Jika Ajal Belum Sampai

>> Sunday, May 12, 2013




JIKA AJAL BELUM SAMPAI



JIKA suratan takdir belum bertulis, dan jika ajal belum sampai, tidak ada sesiapa pun akan binasa, walau apa pun yang dilakukan orang ke atasnya.



Pada suatu hari cuacanya cerah, dalam bulan Ogos 1893, Juri Missippi meninggalkan dewan mahkamah untuk menentukan nasib Will Pervis, 21 tahun yang dituduh membunuh seorang petani, rakannya sendiri selepas mereka berkelahi. Will Pervis mengaku berkelahi, tapi dia tidak mengaku membunuhnya, namun dia tidak mempunyai bukti untuk mempertahankan penafiannya itu. Ketika dia duduk, memegang kepalanya dengan tangan, apa yang kedengaran dalam mahkamah itu, ialah bunyi keluhan dan gesiran tapak kaki yang resah. Umumnya menyangka juri tidak akan mengambil masa begitu lama untuk membuat keputusan dan sangkaan mereka memang betul.

“Bersalah seperti yang dituduh”, Keputusan Ketua Juri.

“.......Gantung leher sampai mati”, perintah hakim.

Pada 7 haribulan 1894, mereka membawa Will Pervis ke tiang gantung di mana dia akan membayar hutangnya kepada masyarakat kerana ditetapkan oleh undang-undang sebagai seorang pembunuh. Beratus-ratus orang berkumpul untuk memerhati pandangan yang ngeri itu. Kebanyakan daripada mereka merasa bahawa Will Pervis tidak bersalah, kerana mereka mengenalinya sepanjang hidupnya dan mereka mengetahui dia sebenarnya bukan pembunuh. Tapi tidak ada apa-apa yang dapat mereka lakukan sekarang. Sarung hitam pun disarungkan ke kepalanya, dan tali jerut pun dipasangkan di bawah telinganya, kemudiasn bila syarif memberi signal, pintu perangkap tali gantung itu pun dijatuhkan.

Will Pervis pun segera jatuh menerusi lubang pelantaran tali gantung itu, tapi lehernya tidak patah dan dia boleh bergerak-gerak atas kakinya tanpa cedera. Satu perkara yang ajaib telah berlaku, tali gantung yang tebal itu tidak terjerut.

Menurut perintah mahkamah, dia mesti digantung sampai mati; pehak berkuasa membawa kemblai Will Pervis ke tiang gantung, dan penggantung membuka kembali tali jerut. Tapi pada kali ini orang ramai naik marah. Sejauh yang mereka lehat, satu keajaipan telah berlaku, bahawa Mahkamah Yang Tertinggi daripada segala mahkamah telah membebaskan Will Pervis. Mereka mulai menyanyi kemudian nyanyian itu segera menjadi pekekan. Syarif menyedari, sekiranya dia tidak melakukan sesuatu, dia tidak akan dapat menguasai keadaan, kerana itu dia sendiri segera menanggalkan tali jerut itu dan memandu Will Pervis balik ke bilik kurungannya.

Peguam orang yang dihukum mati menghantar tiga rayuan ulang bicara kepada mahkamah tinggi negeri, tapi ketiga-tiga rayuan itu ditolak. Keajaiban atau tidak, Will Pervis sudah dibicarakan dan didapati bersalah dan telah dihukum gantung; dan dia mesti digantung pada pada 12 Diember 1895.

Tapi itu hanya pendapat mahkamah. Sahabat-sahabat dan jiran-jiran Will Pervis mempunyai fikiran yang berlainan. Mereka pun memecahkan penjara dan melarikannya keluar pada suatu malam yang cuacanya gelap pekat, ketika timbalan syarif itu berada di tempat lain.

Kemudian Will Pervis disembunyikan selama setahun oleh penyelamat-penyelamatnya, dan selama setahun itu seorang gobnor baru memegang tampuk kekuasaan. Pehak berkuasa  menukar hukuman yang diterima oleh Will Pervis kepada penjara seumur hidup bila pelarian itu menyerahkan dirinya kepada undang-undang.

Pada waktu itu, kes tersebut mendapat perhatian daripada seluruh negeri, dan beribu-ribu pucuk surat mencurah-curah tiba kepada Dewan Negeri menuntut supaya diberikan kebebasan penuh kepada orang yang nyawanya telah diselamatkan oleh cara yang begitu luar biasa. Tidak lama selepas itu, gobnor telah menyahut desakan-desakan orang ramai dan Will Pervis keluar penjara sebagai seorang yang bebas.

Apakah dia sebenarnya bukan pembunuh yang hampir membayarnya dengan nyawanya sendiri? Will Pervis mengatakan dia tidak bersalah, tapi perkara itu terbenam selama 20 tahun lamanya, sehingga seorang lelaki bernama Joe Beard terbujur menunggu ajal dalam tahun 1920. Kata Beard dia ingin mengeluarkan sesuatu dalam fikirannya, dan lalu memanggil saksi-saksi untuk mencatat semua kata-katanya yang menceritakan bagaimana dia telah membunuh lelaki yang menyebabkan Will Pervis dibicara dan menerima hukuman itu.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP