KUIS YANG MENJADI PENGHARAPAN

>> Tuesday, May 6, 2014




                 KUIS YANG MENJADI PENGHARAPAN



                                          Pintu masuk KUIS


Sewatu berada di Sungai Buloh, Selangor beberapa hari yang lalu, saya sempat pergi ke kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang popular dengan panggilan KUIS. Itulah julung-julung kalinya kami samapai ke kampus KUIS.

Tujuan saya adalah untuk mengiring cucuanda saya, Diyana Zaini menguruskan kemasukannya ke kolej tersebut setelah mendapat tawaran baru-baru ini.


                                          Bersama ayahanda


KUIS ditubuhkan kira-kira dua dekad yang lalu, iaitu pada 15 Febuari 1995. Dan terletak dalama satu kawasan yang dikenali dengan nama Bandar Sri Putra, di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Dalam bahasa Inggerisnya International Islamic University Selangor.


                                                    Gerbang ke Taman Ilmu


 Ada berbagai-bagai pengajian ditawarkan oleh KUIS kepada para pelajar, seperti bidang pendidikan, kejuteraan, ICT dan multimedia, bahasa dan komunikasi, perbankaan Islam, pengajian perniadaan dan juga pengajian Islam.



                                                     Bersama Teman


KUIS ditubuhkan dengan harapan dapat melahirkan lebih banyak profesional Islam dalam berbagai-bagai bidanyang akan muncul dan bergerak dalam masyarakat dan akan membawa perubahan yang berfaedah dan membina.


Meninjau sekilas kampus itu, keadaannya tidaklah berbeza dengan kampus-kampus sekolah-sekolah tinggi lain yang terdapat di negara kita yang pernah kami lawati, suasananya tenang, bersih, nyaman dan cantik, yang merupakan sebahagian daripada suasana pembelajaran yang ideal.


Ada masjid dua tingkat untuk para jemaah beribadat. Aras bawah untuk Muslimin dan tingkat atas untuk Muslimah.

                                                     Pencatat


Sesungguhnya menuntut ilmu memang dituntut oleh Islam, malah diwajibkan, khsusnya untuk memboleh umat Islam menjalani perintah Allah dengan sempurna. Kalau tidak berlajar bagaimana hendak menunaikan ibadat dengan sewajarnya?


Bagaimana pentingnya ilmu pengetahuan itu dalam Islam, terbukti dengan firman  Allah S.W.T dalam kitab Suci al-Quran, Surah ‘Alaq, sebuah surah yang julung-julung kali diwahyukan kepada Pesuruh-Nya, Baginda Rasulullah SAW. Di mana membaca dan menulis itu merupakan kunci kepada ilmu pengetahuan.


“Bacalah dengan [menyebut] nama Tuhanmu yang menciptakan.

Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.

Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia.

Yang mengajar [manusia] dengan pena.

Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Al-‘Alaq:1-5


Setelah selesai segala urusan pendaftaran yang perlu, kami pun tinggalkan kampus KUIS dengan membawa seribu harapan untuk menghadapi masa hadapan yang lebih gemilang. Semoga KUIS dapat beroperasi dengan lebih cemerlang di masa-masa akan datang dan berjaya mengatasi segala rintangan dan halangan yang mendatang.

                                          Sudut yang indah



                                             Selepas Solat Jumaat


Kami memohon kepada Allah semoga kita semua, [bukan sahaja pelajar-pelajar KUIS] untuk terus  menjadi pelajar selagi kita hidup. Marilah kita semua belajar. Belajar dari buaian hingga sampai ke liang lahad. Belajar sepanjang hayat, selagi nyawa dikandung badan. Tidak ada wakaf untuk berhenti belajar kepada kita orang Islam. Dan belajarlah ilmu yang berguna, yang memberi manafaat kepada dunia dan akhirat. Hari ini ruang untuk belajar ada di mana-mana, malah di hujung jari kita pun ada kunci untuk belajar. Ia tergantung kepda kita, “nak” atau “tidak nak” sahaja. Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang belajar dan juga beramal. Amin!



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP