SECEBIS PENGALAMAN MENGUNDI PRU 13
>> Sunday, May 5, 2013
SECEBIS PENGALAMAN MENGUNDI PRU
13
Sepanjang hayat saya ini telah beberapa kali saya menunaikan hak saya sebagai seorang warga untuk memilih sebuah kerajaan baru. Tapi inilah pengalaman saya yang pertama jari saya dilumurkan dengan dakwat kekal sebagai tanda berhak mengundi.
Saya dan sebahagian daripada keluarga, Nurbati Zaini dan A. Faris Zaini pergi mengundi di sebelah pagi di sebuah pusat mengundi di sebuah sekolah di Kota Bharu, iaitu Sekolah Kebangsaan Gong Dermin di mana nama saya telah digazetkan untuk mengundi di situ sebagaimana dibenarkan oleh perlembagaan.
Setelah kad pengenalan saya diperiksa oleh petugas SPR, saya telah diarahkan ke saluran satu. Saluran khas untuk orang-orang berusia. “Orang-orang yang kena makan ubat setiap hari”, kata seorang pengundi di dalam barisan di hadapan saya. Saya ditunjukkan di mana saya harus berbaris menunggu giliran untuk memangkah calon atau parti yang saya pilih.
Walaupun pengundi-pengundi warga berusia
larut pagi tadi tidak begitu ramai, tapi ia mengambil masa yang lama untuk
menunggu giliran masuk ke bilik mengundi dan memanggkah. Ini nampkanya memang
tidak boleh dielakkan, kerana di kalangan kami ramai juga yang sakit,
macam-macam penyakit, di mana mereka terpaksa didahulukan untuk mengundi. Kami
terpaksa berdiri lebih dari satu jam setengah untuk memperoleh peluang masuk ke
bilik mengundi.
Saya dapati kebanyakan dari kami
tidak dapat berdiri lama, terutama kerana sakit lutut, atau lemah kerana dimamah
usia, atau kerana berdiri sambil berhimpit-himpit dalam cuaca panas di tepi
bangunan sekolah.
Sebenarnya perkara ini boleh
diatasi andainya petugas-petugas di situ, termasuk anggota-angggota polis lebih
prihatin menjalankan tugas mereka dengan membuat tinjauan yang lebih mantap,
terutama untuk mengatur perbarisan orang-orang berusia yang sedang menunggu giliran
untuk menggundi dan memberi laluan kepada kepada mereka yang uzur, terutama
yang mengidap penyakit kronik atau penggundi oku yang ingin menjalankan kuasa
mereka untuk mengundi, sebagaimana sewajarnya mengikut budi bicara mereka.
Tentulah lebih selesa kiranya
disediakan lebih sedikit kerusi-kerusi menunggu giliran untuk orang-orang orang-orang
berusia seperti itu dan juga mempastikan supaya tidak ada dari mereka yang
memotong giliran walaupun mereka datang lewat.
Nasib baik waktu itu masih belum
hujan, kalau hujan entahlah apa akan terjadi kepada para bakal pengundi
terutama yang larut usianya ini. Kemungkinan mereka lari balik ke rumah
tidaklah dapat dielakakn.
Penggunaan dakwat untuk dilumurkan
pada jari penggundi masih terdapat titik kelemahan yang nyata yang terpaksa
dipikul oleh SPR sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab penuh terhadap
pelaksanaan pilihanraya.
Saya dapati dakwat yang dilumur
pada jari itu cair dan tidak begitu mudah kering, kerana itu kalau kurang
cermat, ia akan mengotorkan kertas undi yang boleh menyebabkan kertas undi itu tidak
berguna nanti. Adakah sebahagian besar daripada warga-warga larut usia itu
mengetahui perkara tersebut, bahawa undi mereka akan sia-sia andainya, sebelah
hadapan kertas undi mereka itu kotor?
Itu satu hal. Tapi yang lebih
mengecewakan ialah sebagaimana heboh dibicarakan di media-media maya, ialah
dakwat yang didakwa kekal oleh SPR itu sebenarnya tidak kekal.
Ini pengalaman saya sendiri. Bila
sampai ke rumah, saya basuh tangan saya untuk mencari kepastian sebagaimana
diheboh-hebohkan adakah dakwat itu benar-benar kekal selama beberapa hari atau
tidak? Saya pergi ke dapur, dan basuh tangan, dengan menggunakan sabun axion,
dan hasilnya amat mengejutkan, dakwat itu menjadi kabur dan terus hilang dari jari saya.
Kemudian salah seorang anak saya
yang pergi mengundi bersama saya tadi, kerana tidak puas hati dengan apa yang
saya lakukan bila melihat jari saya tidak berdakwat lagi, lalu turut membasuh
tangannya. Dan dia amat terkedu, bila mendapati semua dakwat di jarinya itu
telah hilang lesap bila dia membasuhnya.
“Amat mengecwakan”, katanya lalu
bergegas memasukkan penemuannya itu dalam facebooknya untuk memberitahu
kepada semua rakan-rakannya tentang penemuannya itu.
Apakah ini memang dirancangkan,
atau disengajakan dengan tujuan-tujuan tertentu, atau?????
Apa-apa pun
marilah kita tunggu dengan sabar keputusan pilihan raya itu nanti. Semoga
Allah memperkenankan doa orang-orang yang berdoa untuk memenangkan orang-orang
yang memperjuangkan kebenaran dan kemuliaan dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment