ATAS MEREKA
>> Monday, May 5, 2014
WAHAI ALLAH LIMPAHKAN
RAHMAT-MU KE ATAS MEREKA
Saya baru balik dari Kuala Lumpur semalam. Saya membawa balik hati yang mengkal dan perasaan yang tersangkut.
Hati saya merasa tersangkut kerana tidak mampu menunaikan jemputan khas yang datnngnya dari “bos” kepada anak saya, Arham Zaini. Beliau mengadakan majlis kesyukuran kerana naik rumah baru yang terletak di sekitar Shah Alam.
Saya
bukan sengaja tidak hendak hadir ke majlis yang istimewa itu, tapi kerana
berlaku pertindihan jemputan. Sebelum itu, saya telah terlebih dahulu menerima
sebuah undangan ketika saya berada di Kota Bharu lagi. Kedua-dua majlis itu
diadakan di waktu dan hari yang sama, malam Sabtu, 3 Mei, 2014.
Tapi oleh sebab kedua-dua jemputan itu secara kebetulan diadakan serentak, maka jemputan yang terawal perlu diutamakan daripada jemputan yang terakhir. Manusia hanya merancang, tapi hanya Allah yang menentukan.
Justeru maka tidaklah sempat saya menghadiri jemputan yang terkemudian. Dengan keadaan waktu dan tempat, maka tidaklah mampu saya menghadiri ke dua-dua majlis itu. Justeru itu saya merasa kerugian kerana tidak ada bersama di majlis yang meriah itu.
Dengan itu saya memohon berbanyak-banyak kemaafan di atas perkara yang tidak dapat dielakkan itu.
Saya juga memohon maaf kerana rasanya anak saya terpakasa mengundur diri lebih awal sedikit dari majlis yang meriah itu kerana untuk menjemput saya di majlis yang saya hadiri itu.
Namun
begitu dari jauh saya doakan semoga “bos” dan keluarganya yang sudi menjemput
saya itu sentiasa diberkati Allah dengan rahmat-Nya yang melimpah-ruah. Semoga
mereka juga dikurniakan rahmat sebagaimana dikruniakan rahmat kepada
orang-orang Islam lain yang mengadakan majlis-majlis kesyukuran.
Seorang tokoh Islam yang termasyur, Hasan Al-Basri pernah berkata, “Semua perbelanjaan dihitung oleh Allah SWT di akhirat kelak, kecuali perbelanjaan untuk menyediakan jamuan makan untuk memuliakan saudaranya yang datang bertamu. Ini kerana Allah SWT lebih mulia daripada menghitungkan perkara sedemikian”.
Lebih-lebih lagi saya dimaklumkan, majlis pada malam itu telah dimulakan dan dipenuhi dengan acara-acara kerohanian seperti solat berjemaah, memabaca Surah Yasin, berzikir dan bertahlil sebelum daripada acara jamuan untuk para tamu.
Sekali lagi saya doakan semoga Allah melimpahkan rahmat kurnianya ke atas keluarga budiman ini yang sudi menjemput saya seorang hamba Allah yang fakir hadir ke majlis mereka.
0 comments:
Post a Comment