Berdialog Dengan Allah Di Kehenigan Malam & Mukjizat Cinta Kepada Allah Adalah Serupa?
>> Thursday, May 8, 2014
Berdialog Dengan Allah Di Keheningan Malam Dan Keajaiban & Mukjizat
Cinta Kepada Allah: Nama Berlainan Tapi Serupa
Saya selesai membaca buku Berdialog Dengan Allah Di Keheningan Malam [BDADKM]
beberapa hari yang lalu ketika kembara di Sungai Buloh. Mengikut catatan pada
buku itu ia dihasilkan oleh seorang penulis bernama Khairul Ghazali.
Adalah menjadi kebiasaan kepada saya membawa ke mana-mana buku yang sedang
saya baca jika saya kembara agak memakan masa, dan buku itu pula tidak membebankan
untuk membawanya kerana terlalu tebal. Di samping itu biasanya dalam kembara
saya itu, saya membeli buku-buku dan majalah-majalah baru sebagai oleh-oleh
untuk bacaan nanti.
Saya merasa hairan sejak saya mulai membaca BDADKM ini hingga sampai habis
saya sentiasa merasa saya pernah membacanya pada masa-masa yang lalu. Namun
begitu, jika saya membaca mana-mana buku biasanya, saya akan membuat
contengan/tanda-tanda/catatan pada buku itu, tapi pada buku ini tidak ada pula
tanda-tanda seperti itu yang menunjukkan saya telah membacanya. Walau
bagaimanapun saya terus membacanya sampai selesai.
Tapi bila saya balik ke rumah di Kota Bharu beberapa hari kemudiannya,
ketika saya mencari-cari bahan-bahan, saya mengambil sebuah buku dari dalam
almari berjodol Keajaiaban & Mukjizat Cinta Kepada Allah [KMCKA].
Saya bali-balik helaian-helaian buku itu dan membaca ala kadarnya kalau-kalau
ada bahan yang boleh saya buat ilham.
Saya lalu terperasaan buku KMCKA ini adalah sama dengan buku BDADKM yang baru selesai saya baca itu. Lalu saya mengambilnya dan mengambil masa untuk membandingkan kedua-dua buku tersebut yang ditulis oleh dua orang penulis yang berlainan dan diterbitkan oleh penerbit yang berlainan. Saya telah membcanya pada masa yang lalu.
Setelah menilitinya saya dapati kedua-dua buku itu adalah lebih dari 90
peratus mempunyai persamaan dari awal sampai akhirnya. Bermula dengan kata
pengantarnya yang berbezanya KMCKA tidak mempunyai nama dihujungnya sedangkan dalam
BDADKM tercatat nama penulisnya Khairul Ghazali sebagai pengantaranya.
Semua bab-bab dalam kedua buku itu adalah sama jodolnya, iaitu sebanyak 13
bab. Demikian juga dengan isi dan ayat-ayatnya, dan hanya ada sepatah dua kata sahja
yang ditukar ganti. Yang ketara bezanya ialah jika dalam KMCKA ayat-ayatnya
dirangkum dalam satu paragraf sahaja tapi dalam BDADKM dipecahkan menjadi dua atau
tidak paragraf.
Beza yang nyata satu lagi ialah dalam KMCKA dilengkapkan dengan ayat-ayat
suci al-Quran yang diberi makananya, tapi dalam BDADKM tidak mempunyai ayat
al-Quran, dan hanya diberikan maknanya sahaja. Selain itu teknik penyampaian
buku itu juga berbeza.
Selain itu, lebih dari 90 peratus kandungan kedua-dua buku adalah sama
sahaja. Macam dua anak kembar serupa yang diberi nama berlainan.
Pada akhir buku BDADKM terdapat catatan rujukan beberapa buku yang
digunakan oleh penulisnya, sementara dalam KMCKA tidak mempunyai rujukan.
Tidak perlu rasanya saya membutirkan segala persamaan itu secara
terperinci, memadai saya katakan bahawa patah-patah kata ayat dalam kedua-dua buku
itu boleh dikatakan sama belaka.
Keajaianban & Mukjizat Cinta Kepada Allah, karya seorang penulis besar Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, disunting dan diterjemahkan oleh Abu Siddiq, dan diterbitkan oleh Pustaka Al-Shafa, Kuala Lumpur. Sementara Berdialog Dengan Allah Dikeheningan Malam karya Khairul Ghazali diterbitkan oleh Must Read Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Saya tertanya-tanya bagaimana persamaan yang sebegitu rupa boleh berlaku
kepada dua buah buku yang berlainan jodolnya dan juga berlainan penulisnya, dan juga
berlainan penerbitnya? Ia hanya boleh dijelaskan oleh pengarangnya sendiri.
Sekian dan terima kasih jika mendapat perhatian mereka yang berkenaan.
Lagu Mana Ni?
Lagu Mana Ni?
0 comments:
Post a Comment